Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bahagian 23)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Musim perpindahan staf Politeknik dan Kolej Komuniti belum lagi berakhir... Masih ada lagi yang dapat berpindah disebabkan kenaikan pangkatdan permohonan rayuan perpindahanditerima...  

Tanpa disangka, ada rezeki melalui tempahan kad yang isteri saya terima disebabkan perpindahan staf... Syukur Alhamdulillah... 

Tempahan kad terbaru yang telah isteri saya siapkan diterima daripada dua penempah yang berbeza... Tetapi kad tersebut akan di berikan kepada individu yang sama, iaitu seorang staf daripada unit peperiksaan PSIS yang bakal berpindah ke tempat kerja yang baru di Politeknik Jeli, Kelantan... 

Sedikit Maklumat Tentang Rakan yang bakal Berpindah..

Sebelum ini beliau pernah menjalankan tugas sebagai pegawai peperiksaan Politeknik, dan kami pernah berjumpa dalam beberapa mesyuarat sewaktu saya memegang jawatan yang sama semasa di Politeknik Mukah Sarawak dahulu... Kiranya rakan setugas lama saya masa muda-muda dulu lah ni....  hehehe...


Tapi bila saya berpindah ke PSIS, saya dah tak berapa bersosial dengan beliau, disebabkan kami duduk di Jabatan yang berbeza... Dah lah berlainan jantina, duduk berlainan Jabatan pula tu... Jadi, sebagai penganut beraga Islam, faham-fahamlah kenapa saya tidak bersosial dengan beliau...

Panjang pula mukadimah saya pada kali ini.... hehehe... Maklumlah terkenang pula kisah masa zaman muda-muda dulu... Dan berikut merupakan gambar dua tempahan kad yang telah isteri saya siapkan untuk beliau... Orang lain yang tempah, tetapi beliau yang bakal menerima kedua-dua kad ini... 

Dari sudut ini anda akan dapat melihat kecantikan pemandangan bunga

Dari sudut ini anda akan dapat melihat kecantikan pemandangan rama-rama

Melalui sudut ini pula, anda dapat melihat keindahan pandangan bunga dan rama-rama secara serentak.. 



Kad Pertama

Kad 1 ditempah oleh rakan-rakan penyelaras peperiksaan Jabatan di PSIS... Kad bersaiz A4, tetapi mempunyai design yang unik... Anda boleh melipat kad ini melalui pelbagai cara untuk dijadikan hiasan, mengikut sesedap mata anda memandangnya... 

Pilihan terletak di tangan anda... Samada nak tengok pemandangan bunga, rama-rama atau kedua-duanya secara serentak sebagai hiasan di meja anda... 










Kad Ke 2

Kad Ke 2 pula tak kurang hebatnya... Mempunyai hiasan bunga yang menarik... Sesuai untuk diberikan kepada wanita sebagai penerimanya... Boleh dijadikan sebagai hiasan di atas meja anda... 

Oklah... Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan Tahniah kepada Kak Jia kerana berjaya dapat naik pangkat DH44... Dalam masa yang sama, tahniah juga sebab dapat berpindah  ke tempat kerja yang baru setelah 9 tahun berkhidmat di PSIS... Sekiranya ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita harap sudilah dimaafkan.... Semoga lebih berjaya di tempat kerja yang baru, semoga diketemukan dengan jodoh yang sesuai sewaktu berkhidmat di sana.... In Shaa Allah...  

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com



Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 2-10 November 2013 baru-baru ini saya terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)... 

Penyertaan saya pada kali ini adalah sebagai atlit mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam permainan Catur... Jika dalam kejohanan Catur SUKIPT sebelum ini saya terlibat sebagai Jawatankuasa Teknikal dan Pengurus pasukan, tak sangka pula pada kali ini saya terpilih menjadi pemain... Inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... ;) 

Banner Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM ..


Sebenarnya, pada kali ini merupakan penyertaan kedua pasukan KPM dalam permainan catur... Pada tahun lepas, pemain dipilih dalam kalangan staf di kementerian... Tetapi pada kali ini, pemain-pemain dipilih bukan sahaja dalam kalangan staf-staf yang bertugas di kementerian malah di Politeknik dan Kolej Komuniti  yang terdapat di seluruh Malaysia.... Inilah barisan pemain pasukan catur Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Saya berbaju hitam di sebelah kiri.. 

Pasukan lelaki UUM menantang pasukan UPM

Pasukan Lelaki UPSI menentang pasukan UiTM selaku juara bertahan 

Tidak Ramai Pasukan Wanita yang menyertai kejohanan ini..

Semasa saya belajar di Universiti dulu, memang saya aktif bermain catur... Ada sahaja tournement catur yang saya sertai...  Tetapi saya berhenti bermain catur apabila bertugas di Politeknik Mukah, Sarawak... Adalah dekat 6 tahun setengah saya tak menyertai pertandingan-pertandingan besar seumpama ini.. Masa tu ingat dah nak bersara dah... Tak sangka betul, semenjak saya menjejakkan kaki semula ke semenanjung saya boleh terlibat semula bermain catur.... 

Walaubagaimanapun, disebabkan kekangan masa saya tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan-pertandingan catur yang kerap kali diadakan di semenanjung Malaysia... Seingat saya sehingga hari ini baru satu pertandingan besar yang pernah saya sertai iaitu Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam pada 27 Mei 2012.. Masa tu prestasi permainan saya agak mengecewakan, dan selepas itu langsung tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan lagi sehinggalah saya dipanggil untuk menyertai pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)... Nak tahu prestasi permainan saya pada kali ini? Tunggu.... In Shaa Allah, sekiranya berkesempatan, Saya akan kongsikannya dalam entri yang lain...

Kali ini saya nak mengajak anda untuk menyaksikan gambar-gambar yang sempat saya ambil pada malam Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM...


Sebahagian daripada Kontinjen KPM di malam Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman turut sama memeriahkan Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia di Stadium UKM, Bangi.. Terima kasih Datuk kerana terus komited memperjuangkan nasib penjawat awam seperti kami... ;)

Bersiap sedia untuk menyertai perbarisan...

Semua Kontinjen telah berada di dalam stadium..

Di belakang kami ada Kontinjen UPM


Pasukan Pancaragam membuat persembahan...

Sebenarnya saya tak sertai majlis perasmian ini sehingga selesai... Disebabkan mata dah mengantuk yang teramat sangat.... Lagipun hasil tinjauan saya, bilangan kontinjen KPM yang datang agak ramai, jadi bolehlah saya mohon untuk berundur diri... hehehe... ;)

Lagipun pada keesokan harinya, kami ada game... Jadi pada malam tersebut kami perlu berehat untuk menengkan fikiran supaya dapat bermain dalam keadaan segar pada keesokan harinya... 


Pemenang Tempat Ke 3 Contest "Honeymoon Package To Bali".. Syukur Alhamdulillah...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada minggu lepas saya mendapat satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak saya kenali.... Suspen juga sebenarnya apabila dapat panggilan telefon daripada orang yang kita tak kenal ni.... Risau... Manalah tahu ada orang dari ejen insurans atau ejen kad kredit menghubungi saya untuk mempromosikan servis mereka.... 

Tetapi.... Mujur pula pemanggil membawa berita gembira kepada saya... Beliau memaklumkan saya berjaya memenangi tempat ke 3 dalam Contest Honeymoon Package To Bali...  Contest yang telah saya sertai pada bulan Ogos yang lalu.... 

Sumber : Klik Di Sini


Sebenarnya saya tak sangka dapat terpilih menjadi salah seorang pemenang Contest ini, memandangkan semua peserta yang menyertai Contest ini hebat-hebat belaka... Lebih-lebih lagi apabila Encik Titan dan Akma Omar yang terkenal sebagai raja Contest dan puteri Contest juga turut sama menyertai Contest ini... 

Biasanya kalau mereka join mana-mana contest, ada sahaja hadiah yang berjaya mereka menangi... Jadi, dalam contest ini pun saya menjangka mereka berdua akan tersenarai sebagai pemenang.... Walaupun saya tahu peluang nak menang sangat tipis, tapi saya tetap join juga contest ini, dengan harapan supaya dapat mempromosikan blog Coretan Anuar secara tidak langsung... ;)

Apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang tempat ke 3, tentulah rasa gembira di hati... Syukur Alhamdulillah.... Sebagai manusia normal tentulah saya rasa gembira apabila terpilih menjadi salah seorang pemenang dalam contest yang kita sertai.... 

Sumber : Klik Di Sini

Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang yang lain... Terima kasih saya ucapkan kepada iluvtour.com kerana sudi menganjurkan Contest ini.... Dan terima kasih saya ucapkan kepada Tareeq Al-Jannahkerana sudi menjadi penaja Contest ini...  


Apabila rakan-rakan sepejabat saya tahu saya menjadi salah seorang pemenang Contest Honeymoon Package To Bali ... Mereka menyangka saya berjaya memenangi Package percutian ke Bali... hehehe...

Sebenarnya saya hanya memenangi hadiah di tempat ke 3 sahaja.... Hadiahnya berupa rebat tunai RM200 untuk pergi melancong ke semua destinasi pelancongan yang diwarkan oleh Tareeq Al-Jannah.

Hmmm... Bilalah agaknya saya dapat gunakan hadiah kemenangan ini... Nak pergi bawa keluarga pergi melancong memang menarik... Tapi masalahnya pada ketika ini saya baru sahaja mendapat anak ke 3... Dan isteri saya masih cuti berpantang, sedangkan saya pula tak boleh nak bercuti disebabkan dalam pemangkuan kenaikan pangkat DH44... 

Jadi, tak dapatlah nak gunakan hadiah tersebut dalam masa terdekat ini... Sekiranya boleh, diharapkan pihak penganjur dapat menukarkan hadiah tersebut kepada wang tunai... Kalau bolehlah... Kalau tak boleh tak apa, mungkin bukan rezeki saya.... ;) 




Affiliate Summit Terakhir Bagi Tahun 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah tak anda mendengar maklumat tentang Affiliate SummitKuala Lumpur (ASKL)?

Bagi yang belum pernah anda boleh selongkar entri-entri terdahulu blog Coretan Anuar dengan klik di sini..

Untuk makluman anda, Affiliate Summit ini diadakan pada setiap bulan di Nouvelle Hotel, Sg. Besi, KL.. Setiap kali Affiliate Summit diadakan, pasti ramai yang join... 

Saya pernah menghadiri Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL) sekali sahaja... Kalau tak silap masa Bulan Jun 2013...  Lepas tu teringin nak pergi lagi, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan... 

Pengalaman Menghadiri Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL)

Semasa saya menghadiri Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL) Jun 2013, bilangan peserta yang hadir melebihi 700 orang.... Meriah sungguh dibuatnya... Dewan Nouvelle hotel dipenuhi dengan gelak tawa dan sorakan semangat daripada tetamu yang hadir.. Masing-masing bersemangat mendengar perkongsian pengalaman dan kisah kejayaan individu-individu yang berjaya merubah kehidupan mereka daripada bekerja makan gaji dengan pendapatan bulanan yang sederhana, kepada seorang usahawan Affiliate Junction dengan program meganya MyKad Smart Shopper..  


Berikut merupakan gambar-gambar yang dapat saya kongsikan tentang kemeriahan Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL)...









Begitu cepat masa berlalu.... Pada 14 Disember 2013 ini merupakan penutup Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL) bagi tahun 2013... Kepada anda yang pernah membaca ASKL di Blog saya sebelum ini dan tidak berkesempatan untuk menghadirinya, mungkin inilah peluang terbaik untuk anda merasai sendiri kemeriahan suasana di ASKL...   

Ada sesuatu yang istimewa pada ASKL kali ini... Iaitu terdapat pelbagai informasi dan perancangan yang akan diumumkan oleh CEO I Synergy International Sdn Bhd tentang program MyKad Smart Shopper, sebelum mengorak langkah ke FASA 3 di Malaysia dan FASA 1 di Jakarta, Indonesia.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ASKL pada kali ini, anda boleh membuat Tempahan Tiket Awal....  Sementara harga tiket masih murah!!!

Cara nak membuat tempahan tiket, anda boleh menghubungi nombor telefon dan emasil yang terdapat pada iklan di bawah:


Ataupun, sekiranya anda memerlukan bantuan saya untuk membelikan tiket, anda boleh menghubungi saya melalui email nuargto@gmail.com..



In Shaa Allah... Banyak maklumat berguna yang bakal anda perolehi semasa menghadiri Affiliate Summit Kuala Lumpur (ASKL) nanti.... Bolehlah anda kongsikan pengalaman tersebut dengan rakan-rakan anda, supaya mereka juga dapat memanfaatkan penggunaan Kad Pengenalan (My Kad) mereka ke arah perkara yang lebih berfaedah.... ;)




Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In)

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ada berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya untuk remaja lepasan SPM.... 

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In) telah di buka... 

Calon-calon lulusan SPM yang berminat boleh hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik yang terdekat dengan membawa dokumen berikut:

a) Salinan keputusan SPM
b) Salinan sijil ko-kurikulum Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang disahkan
c) Salinan Kad Pengenalan




Penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan (rujuk politeknik.edu.my) dan kekosongan program.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013.

Sehingga kini terdapat 30 buah Politeknik yang terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang menawarkan pelbagai program pengajian... Berikut disenaraikan nama Politeknik, alamat dan laman web untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat tentang program yang anda minati....

Senarai Politeknik di Malaysia

1. Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 IPOH
PERAK
Tel: 05-5457622  Web: http://www.puo.edu.my

2.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu
25350 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5655300  Web: http://www.polisas.edu.my

3.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 JITRA
KEDAH
Tel: 04-9146100  Web: http://www.polimas.edu.my

4.Politeknik Kota Bharu
KM. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH
KELANTAN
Tel: 09-7889126  Web: http://www.pkb.edu.my

5.Politeknik Kuching Sarawak
KM. 22 Jalan Matang, Beg Berkunci 3094,
93050 KUCHING
SARAWAK
Tel: 082-845596  Web: http://www.poliku.edu.my

6.Politeknik Port Dickson
KM. 14, Jalan Pantai
71050 SI RUSA
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-6622000  Web: http://www.polipd.edu.my

7.Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 KOTA KINABALU
SABAH
Tel: 088-499980  Web: http://www.pkksabah.edu.my

8.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, S. U1
40150 SHAH ALAM
SELANGOR
Tel: 03-51634000  Web: http://www.psa.edu.my

9.Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Tel: 07-2612488  Web: http://www.pis.edu.my

10.Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Tel: 04-5383322  Web: http://www.psp.edu.my

11.Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 MELAKA
Tel: 06-3376000  Web: http://www.polimelaka.edu.my

12.Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 K. TERENGGANU
TERENGGANU
Tel: 09-6204100  Web: http://www.pkkt.edu.my

13.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka
23000 DUNGUN
TERENGGANU
Tel: 09-8400800  Web: http://www.pdt.edu.my

14.Politeknik Merlimau
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau
77300 MERLIMAU
MELAKA
Tel: 06-2636687  Web: http://www.pmm.edu.my

15.Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen
35950 BEHRANG
PERAK
Tel: 05-4544431  Web: http://www.psas.edu.my

16.Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09000 KULIM
KEDAH
Tel: 04-4033333  Web: http://www.ptsb.edu.my

17.Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang
45100 SG AIR TAWAR
SELANGOR
Tel: 03-32806200  Web: http://www.psis.edu.my

18.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh
02600 ARAU
PERLIS
Tel: 04-9886200  Web: http://www.ptss.edu.my

19.Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG
Tel: 09-4502005  Web: http://www.pms.edu.my

20.Politeknik Mukah Sarawak
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 MUKAH
SARAWAK
Tel: 084-874001  Web: http://www.pmu.edu.my

21.Politeknik Balik Pulau
1-3-61, Bangunan I-AVENUE, Medan Kampung Relau,
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6410859

22.Politeknik Jeli
d/a Politeknik Kota Bharu,Km. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH
KELANTAN
Tel: 09-7887111  Web: http://www.pjk.edu.my

23.Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760, Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7911280  Web: http://www.polinilai.edu.my

24.Politeknik Banting
Lot 1-5A, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas
42700 BANTING
SELANGOR
Tel: 03-31875600

25.Politeknik Mersing
d/a Lot 94-98,Jln Dato Mohd Ali,Bandar Tepian Sg. Mersing
86800 MERSING
JOHOR
Tel: 07-7995523

26.Politeknik Hulu Terengganu
bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 K. Berang
TERENGGANU
Tel: 09-6825555

27.Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 SANDAKAN
SABAH
Tel: 089-228351  Web: http://www.pss.edu.my

28.Politeknik Metro KL
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000

29.Politeknik Metro Kuantan
A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,
25000 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5659 000  Web: http://www.polimetrokuantan.net

30.Politeknik Metro JOHOR BAHRU
d/a Politeknik Johor Bahru
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Tel: 07-2612488


Sekiranya anda mempunyai anak, adik beradik atau saudara mara lepasan SPM yang sedang mencari tempat pengajian untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.. Saya syorkan anda mengunjungi mana-mana politeknik dalam senarai di atas, yang terhampir dengan kawasan tempat tinggal anda dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti di atas...



Dengan menyambung pengajian di peringkat Diploma di Politeknik akan dapat memberi peluang kepada anda untuk bekerja dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam bidang yang anda minati.... In Shaa Allah...





Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 24)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Macam tak percaya... Dalam tak sedar, Slot Hobi terbaru isteri saya di Blog Coretan Anuar dah masuk Bahagian yang ke 24.... Dan slot ini nampaknya akan terus berkembang sehingga ke episod yang ke......... (berapa pun saya tidak tahu)

Ya!! Slot Hobi Terbaru Isteri saya akan terus dipaparkan di Blog Coretan Anuar, selagi isteri saya terus mendapat tempahan atau berjaya menyiapkan design-design Quilling yang baru....  

Design Quilling terbaru yang isteri saya hasilkan pada kali ini, ditujukan khas buat owner kedai Rika Trading, yang terletak di Sungai Besar Selangor... 

Isteri saya menyiapkan design istimewa ini khusus untuk kedai Rika Trading sebagai tanda penghargaan yang di atas sokongan yang diberikan oleh owner kedai tersebut terhadap hobi terbaru isteri saya sehingga berjaya masuk dalam akhbar Harian Metro... dan juga kerana sudi mendaftar sebagai Merchant dalam program Mykad Smart Shopper... 

Inilah hasil sentuhan tangan yang berjaya isteri saya hasilkan khusus untuk  Rika Trading

Teknik Quilling yang menarik minat owne Rika Trading


Sebuah kad ucapan khusus untuk Owner Rika Trading



Apa pendapat anda tentang kad ini? Cantik tak?

Betapa gembiranya hati owner Rika Trading apabila menerima hadiah istimewa pemberian isteri saya...  Beliau meminta isteri saya mengajar beliau beberapa teknik kekemasan untuk menyiapkan kad ini... Dan beliau berharap satu hari nanti isteri saya boleh meluangkan masa untuk membuat kelas Quilling di kedai beliau.... 

Terharu isteri saya mendengar permintaan tersebut... Isteri saya akan cuba berkongsi kemahairan beliau, mana yang termampu... Masih banyak lagi ilmu yang perlu isteri saya pelajari untuk menjadi salah seorang pakar dalam bidang ini... Sebenarnya masih lagi ramai yang pakar di luar sana, dan isteri saya ingai belajar dengan salah seorang daripada mereka... 


Ada rezeki terbaru menanti saya dan isteri saya.... Owner Rika Trading akan membekalkan kepada saya bahan-bahan dan peralatan Quilling untuk dijual di internet... Tugas saya hanya perlu mempromosikan bahan-bahan dan peralatan tersebut melalui blog, laman web atau facebook... Kemudian saya akan mendapat komisyen untuk setiap jualan yang terhasil...

Sebelum ini isteri saya membeli bahan-bahan dan peralatan Quilling melalui internet, disebabakan sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut di kedai-kedai yang terdapat di Malaysia... 

Hasil tinjauan saya dan isteri melalui internet.... Barang-barang dan peralatan Quilling yang dibekalkan oleh Rika Trading jauh lebih murah berbanding harga jualan yang terdapat dalam pasaran sekarang..

In Shaa Allah, sekiranya ada kelapangan masa, saya akan cuba menjual bahan-bahan dan peralatan Quilling secara online, manakala isteri saya terus fokus menyiapkan tempahan pelanggan.... 

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


Sebuah Kereta Produa Viva Merempuh Maybank Sabak Bernam (9 Gambar)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni masuk gaji... Kira-kira jam 12.45 tengahari tadi saya pergi ke Maybank Sabak Bernam untuk urusan mengeluarkan duit di ATM Mesin dan seterusnya membayar bil-bil...

Apabila sampai di Maybank Sabak Bernam, saya melihat ada sebuah kereta Produa Viva di dalamnya.... Jom Tengok gambar yang dapat saya kongsikan di bawah... 













Berdassarkan maklumat yang saya terima daripada seorang awam yang berada di situ... Beliau memaklumkan pada asalnya pemilik kereta Viva tersebut Parking dihadapan Maybank... Lepas tu, semasa pemilik kereta Viva tersebut nak mengundurkan kereta, kereta tersebut meluncur kehadapan dan merempuh pintu masuk utama Maybank tersebut....

Mungkin pemilik kereta Viva tersebut tersalah laraskan gear agaknya... Nak larasakan gear reverse ter pilih gear Drive....

Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan polis... Kita sama-samalah menunggu berita sebenarnya yang mungkin akan disiarkan dalam akhbar esok...

Terlepas nak Menyaksikan Angka 7777 dan 8888

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya dah terlepas peluang untuk menyaksikan angka 6666 like tertera di FanPage Discount Hari2... Masa tu rasa agak terkilan juga.. Sebab tak sempat nak print screen angka tersebut untuk dijadikan kenang-kenangan... 

Tetapi mujur pula ramai rakan-rakan yang memberi sokongan positif melalui ruangan komen yang disediakan... Dengan sokongan positif yang diberikan, secara tidak langsung telah meningkatkan semangat saya untuk menanti fasa perkembangan Fanpage Discount Hari2 ke peringkat yang seterusnya.... 


Sumber : Klik Di Sini

Ya betul!! Tak dapat nak menyaksikan angka 6666, kita tunggu pula angka 7777... Dan sememangnya itu harapan saya... Untuk menyaksikan angka 7777 tertera di bahagian like FanPage Discount Hari2....

Tetapi malangnya... Bukan setakat angka 7777 saya terlepas nak Print Screen... Dengan angka 8888 pun saya turut terlepas.... Dalam tak sedar bilangan like Fanpage Blog Coretan Anuar dah mencapai 8921.... Syukur Alhamdulillah... 


Sumber : Klik Di Sini

Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan pengunjung blog-blog saya dan juga pengunjung Fanpage saya... Tanpa sokongan anda, usaha saya untuk mewujudkan blog Coretan Anuar dan Fanpage Discount Hari2 ini tak ke mana... Semoga Fanpage dan blog ini terus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia pada masa akan datang... In Shaa Allah... 



Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya perasan dah ramai blogger yang menulis entri tentang Jadual pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014..

Tetapi apabila saya membaca entri-entri tersebut, saya agak ragu dengan kesahihan maklumat tersebut disebabkan sebelum ini saya pernah terkena... 

Semasa saya publishkan entri tentang Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2013, tiba-tiba terdapat perubahan apabila pekeliling sebenar dikeluarkan oleh jabatan Akauntan Negara... Kelam kabut saya dibuatnya untuk membetulkan keadaan pada ketika itu... 

Ya!! Pengalaman mengajar kita erti dewasa, dan mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan yang serupa... 

Jadi, untuk tahun 2014, setelah yakin dengan maklumat yang diperolehi, dengan ini saya kongsikan Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014 untuk rujukan para penjawat awam di Malaysia..


Berdasarkan jadual Pembayaran gaji kakitangan Awam di atas, terdapat hanya dua bulan sahaja penjawat awam akan mendapat gaji awal.... Iaitu pada bulan Oktober dan Bulan Disember.... Nampaknya tidak banyak perubahan jika hendak dibandingkan dengan Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2013... 

Selepas ini bolehlah kita sama-sama merancang perbelanjaan bulanan kita untuk tahun 2014... In Shaa Allah... 

Mencari Durian Pada Hujung Minggu....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hujung minggu baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi Dusun Durianmilik sepupu isteri saya, Kak Zura... Sebenarnya dah lama dah kami tak berkunjung ke Dusun Durian kak Zura.. Kali terakhir kami ke sana pada bulan September tahun lepas.. 

Ingat lagi, masa tu masih dalam musim perayaan Aidilfitri... Jadi, sambil beraya sambil kutip buah durian... Lepas tu boleh menjamu buah durian dekat tetamu yang hadir berkunjung ke rumah kami... ;)

Pada kali ni, Kak Zura menghubungi isteri saya.. Bertanyakan bila kami nak datang ke rumah beliau yang terletak di Kampung Gajah, Perak... 

"Durian dah mula luruh ni.. Kalau nak datang bagi tahu ye.. Boleh Kak Zura aturkan jadual mnengutip buah durian"Teringat kata-kata Kak Zura melalui perbualan telefon pada minggu lepas.. 

Selain daripada kami, sebenarnya Kak Zura turut mengajak saudara mara beliau yang lain... Apabila kami dah booking satu tarikh, Kak Zura akan block tarikh tersebut untuk kami... Jadi, tak adalah saudara mara yang lain turut sama mengutip buah durian di dusun bersama kami pada tarikh yang kami booking... hehehe... 

Nak dijadikan cerita, isteri saya pun booking lah tarikh pada 23 November (Sabtu baru-baru ini)... Pada mulanya, kami bercadang nak pergi ke sana sekejap sahaja... Pergi selepas Zohor dan balik dalam pukul 6.00 petang... Itu perancangan kami... Jadi, semasa pergi ke rumah Kak Zura, kami tak bawa baju extra baju pun, kecuali sepasang baju untuk anak-anak kami sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya baju mereka kotor... 

Tetapi apabila sampai ke rumah Kak Zura, lain pula jadinya... Masa tu kami sampai ke rumah Kak Zura pun dah agak lewat dah... Adalah dalam pukul 4.30 petang... Sebelum tu, kami pergi ke Rika Trading, Sungai Besar terlebih dahulu disebabkan isteri nak mencari bahan-bahan Quilling beliau yang dah semakin habis...  Lepas selesai urusan isteri, barulah kami bertolak ke Kampung Gajah, Perak...

Sampai dekat rumah Kak Zura, kami tengok kak Zura dan bersiap-siap menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke Dusun... 

Kak Zura bagi tahu "Ayah dan Ibu kamu dah datang dah... Mereka dah sampai dekat Dusun"..

Jadi, kami pun teruslah mengikut Kak Zura ke Dusun dengan Adam, Haikal dan Naila sekali... Sampai dekat Dusun, saya tengok Ayah Mertua dan Ibu Mertua saya sedang sibuk mencari dan mengutip buah durian yang luruh... 

Saya dan isteri pun apa lagi... Terus bergegas membantu mereka dan meninggalkan anak-anak kami bersama adik Ipar saya di dalam kereta... Kali ni kami tak benarkan Adam dan Haikal ikut serta mencari buah Durian seperti pada tahun lepas, disebabkan keadaan dusun durian yang agak semak pada ketika ini... Bimbang sekiranya kulit mereka tak tahan dengan gatal-gatal (miang)..... 

Jadi, kami pun gigih mengutip buah durian sehingga tak sedar jam menunjukkan pukul 6.30 petang... Kemudian kami balik ke rumah Kak Zura untuk menunaikan solat Asar... Hajat di hati nak balik ke rumah kami di Sabak Bernam pada jam 6.00 petang tidak kesampaian... Terpaksa akur dengan kehendak ayah dan ibu mertua saya berserta Kak Zura yang mengajak kami bermalam di rumah beliau supaya, saya dapat menemani ayah mertua saya mengutip buah durian pada keesokan harinya....  

Walaupun rasa berat di hati disebabkan tidak membawa sebarang persalinan, tetapi saya terima sahaja kehendak mereka.... Tentu ada hikmah disebaliknya... Boleh juga saya gunakan kesempatan tersebut untuk mengambil gambar di Dusun Durian Kak Zura.... Maklumlah pada petang tadinya tak sempat nak snap walau sekeping gambar pun, disebabkan masa tidak mengizinkan... 

Mengutip Buah Durian Di Pagi hari... 

Keesokan paginya, saya menemani ayah mertua saya pergi sekali lagi ke Dusun kak Zura pada jam 7.00 pagi.... Biasanya murah rezeki kita bila keluar bekerja awal pagi ni... Pada Tahun lepas, semasa saya mengutip buah durian pada awal pagi, hujang renyai-renyai turun... Hasilnya dekat dua bonet kereta penuh dengan buah Durian berjaya kami bawa pulang....  

Untuk tahun ini, jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang berada di Dusun Durian Kak Zura... 


Dusun Durian Kak Zura yang tentang dan nyaman... 

Dangau ini sudah tidak lagi berpenghuni seperti pada tahun lepas... 


Boot Keselamatan penting untuk mengelakkan terkena gigitan serangga.... Termasuk Pacat... hehehe

Rezeki pertama pada pagi ini... Buah Durian dah ditebuk tupai... Sudah tentu sedap isinya... 


Rezeki seterusnya... Syukur Alhamdulillah... 

Dan Lagi... Syukur Alhamdulillah... 

Bilalah agaknya buah durian dekat pokok ni nak luruh... 

Pokok ini pun sama... Bila buah durian nak luruh ni... 


Inilah hasilnya selepas sejam berlalu... 

Hasil kutipan buah durian pada kali ini tidaklah sebanyak mana.. Pada pagi ini kami hanya berjaya mengutip 20 biji buah durian... Kalau nak dicampurkan dengan hasil kutipan semalam, adalah dalam 4--50 biji... Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah dengan hasil yang diperolehi.... 

Setakat ini masih terdapat 3 pokok buah durian yang belum luruh lagi.... Buah durian masak tak serentak... Sampai masa 3 pokok buah durian ni luruh, barulah boleh menuai lebih banyak hasilnya... 

Apabila saya pulang ke rumah Kak Zura, saya dapati anak-anak masih enak dibuai mimpi... Lena betul mereka tidur sehingga ke pagi...    




Tak sabar nak tunggu Adam bangun tidur... Tentu dia teruja dengan hasil buah durian yang berjaya kami perolehi... Maklumlah Adam kan suka sangat makan buah Durian... Malam tadi entah berapa ulas buah durian yang Adam makan... 

Terlepas pula angka 9999 like

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Dah nasib saya... Buat kali berikutnya saya terlepas lagi untuk menyaksikan 4 nombor berganda pada bahagian like page Discount hari2.. Apa nak buat bukan rezeki saya... 

Sebelum ini saya dah terlepas peluang untuk menyaksikan angka 6666 like... Kemudian terlepas pula peluang untuk menyaksikan angka 7777 dan 8888 like... Selepas itu, saya lebih berwaspada... Saya berharap sangat-sangat untuk menyaksikan angka 9999 like.. Harapan saya supaya tidak terlepas pada kali ini...

Sewaktu bilangan like dah mencecah angka 9XXX, semakin kerap saya mengadap Fanpage Discount hari2 ... Setiap kali ada kelapangan masa, saya pasti akan mengadap Facebook... Bimbang sekiranya terlepas.... Dan pastinya debaran semakin di rasai....


Dan hasilnya... Tak sangka terlepas juga... Terlebih satu bilangan like daripada sasaran yang dijangkakan... Sewaktu keli terakhir saya melawat Fanpage Discount hari2, bilangan like telah pun mencapai angka 10,000... Syukur Alhamdulillah... 

Sumber : Klik Di Sini

Terima kasih diucapkan kepada otai-otai Facebook kerana telah membantu saya mencapai bilangan like sebanyak ini... Kalau nak harapkan usaha saya dan sedikit ilmu pemasaran facebook yang saya tahu, adalah mustahil untuk Fanpage saya mendapat bilangan like sebanyak ini.... 

Memang betul kata orang tua-tua... Kita perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati... Kalau nak memang itulah caranya... Kejayaan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya kepada kita... Kalau nak berjaya kita perlu berusaha untuk mendapatkannya... 

WW : 5 Mini Contest Sekaligus

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Syukur Alhamdulillah... 5 Mini Contest Sekaligus..


Sumber : Klik Di Sini

Berminat nak join? Dipersilakan... Klunya ada di sini.. ;) 


Akhirnya akan ku lepaskan dikau pergi buat selamanya.....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Domain dan Hosting salah satu blog saya akan expired tidak lama lagi.. Nama Domain  yang saya maksudkan ada tertera dalam Invoice dibawah... Infokeluarga.net

RM100 sahaja diperlukan untuk membayar harga domain + Hosting ini.. 


Syarikat Pengeluar Invoice : Klik Di Sini

Domain ini dah berumur lebih daripada 2 tahun... Lama juga tu... 


Tetapi disebabkan kesibukan pemiliknya, sehingga sekarang tak sempat untuk menulis sebarang entri... Blog terus suram setelah sekian lama, tanpa sebarang Informasi untuk membina Keluarga bahagia...  

Ya!! Membina keluarga bahagiam merupakan Impian setiap manusia yang telah mendirikan rumah tangga seperti saya... Untuk memastikan rumah tangga kekal bahagia, aman dan harmoni... Setiap ahli keluarga ada peranannya masing-masing..

Bukan mudah sebenarnya untuk menulis entri tentang motivasi atau kekeluargaan sekiranya kurang pembacaan.. Walaupun ada Idea, tetapi sering terkandas di tengah jalan... Saya perlu banyak membaca supaya entri tentang tips kekeluargaan yang akan saya kongsikan dalam blog ini diterima dan boleh menjadi rujukan untuk seluruh rakyat Malaysia...

Tetapi disebabkan keterbatasan masa untuk membaca, telah menyebabkan blog ini terkubur sehingga ke hari ini...  

Dan yang pastinya... Untuk tahun 2014, sudah tentu rutin kehidupan saya bertambah sibuk daripada sekarang.. 

Seawal pagi perlu menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh... Di Pejabat pula tugas-tugas baru sedang menanti saya setelah mendapat berita gembira baru-baru ini... Berita gembira di alam pekerjaan biasanya datang dengan tanggungjawab yang lebih besar, berbanding sebelum ini... Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) merupakan istilah biasa yang digunakan oleh kakitangan kerajaan seperti saya... ;) 

Dalam masa yang sama anak sulung dah masuk darjah satu dan anak kedua dah masuk pra sekolah... Tugas semakin besar untuk menghantar Anak sulung kena pergi sekolah Kebangsaan pada sebelah pagi dan sekolah agama rakyat pada sebelah petang...

Di sebelah malamnya pula selepas selesai menunaikan solat Maghrib, kena menghantar anak-anak mengaji di rumah Ustaz yang terletak di taman sebelah... Sehingga ke hari ini, walaupun dah menghantar anak-anak mengaji ke rumah Ustaz, saya terpaksa mengajar anak saya mengaji bersama ustaz, ... 

Sebelum ini dalam perancangan kami, setelah menghantar anak pergi mengaji ke rumah ustaz saya akan pulang ke rumah sama seperti yang dilakukan oleh ibu bapa yang lain... Kemudian setelah anak selesai mengaji saya akan mengambil mereka semula...

Tetapi lain pula jadinya... Masa mula-mula hantar anak mengaji, baru sahaja menghidupkan enjin kereta, anak saya dah berlari ke kereta saya dengan berkaki ayam sambil menangis tidak mahu ditinggalkan.. Anak-anak saya mengharapkan saya mengajar mereka mengaji di rumah Ustaz, sebab mereka takut dengan ustaz yang sedikit garang... Jadi, saya kena menunggu mereka sehingga habis mengaji...  Nak buat macamana, saya terpaksa menuruti kehendak mereka demi ingin melihat mereka mendapat pendidikan yang secukupnya... Kalau tak, saya yang akan menjawabnya di akhirat nanti...

Orang-orang dekat surau di depan rumah saya pun dah perasan dengan ketiadaan saya menunaikan solat isyak Berjemaah... Ada seorang ustaz tu pernah menegur saya... 

Ustaz :"cikgu Anuar, Lama dah tak nampak pergi ke mana?"

Saya : "Ada, dekat sini.. Cuma tak berkesempatan nak bersua muka dengan Ustaz.. Maklumlah sibuk sedikit sekarang ni"

Sebabnya... Saya balik kerja dah lambat dah..  Sampai dekat rumah berehat sekejap, sebelum menyiapkan anak-anak untuk pergi mengaji.... Selepas itu baru saya bersiap-siap pergi ke surau.... Biasanya sampai dekat surau pun dah lambat... Samada nyaris-nyaris tertinggal rakaat pertama atau dah masuk rakaat kedua... Bila dah habis sembahyang Maghrib, sebaik sahaja selesai berdoa terus balik ke rumah tanpa sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir... 

Lepas tu bawa anak-anak pergi mengaji dan menemani anak-anak sehingga selesai mengaji... Ramai juga pelajar yang belajar mengaji dengan Ustaz... Biasanya apabila anak-anak selesai mengaji, solat Isyak berjemaah dekat surau dah pun selesai... Mungkin sebab tu ustaz yang menegur saya tu, dah jarang bersua muka dengan saya semasa dekat surau... Melainkan hari Khamis disebabkan hari Khamis merupakan hari cuti mengaji untuk membaca Yassin di surau.... 

Itulah rutin kehidupan saya sekarang dan seterusnya pada tahun 2014 nanti... ;)

Disebabkan itu, saya berhasrat untuk melepaskan blog Infokeluarga.net pergi buat selamanya... Terasa rugi, apabila kita membayar sesuatu, tetapi kita tidak dapat nak menggunakannya...

Mungkin ada rakan blogger yang lebih sesuai untuk mengendalikan blog ini... Blog ini mempunyai domain yang menarik, sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk mempunyai sebuah blog berkisarkan tentang kekeluargaan...  

Jadi, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan domain dan hosting ini daripada saya (tukar hak milik), bolehlah hubungi saya melalui email nuargto@gmail.com

Sekiranya ada yang betul-betul berminat nak dapatkan domain ini, sila hubungi saya dengan kadar segera... Sebelum domain ini expired dan di jual semula pada harga yang jauh lebih mahal daripada harga sekarang... 

                                 

Tiada sebarang bayaran yang akan saya kenakan kepada anda.. Cuma saya minta anda selesaikan segala prosuder dan kos tukar hak milik terebut dengan pihak netkl.com.. Selepas itu domain dan hosting tersebut akan menjadi milik anda buat selamanya... ;)

Akhirnya akan ku lepaskan dikau pergi buat selamanya..... Selamat tinggal Infokeluarga.net ... Semoga ada insan lain yang lebih layak untuk diri mu..... 

Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 25)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam segmen Hobi Terbaru Isteri saya sebelum ini.. Isteri saya ada menghasilkan sebuah kad design Quilling kusus untuk kedai  Rika Trading , yang merupakan salah sebuah kedai yang ada menjual bahan-bahan Quilling di Malaysia... Kepada rakan-rakan yang terlepas untuk melihat design Kad tersebut, saya syorkan anda klik di sini

Disebabkan kad tersebut kelihatan menarik.. Haikal dan Adam pun nak kad macam tu juga... Kesian dekat isteri saya terpaksa membuat dua buah kad lagi yang hampir sama macam design untuk Rika Trading, tetapi tak serupa... 

Oppss silap... Bukan dua buah kad, tetapi tiga... Supaya adil untuk ketiga-tiga anak kami, walaupun anak nombor 3 masih kecil lagi, belum tahu meminta itu dan ini... Belum pandai menghargai seni, tetapi isteri saya nak bersikap adil kepada anak-anak...

Dan inilah hasilnya untuk tiga buah kad design Quilling untuk Haikal, Adam dan Naila...

3 Keping Kad Quilling untuk ketiga-tiga anak kami

Kad Quilling untuk Anak Kedua kami, Adam

Kad Quilling untuk anak sulung kami, Haikal

Kad Quilling untuk anak ke tiga kami, Naila

Apa pendapat anda tentang Design Kak Quilling ini? Cantik tak?

Bagi pendapat saya, seni adalah sesuatu yang sangat unik.. Dan ianya tidak dapat untuk dinilai dengan wang ringgit... Ada orang sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus ringgit sehingga berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapat kepuasan pemandangan/gambar seni yang mereka inginkan... 

Disebabkan itu siapa sangka potrait Monalisa dan lukisan-lukisan lain yang senaraikan di bawah mempunyai nilai seni yang terlalu istimewa sehingga bernilai sedemikian rupa:
  • Potrait Monalisa berharga US$670 juta
  • No. 5 , 1948 berharga US$149.6 juta
  • Woman III berharga US$157 juta
  • Potret Adele Bloch-Bauer I berharga US$144.4 juta
  • Potret Dr. Gachet berharga US$136.1 juta

Sumber : Wikipedia 

Nilai bagi seni Quilling

Semasa saya mendapat tempahan daripada rakan-rakan, pada mulanya saya rasa keberatan untuk menyatakan harga tempahan bagi design Quilling yang mereka inginkan.. Contohnya bagi harga Kad Quilling.. Kebanyakan kad ucapan yang dijual di kedai biasanya berharga sekitar RM5-RM15 mengikut design dan kualiti... Tetapi bagi tempahan Kad Quilling, harganya jauh lebih mahal dari itu..


Tetapi, apabila saya bagi tahu harga sebenar tempahan kad Quilling kepada mereka, mereka kata harga yang isteri saya letakkan masih lagi murah berbanding harga dekat internet... 

Terkejut saya mendengar berita tersebut... Ialah saya ni orang lelaki yang tidak berapa pandai untuk menilai seni... Biasanya kalau nak beli kad pun, saya akan cuba cari kad yang tak mahal sangat... Bagi saya harga sekeping kad, kalau dah cecah RM20 tu dah kira mahal dah... Tetapi bagi golongan wanita peminat seni ni, berbeza pandangan mereka... 

Betullah kata orang, seni tidak dapat diukur dengan wang ringgit... Lagipun bukan senang nak buat design Quilling ni.. Memakan masa untuk menyiapkannya... Memang patut pun ianya agak mahal sedikit berbanding kad-kad ucapan yang boleh dibeli di kedai-kedai biasa...

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


Rezeki Dengan Rahsia Emas - Azizi Ali ... Syukur Alhamdulillah..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Azizi Ali, saya rasa merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia Pelaburan dan pengurusan kewangan di Malaysia.. Beliau lebih dikenali sebagai Jurulatih Jutawan disebabkan kejayaan demi kejayaan yang telah beliau capai dalam pengurusan kewangan juga dalam pelbagai cabang pelaburan termasuk pelaburan hartanah, pelaburan saham, pelaburan emas dan sebagainya..  

Sebagai Pakar kewangan No. 1 di Malaysia, kebanyakan hasil penulisan Tuan Azizi Ali  berkisarkan tentang apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan


Sumber : Klik Di Sini

Seronok membaca hasil-hasil tulisan beliau.. Antara buku hasil tulisan Tuan Azizi Ali  yang laris terjual di pasaran ialah Jutawan dari planet Jupiter dan Lahirnya seorang Jutawan. Melalui buku-buku tersebut, Tuan Azizi Ali  mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan ekstrem!


Sememangnya beliau layak menjadi Jurulatih jutawan di atas kejayaan-kejayaan beliau yang telah melahirkan ramai jutawan melalui buku-buku hasil tulisannya dan juga siri-siri seminar yang telah beliau anjurkan sebelum ini. Antara individu yang berjaya selepas mengikuti seminar pelaburan hartanah Azizi Ali ialah Abang Ensem..  

Suatu masa dahulu, Abang Ensem pernah mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengikuti seminar Azizi Ali.. Dan hasilnya... Pada hari ini beliau telah berjaya memiliki 14 buah rumah sewa, dan telah berkongsi kejayaan beliau melalui seminar-seminar yang telah beliau anjurkan disamping menerbitkan beberapa buah ebook dan buku tentang pelaburan Hartanah... 

Ya.. Itulah hasil pelaburan ke atas ilmu yang telah dilakukan oleh Abang Ensem sehingga beliau menjadi salah seorang pakar pelaburan hartanah di Malaysia... Selepas menuntut ilmu daripada seorang Jurulatih Jutawan yang bernama Azizi Ali.. 

"Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya"- Azizi Ali -

Rezeki Dengan Rahsia Emas - Azizi Ali

Disebabkan itu, saya rasa terpanggil untuk mempromosikan salah satu Pakej Audio hasil terbitan syarikat Azizi Ali yang berjudul "Rahsia Emas".. 

Nak promosikan sebarang produk, ebook atau buku melalui blog ni tak susah sebenarnya.. Anda boleh mempromosikannya melalui banyak cara seperti menulis satu entri tentang "Rahsia Emas", meletakkan banner atau link pada mana-mana tempat di blog anda termasuk di ruang pengiklanan... Dan hasilnya... In Shaa Allah ada rezeki yang bakal menanti anda...

Kalau tak percaya, cubalah... Belum cuba, belum tahu... Sebab rezeki itu di tangan Allah S.W.T... Kita hanya berusaha dan berdoa, kemudian bertawakal semoga ada rezeki di atas usaha yang telah kita lakukan...  

Contohnya seperti dalam gambar di bawah:

Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

Syukur Alhamdulillah.. Ada rezeki saya dalam usaha mempromosikan Pakej Audio Rahsia Emas.. Terima kasih Tuan Azizi Ali kerana sudi berkongsi rezeki dengan saya.. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pengunjung blog ini yang sudi membeli salah satu produk keluaran Tuan Azizi Ali .. Semoga anda berjaya menjadi salah seorang lagi pelabur Melayu yang berjaya seperti beliau...

P/S: Lepas ni sekiranya Tuan Azizi Ali ada terbitkan sebarang ebook atau buku baru jangan segan silu untuk menghubungi saya... In Shaa Allah saya akan cuba mempromosikannya di blog saya yang tidak seberapa ini... TQ.. 

Program Berkhatan beramai-ramai di Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam, Selangor

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hari Khamis minggu lepas bersamaan dengan 28 November 2013, Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam yang terletak dihadapan rumah saya mengadakan program berkhatan beramai-ramai.. 

Program tersebut dimulakan sebaik sahaja selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan Bacaan yassin disertai dengan bacaan doa selamat... Dengan harapan semoga majlis berkhatan beramai-ramai ini dapat berjalan dengan lancar dan selamat... 

Selepas selesai bacaan Yassin, doa selamat serta solat isyak berjemaah, diadakan sedikit jamuan ringan untuk menjamu para jemaah yang hadir... Antara menu yang dihidangkan ketika jamuan ringan tersebut ialah Mee Rebus, Pulut Kuning, Rendang Daging, rendang kerang, Buah Durian dan rambutan... 


Daripada Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Majlis Berkhatan Bermula Pada Jam 9.00 Malam

Kira-kira pada jam 9.00 malam, Majlis Berkhatan pun dimulakan.. Ini merupakan kali kedua program berkhatan beramai-ramai di adakan di surau ini.. Setiap peserta tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai program berkhatan ini..  Segala kos berkhatan ditanggung oleh pihak pengurusan surau Sabakiah Batu 40. ..

Pada kali ini hanya seramai 5 orang peserta sahaja yang menyertai program ini... Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang program berkhatan beramai-ramai ini diadakan... 


Para peserta program berkhatan beramai-ramai ini ditempatkan di atas surau

Para peserta program berkhatan beramai-ramai ini ditempatkan di atas surau sementara menunggu giliran mereka dipanggil.. Manakala acara berkhatan beramai-ramai diadakan di ruang bawah surau.. 

"Tok mudim" dan pembantunya telah bersiap sedia dengan peralatan untuk "mendewasakan" para peserta.. 

Peralatan-peralatan yang digunakan dalam Program Berkhatan beramai-ramai

Sebenarnya dah lama saya tak tengok orang berkhatan... Kali terakhir saya tengok orang berkhatan ialah sewaktu adik lelaki saya berkhatan di rumah jiran, kira-kira 11 tahun yang lalu... Jadi, bila dapat tengok orang berhatan pada kali ni rasa seram sejuk juga dibuatnya... 

Kalau saya yang dah pernah berkhatan ni pun rasa seram sejuk, adik-adik dekat bawah ni lagilah.. hehehe... 

Reaksi anak-anak ini apabila melihat acara berkhatan dilaksanakan.. 

Keinginan nak tengok tu ada.. 

Sekali tengok, kecut perut dibuatnya... hehehe

Tunggulah giliran korang tahun depan.... 

Masa saya berkhatan dulu... oopppsss... Harap perkara ini bukan isu sensitif... Takper kita dah dewasa untuk berkongsi pengalaman... Masa saya berkhatan dulu, Tok mudim menggunakan pisau lipat yang cukup tajam... 

Ingat lagi, masa tu saya kena duduk dekat atas batang pisang, kemudian dengan menggunakan pisau lipat yang tajam, tok Mudim melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik... Dan proses tersebut saya rasa hanya berlaku lebih kurang 5 minit sahaja... Selepas itu saya dapati, diri saya dah jadi lelaki dewasa... 

Daripada Ammar bin Yasir katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara fitrah ialah berkumur, membersihkan hidung dengan air, menggunting misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkhatan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sakit ker berkhatan ni? 

Dengan bantuan ubat bius, rasa macam kena gigit semut sahaja.. tetapi dugaan selepas itu, agak rumit... Susah nak berjalan, nak kencing, dan sebagainya... Dan kena banyak berehat dekat rumah.... 

Pengalaman berkhatan yang saya alami dulu, pastinya tak sama dengan cara berkhatan yang saya lihat dalam program ini... 

Dalam program ini, para peserta dikhatankan dengan menggunakan "alat pemanas".. Setiap kali proses berkhatan dilakukan, terbau seakan-akan ada daging hangit.. Itu manandakan hujung anu telah dipotong. .

Kemudian tok mudim menjahit pada luka tempat berkhatan... Agak lama proses menjahit dilakukan, adalah dekat 15 minit... sehinggakan para peserta resah menanti, bila kerja-kerja mereka berkhatan selesai sepenuhnya?

Hasil maklumbalas yang saya terima daripada orang-orang yang lebih berpengalaman di situ... Mereka berkata "Biar lambat, asal selamat"... 

Tok Mudim yang di bawa khas dalam program ini, merupakan seorang yang cukup berpengalaman... Beliau telah mengkhatankan beribu-ribu orang sebelum ini... 

Berdasarkan  testimoni yang diterima daripada ayah-ayah yang anak mereka pernah diakhatankan oleh Tok Mudim ini.. Mereka mengatakan, Anak mereka lepas sembuh... Dalam masa beberapa hari sahaja abak mereka dah boleh memakai seluar, malah dah ada yang boleh tengok orang main bola dekat padang....  

Peserta Pertama mula dikhatankan.. 

Peserta pertama yang berkhatan pada malam ini begitu sporting sekali... Langsung tidak menangis sewaktu dikhatankan... 

Peserta pertama program berkhatan beramai-ramai

Steady betul adik ini.. 

Mampu tersenyum apabila telah selesai dikhatankan... Tahniah Adik, dah berjaya melalui satu fasa kehidupan bagi seorang lelaki muslim... 

Apabila setiap peserta selesai dikhatankan, mereka dikehendaki balik dengan kadar segera, supaya tidak menakut-nakutkan peserta yang lain... 

Giliran Peserta Kedua Pula dikhatankan

Mengkhatankan Peserta kedua agak mencabar... Berlaku sedikit penentangan... Tok Mudim memerlukan bantuan daripada Jemaah yang hadir untuk mengawal keadaan...  



Macam-macam kata-kata semangat yang diberikan oleh mereka yang berada di situ... Antara kata-kata semangat gurauan yang mencuit hati... 

"Ala.. Tak sakit pun sunat ni.. Cuba ko kira berapa bintik-bintik yang ada dekat syiling tu... Belum sempat habis kira, dah habis kena kerat dah.."

"Lepas giliran budak-budak kena sunat, giliran orang dewasa pula... Kami nak kena repair sikit jer, tapi tunggu budak-budak balik dululah... Semua orang kena ambil giliran... Cikgu Syukri ambil giliran no. 7, Cikgu Nuar ambil giliran nombor berapa?"

"Erk... kalau cikgu Syukri ambil giliran nombor 7, saya ambil Nombor lapan.. hehehe"secara spontan saya menjawab


Walaupun dah letih memberikan kata-kata motivasi, sudahnya kena pegang  juga peserta kedua ni.. 

Syukur Alhamdulillah... Selesai mengkhatankan peserta kedua... 

Giliran Peserta Ke Tiga

Peserta ketiga lagi steady... Walaupun ada masanya nampak ada air mata mengalir pada ekor mata, tetapi beliau mampu tersenyum dan boleh bersembang dengan ayah beliau... 





Tahniah peserta ketiga... Rambut kekal terpacak... 

Giliran Peserta Keempat

Peserta keempat merupakan peserta termuda dalam program berkhatan beramai-ramai pada kali ini... Beliau baru berumur 6 tahun, sebaya dengan anak sulung saya... 

Tetapi saya resepek dengan beliau, sebab kelihatan berani pada walnya... 




Tetapi apabila dah hampir dikhatankan, beliau mula meronta untuk dilepaskan... 


Dan seterusnya....

Tiada gambar yang dapat saya kongsikan disebabkan Hand Phone saya telah kehabisan bateri... 

Walaubagaimanapun kesemua 5 peserta berjaya dikhatankan dengan jayanya oleh Tok Mudim yang cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas beliau... 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta... Selamat melangkah ke alam dewasa sebagai sebagai seorang lelaki muslim sejati....  


Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Semoga acara berkhatan beramai-ramai ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang... Supaya dua orang hero saya pun dapat turut serta apabila sampai masanya nanti... in Shaa Allah... 

P/S : Maaf acara berkhatan bagi golongan dewasa terpaksa dibatalkan disebabkan tok mudim dah tak larat nak tolong repair. . Hehehe ;)

Cabaran Untuk Mendapatkan Samsung Galaxy Note II Secara PERCUMA, Berbaki 28 Hari Lagi

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam sibuk berusaha untuk mendapatkan rezeki yang dikongsikan oleh Tuan Azizi Ali, sehingga terlupa tentang peluang menyertai cabaran untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note II Secara PERCUMA


Sumber : Klik Di Sini

Inilah seperti yang dikatakan oleh orang tua-tua dalam perumpamaan yang berbunyi:
"Kita nampak kuman di seberang sungai, tetapi Gajah didepan mata sendiri kita tak nampak.." 

Dalam tak sedar, rupanya cabaran untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note II Secara PERCUMA, tinggal 28 hari sahaja lagi... Sebelum cabaran ini tamat pada 31 Disember 2013... 

Kenapalah saya boleh tak perasan tentang cabaran ini... Kalau tak boleh juga saya berusaha dengan lebih awal... 

Kalau tak berjaya untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note II secara PERCUMA pun, sekurang-kurangnya dapatlah kumpul dalam sebentuk dua cincin emas untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang... Betul tak?

Tetapi kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... Alang-alang kita dah berusaha, biarlah sampai berjaya mendapatkan Samsung Galaxy Note II Secara PERCUMA .. Lagipun tempoh cabaran masih ada 28 hari lagi... 

Berminat nak tahu cabaran untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note II Secara PERCUMA yang saya maksudkan? 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, bolehlah klik di sini..



Tarif Elektrik Baru 2014

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Tarif Elektrik akan berubah lagi pada tahun 2014 ini... Bila tarif elektrik berubah, pastinya bil elektrikdi rumah anda akan meningkat sedikit berbanding sebelum ini.. 

Walaubagaimanapun kenaikan Tarif elektrik ini hanya akan di rasai oleh pengguna elektrik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWh sebulan... 

Bagi rakyat Malaysia yang menggunakan tenaga elektrik di bawah paras 300 kWh, anda tidak perlu risau.. Sebab tiada perubahan untuk bil elektrik di rumah anda.. 

Kalau tak percaya boleh tengok jadual di bawah... Jadual ini saya perolehi melalui laman web TNB sendiri yang turut saya nyatakan sumbernya di bawah jadual tersebut... 


Sumber : Klik Di Sini

Dalam Jadual Tarif Elektrik Baru 2014 di atas, terdapat peningkatan tarif penggunaan elektrik bermula pada 300 kWh ke atas.. Banyak juga peningkatannya berbanding sebelum ini... 


Jika sebelum ini tarif penggunaan elektrik bagi 301-400 kWh pada harga 40.0 sen/kWh, 401-500 kWh pada harga 40.20 sen/kWh, dan 501-600 kWh pada harga 41.60 sen/kWh... Tetapi bermula pada Januari 2014 nanti, ketiga-tiga tarif elektrik tersebut telah berubah menjadi 51.60 sen/kWh...

Begitu juga untuk tarif penggunaan elektrik bagi 600-900 kWh yang sebelum ini mempunyai rate tertentu untuk setiap 100 kWh, kini telah berubah menjadi 54.60 sen/kWh... Dan akhir sekali perubahan rate bagi 900 kWh ke atas daripada 45.40 sen/kWh kepada 57.10 sen/kWh...

Berapa kadar purata bayaran bil elektrik di rumah anda sekarang?
  • RM50.00?
  • RM60.00?
  • RM70.00?
  • RM80.00?
  • RM90.00?
  • RM100.00?
  • RM100.00 ke atas? 

Jika bayaran bil elektrik di rumah anda sekarang di bawah RM77.00, anda tidak perlu risau.. Ini disebabkan tarif Baru elektrik 2014 langsung tidak akan memberi kesan kepada penambahan bil elektrik semasa di rumah anda... Ini berdasarkan pengiraan kadar bayaran seperti berikut:

Kiraan bayaran untuk 200 kWh pertama    (1-200 kWh)    >>>>> 21.80 X 200  =  4360 sen
Kiraan bayaran untuk 100 kWh berikutnya (201-300 kWh) >>>>> 33.40 X 100  =  3340 sen
                                                                                                               ------------
                                                                                                                7700 sen
                                                                                                               -------------

7700 sen atau bersamaan dengan RM77.00 bagi penggunaan elektrik di bawah 300 kWh.. Jadi, sekiranya anda nak pastikan Tarif Elektrik Baru 2014 tidak memberi sebarang kesan kepada bil elektrik di rumah anda.... Anda kena pastikan penggunaan tarif penggunaan elektrik bulanan tidak melebihi 300 kWh...

Kalau tak, anda terpaksalah membayar bil elektrik yang jauh lebih mahal berbanding sekarang.... 

Saya berharap anda dapat memahami info ringkas yang cuba saya sampaikan melalui entri ini.. 

Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut, cara untuk menjimatkan bil elektrik, saya syorkan anda membaca entri yang pernah saya tulis sebelum ini bertajuk Panduan menjimatkan Bil Elektrik Di Rumah Anda



Riang Ria Cuti Sekolah : Santai @ Dataran Gemilang

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelapangan masa pada hujung minggu ini, dijemput hadir ke Santai @ Dataran Gemilang pada 8 Disember 2013 (Ahad) di Percint 4 Putrajaya.. 

Program santai ini bertemakan Riang Ria Cuti Sekolah... Sesuai membawa anak-anak anda mengunjungi program ini, sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang diadakan...


Antara aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung ialah:
  • Cabaran penalti Shoot-Out yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500
  • Glory Boxing
  • Duck Game
  • American Football
  • Wayang Pacak
  • Badminton Shoot-Out
  • dan lain-lain


Selain itu, terdapat sesuatu yang istimewa menanti para pengunjung bertuah... Iaitu sebanyak 1000 keping tiket percuma akan diberikan kepada pengunjung bertuah untuk menyaksikan Gegaran Dinosaur di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor..

Tiket-tiket PERCUMA ini akan diedarkan pada 8,15, 22 dan 29  Disember ini kepada semua yang hadir ke program tersebut.

Sumber : klik Di Sini

Bestnya.. Boleh dapat tiket PERCUMA masuk ke Gegaran Dinosour di Shah Alam yang biasanya dikenakan bayaran seperti berikut:

Bayaran Masuk ke Gegaran Dinasour di Shah Alam:

  • Dewasa : RM10 (18 Tahun ke Atas)
  • Kanak-kanak : RM5 (*kemasukan percuma bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah)
  • Pakej Keluarga : RM25 (*2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak)



Jom.. Hadir beramai-ramai bersama keluarga di Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya pada 8 Disember 2013 nanti. ;)

Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6

$
0
0

Contest SEO Eridy akan menjadi bahan ujikaji saya yang ke 6, sekiranya saya betul-betul berusaha untuk memberi komitmen dalam Contest ini. Kalau tak rajin, mungkin ini adalah entri pertama saya dan terakhir dalam Contest SEO Eridy ini, tanpa disusuli oleh entry yang lain.

Sumber : Klik Di Sini

Macamana Contest SEO Eridy boleh menjadi bahan Ujikaji Yang ke 6?

Sebelum ini saya pernah menyertai 3 Contest SEO dan pernah juga menganjurkan 2 Contest SEO. 

Hasilnya ada yang menggembirakan dan ada yang mendukacitakan. Daripada 3 Contest SEO yang pernah saya sertai, saya hanya berjaya memenangi hadiah 2/3 daripadanya. Dan daripada 2 Contest SEO yang pernah saya anjurkan, salah satu daripadanya sahaja yang membolehkan entri penyertaan berjaya berada di page pertama Google. Satu lagi hilang entah ke mana, hanyut dalam lautan ilmu di alam maya.

Setiap kali saya menyertai Contest SEO, sudah pasti ada sahaja ujikaji atau percubaan demi percubaan yang telah saya lakukan. Begitu juga sewaktu saya menganjurkan Contest SEO, ada percubaan yang telah saya lakukan untuk membolehkan entri pendaftaran penyertaan berada di page pertama google. Jadi, sehingga sekarang ni saya dah ada 5 ujikaji atau percubaan kesemuanya.

Disebabkan itu, Contest SEO Eridy merupakan ujikaji atau percubaan saya yang ke 6 dalam persaingan untuk berada di page pertama Google. 

Sejarah Hitam Dalam Penganjuran Contest SEO

Berdasarkan sejarah lalu, saya pernah mempunyai satu rekod yang buruk dalam penyertaan dan juga penganjuran Contest SEO sebelum ini. Paling mengecewakan sewaktu saya menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper

Bukan setakat entry pendaftaran sahaja gagal berada di Page Pertama Google, malah tiada peserta pun yang berjaya berada di page pertama Google. Sangat mengecewakan. Sehingga saya merasakan Contest SEO MyKad Smart Shopper telah menjadi Contest SEO dalam sejarah yang sangat mengecewakan.. huhuhu :(

Sumber : Klik Di Sini

Kesan daripada kegagalan ini, sebenarnya saya dah rasa agak keberatan untuk menganjurkan atau menyertai mana-mana Contest SEO. Tetapi setelah blog Coretan Anuar terpilih memenangi salah satu hadiah dalam Contest Honeymoon Package To Bali, kekecewaan tersebut sedikit reda.. Syukur Alhamdulillah

Sumber : Klik Di Sini

Hadiah yang berjaya saya menangi tersebut sebenarnya diperuntukkan untuk 3 peserta yang berjaya berada di page pertama Google. Tetapi disebabkan tiada peserta yang berjaya berada di 3 kedudukan teratas tersebut, maka keputusan pemenang ditentukan oleh pihak juri. Dan tak sangka blog saya turut terpilih sebagai salah seorang pemenang. 

Situasi yang berlaku dalam Contest Honeymoon Package To Bali hampir sama seperti situasi yang berlaku dalam Contest SEO MyKad Smart Shopper yang telah saya anjurkan sebelum ini. Tak sangka penganjur contest ini juga mempunyai nasib yang sama seperti saya. Dan terima kasih kerana memilih blog saya sebagai salah seorang pemenang. 

Sejarah Hitam Dalam Penyertaan Contest SEO

Sejarah hitam yang telah saya alami dalam penyertaan Contest SEO pula ketika menyertai 
Contest SEO 10 Blogger  terbaik Malaysia .Entri penyertaan saya sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Di saat-saat akhir pertandingan entri saya terus tenggelam, dan tak muncul-muncul lagi selepas itu..

Masa tu saya dah tahu di mana kesilapan saya. Disebabkan terlalu teruja nak dapatkan banyak Keyword, saya telah meletakkan lebih daripada 40 keping gambar pada entri pertandingan. Hasilnya paparan entri tersebut menjadi sangat perlahan, disebabkan terlalu berat/sarat dengan gambar-gambar. Sehingga mendapat teguran oleh penganjur Contest sendiri iaitu Encik Titan

Bila dah kena tegur dengan pihak penganjur, faham-faham jerlah untuk memperbaiki keadaan tersebut. 

Jadi, saya pun buanglah sebahagaian besar gambar-gambar yang terdapat dalam entri penyertaan. Dengan harapan supaya Pak Cik Google dapat memaafkan kesalahan saya.

Walaubagaimanapun nasi sudah menjadi bubur, saya dah cuba berusaha untuk menambat semula hati Pak cik google.. tetapi malangnya Pakcik Google tak nak terima entri penyertaan saya untuk berada di page pertama google... Huhu sedihnya..

Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan inilah padahnya. 


Pengalaman manis sewaktu menyertai dan menganjurkan Contest SEO

i) Ujikaji Pertama ketika menyertai Contest SEO Eyriqaaz Vs Denaihati

Pengalaman paling manis sewaktu menyertai Contest SEO ialah ketika melaksanakan ujikaji pertama dalam Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. Masa tu saya rasa sangat bersemangat untuk bermain SEO, mungkin disebabkan itu merupakan pengalaman pertama saya berpeluang untuk menguji tahap kemampuan SEO blog Coretan Anuar.. 

Bagi saya contest tersebut sangat meriah dan mencabar di sebabkan membabitkan nama 2 blogger tersohor tanah air.. Kemudian penyertaannya juga sangat memberangsangkan disebabkan ramai blogger ternama tanah air dalam pelbagai latar belakang turut sama mengambil bahagian dalam Contest SEO tersebut. 

Masa mula-mula nak join tu tak fikir nak menang pun.. niat join sekadar suka-suka saja dan dalam masa yang sama nak belajar tentang seo daripada pakar-pakar seo yang mengambil bahagian

Tapi tak sangka pula saya berjaya memenangi tempat kedua dalam Contest SEO tersebut,.. Itupun setelah bertungkus lumus berusaha menulis sehingga 9 entri yang berkaitan dengan contest ini. 


Sumber : Klik Di Sini

Tengok tu bukan senang nak memenangi Contest SEO. Maklumlah blog tak hebat mana pun.. Kalau blog hebat macam Tuan Denaihati, ForBlogger, CikTomEncik Titan, Akma OmarProfhariz, dan lain-lain mungkin mereka hanya perlu menulis satu dua entri sahaja untuk berada di page pertama google.

Kalau blog tak hebat macam saya ni kenalah berusaha lebih kuat sedikit daripada mereka ;)

Antara ujikaji yang saya kira paling berkesan untuk membolehkan saya memenangi Contest tersebut ialah dengan mengadakan mini Contest dalam Contest. Sepanjang menyertai Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, saya ada membuat dua mini contest iaitu Kuiz Tergempar Eyriqazz Vs Denaihatidan Pertarungan sengit antara Eyriqazz Vs Denaihati. Selain itu, ada lagi strategi lain yang telah saya lakukan, kalau nak tahu boleh bacanya dalam entri bertajuk Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Bila difikirkan balik, tidak kesemua strategi/ujikaji yang pernah saya praktikkan sebelum ini menjadi. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi, sebab saya pun main try and error sahaja. Jadi, anda boleh baca dan pilih strategi mana yang sesuai untuk anda praktikkan  dalam  Contest SEO Eridy

Siapa tahu mungkin ini strategi terbaik yang boleh anda praktikkan untuk memenangi Contest SEO Eridy


ii) Ujikaji Kedua ketika menganjurkan Contest Blog Paling Popular 2

Pengalaman paling manis menjadi penganjur Contest SEO ialah sewaktu saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2, iaitu sebaik sahaja selesai mengikuti Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati. 

Syukur ALhamdulillah, pada masa tersebut mungkin tuah bermain seo berpihak kepada saya. Lepas berjaya memenangi tempat kedua Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati, kemudian disusuli pula kejayaan menempatkan entri pendaftaran penyertaan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 di page pertama google. 


Sumber : Klik Di Sini

Apabila difikirkan secara logik sememangnya itu yang sepatutnya berlaku. Entri Pendaftaran Penyertaan mana-mana Contest SEO sepatutnya boleh berada di page pertama google. Sebab dalam entri pendaftaran penyertaan ada mengandungi keyword tentang SEO yang dipertandingkan, kemudian mendapat banyak back link daripada setiap peserta dan yang paling penting sekali entri tersebut akan menjadi rujukan oleh peserta dan pemerhati.

Tetapi sebenarnya bukannya senang nak memastikan entri pendaftaran penyertaan sesuatu Contest SEO mampu berada di page pertama Googgle. Kegagalan dalam menganjurkan Contest SEO MyKad Smart Shopper menyebabkan saya serik untuk menganjurkan sebarang Contest SEO selepas ini..


Ada kesempatan ke nak join Contest SEO Eridy?

Pada mulanya saya agak keberatan untuk menyertai Contest SEO Eridy ini. Maklumlah saya agak sibuk pada ketika ini dengan urusan kelas sesi Disember 2013 yang baru sahaja bermula. Ditambah pula dengan urusan pembelian aset kerajaan yang belum lagi selesai. Tak sampai sebulan lagi akaun dah nak tutup, tapi masih ada beberapa kontraktor yang belum menyelesaikan job yang diberikan. Huh, sabar jerlah.


Dalam masa yang sama juga, waktu macam nilah audit rajin melawat ke tempat kerja kami. Maklumlah dekat hujung-hujung tahun ini, ada sahaja perkara yang nak di audit. Pihak kementerian nak audit aset, Pihak Sirim nak Audit dokumen. Lepas ni tak tahu audit apa lagi yang akan datang. Harap-harap audit MQA tak datanglah..  hehehe.. Kalau audit MQA datang, lagi banyak kerja nak kena buat.. 

Setakat ini saya belum sempat nak fikir sebarang strategi/ujikaji untuk memenangi Contest SEO Eridy. Dapat siapkan entri Contest SEO Eridy ini pun dah kira bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya sempat hantar borang penyertaan. Fuh semangat.. 

Lepas ni kalau ada kesempatan masa, mungkin ada entri sokongan bakal menyusul untuk menyokong entri penyertaan ini. Itupun kalau ada, kalau tak ada masa nak buat macam mana.. Saya tak boleh nak bagi sebarang janji  


Harapan dalam penyertaan Contest SEO Eridy?

Saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang hadiah dalam Contest SEO Eridy. Maklumlah contest ini di buat pada hujung tahun, di saat saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja di pejabat dan urusan keluarga di rumah. Jadi, saya cuma berharap dapat menempatkan diri di page pertama google.com pun dah kira syukur sangat-sangat.

Lagipun bila tengok senarai peserta yang join, kebanyakannya hebat-hebat belaka.. Ramai lagi yang layak untuk memenangi contest ini, berbanding pengalaman saya bermain seo yang baru setahun jagung ini..

Kepada blogger-blogger yang ada kelapangan masa, saya jemput anda untuk menyertai Contest SEO Eridy. Tak rugi pun anda menyertai Contest ini, sebab anda akan dapat mengetahui tahap kemampuan seo anda berbanding peserta yang lain.. Dan dalam masa yang sama dapat dapat menimba pengalaman untuk mempertingkatkan tahap penguasaan seo blog anda.

Menang kalah sememangnya adat pertandingan. Belum cuba belum tahu. Kalau anda takut dikalahkan, sampai bila pun anda tak akan berpeluang untuk menjadi pemenang.. Percayalah.. Dare To Fail.. 

Lekas daftar sebelum Pendaftaran / penyertaan  ditutup pada 11.12.13

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai Contest SEO Eridy berikut merupakan sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan tentang contest ini:

Syarat Contest SEO ERIDY
  • Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
  • Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
  • Tempoh Contest : 12.12.13 – 30.12.13
  • Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Hadiah Contest SEO Eridy
  • Tempat pertama : RM200 x 1
  • Tempat kedua : RM 100 x 1
  • Tempat ketiga : RM 80 x 1
  • Saguhati : RM 20 x 6

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog Eridy

P/S: Saya kagum betul dengan owner blog Eridy ni, sebab walaupun blog masih baru bertapak tetapi dah bersemangat untuk menganjurkan Contest SEO Eridy

Viewing all 1127 articles
Browse latest View live