Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

Ibadah Korban dan Akikah 1434 Hijrah / 2013 Masihi

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah S.W.T pada hari ini kita di beri satu lagi peluang untuk menyambut hari Raya AidilAdha bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai... 

Sebagai hamba Allah, sepatutnya kita rasa bersyukur dengan kesempatan yang diberikan.. Kita perlu bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, bagi menambahkan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti... In Shaa Allah...

Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, kita perlulah mengorbankan sesuatu yang berhara dalam hidup kita dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.. Kita boleh berkorban bermula daripada sekecil-kecil pengorbanan yang mampu kita lakukan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan yang mampu kita lakukan pada satu hari nanti... In Shaa Allah...


Harus kita ingat sebesar manapun pengorbanan yang kita lakukan, ianya tidak akan sama dengan pengorbanan orang-orang terdahulu yang ditulis dalam Al-Quran.. 

Contohnya pengorbanan pertama dalam sejarah Islam, iaitu pengorbanan Habil yang meninggal dunia di tangan adik beradik kandungnya sendiri iaitu Qabil disebabkan perasaan hasad dengki. Untuk memadamkan perasaan hasad dengki tersebut daripada terus berlarutan, Habil merelakan dirinya dibunuh oleh Qabil.

Kemudian pengorbanan Nabi Noh A.S yang mengorbankan keegoan dirinya dan sanggup menerima cemuhan daripada ahli keluarga dan masyarakat kerana membina bahtera di atas darat semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T.. Hanya orang cekal dan berhati waja sahaja yang sanggup berkorban sehingga ke peringkat tersebut...

Satu lagi pengorbanan  terbesar dalam sejarah Islam yang terus dikenang sehingga ke hari ini, terutamanya pada hari Raya Aidil Adha ialah pengorbanan tiga beranak iaitu Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar..

Pengorbanan bermula sejak Siti Hajar mengandungkan Nabi Allah Ismail A.S lagi...   Pada ketika itu, Siti Hajar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir oleh suaminya Nabi Allah Ibrahim A.S. sehingga lahirnya Nabi Ismail A.S... Begitu cekalnya hati seorang ibu, yang sanggup ditinggalkan oleh seorang suami demi kerana melaksanakan perintah Allah S.W.T... 

Kemudian apabila nabi Alalh Ismail A.S. telah dewasa, sekali lagi nabi Ibrahim A.S. diarahkan supaya melaksanakan Korban dengan menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S. 

Walaupun sangat menyayangi anak beliau, tetapi sebagai seorang hambaNYA yang taat, Nabi Ibrahim telah menuruti perintah tersebut... Subhan Allah... Begitu besar pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh keluarga ini kepada Allah S.W.T... Sebagai seorang hamba, mampukah kita melaksanakan pengorbanan sebesar ini?

Disebabkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar pada suatu masa dahulu.. Pada hari ini Mekah menjadi tempat tumpuan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk berkumpul bagi mengerjakan ibadah haji dan Umrah pada setiap tahun ... 

Kemudian disebabkan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S, telah menjadikan ibadah Korban dan Akikah dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia..  terutamanya ketika menyambut perayaan AidilAdha.. 

Ibadah Korban dan Akikah 1434 Hijrah / 2013 Masihi

Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T.. Pada tahun ini saya berkesempatan untuk turut sama menyertai aktiviti gotong-royong dengan penduduk taman perumahan di sekitar surau Menglembu, Perak untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah.....

Dalam program Korban dan Akikah pada kali ini melibatkan dua ekor lembu dan seekor kambing...  

Lembu Pertama untuk Korban

Lembu Kedua Untuk Akikah

Seekor Kambing untuk Korban.. 

Harga satu bahagian lembu ialah RM420.. Manakala seekor Kambing berharga RM750 yang dikorbankan oleh seorang usahawan India Muslim yang berminat untuk menyertai aktiviti Korban di surau ini... Syukur Alhamdulillah... Semakin bertambah bilangan peserta, semakin  bertambah meriah aktiviti Korban dan Akikah yang dilaksanakan...  ;)

Aktiviti Korban dan Akikah sepatutnya bermula pada jam 9.00 pagi...  Tetapi sehingga jam 11.00 pagi, tukang sembelih yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul... Kalaulah saya pandai menyembelih, dah lama dah saya sembelih ketiga-tiga binatang korban tersebut.... Tapi apakan daya, saya tidak mempunyai kepakaran tersebut... Jadi tunggu jerlah dengan penuh kesabaran...

Sementara menunggu, saya sempat bersembang dengan tuan punya pemilik Kambing yang akan dikorbankan... 

Beliau merupakan seorang lelaki India Muslim, yang lahir di negara India dan telah datang ke Malaysia bersama bapa beliau sewaktu berumur 4 tahun... Banyak cerita menarik dan unsur nasihat tentang agama dan tips murah rezeki yang dapat saya perolehi daripada beliau... 

Kisah beliau mendapat status kerakyatan ketika berumur 12 tahun, kisah beliau berkahwin dengan pasangan hidup daripada India yang telah dijodohkan oleh kedua orang tua sejak kecil lagi, kisah perjalanan hidup beliau daripada berpendapatan RM50 sebulan sehingga menjadi seorang pemilik perniagaan yang berjaya dan sebagainya...  In Shaa Allah, sekiranya ada kesempatan, saya akan kongsikan info-info menarik yang dapat saya perolehi melalui hasil perbualan kami... 

Setelah menunggu selama 2 jam, tukang sembelih tidak juga muncul-muncul... Saya terpaksa mengambil ayam yang ditempah semalam untuk kegunaan kenduri akikah pada keesokan harinya...  Kalau tak ambil, kedai menjual ayam tersebut akan ditutup, disebabkan kedai menjual ayam hanya dibuka separuh hari sempena Hari Raya Aidiladha... 

Sekembalinya saya ke surau Menglembu, saya dapati 2 ekor lembu dan kambing telah selamat disembelih... Alahai tak sempat nak pegang lembu-lembu tersebut sewaktu di sembelih.. Mujurlah saya dah berniat akikah terlebih dahulu dengan memegang tali lembu sebaik sahaja selepas menunaikan solat AidilAdha... Itu yang diajar oleh ayah mertua saya... Dengan niat melaksanakan Akikah untuk kelahiran anak, kerana Allah Taala.. Semoga ibadah akikah untuk anak saya diterima Allah S.W.T... Amin...

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil sempena berlangsungnya Aktiviti Korban dan Akikah ini...

Proses menyiat bulu Kambing.. 

Proses Melapah Lembu Pertama.. 


Proses Melapah Lembu Kedua

Serahkan pada yang pakar... Bab ni memang saya tak reti... 

Kalau setakat nak tolong pegang dan angkat-mengangkat tu, bolehlah saya tolong... 


Kulit Lembu Kedua telah selesai di siat... Tugas melapah pula.. 

Bab nak keluarkan perut lembu ni kena serahkan pada Ram.. Dia memang pakar bab-bab ni... 

Kan saya dah kata.. Ram memang pakar bab-bab ini.. 


Nak asingkan paru-paru, hati, perut dan hempedu kena lebih berhati-hati... Tersilap langkah boleh pecah hempedu... 

Seronok betul dapat bersama-sama bergotong-royong macam ni... 

Brader ni cuba untuk menguruskan kepala lembu... 

Pakar "kepala Lembu" tak dapat turut serta dalam aktiviti Korban dan Akikah pada kali ini disebabkan balik Kelantan.. Tak ada rezeki adik ipar saya nak makan otak lembu seperti tahun-tahun sebelum ini... Saya memang tak berani nak makan otak lembu, walaupun mereka kata otak lembu sedap di makan... hehehe.. 

2 ekor lembu dah hampir selesai dikerjakan, tinggal seekor kambing lagi... 

Aktiviti Korban dan Akikah pada kali ini agak lewat diselesaikan... Pukul 3.00 petang baru habis.. Pada masa tu dah ada anak-menantu penduduk taman ini, yang meminta diri untuk pulang ke rumah... Maklumlah esok nak kerja.. Bagi mereka yang tinggal jauh seperti di KL, Shah Alam, dan negeri-negeri lain mereka perlu memandu pulang ke rumah masing-masing pada petang itu juga...

Dan inilah hasilnya... Daging-daging korban yang telah ditimbang dan dibungkus untuk diagih-agihkan... 

Daging-daging korban yang telah ditimbang dan dibungkus untuk diagih-agihkan... 

Gambar di bawah pula bahagian daging Akikah yang saya terima untuk buat majlis kenduri akikah Naila esok... 


Berat keseluruhan daging 84.xx Kg.. Apabila dibahagikan dengan 7, dapatlah dalam 12 Kg  setiap bahagian... Apabila dicampur dengan agihan tulang, adalah lebih kurang 15KG.. 

Syukur Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, walaupun aktiviti Korban dan Akikah dimulakan agak lambat dan terpaksa mencari tukang sembelih lain disebabkan tukang sembelih asal tidak dapat datang pada saat-saat akhir... Semoga Ibadah Korban dan Akikah kami pada kali ini diterima oleh Allah S.W.T... Amin...  


Ubat Hati ada 5 Perkara

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Baby Naila semakin membesar.. Setiap kali menatap wajahnya, terasa bahagia... Rasa seakan hilang semua masalah yang ada pada diri saya...   Ada kalanya rasa sebak di hati, dan yang pasti selalu saya merinduinya... Kehadiran Asyyifatu Naila, membuat hidup saya begitu gembira... Syukur Alhamdulillah, memberi peluang untuk kami sekeluarga memperolehi seorang anak perempuan....  


Assyifatu Naila... 

Wajah Assyifatu Naila yang bersih, suci dari sebarang dosa dan Noda, pastinya menyentuh perasaan hati ini... Sebagai seorang bapa, saya sentiasa berdoa, semoga beliau membesar menjadi insan yang solehah, terus terpelihara daripada segala dosa dan noda seperti saat-saat beliau baru dilahirkan ke dunia ini... 


"Ya Allah, ya Tuhanku... Peliharalah hati Assyifatu Naila dengan sebaik-baiknya... Sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba mu yang soleh dan Solehah... "


Walaupun saya tahu dan akur... Sebagai manusia biasa, adalah mustahil untuk kita terpelihara daripada semua fitnah dan kejahatan, sebagaimana junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, hidup penuh dengan hiburan.. Celik sahaja mata pelbagai hiburan menanti kita... Tak kira walau di mana jua kita berada... 

Kesan daripada hiburan yang keterlaluan, menyebabkan kebanyakan hati-hati kita sakit tanpa kita sedari... Sukar untuk kita mengetahui samada hati kita sakit ataupun tidak? Sebab kita tidak boleh nampak hati kita di depan mata, walaupun secara realitinya ia berada begitu dekat dengan diri kita... 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Macamana kita nak tahu samada hati kita ni sakit atau tidak?

Menurut kata-kata Ustaz dalam ceramah Agama yang pernah saya dengar.. Hati kita sakit sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
  • Mudah marah
  • Bakhil
  • Riak
  • Kejam & zalim
  • Fasiq
  • Suka membenci
  • Hasad dengki
  • Berat beribadah
  • Sombong

Cubalah kita sama-sama cermin diri kita, adakah kita mempunyai salah satu daripada tanda-tanda berikut?

Kalau ada, rawatlah hati kita dengan segera... Sebelum penyakit hati kita semakin melarat disebabkan oleh godaan Iblis dan Syaitan... 

Semua kejadian-kejadian nagetif yang berlaku pada diri kita seperti tidak amanah, menyakiti hati orang lain, merasa hebat dan bangga diri, sanggup berbohong, sanggup menfitnah orang lain dan sebagainya berpunca daripada hati yang sakit. Hatilah yang akan menentukan niat kita yang kemudian dilaksanakan dengan tindakan. Kalau hati kita sakit, maka akan diterjemahkan melalui perbuatan yang keji... Dan sekiranya hati kita baik, maka baiklah perbuatan yang akan kita lakukan.

Justeru itu, peranan hati sangat penting sekali dalam hidup kita. Hati bolehlah diibaratkan sebagai jurupandu, untuk menentukan pergerakan dalam kehidupan seharian kita atas muka bumi ini.

Penawar Bagi Hati Yang Sakit..


Seperti yang biasa kita dengar, setiap penyakit ada penawarnya... Kalau kita sakit atau demam, pergilah berjumpa dengan Doktor.. Sekarang ni dah ada macam-macam doktor yang boleh anda temuai... Doktor biasa dekat Hospital atau klinik swasta, Doktor pakar, Soktor Sakit Tuan, Doktor Sakit Puan, Doktor Haiwan dan yang terbaru Doktor Facebookpun ada... ;)

Tapi bagaimana kalau kita sakit hati, ada ubat tak untuk mengubati penyakit hati? ...  Bagi umat islam ubat untuk penyakit hati telah tertulis dalam Al-Quran dan Hadis... Tanpa perlu berjumpa doktor pun kita boleh merawatnya sendiri di rumah... Tapi sebelum penyakit tersebut berlarutan... Kalau penyakit hati dah berlarutan, kena juga berubat dengan mereka yang pakar seperti para ustaz, pakar motivasi dan ilmuan...



Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang paling khusyuk beribadah. Redhalah dengan rezeki Allah yang kamu terima nescaya kamu akan jadi orang yang paling kaya. Berperilakulah baik kepada jiran, nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri, nescaya akan tergolong dalam orang muslim dan jangan lah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad & At-Tirmizi)


Sekiranya anda biasa mendengar Radio IKIM, pastinya anda perasan... Dalam radio ikim ada satu lagu yang didendangkan oleh seorang penyanyi Indonesia bertajuk Ubat Hati ada 5 Perkara... Saya suka mendengar lagu tersebut...

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya anda belum pernah mendengar lagu tersebut, bolehlah klik pada video di bawah:



Sambil kita menyanyi bersama-sama... dengan membaca lirik lagu di bawah:


Lirik Lagu Obat Hati ada 5 Perkara..


Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Korus :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi



UBAT HATI ADA 5 PERKARA:

1. Baca Al-Quran dan maknanya (betul tajwidnya dan hayati maksudnya)
Cuba kita tanya kepada diri kita, berapa kali dalam sehari kita membaca al-quran? atau bila kali terakhir kita membaca al-quran dan maksudnya? Adakah betul tajwid kita? Betulkah bacaan al-quran kita? Kalau setiap hari kita boleh membaca akhbar huruf demi huruf, kenapa kita tidak cuba usahakan untuk membaca Al-Quran

2. Dirikanlah Solat malam (Qiyamullail)
Sentiasalah berniat untuk bangun Qiamullail, dan berusahalah untuk bangun, jika tidak dapat bangun, sekurang-kurangnya dapat juga pahala. JIka tersedar dan rasa malas sangat nak bangun, sekurang-kurangnya beristighfarlah memohon ampun daripada Allah S.W.T. 
Antara solat malam yang boleh diamalkan ialah:
- Tahajjud
- Taubat
- Hajat
- Tasbih

3. Berkumpullah dengan orang-orang yang soleh (Majlis ilmu/masjid/Surau)
Hadirilah majlis ilmu kerana ianya salah satu daripada taman-taman syurga. Malaikat amat suka berada di Majlis-majlis ilmu. Sepanjang kita berada di majlis ilmu, walaupun untuk mendengar sahaja, di situ sudah ada sumber ketenangan jiwa

4.Perbanyakkanlah berpuasa sunat
Cubalah perbanyakkan berpuasa sunat. Sebab puasa boleh menjadi perisai untuk kita menundukkan hawa nafsu dan menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebenarnya puasa sunat lebih sukar untuk ditunaikan berbanding puasa wajib. Puasa wajib memang wajib semua umat islam laksanakan, kalau tak laksanakan berdosa besar. Tapi puasa sunat, mungkin kita terpaksa melaksanakannya seorang diri... Tetapi jangan risau, Ada satu pintu syurga yang dinamakan arRayyan dikhaskan untuk orang yang rajin berpuasa. ;)

5.Zikir malam berpanjangan 
Terdapat banyak Cara zikir mengingati Allah yang boleh kita laksanakan. Sentiasalah kita mengamalkannya. In shaa Allah kita termasuk di dalam kalangan hamba yang sentiasa dekat dengan Allah.

Sumber : Klik Di Sini

Jom kita sama-sama berusaha untuk Renovate atau Renew hati kita... Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T.... Amin... 

Ya Allah, ya Tuhanku... Peliharalah hati anakku Assyifatu Naila dan hati anak-anakku yang lain dengan sebaik-baiknya... Semoga mereka berjaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dan hamba yang taat kepada peritah mu... Amin... 

Tidak dapat Melelapkan Mata sepanjang penerbangan bersama Syarikat Malindo Air

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya dah lama nak bagi tulis entri tentang pengalaman pertama menaiki Pesawat Malindo Air.. Tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan... Syukur Alhamdulillah... Akhirnya hari ini dapat juga peluang untuk menulis entri ini... 

Entri simple yang pernah saya tulis sebelum ini tentang Malindo Air, MAS dan Air Asiaternyata dapat menarik perhatian orang ramai untuk bertandang ke Blog Coretan Anuar... Tak tahu apa yang menariknya tentang entri tersebut sehingga berjaya dinobatkan sebagai entri popular Blog Coretan anuar bagi Bulan September 2013.. 

Boleh tahan juga bilangan komen yang berjaya saya perolehi melalui entri tersebut... Dan Yang pastinya kebanyakan komen yang saya terima, begitu Excited nak tahu kenapa saya tak dapat nak melelapkan mata sepanjang menaiki Pesawat Malindo Air.. ;) 


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Depa semua dok komen, mungkin disebabkan peramugari Malindo Air yang berpakaian seksi... hahaha... Erk.. Seksi sangat ker pakaian Peramugari Syarikat Malindo Air ni? 

Sepanjang 5 tahun pengalaman saya menaiki kapal terbang semasa berkhidmat di Mukah Sarawak, sememangnya saya akui kebanyakan peramugari berpakaian seksi... Terutamanya syarikat Air Asia... Tetapi penampilan mereka sedikit pun tidak mampu untuk menghalang saya daripada tidur lena sepanjang penerbangan... ;)

Jadi, apa penyebabnya??

Nak tahu kenalah baca entri ini sehingga tamat.... 

Pengalaman pertama menaiki penerbangan syarikat Malindo Air, pastinya agak mendebarkan... Sama seperti pengalaman pertama menaiki penerbangan milik syarikat MAS, Air Asia, Firefly, Foker dan Twin Otter... Biasalah.. Mesti nak tahu kelebihan dan keistimewaan sesebuah syarikat penerbangan berbanding syarikat penerbangan yang lain.. Betul tak?



Kapal terbang Malindo Air pertama yang saya naik ialah Boeng 737... Lebih kurang macam kapal terbang MAS jugalah... Cuma bezanya, kapal terbang ni kapal terbang baru... Dan terdapat sedikit kelainan berbanding ketika berada dalam Boeng 737 milik MAS yang pernah saya naik sebelum ini... 


Boeng 737 - Malindo Air... 

Para penumpang mula mengambil tempat duduk masing-masing.. 

Inilah keistimewaan syarikat Malindo Air... Walaupun naik penerbangan Domestik, kelas Economy, tambang murah... Tapi ada disediakan LCD Touch Screen untuk setiap penumpang, yang boleh dimanfaatkan untuk mengisi masa lapang di sepanjang penerbangan anda..


Pilihlah bahasa mengikut keselesaan anda... 

Setiap kali ada pengumuman atau gangguan akan dimaklumkan melalui paparan Screen ini... 

Tetapi tiada Earphone disediakan.. Kalau nak gunakan earphone, boleh guna earphone telefon bimbit anda, atau membelinya pada peramugari bertugas dengan bayaran RM10/unit... 

Strategi perniagaan yang menarik... Teringat kisah kejayaan perniagaan Abdul Rahman Bin Auf... Beliau menjual Unta pada harga kos. Tetapi mendapat keuntungan melalui hasil jualan “tali pengikat unta”

Saya percaya syarikat Malindo Air boleh mendapat keuntungan yang lumayan melalui hasil jualan EarPhone... ;)

Selain itu, Syarikat Malindo Air juga turut mennjual makanan di atas pesawat.. Sama seperti strategi perniagaan yang digunakan oleh syarikat Air Asia... 




Boleh tahan juga harga makanan yang dijual di atas pesawat Malindo Air... Siapa yang berminat nak beli, boleh beli... Tiada paksaan untuk membeli... Lagipun makanan yang dijual nampak sedap.... Cubalah rasa...

Sebelum menaiki pesawat Malindo Air, saya dan keluarga dah menikmati sarapan pagi di lapangan Terbang Kuching... Jadi, kami tidak membeli makanan sebaliknya menikmati juadah percuma yang diberikan iaitu sepotong butter Cake dan sebotol kecil air mineral... Syukur Alhamdulillah.... 

Sepotong butter Cake dan sebotol kecil air mineral yang diberikan secara percuma kepada semua penumpang... 

Biasanya dalam penerbangan, peramugari akan menunjukkan demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan.... Kecuali sekiranya anda menaiki pesawat kecil seperti Twin Otter.. 

Dalam pesawat Malindo Air kali ini, demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan turut ditunjukkan... Cuma yang membezakan dengan pesawat yang lain ialah, demonstrasi tersebut dipaparkan pada screen monitor yang terdapat di hadapan kita... Tiada lagi demonstrasi live, yang memberi peluang kepada kita untuk melihat secara live kecantikan peramugari yang bertugas... 

 Demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan yang terpapar pada Screen Monitor di hadapan kerusi setiap penumpang... 

Seksi ker peramugari Malindo Air?

Secara jujurnya, saya suka demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan turut ditunjukkan menerusi screen monitor. Ini disebabkan ianya turut disertakan dengan tunjuk cara sebenar... Contohnya: 


Cara Memakai Seat Belt dengan betul...

cara mematikan telefon Bimbit... Ops, masa ni saya belum mematikan telefon bimbit yang saya gunakan... Hehehe... Jangan marah yer... 


Cara memakai corong Oksigen...

Cara nak keluar dari pesawat sekiranya berlaku kecemasan... 

Situasi/gambaran sebenar ditunjukkan menerusi paparan screen monitor yang dapat membantu  kita lebih memahami, maklumat yang disampaikan... Terbaik... ;)

Seterusnya... Inilah masa yang ditunggu-tunggu... Mengisi masa lapang anda sepanjang berada di dalam pesawat dengan hiburan yang disediakan... 


Pilihan terletak di tagan anda...  Klik sahaja yang satu berkenan di hati... 



Saya memilih Filem Shaolin... Filem yang pernah saya tonton buat kali pertama sewaktu dalam perjalanan menaiki bas daripada Mukah Sarawak ke Kem Alapong, Lundu Sarawak... Masa tu jarak perjalanan dekat 10 jam.. Jadi bolehlah tengok beberapa buah filem dalam bas untuk mengisi masa lapang tersebut... ;)

Sapi kali ini, dapat peluang tengok satu filem sahaja... Saya sengaja memilih filem Kungfu , supaya tidak dapat nak melelapkan mata sepanjang penerbangan menaiki Syarikat Malindo Air.... hehehe...




Diharapkan persoalan anda telah terjawab... Kenapa saya tidak dapat nak melelapkan mata sepanjang penerbangan bersama Syarikat Malindo Air?

Secara keseluruhannya, Saya gembira dapat menimba pengalaman pertama menaiki penerbangan syarikat Malindo Air... Perkhidmatan yang diberikan tidak mengecewakan, malah ada nilai tambah yang pastinya dapat menggembirakan hati penumpang penerbangan tersebut.... 



Sekiranya anda belum pernah menaiki penerbangan Malindo Air, saya syorkan anda mencubanya... Harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat Malindo Air, tidak lah mahal sangat... Nak harga tambang yang lebih murah, saya syorkan anda mengambil penerbangan di sebelah pagi... Harganya boleh jadi lebih murah berbanding harga tambang yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan Tambang Murah, Air Asia...  Tapi, kena tempah dengan segera... Sebab siapa cepat dia dapat... Siapa lambat menggigit jari.... 

Kekerapan masa penerbangan syarikat Malindo Air tidaklah sebanyak kekerapan masa penerbangan syarikat penerbangan yang lain... Mungkin disebabkan syarikat malindo Air baru sahaja beroperasi, dan masih belum mampu untuk memperbanyakkan kekerapan masa penerbangan dalam sehari... Saya percaya kekerapan masa penerbangan tersebut boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa... 

Tahniah Syarikat Malindo Air... Teruskan kecemerlangan tersebut, sehingga berjaya menjadi salah satu syarikat penerbangan terbaik di Dunia pada satu hari nanti... ;)


Pengalaman Memajak Emas Di Pejabat Pos

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hari ini saya percaya, tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan... 

Saya juga salah seorang daripadanya... Kenapa saya jadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan?

Jawapannya mudah sahaja, sekiranya anda rajin membaca buku-buku, ebook atau akhbar yang ada membincangkan tentang kelebihan pelaburan emas .. Saya rasa anda akan menemui jawapannya... Dan berikut merupakan sebahagian daripada jawapan yang boleh saya berikan, tentang kelebihan dalam pelaburan emas fizikal..  

  • Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku walau dimana sahaja pada bila-bila masa. (Terutamanya barang kemas)
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
  • Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
  • Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
  • Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
  • Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
  • Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
  • Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
  • Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
  • Dan lain-lain..

Banyak kelebihan dalam pelaburan emas.. Pelaburan ini sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana seperti saya, sebelum menceburi pelaburan yang lebih besar seperti pelaburan hartanah..

Pelaburan emas ada pasang surutnya... Seperti dalam Graf di bawah:


Tetapi dalam pelaburan hartanah nilai pelaburan semakin meningkat, dan dalam masa yang sama boleh buat pasif income secara berterusan... Disebabkan itu, bagi golongan yang berkemampuan, mereka lebih berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan hartanah berbanding pelaburan emas... 

Walaupun begitu, kita harus ingat... Ada masanya kita memerlukan wang tunai dengan kadar segera apabila berhadapan dengan kecemasan... Pada masa inilah kita memerlukan emas fizikal.. Kalau nak harapkan wang tunai segera melalui pelaburan hartanah, kita memerlukan masa tertentu untuk penyediaan dokumen sebelum pembiayaan semula hartanah boleh dilakukan.... ;)

Pengalaman Memajak Emas Di Pejabat Pos

Sepanjang terlibat dalam pelaburan emas, saya pernah memajak emas di dua tempat sahaja... Iaitu Ar-Rahnu di Bank Rakyat dan yang terbaru Ar-Rahnu di pejabat pos... 

Disebabkan sibuk dengan urusan kerja, saya tak sempat nak pergi memajak emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat untuk kegunaan isteri saya yang teringin hendak bersalin di hospital/klinik swasta... 

Masa tu wang tunai dalam simpanan ada.. Tapi tak adalah sebanyak mana... Cukup sekiranya isteri bersalin normal dekat Hospital/klinik swasta... Tapi, berdasarkan pemeriksaan doktor, masa tu kedudukan baby dalam perut isteri saya melintang... 

Apabila saya menghubungi hospital/klinik swasta saya mendapati, kos untuk bersalin melalui pembedahan ialah sekitar RM4000-RM4500... Banyak juga tu wang tunai yang diperlukan... Dan tanggungjawab menyediakan wang tunai tersebut terletak di atas bahu saya... Jalan paling mudah untuk mendapatkan wang tunai segera ialah dengan memajak salah satu emas yang ada dalam simpanan kami...   

Pada hari Sabtu (14 Sept 2013), Selepas selesai berjoging dekat Stadium Sabak Bernam, dalam perjalanan pulang saya singgah dekat Pejabat Pos... Pada mulanya sekadar nak tahu samda Ar-Rahnu dekat pejabat Pos, buka atau tidak... Dan apa jenis emas yang boleh dipajak dekat situ... 

Apabila berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, saya pun segera pulang ke rumah untuk mengambil rantai tangan emas 999 yang ingin dipajak...

Nak harapkan, saya pergi ke Bank Rakyat Sungai Besar, tak tahulah bila masa yang saya ada... Sebab tempat saya bekerja dengan  Bank Rakyat Sungai Besar adalah dalam 30 Km... Jadi, memajak emas di pejabat Pos merupakan pilihan terbaik yang saya ada pada ketika itu... ;)

Berikut merupakan maklumat tentang kemudahan memajak emas di Ar-Rahnu Pejabat Pos..   

Item yang ke 5 agak menakutkan.. Tempoh gadaian secara 6 bulan dengan bayaran upah simpan sebanyak RM50 sebulan... Selepas 6 bulan, sekiranya saya tak dapat nak tebus semula emas tersebut, saya mempunyai tempoh lanjutan selama 3 bulan lagi dengan syarat saya perlu menyelesaikan upah untuk 6 bulan tersebut sehingga selesai... Dan sekiranya tak dapat juga nak tebus selepas itu, saya mendapat tempoh lanjutan selama 3 bulan lagi...  huhuhu... 

Sekarang ni isteri saya dah selamat melahirkan seorang baby perempuan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Raoofah, Silibin, Perak... Syukur Alhamdulillah dengan rezeki tersebut.... Dan syukura Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian isteri saya yang teringin nak bersalin dekat Hospital/klinik swasta... 

Tak per duit boleh dicari, yang penting hati isteri perlu dijaga... Isteri dah berkorban untuk saya, dengan mengandung selama 9 bulan dan melahirkan seorang lagi zuriat saya.. Apa salahnya, saya korbankan sedikit wang untuk keselesaan beliau sewaktu melahirkan anak... 

Selepas ini saya kena bekerja dengan lebih keras untuk menebus semula emas yang telah saya pajak di Pejabat Pos... Doakan semoga kami sekeluarga terus dimurahkan rezeki...  


Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inilah rupa salah satu rak buku yang terdapat di rumah saya... Penuh dengan buku dan majalah, sampai tak muat nak susun semua buku dekat rak ini... 



Sampaikan terpaksa beli rak buku yang lain dan sebahagian buku terpaksa disimpan di dalam kotak... Maklumlah hobi saya membeli buku, manakala hobi isteri saya membeli majalah... 

Disebabkan hobi saya dan isteri saya, anak-anak saya pun turut suka membeli buku... Tetapi beli buku kartun jerlah... Antara koleksi buku kartun yang digemari oleh anak-anak saya ialah koleksi buku Disney Magic, Ben 10, Ultraman, Spiderman dan sebagainya... Kadang tu saya rasa buku anak-anak saya lebih banyak daripada buku yang dibeli oleh saya dan isteri saya.... 

Kesemua buku-buku ini saya sayang... Terutamanya buku-buku tentang Agama, Motivasi, blog, keusahawanan, pemasaran internet, pengurusan kewangan dan buku berkenaan tips-tips buat duit... 

Buku Buat Duit Dengan Blog..

Buku Buat Duit dengan Blog yang di beli pada tahun 2009... Saya masih ingat lagi buku ini saya beli di kedai buku Public Book, Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak... Masa tu kalau tak silap saya, pada bulan Ramadhan... Biasanya pada bulan Ramadhan, keinginan untuk membeli adalah tinggi..  Jadi, bila ternampak buku yang menarik pehatian saya, saya terus jer sambar buku tersebut, untuk di bawa ke kaunter bayaran...

Buku buat Duit Dengan Blog, hasil tulisan Yazid Yahaya... 

Saya beli buku ini pada harga RM16.50, maklumlah beli dekat Sarawak... 

Sementara menanti bot penumpang penuh untuk membawa kami ke Dalat, Sarawak... Saya sempat lagi membaca buku ini.... hehehe..

Seronok membaca buku ini... Melalui buku ini secara tidak langsung telah membuka minda saya tentang cara menbuat duit melalui Blog... Jadi, masa tu mula tanam cita-cita nak menghasilkan sebuah blog sendiri, untuk mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyara keluarga yang semakin membesar dengan kehadiran cahayamata yang ke dua... 

Dalam buku ini, ada menceritakan tentang blog-blog popular, antaranya blog Mantan Perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad, Blog Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi, Blog kepunyaan penulis buku ini iaitu Yazid Yahaya, Blog Tanya Sifu dan beberapa blog lain lagi...  

Lebih menarik lagi Blog Otai Affiliate iaitu Encik Titan pun ada terdapat dalam buku ini... Berada pada halaman ke 34 dan dan halaman ke 43...  Kalau tak percaya, cubalah beli buku ini dan baca... Tak rugi melabur ke atas ilmu... Sebab pelaburan ke atas ilmu, merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman...  ;)



Buku Buat Duit Dengan Affiliate..

Buku seterusnya bertajuk Buat Duit Dengan Affiliate, juga saya beli di Wisma Sanyan (Kedai buku yang sama)... 

Buku Buat Duit Dengan Affiliate, hasil tulisan Azahar Abdul Rahman..

buku ini juga dijual pada harga RM16.50, di Sibu, Sarawak... 

Melalui buku ini, saya dapat mengetahui apa dia Affiliate.. Bagaimana nak mendaftar menjadi ejen Affiliate?, Dan Bagaimana proses Affiliate berfungsi sehingga boleh memberi keuntungan kepada kedua belah pihak iaitu ejen affiliate dan pemilik perniagaan... 

Antara isi kandungan lain yang menari terdapat dalam buku ini ialah:
  • Cara Mencari dan memilih program affiliate
  • Cara menjadi Super Affiliate
  • 18 strategi promosi terbaik
  • 20 kesilapan yang perlu dijauhi dalam mempromosikan link affiliate
  • dan lain-lain... 

Tak rugi saya membeli buku ini.. Labur duit sebanyak RM16.50, hasilnya sehingga kini saya telah berjaya menganjurkan beberapa contest melalui blog dengan menggunakan komisyen affiliate yang pernah saya perolehi... Syukur Alhamdulillah...

Senarai Contest yang pernah dianjurkan oleh blog Coretan Anuar sehingga kini:

Tak sangka.. Dalam tak sedar, dah banyak rupanya Contest/segmen/Pertandingan yang telah berjaya saya anjurkan melalui blog ini... Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi memberi sokongan kepada blog ini.... In Shaa Allah, kalau ada lebihan rezeki, mungkin saya akan menganjurkan lebih banyak Contest/segmen/Pertandingan lagi selepas ini... 

Buat Duit Dengan Freelance Blogging..

Buku ketiga yang saya baca berkaitan dengan isu yang dibincangkan ialah Buat Duit Dengan Freelance Blogging, hasil tulisan tuan Aqif Azizan... 

Buat Duit Dengan Freelance Blogging, hasil tulisan tuan Aqif Azizan

Buku yang ditulis oleh seorang penulis berbakat besar yang juga merupakan seorang blogger dan penulis sepenuh masa.. 

Saya membeli buku ini, pada awal tahun 2013... Secara jujurnya saya belum berjaya membaca buku ini sehingga tamat... Maklumlah masa begitu mencemburui saya.. Tetapi saya akan cuba juga mencuri-curi masa untuk membaca buku ini, dalam masa terdekat ini... 

Walaubagaimanapun, ada juga isi kandungan menarik tentang buku ini yang sempat saya baca... Antaranya bagaimana untuk menjadi seorang Freelance blogging yang berjaya... Dekat Malaysia ni, Freelance Blogging belum lagi menjadi satu budaya seperti di US.. 

Dekat US, Freelance Blogging sangat diperlukan oleh syarikat-syarikat ternama... Mereka mengupah blogger untuk menulis artikel atau rencana tentang perkembangan syarikat atau produk keluaran terbaru syarikat mereka, untuk disiarkan di internet... Blogger akan mendapat bayaran yang lumayan untuk setiap tugasan yang berjaya diselesaikan... 

Konsepnya hampir serupa macam kerja Part Time yang ditawarkan oleh laman web Job Di Rumah..  Tetapi dekat sana, banyak syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan tersebut... Tidak seperti di Malaysia yang peluang pekerjaan untuk blogger Part Time masih agak terbatas... 

Diharapkan satu hari nanti, lebih banyak syarikat-syarikat gergasi yang ada di Malaysia menggunakan perkhidmatan blogger untuk mempromosikan perniagaan mereka... Supaya lebih ramai blogger boleh 'cari makan' dan merubah profesyen asal mereka, daripada bekerja makan gaji kepada Full Time Blogger...  

Setakat ini sahaja, ulasan buku-buku koleksi peribadi saya yang dpat saya kongsikan pada kali ini... In Shaa Allah, kalau ada kesempatan saya akan cuba berkongsi maklumat tentang koleksi buku-buku lain yang terdapat dalam simpanan saya... Selamat membaca... Bangsa membaca, Bangsa Berjaya...


Panduan Menjimatkan Bil Elektrik Di Rumah Anda

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ramai jiran-jiran saya mengeluh disebabkanbil elektrik di rumah mereka melambung naik... Ada jiran saya yang terpaksa membayar bil elektrik sehingga RM300 sebulan, Ada yang RM200 sebulan dan sebagainya... 

Apabila mereka bertanya kepada saya, berapa paling banyak bil elektrik yang pernah saya bayar??... Saya jawab dalam RM150.00, tapi kebiasannya sekitar RM60-RM80 sebulan....

Mereka bertanya lagi kepada saya, kenapa bil elektrik di rumah saya begitu rendah berbanding bil elektrik di rumah mereka??

Saya jawab, ikut penggunaan... Walaupun saya ada penghawa dingin dekat rumah, tapi takderlah saya onkan penghawa dingin 24 jam... Macam tu juga dengan penggunaan alat elektrik yang lain, guna apabila ada keperluan sahaja... 

Contohnya ketika kita menggosok pakaian... Nak gosok pakaian pun ada tekniknya juga... Kalau boleh dalam sehari kita kumpul semua baju untuk digosok, gosok sekali sahaja dan matikan suis seterika apabila semua baju telah selesai di gosok.... 

Jangan gosok sehelai baju, lepas tu offkan iron... Lepas tu nak gosok baju yang lain, onkan balik dan offkan balik selepas selesai menggosok... dan seterusnya... Keadaan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak, disebabkan setiap kali nak menggosok sehelai baju, kita terpaksa memanaskan semula iron yang telah sejuk.... ;)


Selepas itu, mereka bertanya lagi.... Kenapa bil elektrik di rumah mereka meningkat dua kali ganda berbanding sebelum ini?

Saya menjawab, keadaan ini berlaku disebabkan perubahan tarif blok penggunaan elektrik yang telah dilaksanakan oleh TNB... Dulu tarif penggunaan elektrik untuk blok pertama agak besar berbanding sekarang.... Sekarang ni tarif penggunaan elektrik untuk setiap blok telah dikecilkan... Contohnya untuk blok pertama, sekarang telah dihadkan kepada 1-200 KWh sahaja, berbanding sebelum ini yang jauh lebih besar... (Cuma saya tak ingat berapa had kadar penggunaan elektrik bagi blok pertama)..

Jadi, apalagi saya pun mulalah menggoogle.... Hasilnya...


Sumber : Klik Di Sini

Kadar tarif penggunaan elektrik (1 Mac 2009) untuk blok pertama ialah bermula dari 1-500 Kwj dengan kadar bayaran RM0.286 untuk setiap KWJ... Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada jadual di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Pada masa tu ada dua kategori tarif... Iaitu Tarif Pertama bagi jumlah penggunaan diantara 0-400 kWj dan tarif kedua untuk penggunaan melebihi 400 kWj... Untuk membantu anda memahami perbezaan bagi kedua-dua tarif ini boleh tengok pada gambar di bawah..  

Sumber : Klik Di Sini

Bil disebelah kira menunjukkan penggunaan elektrik melebihi 400 kWj sebulan, manakala bil disebelah kanan menunjukkan penggunaan elektrik di bawah 400 kWj sebulan... 

Tapi itu cerita dulu... Sehingga ke tahun 2012... Berdasarkan pemerhatian saya, Bil elektrik di rumah saya bagi bulan Oktober 2011 masih menggunakan tarif di atas... 

Pada tahun 2013 tarif mula berubah... Perubahan Tarif Penggunaan Elektrik sebenarnya mula berlaku pada 13/11/2012, Tetapi saya tak perasan disebabkan kebanyakan bil elektrik di rumah saya dah tak dapat dijumpai... Mungkin sebahagiannya telah pun dibuang... Hanya dapat jumpa beberapa bil sahaja....


Bil Elektrik bulan Mei 2013



Bil Elektrik bulan September 2013..

Kedua-dua bil di atas menunjukkan tarif blok penggunaan elektrik telah berubah.. Tarif untuk blok pertama melibatkan penggunaan elektrik daripada 1-200 kWj dengan kadar bayaran RM0.218 untuk setiap kWj, kemudian diikuti 100 kWj seterusnya dengan kadar bayaran RM0.334 untuk setiap kWj, dan untuk setiap pertambahan 100 kWj seterusnya terdapat kadar bayaran lain yang dikenakan... Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada jadual di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Sehingga ke tahap ini, saya harap anda dapat memahami kenapa bil elektrik di rumah kita sekarang boleh meningkat sehingga 2 kali ganda walaupun penggunaannya sama berbanding tahun lepas atau beberapa tahun sebelum ini.... 

Apa bendanya kWh ni? Macamana nak dapatkan nilai tersebut?

kWh ni ialah Kilo Watt Hour atau dalam bahasa Melayunya kilo Watt jam... Tenaga elektrik yang kita gunakan di rumah dalam tempoh satu jam... Nak dapatkan nilai tenaga, caranya ialah dengan mendarabkan Voltan dan Arus yang kita gunakan pada setiap peralatan elektrik..
Voltan X Arus = Watt

Contohnya penggunaan tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer Riba... 

Voltan x Arus = Watt
19.5V x 3.34A = 65.13W

Tarif penggunaan elektrik:
1000W/Jam = 21.8sen
1W/Jam = 21.8sen/1000
 = 0.0218sen

65.13W/Jam = 0.0218sen x 65.13W 
= 1.142sen / Jam


Jadi, kadar penggunana tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer riba anda ialah sebanyak RM1.142 sen/jam... 

Sekiranya anda nak buka perniagaan seperti Cyber Cafe, pasaraya, mini runcit dan sebagainya, anda perlu turut mengambil kira kos penggunaan elektrik di kedai anda, supaya anda dapat menaggarkan keuntungan yang bakal anda perolehi... Sekiranya seorang peniaga tidak berminat nak ambil tahu kos penggunaan elektrik untuk perniagaan mereka, tidak hairanlah ada perniagaan yang terpaksa gulung tikar disebabkan kegagalan mereka membayar bil elektrik yang tertunggak.... 

Macamanan nak jimatkan bil elektrik di rumah anda?

Saya syorkan supaya anda membaca buku-buku atau ebook yang dijual dipasaran tentang cara untuk menjimatkan tenaga elektrik... Tak rugi anda membaca... Dengan pembacaan anda, mungkin dapat membantu anda menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga RM30 - RM50 sebulan... 

Salah satu ebook yang boleh saya syorkan kepada anda ialah Panduan Jimat Elektrik..

Isi Kandungan Ebook Panduan Jimat Elektrik

Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai ebook ini, berikut adalah isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini :-




  • Bab 1 : Mengapa Perlu Bayar Lebih Bil Elektrik Bulanan Anda.
  • Bab 2 : Panduan Dan Nasihat tentang penjimatan elektrik dan kesannya kepada dunia!
  • Bab 3 : Penjimatan Elektrik Bermula Di Rumah Anda- peratusan penggunaan elektrik bagi setiap peralatan yang terdapat di dalam rumah anda!
  • Bab 4 : Tarif Elektrik Bagi Kediaman - Perkara asas yang perlu anda ketahui untuk mula menjimatkan elektrik di dalam rumah anda.
  • Bab 5 : Pengiraan Bil Elektrik - anda perlu tahu bagaimana bil elektrik rumah anda dikira untuk langkah permulaan penjimatan elektrik.
  • Bab 6 : Peralatan Yang Mempunyai - Faktor yang banyak menyebabkan penggunaan elektrik di rumah anda meningkat tanpa anda sedari!.
  • Bab 7 : Ruang Tamu - Ruang yang paling banyak menggunakan elektrik di dalam ruamh anda, ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan elektrik di ruang ini!
  • Bab 8 : Bilik Tidur - ruang dimana selalunya penyaman udara diletakkan. Penyaman udara adalah merupakan antara peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik di dalam rumah. Keadaan ruang bilik tidur anda juga sebenarnya memainkan peranan yang penting di dalam menjimatkan elektrik dalam penggunaan penyaman udara. Ketahui rahsianya di dalam ebook ini!
  • Bab 9 : Ruang Dapur - Terdapat banyak peralatan elektrik yang kecil-kecil di dapur. Semuanya boleh menyumbang kepada penggunaan elektrik yang berlebihan. Jadi, setiap peralatan perlulah diketahui cara penggunaannya dengan betul!.
  • Bab 10 : Rahsia & Tips Penjimatan Alat Elektrik - Tips secara terperinci di dalam menggunakan 23 peralatan elektrik yang terdapat di dalam umah anda. 
  • Bab 11 : Pembelian Peralatan Elektrik Yang Baru - Memberikan anda tips di dalam memilih peralatan-perlatan elektrik yang ingin dibeli pada masa akan datang.
  • Bab 12 : Pemeriksaan & Pengauditan Tenaga - Ketahui 3 cara melakukan pemeriksaan penggunaan elektrik di rumah anda.

Sumber : Klik Di Sini

Semoga dengan perkongsian ini, akan dapat membantu anda mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat naik sejak akhir-akhir ini... In Shaa Allah... 

Entri Khusus untuk Lelaki dan Perempuan Bujang sahaja....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. ..

Sejak akhir-akhir ni, kalau nak diikutkan dengan urusan kerja yang semakin banyak, memang tak ada masa nak update blog. . Maklumlah dah sampai hujung semester pengajian. . Banyak urusan berkaitan dengan kerja hakiki perlu diselesaikan. .

Walaubagaimanapun, saya cuba juga curi masa untuk update blog dengan cara paling mudah, iaitu dengan memasukkan perencah-perencah tambahan ke dalam draf lama yang dah bersarang di blog coretananuar.com. .

Inilah hasilnya.. Salah satu masakan entri yang telah siap dimasukkan perencah tambahan di dalamnya untuk dihidangkan kepada pembaca blog ini.. Semoga anda dapat menghadam isi kandungan entri ini, kalau tak sedap, jangan marah yer...

Entri ini ditujukan khusus untuk lelaki dan perempuan bujang sahaja. . Kalau ada yang dah berkahwin nak membaca entri ini, tak menjadi masalah. . Tapi bagilah peluang dekat mereka yang masih bujang.. dan kita sama-sama doakan semoga mereka lekas ditemukan jodoh..

Jodoh dan Pertemuan di Tangan Allah S.W.T...

Ya... Betul... Jodoh di tangan Allah S.W.T... Jadi, janganlah kita berasa pelik kalau melihat ada rakan kita perempuan yang cantik manis, tapi sampai sekarang walaupun dah berumur lebih 30 tahun tak kahwin-kahwin lagi... Jangan juga berasa pelik sekiranya ada rakan lelaki kita yang kacak, bergaya dan kaya tapi masih belum bertemu jodoh walaupun dah berumur dekat 40 tahun.... 

Soal jodoh dan pertemuan, buan kuasa kita untuk menentukannya.. Paras rupa yang cantik, berpendidikan tinggi, mempunyai harta berjuta, dan sebagainya bukanlah syarat utama untuk membolehkan seseorang itu bertemu dengan jodoh mereka.... Kerana soal jodoh dan perkahwinan terletak pada hati... Apabila kedua hati bersetuju untuk disatukan, maka berhasillah satu ikatan perkahwinan.... Maklumlah berkahwin bukan untuk setahun dua, tetapi untuk selama-lamanya.... Selagi nyawa di kandung badan... 

Bagi golongan seperti saya yang tidak pernah mengalami situasi sukar untuk bertemu jodoh, mungkin tak tahu apa yang sedang mereka alami... Jadi sebagai sahabat, kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka... Supaya segera bertemu jodoh... Kalau kita nak terlalu mencampuri urusan jodoh mereka pun tak boleh, bimbang sekiranya perasaan mereka tertekan... Maklumlah bukan mudah untuk menduga hati manusia... 

Jodoh takkan datang kepada kita kalau tidak di cari..


Mungkin ada kebenarannya juga kata-kata tersebut... Zaman sekarang ni orang dah tak berapa kisah dengan istilah perigi mencari Timba... Dekat kawasan kampung, mungkin masih ada yang mempertimbangkan sensitiviti tersebut.... Tapi, kalau nak harapkan timba datang kepada perigi, tanpa sebarang usaha dilakukan... Susah juga.. Betul tak... Sebagai contoh, seperti dalam gambar di bawah.... Salah seorang wanita yang cuba mencari Jodoh di Fanpage Cari Jodoh Malaysia...

Saya harap jangan ada sesiapa yang cuba menghubungi beliau, setelah anda membaca entri ini... Sebab apa? Sebab gambar ini dah lama saya ambil... Cuma baru sekarang, saya berkesempatan untuk menerbitkan entri ini... Tuan pemilik gambar ini, mungkin sudah berpunya pada ketika ini...  



Nak mencari jodoh melalui laman web atau media sosial tak salah... Tapi kena berhati-hati... Sebab pada zaman sekarang ni, ramai manusia yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain... Sebagai contoh, macam berita pembunuhan seorang remaja perempuan berbangsa Cina yang berlaku pada dua hari lepas...  Memang tragis kisah tersebut..

Sumber : The Star Online

Berdasarkan maklumat yang saya terima.. Ng Yuk Tim baru berumur 15 tahun, dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).. Beliau dilaporkan mengenali teman lelakinya melalui Facebook. 

Mangsa dipercayai dibunuh oleh kenalan yang ditemui melalui laman sosial Facebook. Hasil maklumat yang diperolehi, mangsa mati akibat dipukul di kepala dengan objek tumpul. Mayat remaja ini ditemui dalam keadaan tragis apabila disumbatkan ke dalam beg pakaian, dipercayai dibuang oleh suspek di tepi Jalan Kebun Nanas 1A/KS7.


SubhanAllah... Saban hari semakin banyak kes penganiayaan terhadap kaum wanita, yang ada perkaitan dengan kenalan baru yang dikenali melalui media sosial di internet.... Kesudahannya mangsa dirogol, dibunuh, dijadikan hamba sex, dan sebagainya.... 

Semoga, kejadian-kejadian seumpama ini dapat dijadikan iktibar kepada kita, terutamanya kepada kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika ingin bertemu dengan rakan-rakan yang anda kenali menerusi internet...

Sebaiknya carilah seorang rakan yang dapat menemani anda untuk menemui "kenalan baru" tersebut... Sebab rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.... Kita tak tahu apa niat disebalik kebaikan mereka melayan kita secara istimewa berbanding rakan-rakan mereka yang lain di internet.... Sekiranya mereka jujur untuk berkawan dengan kita, eloklah... Tetapi sekiranya mereka ada menyembunyikan niat yang tidak baik, jadi berwasapadalah selalu sebelum teraniaya...

Pesanan untuk diri sendiri dan juga anda yang turut membaca entri ini.... 

Anuar : Dalam Al-Quran ada manyatakan, Lelaki yang baik akan ditemukan jodoh dengan pasangan yang baik, dan begitu pula sebaliknya... In Shaa Allah, kalau  dah jodoh tak kemana... Teruskan berusaha dan berdoa, semoga anda akan ditemukan dengan pasangan hidup yang sesuai tidak lama lagi...

Pengalaman Bersalin di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah, SIlibin, Perak... Setinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izinnya jua, akhirnya saya dapat memenuhi permintaan isteri saya untuk bersalin di Hospital/klinik Swasta..

Masih teringat lagi kata-kata isteri saya di saat beliau disahkan hamil, setelah kami menunggu hampir 4 tahun untuk mendapat anak ke 3...

Isteri : "Abang, Kali ni Ana nak bersalin dekat Hospital Swasta.. Ana dah dua kali bersalin dekat Hospital Kerajaan, termasuk gugur sekali, dah 3 kali dah.. Kali ni, kalau boleh Ana nak bersalin dekat Hospital Swasta"

Saya : "Oklah.. Kalau itu yang ayang nak, In Shaa Allah abang akan cuba usahakan..." 

Bersalin dekat Hospital/klinik Swasta ni memanglah mahal... Harganya dalam lingkungan 4 angka.. Tetapi apabila mengenangkan pengorbanan yang perlu ditanggung oleh isteri saya sepanjang mengandungkan anak selama 9 bulan, ia telah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan beliau bersalin dalam keadaan selesa... 


Terdapat beberapa sebab kenapa isteri saya teringin sangat nak bersalin dekat hospital/klinik Swasta, walaupun sebagai kakitangan kerajaan, terdapat beberapa keistimewaan yang tertulis dalam pekeliling perkhidmatan untuk penjawat awam sekiranya bersalin di Hospital Kerajaan...  Antara sebab isteri saya nak bersalin dekat hospital/klinik swasta ialah:
  • Mahu Doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah seorang Perempuan (Untuk menjaga aurat)
  • Bersalin dalam keadaan yang lebih selesa
  • Mahukan layanan yang sangat mesra daripada Doktor, jururawat dan semua staf
  • Ingin saya sentiasa ada di sisi beliau sewaktu berada di dalam wad bersalin
  • Mahu saya dan anak-anak dapat menemani beliau sewaktu berada (ditahan) di wad (selepas bersalin)
  • Bersalin dalam suasana Islam, ada alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan motivasi yang diberikan oleh Doktor juga ada berkaitan dengan ajaran Islam..
  • Jahitan dan ubat-ubatan selepas bersalin 
  • dan lain-lain...
Saya mula berkira budget yang perlu kami keluarkan, untuk memenuhi permintaan isteri saya... Lebih-lebih lagi apabila mendapat berita gembira, apabila mengetahui anak dalam kandungan isteri saya, anak perempuan... Sebelum ni kami dah dapat dua orang anak lelaki... 


Syukur Alhamdulillah... Kehadiran seorang anak perempuan secara tidak langsung telah melengkapkan keluarga kami...... ;)


Seperti yang pernah saya tulis dalam entri ini, sebelum ini kedudukan anak dalam kandungan isteri saya melintang... Keadaan ini lebih menguatkan kehendak isteri saya untuk bersalin dekat Hospital/Klinik Swasta, disebabkan menurut pengalaman yang ditimba oleh rakan-rakan beliau yang pernah bersalin melalui kaedah pembedahan / Caesarean ... Jahitan yang mereka terima selepas pembedahan di hospital swasta lebih cepat sembuh berbanding jahitan di hospital kerajaan.... 

Apabila saya membuat semakan, anggaran kos yang perlu dikeluarkan untuk bersalin di hospital/klinik swasta adalah seperti berikut:
  • Bersalin Normal   :  RM1750.00 - RM2000.00++
  • Bersalin melalui kaedah Pembedahan : RM4000.00 - RM4500.00
  • Bersalin secara Vacuum : RM2500++  

Jadi, berdasarkan keadaan baby dalam kandungan isteri saya pada ketika itu, kami perlu membuat persediaan untuk bersalin melalui kaedah pembedahan / Caesarean

Sebelum-sebelum ini isteri saya bersalin secara normal... Apabila mendapat tahu nak kena bedah ni, kami mula berasa risau, terutamanya isteri saya... 

Setiap minggu selepas selesai mengadakan pemeriksaan kesihatan ibu mengandung di klinik, isteri saya akan menceritakan kebimbangannya... Sebagai seorang suami, terbit juga perasaan risau dan kasihan di lubuk hati kecil saya... 

Pada ketika itu hanya doa, solat hajat dan Solat Dhuha sahaja yang dapat saya lakukan untuk membantu beliau... Ada juga nak cuba melakukan ikhtiar lain melalui cara tradisional untuk "memusingkan" baby... Tetapi isteri tidak bersetuju, memandangkan kandungan telah membesar, beliau bimbang sekiranya tali pusat membelit leher baby dalam kandungan... Semasa mengandung anak pertama dan kedua sebelum ini, isteri saya ada menemui bidan (secara Tradisional) untuk memusingkan baby... Tapi masa tu kandungan masih kecil lagi.. Bila kandungan dah besar macam ni, isteri saya tak berani nak mengamnil risiko.. 

Menurut Doktor, sekiranya kedudukan baby masih lagi tidak berpusing (secara normal) sehingga minggu ke 36, beliau mencadangkan supaya isteri di bawa ke hospital Teluk Intan untuk memusingkan Baby... Itupun sekiranya kami bersetuju... 

Isteri mula risau... Lalu dia pun survey dekat internet untuk mengetahui risiko yang terpaksa beliau hadapi, sekiranya kedudukan baby masih gagal dipusingkan kepada "normal" setelah proses tersebut dilakukan... 

Hasil survey yang berjaya dilakukan, berdasarkan penceritaan pengalaman oleh ibu-ibu yang pernah mengalami situasi yang sama.. Proses memusingkan baby di hospital, sewaktu kandungan berusia 36 minggu memang menyakitkan... Sekiranya proses tersebut tidak berjaya memusingkan kedudukan baby supaya berada dalam keadaan normal, "bakal ibu" akan dipaksa bersalin pada hari itu juga... 

Apabila mengetahui keadaan tersebut, isteri saya nekad untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut... Beliau lebih rela bersalin melalui kaedah pembedahan, sekiranya baby tidak berpusing dengan sendirinya...

Jadi, saya pun cuba juga mengusahakan sesuatu untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T... Doa saya, isteri dan ahli keluarga yang lain mungkin belum cukup berkesan untuk dimakbulkan oleh Allah S.W.T (Bisik hati kecil saya)...

Jadi, saya mengadakan majlis doa selamat dengan para jemaah di surau yang terletak dihadapan rumah saya pada hujung minggu yang ke 36... Berdoa untuk memohon pertolongan Allah S.W.T semoga anak dalam kandungan isteri saya akan berpusing dengan sendirinya, sebelum isteri saya terpaksa memberitahu Doktor tentang keputusan muktamad kami, yang tidak mahu baby tersebut "dipusingkan" di hospital... 

Syukur Alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T, Semasa Doktor membuat pemeriksaan selepas minggu ke 36, kedudukan baby dalam kandungan isteri saya telah berpusing dengan sndirinya, kepada kedudukan normal... 

Jadi, isteri saya diminta untuk datang membuat pemeriksaan kandungan seperti biassa sehingga sampai due date untuk bersalin... Betapa gembiranya hati kami apabila mendengar berita tersebut.... Keadaan ini mungkin berlaku, berkat doa orang-orang Soleh yang telah termakbul... Syukur Alhamdulillah...   

Selepas itu, isteri saya sempat sekali sahaja membuat pemeriksaan kandungan dekat klinik kesihatan... Sebelum ingin mendaftar dan membuat pemeriksaan kesihatan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah, Silibin, Perak... 

Isteri saya telah mula bercuti sewaktu usia kandungan dah masuk 37 minggu... Ambil cuti awal 3 minggu sebelum bersalin... 

Pengalaman prtama menjejakkan kaki ke Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

Pada 5 Oktober 2013 (Sabtu), seawal jam 8.30 pagi, buat kali pertama saya membawa isteri untuk mendaftar bersalin dan seterusnya membuat pemeriksaan kandungan di Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah... 

Kenapa saya memilih klinik Doktor Raaofah??

Doktor Raoofah merupakan Doktor pakar bersalin yang terkenal di kawasan Ipoh, Perak... Beliau merupakan salah seorang Doktor Panel di Pusat Perubatan Al Ridzuan, Ipoh, Perak... Dalam banyak-banyak Doktor panel di pusat perubatan tersebut, Doktor Raoofah menjadi pilihan pertama kebanyakan pesakit...

Kini, Doktor Raoofah telah membuka klinik bersalinnya sendiri dan dalam masa yang sama masih menjadi Doktor Panel untuk Pusat Perubatan Al Ridzuan... 



Pakar Bersalin, Sakit Puan & Poliklinik Klinik Doktor Raoofah

Tak sangka, sebaik sahaja seorang jururawat membuat pemeriksaan kepada isteri saya.. Jururawat tersebut mendapati terdapat "bukaan" sebanyak 3 Cm.. Berdasarkan pengalaman beliau, isteri saya boleh bersalin pada hari ini juga, disebabkan ini merupakan anak yang ke 3... Jururawat tersebut siap buat jangkaan lagi, isteri saya akan melahirkan anak pada pukul 3.00 petang...


Senarai terkini baby yang dilahirkan direkodkan di papan kenyataan

Di Bilik Bersalin...

Graf yang terhasil... Mungkin denyutan nadi isteri dan baby dalam kandungan..

Setia menunggu di sisi katil isteri...

Sebelum isteri bersalin di bilik yang telah kami pilih untuk berehat...

Bilik ini selesa untuk menjadi ruang rehat kami sekeluarga.. Kemudahan yang disediakan di bilik ini ialah 2 buah katil, 2 buah lazy chair yang boleh dijadikan tempat tidur, 2 unit Televisyen, Bilik Air dan sebagainya... 

Kerusi malas yang boleh digunakan untuk melelapkan mata...

2 buah televesyen Flat Screen untuk tontonan kedua anak lelaki saya...

Sperti yang dijangka oleh salah seorang jururawat bertugas, isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan bernama Assyifatu Naila pada jam 3.06 petang.. Lebih 6 minit sahaja, itupun mungkin disebabkan isteri mengambil sedikit masa untuk meneran... 

Pengalaman pertama saya menyaksikan betapa susahnya seorang ibu untuk melahirkan seorang anak... Hanya zikir, doa dan kata-kata semangat yang dapat saya berikan untuk menguatkan semangat isteri saya.... Rasa bersyukur sangat, bila dapat melihat kepada Baby Naila berjaya dikeluarkan oleh isteri saya.... 

Saya kagum dengan kepakaran yang ditunjukkan oleh Doktor Raoofah dan jururawat bertugas... Wajah mereka tetap tenang walaupun keletihan.... Sentiasa ada kata-kata motivasi untuk isteri saya keluar daripada mulut mereka, disamping ruang bilik bersalin dipasang dengan radio yang melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran....

Selepas baby berjaya dikeluarkan, isteri saya dikenakan beberapa jahitan... Syukur alhamdulillah baby dan isteri, kedua-duanya sihat...

Atuk dan Naila mempunyai tarikh lahir yang sama... Iaitu 5 Oktober...

Adam gembira dengan kehadiran baby Naila, walaupun ada kalanya suka buat perangai... Maklumlah terpaksa berbahagi kasih sayang seorang ibu yang dimilikinya secara maksima selama ini... 

Haikal dan Naila mempunyai tarikh lahir yang sama... Iaitu 5 Oktober...

Pada malam tersebut, kami sekeluarga termasuk adik bongsu isteri saya bermalam di bilik yang telah kami pilih... Dah macam bilik kami dekat rumah dibuatnya oleh dua orang anak lelaki saya terutamanya Adam... Sehingga jam 12 malam, Adam masih belum tidur.. Nasib baik Baby Naila dapat tidur dengan tenang...

Keesokannya selepas jururawat membuat pemeriksaan terhadapa Baby Naila dan isteri, kami dibenarkan pulang... Syukur Alhamdulillah...

Dan berikut merupakan resit bayaran yang dikenakan ke atas kami... Seperti yang dijangka, bayarannya melebihi RM2000....



Walaubagaimanapun... Saya rasa syukur sangat-sangat sebab isteri gembira dapat bersalin dalam keadaan yang selesa, dalam masa yang sama baby pun sihat.... ;)

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh semua staf di klinik ini. Kemudahan yang disediakan juga memuaskan. . Setimpal dengan bayaran yang dikenakan. .

Terima kasih isteri ku di atas pengorbanan semasa mengandung dan melahirkan zuriat saya yang ketiga... Semoga ada ganjaran pahala menanti beliau di akhirat kelak... In Shaa Allah...  




Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM untuk Subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Matematik Tambahan

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada bulan September yang lepas, saya dan rakan-rakan sekerja berpeluang untuk menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian.. Seminar ini ditaja sepenuhnya oleh Pihak Tabung Haji... Untuk maklumat lanjut tentang seminar tersebut, saya syorkan anda baca di sini

Seminar SPM Didik Berita Harian yang kami anjurkan melibatkan 3 subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris... Kepuasan yang kami perolehi sepanjang mengendalikan seminar tersebut ialah apabila melihat wajah-wajah ceria para peserta, setelah selesai mengikuti seminar SPM Didik Berita Harian... 

Sebagai penganjur, sudah tentu kami berharap supaya setiap peserta telah mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan semua tips dan material yang telah mereka perolehi sepanjang mengikuti seminar tersebut... 

Ya... Itu harapan kami setelah hampir 2 bulan berlalu... 

Pisau dan mentimun telah pun berada pada tangan mereka... Apa yang mereka perlukan ialah menghiris timun tersebut dengan menggunakan pisau yang diberikan... Dengan erti kata lain, Bertindak dari sekarang... Manfaatkan masa yang ada untuk belajar dan membuat latihan.. Sebab peperiksaan SPM dah dekat dah ni....


Soalan Ramalan Peperiksaan SPM 2013..

"Sebagai umat islam, tak elok kita membuat ramalan".. Inilah kata-kata jenaka guru Bahasa Melayu yang menjadi penceramah dalam seminar SPM Didik Berita Harian...

Sambil berjenaka, beliau sempat memberikan 15 "cadangan tajuk ksubjek Bahasa Melayu yang perlu diulangkaji oleh para peserta... Menurut beliau, pada tahun lepas beliau memberikan 16 tajuk karangan kepada para peserta seminar SPM Didik Berita harian 2012, dan 4 daripadanya telah tersenarai dalam kertas peperiksaan SPM Bahasa Melayu 2012... 

Jadi, pada tahun ini, beliau menjangkakan mungkin akan ada dua atau tiga tajuk dalam senarai di bawah, yang masuk dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu SPM 2013... 


  1. Menghargai Warga Tua/Jasa Guru/OKU
  2. Belilah Barangan Buatan Malaysia
  3. Pembentukan Masyarakat Penyayang
  4. Usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya
  5. Langkah memupuk amalan membaca
  6. menanamkan nilai Patriotisme dalam kalangan anak-anak
  7. Kepentingan amalan Gotong-royong dalam masyarakat
  8. Faedah Koperasi sekolah
  9. Industri Pelancongan - Tahun Melawat Malaysia 2014
  10. Kepentingan Peninggalan Sejarah kepada sesebuah negara
  11. Kebaikan Amalan Menabung
  12. Industri Kecil dan sederhana
  13. Manfaat mengelolakan sukan bertaraf antarabangsa
  14. Kitar Semula
  15. Perpaduan Kaum - Integrasi Nasional..

Jadi, terpulanglah kepada para peserta samada untuk mengulangkaji kesemua tajuk-tajuk ini, atau sebahagiannya sahaja... 

Untuk makluman kita semua, penceramah yang dibawa oleh Berita Harian ini bukan calang-calang orangnya... Beliau merupakan seorang guru pakar bagi matapelajaran Bahasa Melayu (SPM) yang juga turut terlibat dalam menggubal soalan SPM dan memeriksa skrip jawapan pelajar...  ;)

Untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris, guru yang mengajar tidak pula memberi "extra maklumat" kepada para peserta... Semua yang diajar dalam seminar tersebut, hanya merujuk kepada nota dan latihan yang disediakan dalam fail untuk setiap peserta... jadi, tiada apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini...

Walaubagaimanapun, sekiranya anda memerlukan lebih banyak tutorial untuk msubjek Matematik dan Matematik Tambahan, saya syorkan anda klik pada pautan di bawah: 


Semoga para Calon Peperiksaan SPM 2013 dapat memanfaatkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran... Sebab peperiksaan SPM dah nak dekat dah ni...

Peperiksaan SPM bakal berlangsung pada 6 November sehingga 5 Disember 2013. Berikut disenaraikan jadual penuh bagi peperiksaan SPM 2013:

Sumber : Klik Di Sini

Good Luck!!! Ye adik-adik semua... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi dik, dah tak lama dah... Manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya... saya doakan semoga adik-adik berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013... 


Isteri saya di Paksa menerima sekeping lagi Cek daripada Syarikat MLM

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini isteri saya dipaksa menerima lagi sekeping cek daripada Sebuah syarikat MLM yang beliau sertai... Beliau menyertai syarikat MLM tersebut, disebabkan nak jaga hati kenalan yang mempromosikan syarikat MLM tersebut kepada kami... Untuk maklumat lanjut, bolehbaca entri berjudulSekeping Cek daripada Syarikat MLM untuk isteriku.. 

Selepas mendaftar menyertai Syarikat MLM tersebut, isteri saya hanya pernah membeli sekali sahaja... Dan hasilnya dapatlah cek pertama bernilai RM90.32..

Selepas itu isteri saya dah tak pernah membeli, malah jarang menghubungi atau berjumpa dengan upline beliau... Sebenarnya isteri saya cuba untuk mengelak daripada berjumpa dengan upline beliau disebabkan setiap kali berjumpa, pasti upline beliau akan mempromosikan produk-produk MLM yang dijual...  


Walaupun dah lama tak pernah membeli dan tak pernah mencari Downline, tetapi tetap ada cek sampai ke rumah... Dengan erti kata lain Isteri saya di paksa menerima sekeping lagi Cek daripada Syarikat MLM...

Kata orang rezeki jangan di tolak dan musih jangan di cari... Dah terang-terang nama isteri saya tertera di atas cek tersebut.. So apa tunggu lagi, hantar jer ke bank untuk di cashkan... 

Walaupun nilainya tidaklah terlalu banyak... Cuma RM33.45, tetapi duit juga tu... Siapa nak bagi duit Percuma macam ni... Betul tak? Boleh juga gunakan duit ini untuk mengisi minyak Petrol untuk kegunaan selama 2-3 hari... 



Saya dan isteri menjangkakan cek ini diperolehi disebabkan, Upline beliau yang tolong mencarikan Downline...  dan juga menggunakan akaun isteri saya untuk membuat pembelian... 

Hihihi... Ada juga Upline yang gigih macam ni... Bagus, bagus, bagus... Teruskan nilai-nilai murni tersebut... Kami berharap semoga ada lagi cek dengan nilai yang lebih besar diposkan kepada kami selepas ini... Syukur Alhamdulillah... 


Jadilah... Itu sahaja perancangan yang dapat kami lakukan setakat ini untuk pelaburan masa hadapan anak-anak kami... 


Syukur Alhamdulillah... Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Keputusan Permohonan kenaikan Pangkat DH44 telah pun keluar pada 27 Oktober 2013.. Tahniah Saya ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya dalam permohonan tersebut.. 

Semoga dengan kejayaan ini akan lebih memotivasikan diri mereka dalam kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Skim DH)... ;)

Kepada yang berasa gembira kerana dapat terus kekal bertugas di tempat lama, saya ucapkan tahniah.. Kepada yang bersedih kerana terpaksa berpindah ke tempat yang baru terutamanya Borneo, saya ucapkan selamat menimba pengalaman yang baru..... 

Sememangnya inilah lumrah yang terpaksa kita hadapi sepanjang berkhidmat dalam skim ini... Tiada jamainan untuk kita berasa selesa berada di tempat kerja yang kita sukai... Pada bila-bila masa sahaja kita boleh ditukarkaan dengan kehendak pihak atasan... 

Jadi, saya harap kita dapat bersabar, dan cubalah cari sesuatu yang menarik untuk mengisi masa lapang kita di tempat baru, supaya dapat meredakan sedikit perasaan sedih atau tidak puas hati, sepanjang kita bertugas di sana.... In Shaa Allah ada sesuatu yang baik bakal menanti kita sekiranya kita dapat berfikir secara positif, dan redha dengan ujian Allah S.W.T... 


Baiklah dalam entri pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit info tentang salah satu persediaan yang perlu dilakukan oleh rakan-rakan yang kena berkhidmat di kepulauan Borneo...

Bagi staf dari semenanjung yang mendapat surat arahan untuk bertugas di Sabah/Sarawak, mereka perlu mempunyai sebuah dokumen yang dikenali sebagai Dokumen Perjalanan Terhad... 

"Dokumen Perjalanan Terhad dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan."Sumber : Portal Rasmi jabatan Imigresen Malaysia

Dokumen Perjalanan Terhad

Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan Dokumen ini ialah RM5.00. Dokumen ini boleh di pohon di jabatan-jabatan Imigresen yang terdapat di Malaysia...  Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)  (Klik Di Sini)

Kalau tak ada dokumen ini, kita hanya mempunyai had maksimum selama 3 bulan atau 90 hari sahaja untuk tinggal di Sabah/Sarawak... Jadi, kalau nak duduk dekat Sarawak dalam satu tempoh yang lama, kenalah dapatkan dokumen ini... Tetapi nak dapatkan dokumen ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Imigresen..  

Tempoh Sah laku dokumen ini ialah selama Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan, dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi... 

Dokumen Perjalanan Terhad yang telah dilanjutkan selama 5 tahun lagi..


Syarat-Syarat lain untuk mendapatkan Dokumen Perjalanan Terhad ialah:
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42)yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)   bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
Kami sekeluarga mempunyai Dokumen Perjalanan Terhad.... Tarikh Dokumen Perjalanan Terhad saya dan isteri ialah pada 23 Mac 2006, Haikal (anak Pertama) 26 Dis 2007, dan Adam (anak Kedua) 18 Feb 2010... 

Dokumen Perjalanan Terhad milik saya...

Dokumen Tamat Tempoh pada 23 Mac 2011 dan tempoh sahlaku dokumen ini telah dilanjutkan sehingga 23 Mac 2016..

Saya dan isteri telah berkhidmat di Mukah Sarawak melebihi 5 tahun... Jadi tempoh sahlaku dokumen kami telah dilanjutkan 5 tahun lagi sehingga 23 Mac 2016... Walaupun saya telah berpindah ke semenanjung pada 1 Julai 2011, tetapi Dokumen Perjalanan Terhad saya masih lagi boleh digunakan, sekiranya saya menjejakkan kaki ke Sarawak....

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Kuching, Sarawak dan menambahkan koleksi pengesahan Imigresen pada dokumen tersebut... ;)

Mendapat pengesahan Imigresen yang terbaru pada 23 September 2013...

Dokumen Perjalanan Terhad milik Isteri saya... 

Dokumen Perjalanan Terhad milik Haikal (Anak Sulung saya)...

Dokumen Perjalanan Terhad milik Adam (Anak Kedua saya)...

Walaupun Adam (anak Kedua) dilahirkan di Mukah Sarawak, tetapi beliau tetap perlu mempunyai Dokumen Pejalanan Terhad, disebabkan kedua ibu bapa Adam berasal dari semenanjung.. Berdasarkan maklumat yang saya terima, Adam boleh dikecualikan daripada menggunakan Dokumen Perjalanan Terhad apabila telah berumur 18 tahun ke atas... 

Keputusan Kenaikan Pangkat DH44 dah keluar

Sewaktu keputusan naik pangkat DH 44 diumumkan di laman web Esis, saya dan isteri mula berdebar... Adakah kami perlu membuat Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3 kami iaitu Assyifatu Naila?

Berdebar betul nak tahu keputusan tersebut... Debaran pertama disebabkan keputusan Samada berjaya ataupun tidak... Debaran kedua disebabkan nak tahu penempatan perkhidmatan kami selepas ini.....

Dan keputusannya....

V
V
V
V
V
V


Keputusan pemangkuan Kenaikan Pangkat saya...

Keputusan pemangkuan Kenaikan Pangkat puan isteri...

Syukur Alhamdulillah... Rezeki anak ke 3 kami... Kami berjaya dalam permohonan tersebut dan yang lebih menggembirakan lagi, penempatan kami tetap di Politeknik Sultan idris Shah, Sabak Bernam... Jadi, tak perlulah saya nak buatkan satu lagi dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3 kami, Naila...

In Shaa Allah, sekiranya ada lebihan rezeki yang kami terima melelui pemangkuan kenaikan pangkat ini, bolehlah digunakan untuk pelaburan masa hadapan anak ke 3 kami.... 

Perancangan yang ada setakat ini ialah dengan mengambil lagi satu polisi Takaful Prudential untuk Naila... Dan dalam masa yang sama sedang membuart survey untuk mencari sebuah lagi rumah  untuk pelaburan masa hadapan Naila... 


Jadilah... Itu sahaja perancangan yang dapat kami lakukan setakat ini untuk pelaburan masa hadapan anak-anak kami, bergantung kepada rezeki yang berjaya kami perolehi... Syukur Alhamdulillah...  


WW : Kegagalan Emas Sebagai Aset Pelaburan

$
0
0
KegagalanEmas Sebagai Aset Pelaburan
Cover Buku Kegagalan Emas Sebagai Aset Pelaburan


Sumber : Klik Di Sini

Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca buku ini... 

Peluang Untuk Mendapatkan Buku Pelaburan Hartanah Secara PERCUMA!!

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab blog ini dah lama tak berupdate... Dan selepas ini mungkin semakin lama tidak berupdate, disebabkan kesibukan pemiliknya.... 

Pada ketika ini saya sedang menyiapkan kerja-kerja di pejabat seperti menanda kertas Peperiksaan Akhir pelajar, Menyiapkan Fail Rekod Pensyarah, Menyiapkan markah-markah pelajar, urusan aset dan sebagainya... Semua kerja-kerja tersebut perlu disiapkan hari ini juga.... (Jangan marah sekiranya terdapat kesilapan ejaan, atau ayat tunggang langgang dalam entri ini)...

Sepatutnya pada hari ini saya berada di UKM untuk mewakili kontinjen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam permainan Catur sempena Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali ke 38 (SUKUM) 2013... Tetapi disebabkan banyak lagi urusan kerja pejabat yang perlu diselesaikan, terpaksalah saya bangun seawal jam 3.30 pagi untuk pulang ke Sabak Bernam... Fuh, letih sungguh rasanya.... Semoga saya dapat menyelesaikan semua kerja-kerja yang dirancang pada hari ini juga, supaya dapat bermain Chess dengan tenang..... 

Di saat sedang sibuk pada ketika ini, tidak sangka pula ada insan yang berminat untuk mendapatkan Buku Pelaburan hartanah secara PERCUMA!!.. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Puan Muliati kerana sudi mendapatkan buku pelaburan hartanah yang saya tawarkan dengan satu pekej yang menarik untuk dimiliki...




Nasib baiklah saya balik ke Sabak Bernam... Jadi dapatlah saya ambil buku pelaburan hartanah yang berjudul "Jangan baca Buku Ini" untuk diposkan kepada Puan Muliati... Kalau tak, terpaksalah Puan Muliati menunggu selama seminggu untuk mendapatkan buku Pelaburan Hartanah tersebut.... 

Ada lagi yang berminat untuk mendapatkan Buku Pelaburan Hartanah Secara PERCUMA?

Sekiranya masih ada yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui cara yang dinyatakan dalam entri ini

P/s : Doakan kejayaan saya bersama Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali ke 38 (SUKUM) 2013 yang sedang berlangsung pada ketika ini sehingga 10 November 2013 di UKM, Bangi... Majulah sukan untuk Negara ;)

10 Entri Popular Blog Coretan Anuar – Oktober 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H... Atau dengan bahasa mudahnya Selamat Menyambut Tahun Baru 1435 Hijrah.... 

Begitu pantas masa meninggalkan kita.... Hari terus berlalu pergi setelah cukup putaran masa 24 jam... Tahun juga telah bertukar ganti apabila sampai masanya... 

Bagaimana pula dengan pengisian dalam hidup kita? Adakah semakin bertambah ilmu di dada? Atau masih berada di takuk lama?  

Adakah sudah bertambah amalan dalam hidup kita? Atau masih lagi seperti dulu? Atau lebih teruk dari dulu? Tepuk dada tanyalah selera... 

Menjelang awal tahun baru ini, eloklah kita bermuhasabah diri... Supaya kita dapat mengenang dan menyesali kesilapan-kesilapan lalu... Berhijrah daripada melakukan kejahatan, kepada melakukan kebaikan....


Berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin dan terpuji... Berhijrah daripada golongan yang malas berfikir kepada golongan yang rajin berfikir... Berhijrah daripada di belengu dalam kepompong kegagalan dan kemiskinan dunia dan akhirat kepada individu yang tidak berputus asa berusaha untuk mencipta kejayaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat... 

Ya!! Itulah cabaran yang perlu kita tempihi dengan keazaman yang kuat, menjelang tahun baru ini.... 

Kenapa saya lontarkan kata-kata tersebut?

Kerana ianya berkaitan dengan entri yang mengungguli 10 Entri Popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan Oktober 2013...

10 Entri Popular Blog Coretan Anuar – Oktober 2013 
1) Harga minyak naik, Gaji RM6000 sukar nak Beli Rumah?? Sifu Rumah Lelong ada jawapannya.. 

Seperti yang dijangka entri ini berjaya menarik perhatian pembaca, disebabkan tajuk entri ini menyentuh tentang isu semasa yang sedang hangat diperkatakan sejak kenaikan harga minyak sehinggalah pembentangan Budget 2014....

Isu tentang gaji, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan kenaikan harga rumah memang sensitif bunyinya.... Disebabkan itu ramai orang berminat nak tahu seberapa banyak info tentang isu-isu yang saya senaraikan di atas... 

Berminat untuk membaca isi kandungan entri ini selengkapnya?, sila Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Kemudian diikuti oleh 9 entri lain lagi yang tidak kurang hebatnya dalam senarai seperti berikut:










Mohon maaf disebabkan tidak mampu untuk mengulas kesemua entri di atas... Sekiranya berminat untuk mengetahui isi kandungan entri-entri tersebut, saya syorkan anda membacanya sendiri dengan klik pada setiap tajuk entri yang disenaraikan di atas.... 

Selamat Membaca ;)


Hobi Terbaru Isteri Saya.... Cantik Tak? (Bahagian 21)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Musim perpindahan staf Politeknik dan Kolej Komuniti sedang berlangsung pada ketika ini... 

Rasa sedih melihat rakan-rakan sekerja pergi meninggalkan kita untuk bertugas di tempat baru....

Sememangnya itu adat manusia... Bertemu dan berpisah adat manusia biasa... Pergi rakan sekerja lama, datang pula rakan sekerja baru... 

Semoga mereka yang berpindah ke tempat baru, dapat menyesuaikan diri di sana... Dan semoga berjaya dalam alam pekerjaan dan mendapat apa yang dihajati di sana... In Shaa Allah...

Dalam sibuk orang berpindah, ada beberapa keping tempahan Hand Made Card yang isteri saya terima....

Dalam keadaan sedang berpantang melahirkan anak ke 3, sempat lagi isteri saya menyiapkan tempahan-tempahan tersebut.... Inilah hasilnya....



Kad Pertama..






Kad Kedua...








Kad Ketiga...

Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan Hand Made Card, atau sesuatu yang istimewa untuk insan tersayang, boleh menghubungi saya melalui email nuargto@gmail.com

Maaf tak dapat nak berceloteh panjang.... Jumpa lagi di lain waktu... ;)


Hobi Terbaru Isteri saya Di Akhbar Harian Metro... Syukur Alhamdulillah....

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

2 hari lepas saya menerima satu sms daripada Puan Aida tentang Hobi Terbaru Isteri saya akan diterbitkan dalam AKhbar Harian Metro pada Hari Jumaat ini.... 

Syukur ALhamdulillah... Rasa gembira mendengar berita tersebut.... Dan tak sabar nak membeli akhbar harian Metro pada hari ini.... ;)

Betul seperti apa yang dikata.... Hobi Terbaru Isteri saya diterbitkan di AKhbar Harian Metro bertarikh 15 Nov 2013... halaman 15 (Majalah Metro)... Syukur Alhamdulillah... 


Hobi Terbaru Isteri saya Di Akhbar Harian Metro

Macamana Hobi Terbaru Isteri saya boleh berada dalam akhbar Harian Metro?

Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka, akhirnya segmen Hobi Terbaru Isteri saya betul-betul diterbitkan Di Akhbar Harian Metro... Sebelum ini saya menyangka panggilan telefon yang saya terima, sekadar nak tahu tentang hobi isteri saya... Tak sangka betul, wartawan tersebut benar-benar berminat dengan hobi isteri saya untuk diterbitkan dalam akhbar Harian Metro....... 

Masih segar di ingatan saya tentang satu panggilan telefon yang saya terima daripada individu yang tidak dikenali pada 30 Oktober 2013.... 

Berdebar saya nak jawab panggilan tersebut.... Risau sekiranya ada mana-mana ejen insurans atau kad kredit menghubungi saya untuk mempromosikan perkhidmatan mereka...

Apabila saya mengangkat panggilan tersebut, seorang wanita memberikan salam...

Pemanggil : "Assalamualaikum Encik Anuar, saya Aida dari Harian Metro... Saya dapat nombor telefon encik Anuar melalui blog Encik" ... Inilah antara isi kandungan ayat memperkenalkan diri oleh si pemanggil...

Anuar :"Waalaikumsalam... Ada apa yang boleh saya bantu Cik Aida"Masa tu saya tak tahu status perkahwinan tuan yang empunya diri... Lebih mesra sekiranya saya menggunakan panggilan Cik untuk menarik mood pemanggil terus bercakap dengan saya... 

Pemanggil : "Encik Anuar, saya berminat dengan design Quilling yang isteri encik hasilkan.. Boleh saya bercakap dengan isteri Encik Anuar?"

Anuar : "Isteri saya sekarang ni berada di Kampung... Sedang cuti berpantang melahirkan anak ke 3"..

Pemanggil : "Dekat mana Kampung Encik Anuar?"

Anuar :"Kampung isteri saya dekat Pusing, Perak"

Pemanggil :"Kalau macam tu, Boleh Encik bagi no. Telefon isteri Encik? Saya nak interview isteri Encik melalui panggilan telefon... Lepas tu kalau boleh Encik Anuar emailkan kepada saya gambar-gambar isteri Encik bersama koleksi Quilling yang dihasilkan"

Perasaan gembira mula menerjah dalam minda saya... Siapa tak suka bila ada orang menghargai bakat dan hasil kreativiti isteri saya..

Anuar : "Oklah... Ini nombor telefon isteri saya... *** - *******...  Nanti Cik Aida sms kepada saya email Cik Aida, supaya dapat saya hantar koleksi gambar yang mungkin diperlukan"

Pemanggil :"Ok.. Terima kasih Encik Anuar, nanti saya sms Encik Anuar..."

Anuar :"sama-sama"..

Tidak lama kemudian 2 sms menerjah ke messege Box HP saya... Saya pun cuba sebaik mungkin untuk menghantar maklumat yang dipinta....  Kemudian saya menghubungi isteri saya untuk bersedia, sekiranya beliau mendapat panggilan telefon daripada wartawan... 

7 hari berlalu.... Tiada sesiapa menghubungi isteri saya untuk sesi temuramah melalui panggilan telefon.... 

Pada 6 November 2013, semasa saya berada di UKM mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pertandingan Catur sukan antara staf IPT, saya menerima 1 SMS daripada Cik Aida Harian Metro...

Beliau memaklumkan tidak dapat menghubungi isteri saya setelah beberapa kali panggilan telefon dibuat....

Saya cuba menghubungi isteri saya dikampung... Ternyata betul apa yang dikatakan oleh Cik Aida Harian Metro...

Saya menghubungi ibu mertua saya untuk bercakap dengan isteri saya... Bateri telefon isteri saya habis rupanya sebab dikerjakan oleh dua orang hero saya... hehehe ...

Saya menyuruh isteri cas telefon dan memaklumkan, Puan Aida daripada Harian Metro akan menghubunginya dalam tempoh 30 minit dari sekarang...

Setelah itu saya menghubungi Puan Aida semula dan memaklumkan beliau boleh menghubungi isteri saya dalam tempoh 30 minit dari sekarang...

Syukur Alhamdulillah, mereka berjaya berhubung di antara satu sama lain, dan proses temubual melalui panggilan telefon pun berjalan dengan lancar.... 

Dan susulan daripada kejadian tersebut, telah menyebabkan hobi isteri saya berada di akhbar Harian Metro pada hari ini 15 Nov 2013 di halaman 15 sisipan Majalah Metro..

Syukur Alhamdulillah.... Murah rezeki isteri saya... Semoga beliau lebih kreatif dan lebih berjaya lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah....    



Walaupun kami duduk di Sabak Bernam, agak jauh daripada bandar-bandar besar untuk mendapatkan bekalan bagi menghasilkan design Quilling yang berkualiti, tetapi kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.... 

Tokey Kedai Rika Trading, Sungai Besar ternyata banyak membantu isteri saya untuk mendapatkan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan design Quilling yang menarik..... 

Kepada yang berminat untuk mencari bahan-bahan Quilling, jangan lupa singgah di Rika Trading Sungai Besar.... Terdapat bahan-bahan dan peralatan-peralatan Quillling yang dijual pada harga borong, yang pastinya jauh lebih murah berbanding harga pasaran.... Tak caya mai lah datang ke Sungai Besar... ;) 

40 Soalan Yang Patut Anda Tanya Kepada Peguam Sebelum Membeli Hartanah Di Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir-akhir ini dekat berita di televisyen sering memaparkan kisah Pembeli Rumah yang kecewa kerana rumah yang mereka beli masih belum siap lagi walaupun telah membayar ansuran bulanan sehingga beberapa tahun... 

Sekiranya anda perasan, berita seumpama ini juga turut dipaparkan dalam akhbar Harian Metro  bertarikh 15 November 2013 yang mana rumah telah dibeli sejak tahun 2006 dan 2007, tetapi sehingga sekarang rumah tersebut masih belum siap.. Tahun 2006-2013 merupakan satu tempoh yang sangat lama untuk pemaju menyiapkan 30 buah rumah... 



Sumber : Harian Metro 15 Nov 2013, M/s 1 (Sisipan Metro plus)

Kesian melihat pembeli rumah yang terpaksa mengalami situasi seperti ini.. Cuba kita sama-sama bayangkan, kesusahan yang terpaksa mereka hadapi disebabkan membeli rumah daripada pemaju yang bermasalah seperti ini... 

Pembeli terpaksa membayar pinjaman bank sekitar RM900 sebulan, tetapi rumah yang dibeli masih belum boleh diduduki... Kemudian mereka terpaksa pula menyewa rumah lain... Jadi, dalam masa yang sama mereka terpaksa membayar kos sewa rumah dan bayaran ansuran pinjaman perumahan yang masih belum siap... 

Sebenarnya ada banyak lagi situasi seperti ini berlaku... Cuma ianya tidak didedahkan secara umum, disebabkan pembeli tidak mahu bersuara.... Mungkin disebabkan tidak mahu memperbesarkan isu ini untuk menjaga nama baik pemaju.... Tetapi apabila masalah tidak dapat diatasi setelah sekian  lama, barulah ada pembeli yang membawa masalah tersebut kepada pihak media... Dengan harapan supaya, ada pihak yang membela nasib mereka... 

Berikut merupakan beberapa masalah lagi yang dapat saya kongsikan, melibatkan isu pembelian rumah yang gagal disiapkan dalam tempoh masa yang dijanjikan oleh pihak pemaju...

Sumber : Klik Di Sini


Sumber : Klik Di Sini



Sumber : Klik Di Sini

Sebenarnya, saya juga hampir terkena... Saya tak sangka ada dalam kalangan pembeli Rumah Banglo satu Tingkat di Batu Gajah, Perak juga terkena masalah yang serupa... Mujur saya tak jadi nak membeli rumah tersebut.... 

Sumber : Klik Di Sini

Nak tahu cerita selanjutnya atau membaca komen-komen panas yang diberikan oleh pembeli tentang Rumah Banglo Satu Tingkat di Batu Gajah, Perak... Saya syorkan anda Klik Di Sini

Nak Membeli Hartanah Di Malaysia perlu ada sedikit Pengetahuan tentang Prosuder pembelian Hartanah

Ya Betul!!.. Sememangnya itu tidak dinafikan...

Sekarang ni kalau nak membeli hartanah, kita perlu ada sedikit ilmu tentang pelaburan hartanah... Kalau tak ada ilmu, kebarangkalian untuk ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab adalah tinggi... Bukan semua orang hatinya baik, walaupun rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.... 

Dalam keseronokan memasang impian untuk memiliki rumah sendiri atau ingin menjadikan hartanah sebagai salah satu cabang pelaburan... Rupanya ramai juga orang yang telah menanggung kerugian besar kerana melabur di dalam hartanah. Mereka bukan saja menanggung kerugian besar, malah terkena tipu dan terpaksa menanggung beban seperti hartanah tersangkut atau tidak dapat mengambil alih rumah yang dibeli kerana rumah tersebut masih didiami oleh orang lain. 

Untuk mengelak kerugian besar seperti ini, saya syorkan anda membaca Pakej eBook Lawyer Hartanah tulisan saudara Khairul Anuar. Khairul ialah seorang peguam, penceramah dan juga penulis buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia. 

Sumber : Klik Di Sini

Pakej eBook ini padat dengan maklumat tentang Pelaburan Hartanah dan akan menjawab banyak soalan-soalan yang berlegar di minda anda tentang hartanah. 

Di antara soalan dan jawapan yang perlu anda ketahui yang terdapat di dalam buku ini termasuk:

  • Apakah hartanah bertanah?
  • Apakah hartanah yang dipecah bahagi?
  • Apakah hartanah strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bebas daripada sebarang bebanan’ di dalam hak milik individu?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang masih di dalam binaan?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang telah siap atau dijual beli di pasaran kedua?
  • Apakah hartanah pegangan pajakan?
  • Apakah kebenaran pindah milik tanah?
  • Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan kebenaran pindah milik anda ditolak?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘harta bersama’ di dalam pemajuan perumahan strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan caj penyenggaraan di dalam pemajuan perumahan strata?
  • Siapakah yang dianggap sebagai ejen pengurusan di dalam kawasan perumahan strata?
  • Apakah maksud ganti rugi yang telah ditentukan dan ditetapkan?
  • Apakah tempoh liabiliti kecacatan?
  • Siapakah yang berhak mengutip bil bekalan air di dalam kawasan perumahan strata?
  • Apakah undang-undang kecil di dalam pemajuan strata?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Waad Ikatan Bersalingan?
  • Apakah kawasan perumahan berpengawal/kawasan perumahan berpagar dan berpengawal?
  • Apakah cukai keuntungan hartanah dan adakah terdapat sebarang pengecualian daripada membayar cukai keuntungan hartanah?
  • Bagaimanakah proses pembelian rumah dapat ditunjuk dengan ringkas?
  • dan lain-lain



Jadi, dengan bantuan ebook ini diharap akan dapat dijadikan persediaan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang bakal anda hadapi dengan pelaburan hartanah... 

Sekiranya anda berhajat untuk membeli rumah lelong atau membeli rumah Subsale yang jauh lebih murah daripada harga semasa, saya syorkan anda berguru dengan dua orang pelabur hartanah terkenal di Malaysia...  Mereka ialah:

  • Abang Ensem - Pakar pelaburan Hartanah (Kategori Rumah Subsale) Klik Di Sini
  • Sifu Rumah Lelong - Pakar Pelaburan Hartanah (Kategori Rumah Lelong) Klik Di Sini
  • dan juga Encik Ismail - Pakar dalam mengurangkan Faedah Pinjaman Rumah - Klik Di Sini-

Semoga dengan bantuan atau perkongsian ilmu tentang pelaburan hartanah daripada mereka yang lebih arif, akan dapat membantu menyelesaikan masalah anda daripada menjadi mangsa tipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.... In Shaa Allah...


Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bahagian 22)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah hobi terbaru isteri saya masuk dalam akhbar Harian Metro pada hari Jumaat baru-baru ini (15 Nov 2013)... Nampaknya  isteri saya semakin bersemangat untuk menyiapkan design-design Quilling yang mempunyai kelainan berbanding design yang pernah dihasilkan sebelum ini...

Design terbaru Quilling yang telah isteri siapkan, dihadiahkan khas kepada seorang lagi rakan sekerja beliau yang akan berpindah ke tempat kerja yang baru.... Ianya merupakan sebuah kad kreatif buatan tangan dengan sentuhan peribadi yang eksklusif, untuk dijadikan kenang-kenangan buat penerimanya... ;)




Apa pendapat anda tentang kad ini? Cantik tak?

Semoga rakan sekerja isteri saya yang akan berpindah ke tempat kerja yang baru, gembira menerima hadiah tersebut.... Sekeping Kad buatan Tangan khusus dan istimewa untuk penerimanya......  ;)

Poly Homestay Untuk Di Sewa Di Kota Kinabalu Sabah

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Bercuti Sekolah kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti pada ketika ini.... Kepada para pelajar yang masih belum menghabiskan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... Teruskan perjuangan anda sehingga ke titisan terakhir.... Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang Cemerlang dalam peperiksaan SPM, supaya dapat dijadikan sebagai bekalan untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi....  In Shaa Allah... 

Sempena musim cuti sekolah ini pastinya ada rakan-rakan yang berhajat untuk membawa ahli keluarga bercuti-cuti Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah... 

Untuk makluman anda semua, Kota Kinabalu Sabah merupakan antara destinasi percutian menarik yang terdapat di Malaysia... Di sana anda bukan sahaja boleh melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia, tetapi anda juga boleh melihat keindahan pantai dan pulau-pulau yang begitu mempersonakan... Terdapat banyak pulau yang boleh anda terokai di sana mengikut kemampuan masa dan kos percutian anda... 

Selain itu terdapat banyak tempat makan-makan yang menarik untuk dikungjungi disamping tempat-tempat membeli-belah yang pastinya digemari oleh kaum hawa yang gemar bershopping atau window shopping seperti isteri saya.... 

Pendek kata sekiranya anda sekeluarga menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, pasti anda akan rasa berpuas hati dan berbaloi dapat bercuti ke sana.... 
Sukar Mencari Tempat Penginapan di Kota Kinabalu?

Sememangnya tidak dinafikan, ada yang "rasa malas" nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu di sebabkan bimbang sekiranya tiada tempat tinggal atau sukar untuk mencari tempat tinggal yang selesa semasa berada di sana...

Sebenarnya perkara yang sama juga yang pernah saya hadapi suatu ketika dahulu semasa mula-mula merantau di kepulauan Borneo.... Tetapi apabila dah biasa berada di kepulauan Borneo, kerisauan tersebut telah dapat diatasi... Sekarang ni maklumat tentang tempat penginapan berada di hujung jari.... Buka sahaja internet, terdapat banyak laman web yang dapat membantu kita membuat tempahan penginapan untuk bercuti di sana...  

Sekiranya ada golongan bujang atau baru mendirikan rumah tangga, anda boleh memilih untuk menginap di mana-mana hotel yang terdapat di Kota Kinabalu mengikut kemampuan kewangan anda... Terutamanya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, sudah semestinya hotel merupakan suatu tempat penginapan yang sangat menarik dan selesa untuk membolehkan mereka berbulan madu.. 

Tetapi bagi bilangan keluarga yang besar, sekiranya tinggal di hotel pastinya banyak kos yang terpaksa dikeluarkan untuk mencari hotel yang selesa untuk didiami oleh seluruh ahli keluarga.... 

Jadi, tempat yang paling sesuai untuk percutian sebuah keluarga besar di Kota Kinabalu ialah denga menyewa Homestay yang mempunyai ruang dalaman yang serba moden dan selesa... 

Boleh Cadangkan Homestay yang Sesuai Untuk Di Sewa Di Kota Kinabalu?

Secara jujurnya, saya juga belum pernah berpengalaman menyewa Homestay semasa bercuti Di Kota Kinabalu... Maklumlah kerluarga saya pun bukannya besar sangat... Semasa saya bercuti di sana, saya baru mempunyai dua orang anak yang baru berumur 4 tahun dan 2 tahun... Jadi memadai untuk menyewa sebuah bilik hotel yang mempunyai sebuah katil Queen Saiz dan sebuah kati Bujang.... 

Tetapi ada kenalan saya yang menyediakan perkhidmatan Homestay di sana... Homestay tersebut dikenali sebagai Poly Homestay....  Berikut merupakan sedikit maklumat tetang Poly Homestay yang dapat saya kongsikan di blog ini...

LOKASI YANG STRATEGIK
  • 10 minit ke hub pendidikan seperti UMS, ILP, IKM, UiTM dan POLITEKNIK KOTA KINABALU
  • 15 minit ke Pusat Bandar KOTA KINABALU
  • 25 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu T1 dan T2

Sumber : Klik Di Sini

Cara untuk Membuat Tempahan dan Daftar Masuk:


  • Anda Boleh Hubungi : 016-7708379 atau 016-5838695
  • Deposit minima RM100 for comfirm booking and block date.
  • Daftar masuk 3 petang 
  • Daftar keluar 12 tengah hari
  • Kapasiti maksima adalah 7 orang
  • Caj tambahan RM10/org/malam bg kapasiti melebihi had

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Apartment Kondo 3 bilk - Ground level
  • Penghawa dingin di bilik utama
  • Kipas dinding di bilik kedua dan ketiga
  • Dapur dan kelengkapan memasak (kecuali bahan mentah)
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Seterika dan papan seterika
  • Kolam Renang
  • Gymnasium
Ataupun untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Poly Homestay, saya syorkan anda boleh layari Fan Page Poly Homestay di link berikut: https://www.facebook.com/pages/Poly-Homestay/1442438169316815?ref=hl

Selepas ini bolehlah anda kongsikan pengalaman anda ketika menginap di Poly Homestay supaya dapat menarik minat orang ramai untuk menginap di sana... ;)

Misi Jana Pendapatan RM5 Sejam Melalui Internet Pada Tahun 2014..

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi... Pada bulan Disember 2013 ini , genaplah 4 tahun usia saya berkecimpung dalam dunia penulisan Blog dan pemasaran internet... Atau dengan erti kata lain menjana pendapatan melalui internet tanpa mengeluarkan modal.. 

Menjana Pendapatan Melalui Internet Tanpa Mengeluarkan Modal?

Apabila saya menulis istilah-istilah pelik seperti "Berniaga Tanpa Modal" atau "Menjana Pendapatan Melalui Internet Tanpa Modal", kelihatan begitu janggal bunyinya bagi mereka yang baru pertama kali mendengarnya... 

Mungkin ada yang beranggapan saya cuba untuk menipu mereka, atau ada yang beranggapan saya seorang ejen MLM, atau mungkin juga ada yang beranggapan saya ni kurang waras... Sebab pada zaman sekarang ni mana ada yang PERCUMA, semua benda nak kena keluar duit.. Mana ada orang atau syarikat yang begitu pemurah nak bagi duit kepada kita secara PERCUMA... 

Sebenarnya apa yang mereka fikirkan, sama dengan pemikiran saya pada tahun 2009... Masa tu saya pun tak percaya, betul ke dalam dunia ini ada orang boleh berniaga tanpa mengeluarkan modal??... Tetapi setelah membuat pembacaan dan tinjauan melalui buku, ebook, majalah dan laman web... Barulah saya percaya menjana pendapatan atau berniagan tanpa modal melalui internet adalah satu realiti... Ianya bukanlah sebuah cerita dongeng atau fantasi... Sebab ramai orang telah melakukannya dan berjaya menjana pendapatan yang lumayan sehingga bergelar jutawan internet...    

Kalau Tak Percaya, anda boleh baca entri berjudul Pendapatan RM20K sebulan Dengan Menjadi Ejen Affiliate.. Dalam entri ini mengandungi info tentang kejayaan beberapa ejen pemasaran internet yang menjana pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan...  

Atau anda boleh membaca kisah-kisah kejayaan otai-otai Usahawan Internet yang perlu anda kenali seperti berikut: 

Saya tidak mempunyai sebarang kepakaran seperti mereka.. Jadi, Produk/Servis Apa Yang Boleh Saya Jual Diinternet tanpa mengeluarkan modal?

Satu soalan yang menarik bagi mereka yang ingin memulakan menjana pendapatan tanpa modal di internet, tetapi tidak mempunyai sebarang kepakaran seperti saya... 

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan di internet tanpa perlu mengeluarkan modal... Sebagai permulaan anda tidak perlu mempunyai sebuah laman web atau blog yang canggih... Memadai anda mempunyai akaun facebook, atau Twitter, atau email, atau blog, dan sebagainya... 

Anda boleh memilih platform pemasaran internet pertama mengikut keselesaan anda, berdasarkan cara anda berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui internet... Ada orang selesa berkomunikasi dengan Facebook, jadi bolehlah menggunakan facebook sebagai platform pemasaran pertama anda... Begitu juga sekiranya anda lebih selesa menggunakan media sosial yang lain seperti Twitter, blog dan sebagainya... Sekiranya tiada itu semua, memadai dengan hanya menggunakan email anda... ;)

Jadi, sudahkah anda membuat keputusan untuk memilih platform pemasaran internet pertama anda?

Jika sudah... Bagus... Langkah seterusnya ialah anda perlu memilih produk/servis yang boleh anda jual tanpa perlu mengeluarkan modal... 

Sebagai permulaan saya syorkan anda menjual produk/servis milik dua laman web yang terkenal di Malaysia iaitu: 



Melalui laman web tersebut, terdapat bermacam-macam jenis produk digital ataupun fizikal yang boleh anda jual tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal... Apabila anda berjaya mendapat jualan, anda akan mendapat komisyen sehingga 50% daripada harga produk...  

Jadi, tugas anda hanya perlu memilih produk/servis mana yang menarik untuk dipasarkan... Kemudian iklankan link affiliate produk/servis tersebut melalui platform yang telah anda pilih di atas... Kemudian tunggulah hasilnya... In Shaa Allah kalau ada rezeki tak kemana... 

Kalau tak berjaya pada percubaan pertama, jangan berputus asa... Anda boleh mencuba lagi untuk beberapa kali yang seterusnya sehingga berjaya.... Percayalah... Anda boleh Berjaya...

Nak Jual Produk Mahal Atau Produk Murah?

Produk mana yang mudah untuk dijual? Produk yang mahal atau produk yang murah? Seringkali saya berada di dalam dilema untuk membuat pilihan.... 

Kalau diikutkan hati, memang nak jual mana-mana produk yang menarik... Lebih-lebih lagi produk yang boleh memberikan komisyen yang lumayan seperti dalam gambar di bawah:

Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

Melalui produk ini saya berjaya mendapat komisyen sebanyak RM74.50 untuk satu jualan... Harga mahal, Komisyen lumayan, tetapi bukan senang nak menjual produk semahal ini... 

Begitu juga dengan produk di bawah:

Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

Walaupun harga komisyen yang diberikan lumayan, sehingga RM70 untuk satu jualan... Tetapi bukan senang nak mendapatkan jualan... 

Jadi, nak mudah mendapatkan jualan... Juallah produk yang murah dan bermanfaat... In Shaa Allah mudah mendapat jualan....  

Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

Secara rumusannya, anda boleh menentukan produk/servis yang ingin anda jual tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal... Harap-harap satu hari nanti berpeluang untuk menjadi jutawan internet, dengan menggunakan konsep jualan seperti berikut:


Sumber : Klik Di Sini

  1. Menjual produk yang berharga 10 sen kepada 10 juta orang pelanggan
  2. Menjual produk berharga RM1 kepada 1 juta orang pelanggan
  3. Menjual produk berharga RM10 kepada 100 ribu orang pelanggan
  4. Menjual produk berharga RM100 kepada 10 ribu orang pelanggan
  5. Menjual produk berharga RM1,000 kepada 1000 orang pelanggan
  6. Menjual produk berharga RM10,000 kepada 100 orang pelanggan
  7. Menjual produk berharga RM100,000 kepada 10 orang pelanggan
  8. Menjual produk berharga RM1,000,000 kepada satu orang pelanggan.


Jadi, fikir-fikirkanlah produk/servis apa yang nak dijual di internet... Tepuk dada tanya selera... ;)

Misi Jana Pendapatan RM5 Sejam Melalui Internet Pada Tahun 2014..

Produk mahal biasanya menawarkan komisyen yang tinggi, tetapi adakalanya sukar untuk mendapatkan pembeli... 

Bagi produk murah pula, lebih senang untuk mendapatkan jualan... Tetapi setiap kali mendapat jualan, nilai komisyen yang diberkan tidak seberapa... Walaubagaimanapun, jadilah daripada langsung tak ada.... 

Jadi, kita perlu berfikir secara realistik untuk menentukan sasaran pendapatan melalui internet... 

Berdasarkan kepada trafik semasa blog Coretan Anuar yang sekitar 1000 pengunjung sehari, mungkin hanya 100 pegunjung (10%) sahaja yang mampu memberikan pendapatan kepada blog ini... Yang selebihnya hanya sebagai pembaca biasa sahaja... 

Daripada 100 pengunjung ini saya mensasarkan untuk menjana sekurang-kurangnya satu pendapatan untuk setiap satu jam... Dengan purata pendapatan RM5.00 sejam... Iaitu bersamaan dengan gaji saya semasa bekerja part time di IOI JW Marriot Hotel, Putrajaya suatu ketika dahulu...

Sekiranya betul-betul boleh fokus untuk mendapatkan purata pendapatan sekitar RM5.00 sejam, dalam sehari boleh dapat RM120... Banyak juga tu... Kalau dikirakan purata pendapatan 30 hari (sebulan), adalah dalam RM120 X 30 = RM3600...

Kalau nak merasa menjadi jutawan internet dengan pendapatan seumpama ini, kenalah tunggu selama 8333 hari ataupun 22 tahun... hehehe..

8335 hari X RM120 = RM1,000,200.00

P/s: Sekiranya ada kelapangan masa jemputlah join OYB Workshops... Pendaftaran adalah Percuma...   

Sumber : Klik Di Sini

Ada sesuatu yang menarik menanti anda di sana... Terutamanya kepada mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari ilmu tentang perniagaan...... ;)


Viewing all 1127 articles
Browse latest View live