Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

Penangan Facebook Ads

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam saya mendapat satu SMS daripada seorang yang tidak kenali.. Beliau memperkenalkan diri beliau sebagai Man dari Kelantan yang bertanya kepada saya betul ke boleh dapat banyak Like dengan menggunakan Facebook Ads?

Saya jawab dah tentulah boleh.. Sebabnya saya sendiri dah mengalaminya, melalui perkembangan salah satu Fanpage saya yang menggunakan perkhidmatan Facebook Ads...

Ya... Saya gembira dengan perkembangan Fanpage saya.. Daripada bilangan like pada asalnya cuma beberapa ratus, telah berkembang menjadi beberapa ribu like dengan bantuan Facebook Ads.. Mana bukti?

Saya tak dapat nak tunjukkan bukti daripada awal.. sebab masa tu tak terfikir pun nak Print Screen perkembangan bilangan like yang diperolehi... Tapi apabila bilangan like dah semakin bertambah dari masa ke semasa, barulah terfikir nak print screen bilangan like yang diperolehi.. Sebabnya bolehlah dijadikan sebagai testimoni atau diari yang boleh saya simpan sebagai kenang-kenangan... ;)

Fanpage Discount Hari2 - 6,652 like


 Fanpage Discount Hari2 - 6,670 like

Fanpage Discount Hari2 - 8,921 like

Fanpage Discount Hari2 - 10,000 like

Terkini.. Fanpage Discount Hari2 - 11,324 like


Apa yang menarik bila Fanpage dapat banyak like ni?

Amat bagus untuk mereka yang memerlukan kredibiliti secara pantas. Terutamanya bagi mereka yang memiliki perniagaan.. Disebabkan itu, sekarang ni hampir semua syarikat-syarikat besar menggunakan teknik pemasaran Facebook untuk mempromosikan perniagaan mereka.. 

Jadi, sebagai peniaga kecil-kecilan atau peniaga persendirian kita juga boleh menggunakan strategi ini untuk menjana pendapatan sampingan... 


Macamana saya nak belajar teknik Facebook Ads?

Pada zaman sekarang ni tak susah nak cari rujukan untuk belajar teknik pemasaran Faecbook Ads ni.. Sebabnya dunia di hujung jari.. 

Anda boleh belajar daripada Sifu Jamal yang merupakan salah seorang usahawan internet terkenal di Malaysia.. 

Sebelum ini Sifu Jamal  ada mengadakan beberapa siri seminar berkaitan dengan Facebook Ads.. Saya ingat lagi, harga yang dikenakan untuk mengikuti seminar tersebut ialah RM1,000...

Mula-mula rasa nak join seminar tersebut, tapi sayangya masa tu saya tak cukup duit nak join... RM1,000 bukannya satu nilai yang kecil untuk mengikuti satu seminar macam ni.. 

Tetapi apabila melihat kisah kejayaan mereka yang pernah mengikuti seminar yang diadakan oleh Sifu Jamal, rasa menyesal pula tak pergi masa tu... 

Walaupun mereka keluarkan duit sebanyak RM1,000 tapi pulangannya sangatlah berbaloi... 

Seorang rakan saya bernama Encik Hafiz yang pernah mengikuti seminar Sifu Jamal, pada hari ini mampu menjana pendapat sehingga 5 angka sebulan... 

Apa yang rakan saya ni jual?

Beliau menjual Al-Quran Digital dekat Fanpage beliau yang dikenali sebagai Mudah Membaca Quran.. 


Sumber : Klik Di Sini

Memang Tak sia-sia Encik Hafiz mengeluarkan kos RM1,000 untuk mengikuti Seminar Facebook Ads sebelum ini... Hasilnya beliau mampu tersenyum gembira pada hari ini, apabila melihat hasil jualan Al-Quran Digital beliau yang tidak pernah putus.. Ada sahaja jualan yang terhasil.. 

Sehinggakan pemandu Van Pos Laju yang mengambil bungkusan Al-Quran Digital untuk diposkan, berasa hairan...  Bagaimana Encik Hafiz mampu menjual Al-Quran Digital sebanyak ini, tanpa membuka sebarang kedai perniagaan?

Strategi pemasaran Facebook Ads adalah jawapannya... 


Saya berminat nak Belajar Facebook Ads daripada Sifu Jamal, Tetapi saya tiada modal sebanyak itu untuk menghadiri seminar beliau..

Kepada yang berminat nak belajar teknik Facebook Ads daripada Sifu jamal, tetapi tiada modal untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,000, saya syorkan anda dapatkan DVD Rakaman Seminar Facebook Ads Marketing... 

Harganya jauh lebih murah berbanding anda menghadiri seminar tersebut... 


Sumber : Klik Di Sini

Dalam DVD ini terdapat banyak ilmu yang boleh anda praktikkan.. Segala ilmu tersebut dipersembahkan dalam format Video dan PDF, memudahkan anda untuk memahami dan mempraktikkan kesemuanya.. Ianya terbahagi kepada beberapa modul iaitu:

  1. Modul 1 - Asas FB Ads
  2. Modul 2 - Like Marketing
  3. Modul 3 - Copywriting That Sell
  4. Modul 4: Boost Post Marketing
  5. Modul 5 - Page Post Marketing (Sidebar)
  6. Modul 6 - Power Editor
  7. Manual Setting Ads
  8. Secret Map
  9. dan Slide Seminar

Setakat ini semua orang yang mempelajari Teknik Facebook Ads daripada Sifu Jamal berpuas hati dengan hasilnya... 

Kalau tak percaya Jom tengok testimoni-testimoni kisah kejayaan mereka yang berjayamenjana pendapatan yang lumayan melalui teknik Facebook Ads ini..



Selain daripada Facebook Ads Marketing, terdapat Laman Web lain lagi yang boleh dijadikan sebagai rujukan berkaitan dengan teknik pemasaran Facebook.. Antaranya adalah seperti dalam senarai berikut:



Dengan bantuan rujukan-rujukan ini... Semoga kita berjaya menjana pendapatan tambahan dengan teknik pemasaran Facebook... Supaya kita dapat menyeimbangkan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meningkat... In Shaa Allah... 

Ada Apa Dengan C-I-N-T-A, Kasih dan Sayang?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ada apa dengan C-I-N-T-A.. Kasih... Sayang... 

Ke tiga-tiganya telalu abstrak untuk diperkatakan.. Tetapi ianya terbit secara semulajadi dalam diri setiap insan.. 

Dengan adanya perasaan cinta, kasih dan sayang yang wujud dalam diri pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, adalah lebih baik mereka segera diijabkabulkan.. Supaya perasaan tersebut dapat disalurkan melalui ikatan perkahwinan yang sah, tanpa menimbulkan sebarang fitnah...  



   

Cuti Sekolah = Musim Menyatukan Perasaan Cinta Antara Dua Hati

Apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, ada sahaja majis kenduri kahwin diadakan.. Sehingga sekarang ni dah ada beberapa jemputan ke Majlis kenduri kahwin telah saya terima.. Mana yang dekat tu dapatlah saya pergi... Mana yang jauh tu, minta maaflah sekiranya saya tidak berkesempatan untuk menghadirinya... 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sempena musim cuti sekolah pada kali ini.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.. In Shaa Allah... 


Cabaran Selepas Berkahwin

Selepas berkahwin pastinya ada cabaran besar menanti pasangan pengantin... Sebelum ini hidup sorang-sorang, sekarang ni dah hidup berdua.. 

Kalau sebelum ini memadai kita makan sepinggan nasi dan kenyang, tetapi selepas ini kita kena fikir ada orang lain yang sentiasa akan makan bersama kita.. 

Kalau sebelum ini kita tidur lesak, kuak lentang dan sebagainya atas katil sorang-sorang.. Tapi sekarang ni kita kena fikir dekat atas katil yang sama ada orang yang memerlukan perhatian kita.... Oppss nasib baik tak terlajak tulis... 

Lepas ni, kalau ada rezeki... Keluarga akan membesar.. Semakin besar keluarga, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul... Masa tu kena fikirkan pula kehidupan keluarga dan anak-anak...

Dan seterusnya cabaran selepas berkahwin semakin besar dari masa ke semasa.. Dan pastinya ada ganjaran pahala yang menanti kita sekiranya kita berjaya mengharungi setiap cabaran tersebut dengan sabar dan berjaya mengemudi bahtera perkahwinan dengan baik... 


Sejauh mana C-I-N-T-A, kasih dan sayang dapat bertahan?

Soal sejauhmana Sejauh mana C-I-N-T-A, kasih dan sayang dapat bertahan tidak perlulah kita fikirkan.. Itu urusan Allah S.W.T... Ajal, maut, pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan takdir.. 

Kita serahkan segalanya di tangan Allah S.W.T, tetapi dalam masa yang sama kita perlu bersikap jujur dengan pasangan, kemudian sentiasa berusaha dan berdoa semoga jodoh kita dengan pasangan berpanjangan hingga ke akhir hayat... 


Tahniah Kerana Telah Bersama Selama 13 Tahun

Entri ini sebenarnya ditujukan khas buat pasangan suami isteri ini, yang telah berjaya melayari bahtera rumah tangga selama 13 tahun... Dalam tempoh tersebut mereka telah dikurniakan 5 orang anak lelaki...  Tahniah buat kedua pasangan ini..

Dan sempena memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 13 tahun, si isteri telah menempah Design Quilling sebagai kenang-kenangan... 


Cinta, Kasih, Sayang... Tq Allah S.W.T.. Semenjak 31 Disember 2000

Yaa.. Inilah dia Design Quilling terbaru yang telah disiapkan oleh isteri saya... 

Design Quilling bersaiz A3 ini ditempah oleh rakan sekerja saya, sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 13... Semoga jodoh kak Su bersama suami tercinta berpanjangan sehingga ke akhir hayat... In Sha Allah..


Kak Su menempah saiz Quilling yang besar dengan tujuan untuk diframekan.. dan kemudian digantung di dinding rumah beliau..  


Idea yang menarik... 

Menurut Kak Su ... Daripada membeli kad ucapan, kemudian disimpan.. Lebih baik beliau menempah sesuatu yang unik, kemudian dapat digantung didinding untuk dijadikan hiasan rumah.. Sekurang-kurangnya dapat mereka sekeluarga melihatnya pada setiap hari... ;)

 

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada berita baik untuk pelajar atau pekerja mahir yang ingin mencuba nasib untuk menyertai Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan Kementerian Sumber Manusia serta Bahagian Pemantauan Agensi dan Kemahiran, Kementerian Kerja Raya.. 

Terdapat dua Pertandingan yang diadakan dalam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 pada kali ini iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-23 dan Pertandingan MySkills ke-8..


Sumber : Klik Di Sini

Sektor-sektor kemahiran yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  • Pengangkutan Dan Logistik
  • Pembinaan Dan Pembangunan
  • Pembuatan Dan Kejuruteraan Teknologi
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Seni Kreatif dan Fesyen
  • Perkhidmatan Sosial dan Peribadi

Tiada Yuran Penyertaan dikenakan untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia (KPM) dan RM100 dikenakan untuk menyertai Pertandingan MySkills..

Hadiah-hadiah lumayan menanti setiap pemenang..

Senarai Hadiah Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)
  • Emas - RM5000.00 beserta pingat dan sijil
  • Perak - RM2500.00 beserta pingat dan sijil
  • Gangsa - RM1500.00 beserta pingat dan sijil
  • Sijil Kecemerlangan - RM500.00 beserta sijil kecemerlangan

  Senarai Hadiah Pertandingan MySkills
  • Platinum - RM10,000.00 beserta Piala, pingat dan sijil
  • Emas - RM7000.00 beserta pingat dan sijil
  • Perak - RM5000.00 beserta pingat dan sijil
  • Gangsa - RM3000.00 beserta pingat dan sijil
  • Sijil Kecemerlangan - RM500.00 beserta sijil kecemerlangan
  • Sijil Penyertaan - RM500.00 beserta sijil penyertaan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Januari 2014.. 

Hadiah-hadiah yang disediakan memang lumayan.. Kepada mereka yang mempunyai kemahiran, tetapi tak join, memang rugi..  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.skillsmalaysia.gov.my/

P/S : Saya belum layak untuk menyertai mana-mana pertandingan yang disenaraikan di atas. Setakat ini baru layak untuk menyertai Contest SEO, Itupun belum tentu boleh menang.. ;)

Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni kita dah masuk ke penghujung tahun 2013.. Pada ketika ini tentu sudah ada pelabur yang mula mengira keuntungan pelaburan mereka sepanjang tahun 2013..

Saya percaya kebanyakan pelabur dekat Malaysia ini tidak tertumpu hanya kepada satu cabang pelaburan sahaja.. Pastinya ada sekurang-kurangnya dua atau tiga cabang pelaburan seperti emas, hartanah, ternakan, Saham, perniagaan dan sebagainya.. 

Tujuannya bukan apa.. Sekiranya salah satu daripada cabang pelaburan tidak mendatangkan keuntungan, ada cabang pelaburan lain yang boleh tolong backup pelaburan tersebut... Maklumlah dalam pelaburan ni ada risiko untung ruginya.. Jadi kita kena bijak mengambil langkah berjaga-jaga... 

Sebagai contoh dalam pelaburana emas... Pada bulan Disember tahun lepas harga emas dunia berada pada paras USD1712.60 per Ounce...  

Sumber : Klik Di Sini

Tetapi pada hari ini harga emas berada pada sekitar USD1240 per Ounce.. Perbezaan harga hampir USD500 per Ounce dalam tempoh satu tahun... Banyak juga perbezaannya tu bagi pelabur kecil-kecilan seperti saya... 

Sumber : Klik Di Sini

Menurut Tuan Azizi Ali, waktu harga emas tengah jatuh macam ni merupakan masa paling sesuai untuk membeli emas.. Sebab pada masa ini kita dapat membeli emas pada harga murah... 

Kemudian apabila harga emas melambung naik nanti, kita boleh jualkannya semula untuk mendapatkan keuntungan tunai segera... Ataupun boleh pajakkannya dekat mana-mana Ar-Rahnu untuk dibuat modal pusingan pelaburan... 


Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

Mungkin disebabkan harga emas tengah murah pada ketika ini, ada orang yang yang mencari Emas Terpakai Untuk Dijual 2012 melalui hasil carian google.. Dan tak sangka pula, melalui hasil carian tersebut telah membawa "si pencari" tersebut ke blog ini...  Ianya dapat dibutikan melalui sumber keyword yang menerjah ke blog Coretan Anuar seperti dalam gambar di bawah:


Adakah "si pencari" Keyword Emas Terpakai untuk Dijual 2012 menemui apa yang dicari di blog ini?

Tidak pula saya mengetahui jawapannya... Tetapi saya dapat agak, beliau tidak berjaya menemui apa yang dihajati di blog ini... Sebab saya tidak pernah menulis sebarang entri tentang Emas Terpakai Untuk Dijual..  Ataupun Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

Malahan saya tidak pernah menjual sebarang jenis emas terpakai di blog ini... Cuma sebelum ini saya pernah mempromosikan emas dan Perak keluaran syarikat GSR.. Tetapi, mungkin disebabkan terdapat penggabungan keyword hasil daripada analisis yang dibuat oleh enjin carian google, sehingga membolehkan blog Coretan Anuar berada dalam rank terbaik untuk Keyword Emas Terpakai Untuk Dijual 2012..

Inilah kesan daripada teknik SEO yang sukar kita jangka keputusannya.. Untuk tidak menghampakan pengunjung yang mencari Emas Terpakai Untuk Dijual 2012, saya syorkan anda mengunjungi laman web ini

Dekat laman web tersebut anda bukan sahaja berpeluang mendapatkan info tentang harga emas terpakai, malah terdapat pelbagai produk emas dan perak yang mampu membuatkan anda rambang mata melihatnya... ;) 

Mereka Kata Saya Gemuk.... Betul ker?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramai sahabat lama yang berjumpa dengan saya mengatakan saya ni dah gemuk.. Betul ker?

Saya rasa mungkin ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh kawan saya tu.. Sebab berat badan saya pun dah meningkat dekat 10Kg berbanding semasa saya duduk di Mukah Sarawak dulu.. 

Masa tu masih slim lagi, walaupun dah ada anak dua.. hehehe.. Kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar saya kira-kira 3 tahun yang lalu di link ini

Cuba bandingkan gambar saya dahulu dengan gambar saya sekarang... Jauh berbeza kan... Sekarang ni dah nampak semakin berisi... 


Gambar Terbaru saya bersama isteri dan anak-anak.. 


"Tak bolehlah nak bezakan dulu dengan sekarang... Dulu anak baru 2, sekarang dah ada 3 orang anak..." Antara alasan spontan yang saya berikan, apabila ada orang menegur saya dah gemuk... Hehehe..  ;) 

"Tak ada kena mengena langsung dengan alasan tu... Lainlah ko yang mengandung... Ini Isteri ko yang mengandung, ko pula yang gemuk.." Sebiji sindiran pedas kena dekat batang hidung saya... Hahaha...

"Erk.. Memanglah.. Isteri aku mengandung, cukup sembilan bulan kandungan dilahirkan.. Tapi isi dalam perut aku ni cukup sembilan bulan tak mahu nak keluar-keluar, makin bertambah adalah"Ayat terpaksa mengalah sambil memberi alasan.. ;) 


Dulu-dulu anak baru 2, sekarang dah ada 3 anak

Bukan setakat rakan lama sahaja yang mengatakan saya dah gemuk... Malah anak-anak juga turut mengatakan sedemikian... Mereka selalu membandingkan saya dengan isteri saya...  

"Tak bolehlah macam tu, Mama Haikal dan Adam memanglah kurus jika nak dibandingkan dengan ayah".. Itu antara kata-kata yang dapat saya ungkapkan kepada Haikal dan Adam sekiranya saya rasa malas nak melayan mereka... 

Dan ada kalanya, apabila saya malas nak melayan mereka bermain nyorok-nyorok disebabkan banyak kerja atau keletihan.. Saya akan berkata

"Ayah mana boleh main nyorok-nyorok, sebab ayah kan dah gemuk.. Dekat mana Ayah nak menyorok?.. Nanti Haikal dengan Adam senang jer jumpa Perut Ayah.." Sambil membesarkan perut saya ke depan.. hehehe...

Ada kalanya anak saya bersetuju dengan alasan yang saya berikan, dan mengecualikan saya daripada turut serta bermain nyorok-nyorok bersama mereka... Yes!!! Strategi menjadi.. 

Tetapi tidak selalunya berhasil... Banyak kali kena main nyorok-nyorok juga, berbanding sekali-sekala mendapat pengecualian kuliah daripada bermain nyorok-nyorok.. 

Walaupun letih melayan kerenah anak-anak, tapi saya rasa cukup bahagia dengan kehidupan kami.. Jadi, tak hairanlah kenapa saya boleh jadi gemuk macam sekarang ni... 



Walaubagaimanapun, tak bolehlah saya nak membiarkan badan saya terus mengembang.. Saya perlu usahakan sesuatu supaya boleh jadi slim semula macam dulu-dulu..

Gambar saya dan anak-anak pada tahun 2011

Gambar saya dan isteri pada tahun 2006.. 

Apabila melihat gambar dulu-dulu sememangnya saya mengakui, keadaan berat badan saya kini dah jauh berbeza.. Dulu slim, sekarang tak berapa nak slim.. 

Lemak dah semakin banyak terkumpul dekat Perut.. Dan keadaan tersebut sudah pastinya tidak bagus untuk kesihatan.. Dan kita perlu melakukan sesuatu untuk mencegah keadaan tersebut daripada berlarutan... 

Menurut apa yang saya tahu melalui pembacaan,  lemak yang ada pada pinggang dan perut adalah paling sukar untuk kita hapuskan. Kerana lemak dikawasan tersebut adalah tempat penyimpanan lemak yang sangat besar dalam badan kita.

Kalori yang berlebihan dari pemakanan kita akan disimpankan pada tapak penyimpanan lemak iaitu di perut.

Kesannya... Sekarang ni dah ada beberapa seluar Slack saya yang dah tertanggal cangkuk seluar, merekah jahitan tepi pada peha dan zip seluar rosak disebabkan perut dan peha semakin membesar... Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa membeli seluar slack baru untuk bekerja, disebabkan ada seluar kerja yang dah tak muat untuk dipakai... huhuhu... 


Berusaha Menurunkan Berat Badan Pada Tahun 2014

Pada Tahun 2014 ini, saya akan berusaha untuk menurunkan berat badan... Sekarang ini saya sedang mencari seberapa banyak info dan Tips melalui internet dan bahan bacaan lain seperti buku, majalah dan surat khabar... Tentang strategi paling berkesan untuk menurunkan berat badan...

Kalau boleh saya taknaklah turunkan berat badan dengan cara memakan ubat-ubatan, atau terpaksa diet yang keterlaluan sehingga langsung tidak boleh makan nasi... 

Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis tak suka makan ubat... Sejak kecil sehinggalah sekarang, setiap kali makan ubat, walaupun sekadar Panadol pun dah rasa nak termuntah... Inikan pula ubat yang lagi bermacam-macam jenis yang saya langsung tak pernah makan... Memang susahlah saya nak makan...

Bab tak makan nasi pula, memang saya tak boleh terima... Sebab saya akan cepat rasa lapar bila tak makan nasi... Ada kalanya rasa lapar keterlaluan sehingga badan rasa menggigil... Disebabkan itu kalau ada yang mengesyorkan saya turunkan berat badan dengan cara tidak makan nasi, saya terpaksa menolaknya dengan cara baik... 

Melalui hasil carian saya, saya suka membaca info yang ditulis oleh En Hafiz Wasa, dekat laman web beliau yang bertajuk Teknik Bakar Lemak Pantas.. 

Melalui laman web tersebut, En Hafiz Wasa berkongsi pengalaman beliau menurunkan berat badan sebanyak 14 Kg dengan menggunakan teknik yang betul... Kalau tak percaya anda boleh baca kisah kejayaan beliau menurunkan berat badan dengan berkesan dengan klik di sini 

Malah yang menariknya, beliau turun berkongsi kisah kejayaan rakan-rakan beliau yang turut berjaya menurunkan berat badan dengan menggunakan Teknik Bakar Lemak Pantas yang dipraktikannya...  

Antara tips yang dikongsikan oleh En Hafiz Wasa di laman web tersebut ialah:
  • Cara mengira keperluan kalori individu
  • Bagaimana untuk merangka diet yang sesuai untuk diri sendiri.
  • Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan.
  • Bagaimanakah untuk meningkatkan metabolisma diri.
  • Bagaimana gabungan senaman kardio dan senaman bebanan dapat membakar lemak-lemak degil yang ada pada diri anda.
  • Dan banyak lagi....
Untuk mengetahui lebih banyak info atau tips mengenai teknik bakar lemak pantas ini saya syorkan anda klik di sini


Saya Nak Belajar teknik turunkan berat badan tanpa produk!

Saya melihat ada rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan pemakanan produk X... Kemudian ada rakan yang lain pula berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan pemakanan produk Y..  Siap buat testimoni lagi gambar mereka sebelum dan selepas mengamalkan prodek tersebut, dan kemudian share dekat Facebook.. 

Tetapi yang menariknya ada kawan saya yang lain turut mengamalkan produk yang sama, tetapi tak menjadi pula... 

Tahukah anda, jika betul-betul ada produk X dan Y yang boleh turunkan berat badan, maka tiadalah masyarakat Malaysia yang mengalami masalah obesiiti (terlebih berat badan).

Itu semua propaganda. Jika kita lihat produk demikian lebih kepada MLM iaitu produk multilevel marketing. Mereka 'wajib' mencari orang dan mencapai target jualan agar bonus dapat mereka nikmati pada hujung bulan.

Sebenarnya tiada semudah itu untuk menurunkan berat badan. Melainkan ada strategi yang khas dan perancangan yang betul untuk mengurangkan berat badan. Dimana kita berpeluang untuk menurunkan berat badan dengan membakar lebih lemak dalam diri kita.

Dengan kajian saintifik dan fakta yang terbukti berkesan telah menambah keyakinan saya untuk mempraktikkan cara menurunkan berat badan yang dikongsikan di laman web BakarLemakPantas.com

Kini saya pasti bahawa tiada yang mustahil untuk anda menurunkan berat badan tanpa sebarang produk!


Nak turunkan berat badan dengan berlapar?

Berdasarkan maklumat yang saya baca di laman web BakarLemakPantas.com, Salah sebenarnya kalau kita nak turunkan berat badan dengan berlapar.

Diet dengan berlapar hanya akan merendahkan metabolisma dalam badan kita dan menyebabkan penguraian otot-otot badan (permulaan ke arah kegemukan jika makan secara tidak terkawal selepas itu).

Daripada kita menurunkan berat badan dengan berlapar, lebih elok kalau kita turunkan berat badan dengan cara bersenam... 

Dengan senaman, kalori boleh digunakan dan anda juga dapat mengekalkan/menaikkan metabolisma badan, seperti senaman weight training mampu menaikkan metabolisma anda dan menyingkirkan lemak yang berlebihan.

Jadi, berdietlah secara sihat.. Jangan terlalu stress sehingga terpaksa berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan.. 

Kawal diet kita dan lakukan senaman secara konsisten. Diet secara drastik boleh membuatkan kita tertekan, moody, tidak bermaya seterusnya bukan sahaja menjejaskan badan kita...  Tetapi turut boleh menjejaskan hubungan dengan keluarga, kerja dan sosial.

Untuk mencapai sasaran menurunkan berat badan pada tahun 2014, Apa yang saya perlukan ialah motivasi, semangat dan kesungguhan untuk menguruskan berat badan.. 

Selain itu, saya memerlukan seberapa banyak info sebagai panduan untuk memahami selok belok pemakanan, cara melakukan senaman yang betul, serta penyusunan gerak kerja yang betul dan teratur..  

In Shaa Allah semoga usaha saya dan rakan-rakan lain yang turut berminat untuk menurunkan berat badan dipermudahkan Allah S.W.T... Amin... 

Jom Sertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Himpunan penulis blog Terbesar di Malaysia akan diadakan pada 14 Disember 2013 (Sabtu ini) bertempat di MIECC, Mines, Selangor... 

Sumber : Klik Di Sini



Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini buat pertama kalinya dianjurkan oleh MYNIC Berhad (MYNIC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan tajaan Maxis Broadband dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta akhbar Harian Metro sebagai rakan Media... 

Program terbesar blogrrr : Blogger Most Wanted ini telah mendapat liputan akhbar Harian Metro bertarikh 6 Disember 2013 dan juga liputan Akhbar Berita Harian yang merupakan akhbar paling diminati di Malaysia.. 

Liputan Akhbar Harian Metro 6 Disember 2013.. 

Liputan Akhbar Berita Harian..

Sekiranya anda mempunyai kelapangan masa pada hari Sabtu ini bersamaan 14 Disember 2013, jom beramai-ramai kita gegarkan MIECC, Mines, Selangor.. Untuk menyertai perhimpunan blogger terbesar di Malaysia di Blogrrr : Blogger Most Wanted..

Terdapat pelbagai acara menarik yang akan diadakan seperti:

1) Penyampaian anugerah untuk blog terbaik Malaysia daripada 11 Kategori yang dipertandingan iaitu :
  • Best Blogshop (for blog that sells online)
  • Best IT & Gadget Blog 
  • Best Art & Photography Blog
  • Best Entertainment Blog
  • Best Food & Travel Blog
  • Best Sports Blog 
  • Best Fashion & Beauty Blog 
  • Best Family & Health Blog 
  • Best Personal Blog 
  • Best Automotive Blog 
  • Best of Disability Blog 

2) Perkongsian tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).

3) Terdapat Lebih daripada 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, Shopify, Maxis, SSM dan PUIM*

4) Terdapat lebih daripada 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers

5) Berpeluang untuk menemui artis-artis terkenal seperti Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Iqram Dinzly, dan Ally Iskandar 

6) Berpeluang untuk memenangi lebih daripada 250 hadiah rebutan!

7) dan yang paling penting sekali.. 

Sertai cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia. T-shirt eksklusif disediakan untuk setiap blogger yang menyertai.


Untuk info terkini, sila layari http://blogrrr.my dan jangan lupa likes page blogrrr di https://www.facebook.com/blogrrr

Jom tonton iklan ringkas berkaitan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia di laman sesawang You Tube.. 




P/s: Sekiranya saya berpeluang untuk menghadirkan diri ke Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini, saya berharap dapat berjumpa dengan Blogger Eridy, Tuan Denaihati, Abang Ensem, Bro Eizil, Hazman Fadzil, Bro Framestone, Cikgu Titan dan sebagainya.. Teringin nak bersalaman dan bersembang dengan mereka... Tentu banyak info dan tips yang dapat mereka kongsikan untuk menjadi seorang blogger dan penulis yang berpengaruh.. ;)

WW : Yakinlah rezeki itu jaminan Allah S.W.T...

$
0
0
Yakinlah rezekiitu jaminan Allah S.W.T...




Jangan lupa membaca ayat seribu dinar setiap hari... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki..



P/s: Ramai yang mengeluh kerana sukar mencari rezeki, sedangkan rezeki itu milik Allah. Ia lebih mudah dijemput berbanding dicari.. Jom Solat Duha dulu.. 

Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya percaya ramai orang dah tahu cara menjana pendapatan melalui blog dan affiliate.. Dan ramai juga yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui kedua-duanya.. 

Setakat ini Alhamdulillah.. Saya juga telah berjaya menjana pendapatan melalui blog dan affiliate.. Berjaya menjana pendapatan yang kosisten setiap bulan, tetapi nilainya tidaklah sebanyak rakan-rakan blogger yang berjaya menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan seperti Cikgu Titan.. 


Kadang tu saya terfikir, apa rahsia kejayaan mereka sebenarnya?

Mereka ada blog, saya juga ada blog.. Mereka mempromosikan link dan banner affiliate di blog mereka, saya juga melakukannya.. Nak kata trafik blog mereka lebih banyak daripada blog saya, tidak juga rasanya (Telah dibuktikan melalui statistik klik pada link affiliate).. 

Tetapi yang peliknya komisyen jualan yang berjaya mereka perolehi melalui blog, selalunya jauh lebih tinggi daripada saya.. 

Sebagai contoh.. saya tunjukkan 2 contoh komisyen affiliate yang pernah saya perolehi, berserta jumlah click diperolehi menerusi link affiliate tersebut.. 

Blog saya berjaya mendapat 1088 Click untuk link affiliate di atas, tetapi hanya berjaya mendapat 2 jualan.

Blog saya berjaya mendapat 344 Click untuk link affiliate di atas, tetapi hanya berjaya mendapat 1 jualan.

Apabila keadaan ini berlaku, saya rasa ada sesuatu yang perlu saya pelajari daripada mereka yang lebih pakar.. Sebab berdasarkan pemerhatian saya, ada sesetengah blogger yang hanya mendapat beberapa puluh klik sahaja untuk link affiliate yang mereka promosikan, dah berjaya mendapat jualan.. 

Kalau nak dibandingkan dengan hasil dapatan yang saya perolehi, jauh panggang daripada api.. 1088 klik untuk 2 jualan dan 344 klik untuk satu jualan, diumpamakan seperti :

1 jualan : 544 klik
1 jualan : 344 klik

Sedangkan pemilik blog yang saya kongsikan di bawah mendapat purata 1 jualan untuk bilangan klik yang terlalu sedikit sahaja iaitu:

1 jualan : 51 klik
1 jualan : 38 klik
1 jualan : 87 klik
1 jualan : 105 klik
1 jualan : 12 klik

Sumber : Klik Di Sini

Walaupun ada juga hasil yang mempunyai nisbah1jualan : 105 klik, tetapi secara puratanya blog Ahmad faiz berjaya mendapatkan hasil yang jauh lebih baik daripada blog saya.. 

Ini barulah boleh dijadikan sebagai contoh Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate..

Tahniah Ahmad faiz di atas kejayaan tersebut.. Terima kasih kerana sudi kongsikan teknik killer buat duit dengan blog dan Affiliate di laman web tuan Buatduitblog.com.. Semoga ramai rakan blogger yang akan mendapat manfaat daripadanya... In Shaa Allah.. 


WW : Dulu Lain, Sekarang lain

$
0
0
Dulu Lain...


Dulu 6,670 like

Sekarang lain....

Sekarang 11,777

Betul kata orang tua-tua.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
 

Nak tahu macam mana boleh jadi macam ini? Jawapannya ada tertulis dekat entri ini (Klik Di Sini)..


P/S : Syukur Alhamdulillah, Kerana memberi peluang kepada saya untuk bertemu teknik yang betul... Semoga entri tersebut juga dapat memberi manfaat kepada orang lain... In Shaa Allah ;)

Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google.. Terbukti berkesan!!

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bermain dengan SEO ini sangat seronok kalau tahu caranya.. Setiap kali blog kita berjaya di page pertama enjin carian Google, motivasi kita semakin meningkat... Masa tu semakin seronok kita membuat ujikaji berkaitan dengan seo.. 

Ya... Itulah perasaan yang saya alami... Daripada tak reti langsung bermain SEO, sekarang ni dah reti sikit-sikit... Tak kisahlah walaupun blog saya ini buruk dan hanya layak digelar blog picisan, tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya menimba ilmu dan pengalaman berkaitan seo melalui blog ini...

Biarlah orang memandang blog saya buruk pada luarannya, asalkan pakcik Google masih sudi menerima blog saya seadanya... Itu pun sudah memadai... Samalah juga apabila kita melihat seorang wanita... Janganlah kita melihat kepada kecantikan rupa parasnya sahaja, tapi tengoklah juga pada kecantian hati budinya, pada ilmunya.. Betul tak?




Cara Paling Mudah Meletakkan Blog Anda Di Page Pertama Google

Baiklah.. Pada hari ini saya ingin berkongsi lagi satu hasil ujikaji seo yang telah saya lakukan menerusi blog ini... ujikaji seo  pada kali ini saya dedikasikan kepada salah seorang pengunjung blog saya yang dikenali sebagai @izY@N.. Berdasarkan komen yang beliau tulis seperti dalam gambar di bawah, beliau masih blur terhadap SEO.. Jadi, semoga apa yang saya kongsikan dalam entri ini sedikit sebanyak membantu beliau memahami SEO...

Sumber : Klik Di Sini

Saudari @izY@N.. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk meletakkan blog anda di page pertama google.. Dan cara ini terbukti berkesan!! Sebab saya telah dua kali mencubanya, dan kedua-dua uji kaji tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya... Pada hari tersebut saya menulis entri, dalam masa tak sampai 10 jam, tajuk entri yang saya tulis berjaya berada di Page pertama Google.. 

Inilah hasil ujikaji SEO yang telah saya lakukan pada kali ini.. 

Mendominasi enjin Carian Google untuk Keyword Irine Nadia Delete Fatin Liyana.. 


Berada di Page Pertama Google untuk Keyword Emas Terpakai untuk Dijual 2012

Dari mana saya mendapat Idea untuk Melaksanakan ujikaji SEO ini?

Idea ini saya perolehi melalui blog Pondok Kecil..

Ada masanya bila saya melawat blog Pondok Kecil, saya rasa pelik dengan entri yang beliau tulis.. Merapu, tetapi ada perkongsian info di dalamnya... Hafizul selaku pemilik blog Pondok Kecil suka menulis tajuk entri berdasarkan "keyword pelik" yang masuk ke blog beliau..

Apabila ada "keyword pelik" masuk ke blog beliau.. Ini bermakna ada orang mencari keyword tersebut, dan terkena tempiasnya ke blog beliau, walaupun keyword tersebut sebenarnya tidak berada pun di dalam blog Pondok Kecil... 

Apabila ada pengguna internet menaip sesuatu keyword di laman web google, ini bermakna beliau mempunyai hajat tertentu daripada keyword tersebut... Dan sekiranya keyword yang mereka cari, tiada yang tepat dengan apa yang mereka mahukan sudah pasti mereka akan kecewa... betul tak? 

Mana Engkau tahu?

Sebab saya sendiri pernah mengalaminya, sewaktu mencari nota-nota untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.. Memang kecewa, apabila kita tidak berjaya menemui apa yang kita cari di laman web google..... 

Sebagai seorang blogger inilah  peluang terbaik untuk kita membantu orang lain.. Merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan info berkaitan keyword yang mereka cari.. In Shaa Allah, membantu orang ni ada ganjarannya di akhirat nanti..

Jadi, saya fikir menarik juga idea tersebut... Dan sudah pastinya lebih mudah untuk kita berada di page pertama dengan keyword tersebut, sekiranya ianya benar-benar wujud di blog kita... 


Macamana nak tahu samada Keyword tu pelik ke tidak?


Mula-mula sekali, anda kenalah klik pada Stats >>> Trafic Source (Untuk pengguna platform blogspot)

Lepas tu anda akan dapat senarai Search Keyword seperti dalam gambar di atas.. Apabila anda membaca senarai keyword tersebut, cuba anda ingat balik Keyword apa yang tak pernah anda tulis, tapi boleh tersenarai dalam keyword tersebut... 

Berdasarkan pemerhatian saya, saya tak pernah pun tulis sebarang keyword tentang Emas Terpakai untuk Dijual 2012 dan Irine Nadia Delete Fatin Liyana  ... Tidak pernah tulis keyword tersebut, tapi terkena tempiasnya di blog ini.. Jadi inilah rezeki saya untuk mewujudkan keyword tersebut dan menjadikanyya sebagai tajuk salah satu entri di blog saya... Mudah bukan.. Dan hasilnya seperti yang telah saya tunjukkan dalam gambar di atas tadi.. ;)

Contoh seterusnya... Jom tengok senarai Keyword di bawah pula... 



Masa bila saya kenal rapat dengan Kak Ton.. Sampai anak Kak Ton pun boleh masuk dekat blog saya ni.. hehehe... 

Setahu saya Kak Ton yang saya kenal merupakan pengasas produk kecantikan, yang iklannya selalu tersiar dekat televisyen tu.. Cantik tak Kak Ton?... Cantik... 

Tapi tidaklah saya mengenali beliau atau pernah berjumpa beliau secara bersemuka... Jadi, macamana keyword tersebut boleh masuk ke blog saya?

Ini semua google punya kerja... Saya dapat agak keyword tersebut terhasil setelah saya menulis entri ini.. Dalam entri tersebut mengandungi nama Irine Nadia Marcello, gurauan Kak Ton, dan anuar sebagai penulisnya.. Kesan daripada gabungan ke tiga-tiga nama ini, terhasillah nadia annuar anak kak ton.. hehehe..  Bila difikirkan balik memang kelakar melihat situasi yang berlaku kesan daripada penangan SEO..

Ok... Macamana? Anda dah dapat dah cara paling mudah meletakkan blog anda di page pertama google? Lepas baca kenalah praktikkan, barulah boleh tengok hasilnya... 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang SEO, saya syorkan anda baca maklumat-maklumat lain yang saya kongsikan di bawah ini:



P/S : Saya sedang menanti keyword Contest SEO Eridy menerjah masuk ke blog saya untuk saya membuat ujikaji SEO seterusnya.. Harap-harap adalah satu atau dua keyword Contest SEO Eridy menerjah masuk ke blog ini.. Terus menunggu bagaikan bulan jatuh ke riba.. ;)

Hilang Seketika Keghairahan Nak Update blog..

$
0
0
Hilang Seketika keghairahan nak Update Blog.. 

Bukan disebabkan tak ada idea.. Tapi disebabkan urusan kerja yang belum selesai..

Akaun kerajaan dah nak tutup, tapi masih ada Kontraktor yang belum menyelesaikan kerja mereka.. 



Semua kontraktor yang dapat projektu sepatutnya bersyukur.. Sebab ada rezeki mereka di tempat saya berkerja.. 

Kalau boleh selesaikanlah kerja mengikut due date yang diberikan, supaya nama tak kena Black List.. Apabila kerja tak selesai, orang lain pun akan turut rasa susah hati... :(

P/s: Harap lepas ni Encik Khairul Nizam Bakar boleh tulis ebook berkaitan tips memberi ayat-ayat psiko kepada Kontraktor, supaya  dapat menyegerakan menyelesaikan kerja-kerja mereka..

Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 14 Disember 2013 baru-baru ini (Hari Sabtu), saya berpeluang menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia yang diadakan di MIECC, Mines Selangor.. 

Pada awalnya, saya tak tahu menahu pun tentang event ini.. Jadi, saya dah mempunyai perancangan untuk menghadiri  Affiliate Summit Terakhir 2013 yang diadakan di Nouvelle Hotel, Sg. Besi, KL pada tarikh yang sama.. 

Saya tahu ada event Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ni pada hari Rabu, 3 hari sebelum event ini diadakan.. Apabila dah tahu tahu ada event ini mula rasa berbelah bagi nak pergi keevent yang mana satu.. 

Tetapi disebabkan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia diadakan di The Mines, tempat yang sama berlangsungnya Big Bad Wolf book Sale, telah menjadi salah satu daya tarikan kepada saya untuk menghadiri event ini...  Di sana saya boleh melakukan 2 aktiviti sekaligus dalam satu masa.. Sertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia dan dalam masa yang sama boleh memborong buku dekat Big Bad Wolf book Sale...  Ya!! itulah tujuan utama kunjungan saya ke MIECC, Mines pada ketika itu... ;)

 
I'm at the largest blogger gathering in Malaysia


Jumlah Blogger yang Menyertai Himpunan Blogger Terbesar di Malaysia..

Berdasarkan maklumat yang saya terima, seramai 600 blogger telah menyertai event ini.. Walaubagaimanapun saya tak pasti pula, sasaran untuk mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tercapai ataupun tidak... 

Saya tertunggu-tunggu juga sekiranya pihak penganjur ada membuat pengumuman tersebut di Fanpage Blogrrr... Tetapi sehingga sekarang saya masih belum mendapat sebarang maklumat tentang berita 'The Malaysia Book of Records' tersebut... 


MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH penyeri BLOGRRR AWARDS 2013

Siapa yang menghadiri Blogrrr Awards 2013 sudah pasti terhibur dengan celoteh MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH... Ada sahaja bait demi bait perkataan yang keluar dari mulut mereka untuk menghiburkan tetamu yang hadir... Saya percaya ramai yang suka mendengar celoteh mereka, terutama sekali apabila mereka mengumumkan pemenang hadiah cabutan bertuah.... 

Masa tu semua orang fokus memasang telinga dan berharap supaya nombor mereka terpanggil untuk memenangi hadiah cabutan bertua tersebut.... hehehe... Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang.. 

Jom layan beberapa keping gambar MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH yang sempat saya ambil dari jarak jauh dengan menggunakan Kamera Smartphone HTC lama saya ni... 


MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH berinteraksi dengan penonton yang hadir

Seorang jejaka menjawab soalan yang diajukan oleh MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH

Abang ni pun nak mencuba nasib untuk memenangi hadiah ... ;)



Ada bermacam-macam hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur dan penaja.. Semua hadiah memang menarik belaka... Saya cuma berpeluang dapat dua hadiah sahaja.. 

Yang pertama senaskah Akhbar harian Metro yang di taja oleh Harian Metro.. Semua pengunjung pun boleh mendapatkannya, sebab ianya diberi secara Percuma kepada setiap tetamu yang hadir...  hehehe

Hadiah yang kedua T-shirt eksklusif untuk setiap blogger yang menyertai... Boleh jadikan T-Shirt ini sebagai hadiah kenang-kenangan... ;)

Sebenarnya saya tak berminat untuk menunggu Marsha dan Sharifah Sakinah mengumumkan nombor saya sebagai pemenang cabutan bertuah... Sebab kehadiran saya ke event ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin ilmu daripada mereka yang pakar dalam pemasaran internet... 


Menghadiri Seminar Tentang Perniagaan Internet di Blogrrr..

Kenapa anda wajib menghadiri Blogrrr???

Sekiranya itu persoalan yang diajukan kepada saya, sudah pasti saya akan menjawab... Kerana saya berpeluang untuk menghadiri beberapa seminar tentang perniagaan internet secara PERCUMA yang disampaikan oleh pakar dalam setiap bidang masing-masing..  

Saya ingat lagi sewaktu Irfan Khairi (Ikon Jutawan Internet) memberi seminar tentang keusahawan internet di tempat saya bekerja... Saya bertanya kepada rakan saya yang menganjurkan seminar tersebut, tentang bayaran ke atas irfan Khairi.. Rakan saya bagi tahu RM6,000 untuk satu hari... Satu nilai yang cukup besar untuk berpeluang mendengar seminar yang disampaikan oleh seorang usahawan internet...

Tapi kali ni Percuma sahaja... Memang rugilah kalau saya tak mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya...  

Untuk makluman anda, terdapat 12 seminar yang diadakan di 3 bilik seminar yang berbeza.. Setiap seminar akan berlangsung selama 45 minit secara serentak pada setiap sesi, di 3 lokasi bilik seminar yang berbeza... Setiap bilik seminar mampu menampung kapasiti seramai 40 orang peserta sahaja.. Jadi siapa cepat, dia dapat masuk ke bilik seminar mana yang diminati.. 

Jadual mini Seminar Blogrrr

Saya sampai ke Blogrrr pun dah dekat pukul 10.00 pagi.. Sebaik sahaja mendaftar, saya terus mengunjungi bilik-bilik seminar untuk membuat semakan jadual waktu.. Jadi, saya pun berjalanlah berulang-alik dari satu bilik seminar ke satu bilik seminar yang lain, untuk memilih seminar mana yang sesuai untuk saya dengari pada pagi tersebut... 

Bilik seminar satu berkaitan dengan pemasaran Google... Hmm Menarik.. Terus daftar nama... 

Bilik seminar dua nampak menarik, tetapi saya lebih berminat untuk mendengar informasi dari bilik seminar satu... Tak jadi nak daftar nama.. Lagipun macam mana saya nak mendengar kedua-dua seminar yang berlangsung dalam masa yang sama...

Masuk bilik seminar ke 3, ada seorang brader yang begitu ramah menegur saya dan mengajak saya menyertai seminar di bilik tersebut yang akan bermula tidak lama lagi... Memandangkan saya telah pun menulis nama di bilik seminar satu, jadi saya tidak bercadang pula untuk menyertai seminar di bilik seminar 3... 

Tetapi disebabkan nak menjaga hati brader ni, Saya pun melihatlah pada senarai kehadiran yang telah menulis nama... Saya terpandang satu nama yang cukup saya kenali iaitu  "Muaz Hadi".. Macam biasa dengar jer nama ni, bisik hati saya...

Saya pun bertanya kepada brader ni,"Mana satu Encik Muaz Hadi?"

Beliau pun memperkenalkan diri.. "Sayalah sebenarnya Muaz Hadi"

Kemudian beliau menambah lagi.. "Yang memakai baju putih tu merupakan penceramah kita iaitu Encik Azrul yang merupakan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)"..  

Saya pun bersalaman dengan Encik Muaz Hadi dan Encik Azrul (Gero Azrul), sambil berkata "Selama ini saya pernah tengok gambar Encik Muaz Hadi dan Encik Azrul dekat laman web sahaja, sebab tu saya tak berapa cam bila berjumpa secara live macam ni"

Kemudian kami saling berkenalan dan bertukar-tukar kad perniagaan... Saya tidak mempunyai kad personal sebagai seorang blogger, jadi saya pun bagilah kad yang ada dalam poket saya... Terjumpa pula kad ini... Kad di tempat saya bekerja.. hehehe.. Mungkin saya tersalah pakai topi pada ketika ini, tapi takperlah dah ini sahaja yang ada... ;)

  

Seminar Pertama

Disebabkan Encik Azrul (Gero Azrul), telah bersedia untuk memberikan seminar, jadi saya pun terus duduk dekat kerusi audiance...  Termasuk saya cuma ada 6 orang audience sahaja yang berada di bilik tersebut..  3 orang daripadanya termasuk Encik Muaz Hadi merupakan pasukan Encik Azrul (Gero Azrul) daripada  Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM).. 

Disebabkan bilangan peserta seminar tidak ramai, jadi sesi seminar lebih bersifat interaksi dua hala... Inilah peluang terbaik saya untuk bertanya beberapa soalan kepada Encik Azrul (Gero Azrul) yang merupakan Presiden Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM)..

Sebelum ini beliau pernah menulis beberapa artikel dalam ruangan Tinta Biz di akhbar harian Metro... Salah satu artikel menarik yang pernah saya baca ialah berkaitan dengan pendapatan RM20K sebulan dengan menjadi ejen affiliate..


Gambar kenangan bersama Gero Azrul

Antara soalan-soalan yang sempat saya ajukan kepada beliau ialah:

>>Berkaitan dengan strategi pemasaran di Fanpage:


Sumber : Klik Di Sini

- Beliau mengesyorkan audience supaya mendapatkan DVD Facebook Ads Marketing daripada Sifu Jamal

>>Berkaitan dengan statistik klik Vs Jualan yang berjaya saya perolehi melalui link affiliate 


Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

>> Tentang Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

>> Tentang Panduan mendapatkan RM1,000 secara PERCUMA melalui GMBO

>> laman web jualan Encik Azrul (Gero Azrul)?

Beliau sudah tidak memiliki sebarang laman web jualan pada ketika ini.. Tetapi rakan beliau Zamri Nanyan ada menghasilkan sebuah produk jualan untuk beliau yang dikenali sebagai Minda Bisnes Internet.. 

>> Dan sebagainya.. 

Walaupun seminar dan sesi pertemuan dengan Encik Azrul (Gero Azrul) berlaku dalam masa yang singkat, tetapi saya sangat berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan... In Shaa Allah saya akan cuba mendapatkan domain.my sendiri, daftar perniagaan, dan membuat sebuah shopping chart untuk membolehkan saya memohon geran perniagaan bernilai RM1,000 melalui program GMBO.. 

Dalam masa yang sama saya juga akan menyertai Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang telah mempunyai lebih daripada 6,000 orang ahli sehingga kini... In Shaa Allah... 

Sambil menyelam minum air.. Dalam masa yang sama, saya juga mengambil kesempatan untuk bersembang dengan Encik Muaz Hadi...   


Gambar kenangan bersama Muaz Hadi 

Encik Muaz Hadi antara usahawan internet berjaya yang terkenal di Malaysia.. Walaupun mempunyai taraf pendidikan peringkat Sarjana, tetapi beliau lebih selesa menjadi seorang usahawan internet sepenuh masa...  

Ini disebabkan pendapatan yang telah berjaya beliau perolehi sebagai seorang usahawan internet, jauh lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji seperti saya..  

Sehingga ke hari ini,  Encik Muaz Hadi telah mempunyai beberapa belas laman web, tetapi saya tidak ingat kesemuanya.. Antara laman web beliau yang saya ketahui adalah seperti berikut:

Dan yang menariknya.. Dengan bantuan seramai lebih 600 agen affiliate, telah menjadikan setiap laman web beliau berjaya menghasilkan jualan sekitar 5-6 angka.. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh seorang usahawan internet Malaysia berbangsa Melayu .. ;)

Saya mengambil satu contoh laman web Encik Muaz Hadi yang telah menghasilkan banyak jualan iaitu Pakej Rujukan PTD 2013 .. Melalui laman web ini sahaja, Encik Muaz Hadi telah berjaya memperolehi jualan hampir RM900K... 

Kalau tak percaya, anda boleh tengok dalam gambar di bawah... Dalam gambar tersebut menunjukkan jumlah komisyen yang telah di bayar oleh Encik Muaz hadi kepada setiap Top agen Affiliate yang telah membantu beliau mempromosikan laman web Pakej Rujukan PTD 2013

Jumlah Komisyen yang telah di bayar = RM 421,610.00

Jumlah komisyen yang telah dibayar oleh Encik Muaz hadi kepada setiap Top Agen Affiliate yang disenaraikan di atas ialah sebanyak RM421,610.00.. Ini yang tersenarai dalam top egen affiliate.. Mungkin terdapat beberapa puluh lagi Ejen Affiliate yang berjaya mendapat 1-5 jualan sahaja, tetapi tidak tersenarai dalam gambar di atas...  

Biasanya komisyen jualan yang akan diberikan oleh Encik Muaz ialah 50% daripada harga produk.. Katakan harga jualan bagi satu produk ialah RM50, Encik Muaz Hadi akan memberikan komisyen RM25 (50%) kepada agen Affiliate dan beliau akan mengambil RM25 (50%) lagi...  Jadi, pendapatan yang berjaya Encik Muaz hadi perolehi daripada laman web Pakej Rujukan PTD 2013 ialah RM421,610.00.. Itu baru satu laman web, bagaimana pula dengan pendapatan melalui laman-laman web beliau yang lain?


Seminar Ke 2 

Seminar kedua yang saya sertai disampaikan oleh Yeap Mei Yi (Business Development Manager) Syarikat Shopify.. Seminar yang menarik dan bagus untuk mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Shopping Chart sendiri.. 

Shopify.my menyediakan paling mudah untuk newbie seperti saya memiliki sebuah shopping chart sendiri, tanpa perlu memahami atau pandai membuat sebuah laman web.. Untuk maklumat lanjut tentang laman web ini saya syorkan andaklik di sini..  


Big bad Wolf Book Sale

Ketika waktu rehat.. Saya mengambil kesempatan untuk mengunjungi Big Bad Wolf book Sale.. Pada mulanya nak luangkan masa selama satu jam sahaja untuk membeli 5 buah buku..  Tetapi kesudahannya terlajak sehingga dua jam dan "terbeli" 62 buah buku.. Hehehe





Disebabkan terlalu banyak buku, sehinggakan saya tidak larat untuk mengangkatnya ke atas.. Jalan penyelesaiannya, saya terpaksa membeli sebuah beg... Walaubagaimanapun,  Letih juga nak usung beg ini ke sana-sini...

Apabila semua urusan dekat bawah telah selesai... Saya kembali ke atas semula... 

Apabila sampai ke atas, saya mendapati acara penyampaian hadiah bagi pemenang setiap kategori telah pun selesai.. 

Berikut merupakan senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my:
Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang... Semua pemenang memang terbaik dalam kalangan  yang terbaik... kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa.. Kali ini mungkin bukan rezeki anda untuk menang... Anda boleh mencubanya pada lain kali... 


Seminar ke 3 

Selepas selesai majlis perasmian dan penyampaian hadiah untuk anugerah blogrrr, di atas pentas masih berlangsung aktiviti seperti biasa... Manakala di bilik seminar pula, masih ada seminar yang dijalankan... 

Seminar ketiga yang saya sertai disampaikan oleh Encik Luqman Idris yang merupakan Co-Founder kepada Square Social Commerce..  

Saya menyertai seminar ini setelah menolak pelawaan blogger Azwan Anuar dan encik Titan untuk menyertai sesi sembang Teh tarik bersama mereka..  

Sebenarnya saya dah tak larat nak berjalan pada ketika itu setelah bertungkus lumus memborong sehingga 62 buah buku dalam masa 2 jam di Big Bad Wolf book Sale ..  

Memang letih sangat masa tu... Saya perlukan masa untuk duduk dan berehat sambil mendengar seminar, sebelum memandu pulang ke Ipoh, Perak... Jadi maaf yer kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengajak saya mengeteh masa tu..

Seminar pada petang tersebut pada mulanya agak biasa-biasa sahaja.. penceramah menceritakan tentang strategi pemasaran facebook seperti cara mengumpul banyak like, cara mewujudkan "Engagement" dengan orang yang like fanpage kita, dan sebagainya.. 


Rupanya ia tidak berkesudahan di situ sahaja.. Ada maklumat yang dikongsikan oleh penceramah, merupakan maklumat baru bagi saya... Iaitu kita boleh membuka sebuah shopping chart sendiri secara PERCUMA dengan menggunakan aplikasi Facebook..

Jadi sekarang ini sesiapa sahaja boleh mempunyai sebuah shopping chart sendiri taanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli domain, web hosting dan mengupah web designer...  

Contohnya macam dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Dengan aplikasi Facebook ini juga membolehkan pelanggan memilih item yang mereka minati, untuk dimasukkan ke dalam troli seperti pada bahagian disebelah kanan yang terdapat dalam gambar di atas.. 

Kemudian pelanggan juga boleh memilih cara penghantaran dan cara bayaran..



Dalam aplikasi ini pelanggan boleh melaksanakan transaksi bayaran melalui facebook dengan menggunakan kaedah pemindahan wang atau kad kredit kad kredit ... memang menarik... 

Saya akan cuba menggunakan aplikasi ini terlebih dahulu, sekiranya berhasil nanti saya akan kongsikan caranya kepada anda semua... In Shaa Allah... ;)

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak MYNIC Berhad (MYNIC), kerana sudi menganjurkan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini... Terima kasih juga saya ucapkan kepada Maxis Broadband, Bank Simpanan Nasional (BSN), akhbar Harian Metro dan sesiapa sahaja yang sudi menaja program ini samada secara langsung atau tidak langsung... ... 

Begitu banyak pengalaman berharga yang dapat saya perolehi semasa Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia 

Bagi saya pengalaman ini sangat  menyeronokkan.. Sebab ini merupakan kali pertama saya menghadiri event himpunan penulis blog seumpama ini..

Kemudian saya juga rasa gembira kerana dapat berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger handalan seperti Tuan denaihati, CEO Amanz.my,Encik Titan, Hazman Fadzil, Abang Ensem, Bro Framestone, Azwan Anuar, Fazrol dan lain-lain... Maaf sekiranya ada rakan blogger yang saya tak kenal, dan tidak sempat bertegur sapa dengan anda sepanjang event ini diadakan...

Sebab masa tu saya agak strees mengejar masa untuk mencapai beberapa tujuan saya berada di MIECC, Mines Selangor.. Syukur Alhamdulillah 95% tujuan saya telah tercapai.. 

Diharap lain kali ada lagi event seperti ini, dan semoga pihak penganjur dapat memperbaiki kelemahan yang ada.. Kelemahan paling ketara yang dapat saya lihat ialah bilangan peserta yang memenuhi bilik seminar.. 


Seminar menarik, speaker hebat, tetapi sayangnya tidak ramai blogger yang berminat untuk mendengar seminar tersebut.. Mungkin mereka lebih berminat untuk mendengar sekiranya nama mereka dipanggil untuk memenangi hadiah dalam cabutan bertuah... Sedangkan hadiah cabutan bertuah tu, hanya merupakan keseronokan sementara sahaja... Tetapi manfaat ilmu yang kita perolehi dapat digunakan untuk selamanya. . Ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja, untuk renungan kita bersama... 

In Shaa Allah, sekiranya ada kelapangan masa , boleh kita berjumpa lagi di lain waktu... ;)

Memborong buku Selama 2 Jam Di Big Bad Wolf Book Sale

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari Sabtu baru ini, semasa menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia, saya berkesempatan untuk memborong buku di Big Bad Wolf Book Sale..



Saya sempat menjejakkan kaki ke Big bad Wolf Book Sale pada jam 1.00 petang.. Iaitu ketika waktu rehat bagi event mini seminar Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ... Inilah peluang terbaik yang saya ada, untuk membeli buku-buku yang dipesan oleh isteri, ayah mertua, adik ipar dan anak-anak saya...

Pintu Masuk Big Bad Wolf Book Sale..


Seperti yang dijangka, harga buku yang dijual di Big Bad Wolf Book Sale memang murah-murah belaka.. Para pengunjung boleh membeli buku-buku pada harga Discount 75% sehingga 95%,.. Bagi peminat buku seperti saya, memang rambang mata dibuatnya...

Para pengunjung begitu sibuk memilih buku-buku Di Big Bad Wolf Book Sale..

Laluan Sesak..
 
Memang rambang mata dibuatnya... 

Lebih menarik lagi buku-buku yang pernah saya beli sebelum ini seperti A-Z Blogger : Tips untuk blogger wanita, Buat Duit Dengan Blog danBuat Duit Dengan Affiliate pun ada dijual di sini.. Masa saya beli dulu, buku-buku ni dijual pada harga RM14.00.. Masa tu dah rasa murah dah sebab dapat diskaun sekita 10-20%... Tapi, dekat sini kebanyakan buku-buku tersebut dijual pada harga RM5-RM6 sahaja... Sangat murah.. ;)

Sebagai contoh, Buku Urus Bisnes dengan Google ni... Harga Asal RM25, dekat sini dijual pada harga RM6... Discount 76%.. Banyak tu..


Buku Urus Bisnes dengan Google

Dan ada bermacam-macam jenis buku lagi, yang kebanyakannya dijual pada harga RM5-RM6... Kalau saya ada lori dan ada banyak duit, rasa nak borong kesemuanya... Supaya cita-cita saya untuk mempunyai sebuah perpustakaan mini dekat rumah dapat direalisasikan dengan kadar segera



Koleksi buku-buku Bahasa Melayu dijual pada harga RM5-RM6 sebuah..

Selain buku Bahasa Melayu, saya juga tertarik dengan buku-buku masakan.. Buku-buku masakan berkulit tebal, dengan gambar-gambar yang berkualiti, mempunyai pelbagai aneka resepi dijual pada harga RM20 sebuah... Saya percaya peminat masakan, pasti akan memborong buku-buku resepi ini... 

Buku-buku pendidikan dan komik untuk anak-anak juga tidak kurang hebatnya.. Terlalu banyak pilihan, sehingga saya tak tahu nak membeli yang mana satu... Disebabkan mempunyai kekangan masa dan kudrat untuk mengangkat buku-buku tersebut, jadi saya sempat menyambar mana yang ada...

Pada mulanya nak membeli 5 buah buku sahaja, seperti yang telah dipesan oleh Isteri, ayah mertua, adik ipar dan anak-anak saya.. Masa tu saya tak ada perancangan pun ank membeli sebarang buku... 

Tetapi, tak sangka inilah hasilnya... 61 buah buku telah berjaya dibeli... Dekat RM400 juga saya berhabis membeli buku-buku pada kali ini.. 

Resit pembelian buku.. 

Walaubagaimanapun, ianya masih belum mampu memecah rekod saya ketika membeli buku di Big Bad Wolf Book Sale pada tahun lepas.. ;)

Antara buku-buku menarik yang sempat saya beli di Big Bad Wolf Book Sale pada kali ini ialah:
  1. Aku mahu naik pangkat RM6 (Harga Asal RM21)
  2. Komunikasi di tempat kerja RM5 (Harga asal RM17)
  3. Supaya poket tidak kosong lagi RM5 (Harga asal RM16)
  4. Eksekutif Smart : Bekerja dengan lebih efektif RM5 (harga Asal RM25)
  5. Hidup kaya tanpa riba RM5 (Harga asal RM21)
  6. Urus bisnes dengan google RM6 (Harga asal RM25)
  7. Didik anak urus wang RM5 (Harga asal RM15)
  8. Didik anak jadi usahawan RM5 (Harga asal RM16)
  9. Kemahiran menulis RM5 (Harga asal RM20)
  10. Pemasaran gerila penulis RM6 (Harga asal RM31.50)
  11. Mesyuarat Efektif RM6 (Harga asal RM20)
  12. Komunikasi Efektif RM5 (Harga asal RM20)
  13. Set Eklusif DOa : 25 himpunan doa terpilih RM12 (Harga asal RM43)
  14. Ilmu HIkmah RM3 (Harga asal RM11)
  15. Ibadah membina tamadun manusia RM5 (Harga asal RM16)
  16. Busana Muslimah RM6 (Harga asal RM15)
  17. Chinise & Thai 400 Delicious Recipy RM20
  18. 500 Chille recipes RM20 
  19. The classic indian recipe book RM20
  20. Trik Penipu di Ebay RM5 (Harga asal RM15)
  21. Internet marketing untuk bisnes kecil RM5 (Harga asal RM16)
  22. Top Ten Of Everything 2012 RM15
  23. Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan RM5 (Harga asal RM19)
  24. 15 teknik efektif pemasaran SMS RM5 (Harga asal RM15.50)
  25. Buat duit dengan baiki handphone RM5 (Harga asal RM17.50)
  26. Pintar Bahasa Inggeris melalui kaedah Greek & Latin RM5 (RM22)
  27. Suburkan perkahwinan RM3 (Harga Asal RM10)
  28. Buat duit dengan Katering RM3 (Harga asal RM14)
  29. Di sebalik tabir You Tube RM5 (Harga asal RM13)
  30. Rahsia Pengurus Insurans hayat RM5 (Harga Asal RM23)
  31. Strategi Bisnes Manchaster United RM5 (Harga asal RM16)
  32. Rahsia melabur dalam unit amanah RM5 (Harga asal RM20)
  33. Card Craft RM15 (Harga asal US$25)
  34. Decorate life Celebrations RM8 (Harga asal US$20)
  35. Mathematic in Action 5B RM3
  36. The little mermaid RM5
  37. Cars RM5
  38. Toy Story RM5
  39. Max the Monster RM 10..
  40. Five Little Duck RM6 (harga asal 4.99 Pound)
  41. Turn And Lead Words RM6 (Harga Asal $7.99 canada)
  42. Kerjaya sebagai perancang kewangan peribadi RM6 (Harga asal RM16)
  43. 15 Teknik Efektif internet marketing RM5 (Harga asal RM25)
  44. Sembuhkan virus-virus bisnes RM5 (Harga asal RM16.50)
  45. Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas RM6 (Harga asal RM27)
  46. Mathematic in Action 6B RM3
  47. Kerjaya dalam bidang Insurans RM6 (harga asal RM17.50)
  48. Menjadi selebriti melalui Youtube RM5 (Harga Asal RM17.50)
  49. Kerjaya dalam bidang perakaunan RM5 (Harga asal RM17)
  50. Kerjaya sebagai pegawai perancang bandar & Desa RM5 (Harga asal RM)
  51. Kerjaya dalam bidang perhotelan RM6 (Harga asal RM18)
  52. Kerjaya sebagai pengurus kewangan koporat RM6 (Harga asal RM18)
  53. Buat Duit sebagai ejen unit amanah RM5 (harga asal RM16)
  54. Buat Duit sebagai ejen Insurans dan Takaful RM5 (harga asal RM16.50)
  55. Buat Duit dengan jaga budak RM5 (harga asal RM14.50)
  56. Buat Duit dengan kedai jahit RM5 (harga asal RM14.00)
  57. Buat Duit dengan Kraf tangan RM5 (harga asal RM14.00)
  58. Buat Duit dengan cendawan RM5 (harga asal RM13.50)
  59. Buat Duit dengan Video Perkahwinan RM5 (harga asal RM14.50)
  60. Dan .......


Disebabkan terlalu banyak buku yang dibeli sehingga saya tidak larat untuk membawanya ke Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia yang belum selesai lagi... Nak hantar buku-buku ke kereta, jauh sangat.. Sebab kereta saya diparking dekat aras B3.. 

Jadi sebagai jalan penyelesaiannya, terpaksalah saya membeli sebuah beg... Mujur pula ada beg yang dijual pada harga yang agak murah...  


Hati rasa lega, apabila telah selesai membeli buku.. Diharap saya tidak lupa untuk menyimpan resit pembelian buku untuk tujuan claim semasa mengisi borang Cukai Pendapatan nanti.. ;)

10 Entri popular Blog Coretan Anuar - Bulan November 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak terlewat untuk saya menerbitkan 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013... Sekarang ni dah masuk 20 Disember 2013.. Ini bermaksud, entri ini telah tersimpan dekat 3 minggu dalam senarai Draft blog Coretan Anuar.. 

Baiklah.. Straight to the point.... Berikut disenaraikan 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013, mengikut ranking 1 hingga 10..



Entri ini sangat diminati.. Mungkin pada ketika ini, ramai kakitangan kerajaan yang berminat nak tahu jadual pembayaran gaji kakitangan awam bagi tahun 2014.. Saya mendapat trafik percuma melalui hasil carian Google, Facebook, Busuk.org, dan blogr.my..

Kesannya, entri ini telah tersenarai dalam top 5 artikel paling diminati di blog Coretan Anuar, walaupun belum sampai sebulan ia diterbitkan...;)





Syukur Alhamdulillah... Hobi terbaru isteri saya telah pun mendapat liputan akhbar harian Metro bertarikh 15 Nov 2013.. 

Tak sangka daripada sekadar hobi suka-suka, dan berkongsi setiap design Quilling yang berjaya dihasilkan menerusi facebook... Akhirnya ia menjadi satu kerjaya Part Time kepada isteri saya..   

Lebih menarik lagi, rupanya ada wartawan harian Metro yang membaca blog ini, dan tertarik dengan design-design Quilling yang isteri saya hasilkan.. 

Kesudahannya dengan hanya menemuramah isteri saya menerusi perbualan telefon, telah membantu Puan Aida menyiapkan sebuah artikel untuk menerbitkannya dalam Akhbar Harian Metro... Terima kasih Puan Aida, jasamu akan kami kenang buat selamanya... 



Entri ini pun tak kurang hebatnya... Berani betul Produa Myvi merempuh "harimau" @ Malayan Banking...


Seorang anggota polis sedang mengawal kawasan di mana berlakunya kejadian Produa Myvi merempuh Maybank.. 

Dalam entri ini, saya turut sertakan 9 gambar kejadian, daripada pelbagai sudut yang diambil dengan menggunakan Camera telefon bimbit saya... 

Boleh tahan juga trafik yang masuk ke blog saya sebaik sahaja entri ini diterbitkan... Mungkin mereka tertarik dengan gambar0gambar yang saya ambil, seakan-akan menggunakan camera DSLR... hehehe ;)



Buat pertama kalinya Jabatan Pengajian Politeknik menawarkan permohonan kemasukan ke Politeknik secara datang terus (Walk In)..

Berdasarkan hasil carian di laman web google, Blog Coretan Anuar mampu berada di page pertama untuk keyword ini... Syukur Alhamdulillah.. Rezeki namanya tu... 


Permohonan kemasukan ke Politeknik secara datang terus  melalui hasil carian di laman web Google


Tajuk entri ini agak Hot.. Boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya untuk menarik orang ramai untuk membacanya.. Erk.. Apa yang nak saya lepaskan ni?

Kalau nak tahu cerita sebenarnya, anda boleh membacanya, dengan klik di sini



Kegemaran manusia berbeza-beza.. Adakalanya kita suka bila melihat 4 angka yang sama berturutan macam ni.. Tapi bukan semua orang berpeluang untuk melihatnya... Samalah dengan saya... Setakat ini saya belum berpeluang untuk menyaksikan 4 angka berturut-turut terpapar di Fanpage saya... 

Sumber : Klik Di Sini

Lepas ni kena tunggu angka 22,222 pula supaya dapat melihat 5 angka berturutan pula terpapar di fanpage saya... Ini semua penangan Sifu Facebook Ads.. kalau tak, takkan jadi macam ni punya.. ;)

Erk siapa dia Sifu Facebook Ads ni sebenarnya.. kalau nak berkenalan dengan beliau, sila klik di sini 


Syukur Alhamdulillah.. Mestilah seronok kalau saya dapat menang hadiah.. Memang tipu kalau saya kata tak seronok.. ;)

Tapi sayangnya saya tak dapat nak menggunakan hadiah kemenangan, dalam tempoh masa terdekat ini.. Maklumlah saya baru sahaja dapat baby ke 3.. Pakej yang paling dekat pun pergi ke Singapore atau Langkawi.. Kedua-duanya pergi ke Pulau dan melalui perjalanan yang jauh..

Jadi saya bercadang untuk memberikan hadiah tersebut kepada sesiapa yang sudi.. Erk.. Ada sesiapa yang sudi ker? Kalau ada boleh PM dekat Facebook saya.. First Come, First Surve.. ;)


Antara design Quilling yang telah berjaya isteri saya hasilkan.. Setiap tempahan mendapat design yang berbeza... Ini menunjukkan, design tersebut hanya satu.. Istimewa untuk mereka yang menerimanya... ;)

Kalau cari dekat kedai, design kad istimewa macam ni memang susah nak jumpa.. Kalau ada pun, takder yang special, sebab ramai orang boleh mendapatkan design yang sama.. Kalau nak design kad yang special, kenalah cari orang yang pandai buat Quilling, atau kad designer... 



Zaman sekarang ni, ramai orang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.. 

Tak ketinggalan juga, ada pemaju hartanah yang mengambil kesempatan kepada pembeli.. Walaupun bilangannya tak ramai, tetapi ada pembeli yang dah terkena..

Diharapkan, kita tidak tergolong dalam kalangan pembeli yang teraniaya.. Jadi, sebelum terkena, kita perlu tahu serba sedikit tentang prosedur membeli hartanah di Malaysia, daripada mereka yang lebih arif..


Sekali lagi segmen hobi terbaru isteri sayadiminati oleh pengunjung blog Coretan Anuar.. Nampaknya segmen ini telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri, termasuk seorang wartawan Akhbar harian Metro.. 

Jadi, isteri saya menyarankan kepada saya, supaya menghasilkan sebuah laman web jualan design-design quilling yang telah beliau hasilkan.. 

Idea menarik.. In Shaa Allah, saya akan cuba membuat sebuah Shopping Chart yang menggunakan domain.my sendiri, kemudian daftar perniagaan, dan akhir sekali memohon geran perniagaan online bernilai RM1000 melalui Program Get Malaysia Business Online (GMBO).. 

Boleh juga saya gunakan wang tunai RM1,000 tersebut untuk membeli bahan dan peralatan membuat Quilling, supaya dapat memudahkan kerja-kerja isteri saya... ;)

Setakat ini sahaja perkongsian 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013... 

Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ini... ;)


Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014.. Pada ketika ini, saya percaya semua rakyat Malaysia tidak kiralah seorang peniaga atau pekerja makan gaji seperti saya, sudah mula mengira keuntungan/kerugian dalam portfolio pelaburan mereka..  

Dekat Malaysia ni terdapat banyak cabang pelaburan yang boleh kita terokai.. Melalui cabang pelaburan inilah sebenarnya yang dapat mengubah taraf ekonomi kita.. Kalau nak harapkan bekerja makan gaji semata-mata, tanpa mengharapkan sebarang pelaburan, mungkin kita akan menghadapi masalah kewangan pada kemudian hari apabila harga barang keperluan naik, tarif bil utiliti naik, minyak petrol naik... Dan yang terbaru kadar tol lebuhraya dan Tambang Bas sekolah bakal naik pada tahun 2014. 

5 tahun dahulu, golongan berpendapatan RM1,500 sebulan masih boleh hidup dalam keadaan selesa.. Tetapi, pada zaman sekarang golongan yang berpendapatan RM1,500-RM3,000 sebulan pun masih tidak mencukupi..

Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.. Malah ada yang menganggap gaji RM3000 sebulan turut dikategorikan sebagai Miskin di Bandar.



Ini merupakan satu realiti.. Kalau tak percaya cuba kita buat sedikit kira-kira tentang kos perbelanjaan (minimum) kita pada setiap bulan:

  • Bayar Bil utiliti (tarif elektrik + Air + Astro + Telefon) = RM100
  • Minyak kereta = RM200
  • Bayar pinjaman PTPTN (tempoh 10 tahun) = RM270
  • Susu & lampin pakai Buang = RM50
  • Upah mengasuh anak = (Seorang anak RM200)
  • Keperluan sekolah/tuisyen & Belanja poket = RM150
  • Sewa/ Ansuran rumah = RM300
  • Makan (RM15 X 30 hari) = RM450
  • Ansuran kereta = RM400
  • Barang Dapur(seperti bawang, susu, gula, sayur, ayam telur dll) = RM300

Jumlah = RM2,420.00

Ini belum lagi termasuk pemberian kepada kedua ibu bapa, Servis Kereta/Motorsikal, Cukai tanah, Cukai Pintu, Belanja Perayaan, Kos Perubatan, Potongan KWSP, Tol dan sebagainya..

Jadi, tidak hairanlah kenapa semakin ramai golongan muda terpaksa menanggung hutang yang besar, walaupun baru sahaja mendirikan rumahtangga.. 

Salah satu cara untuk menangani masalah ini ialah dengan melaburkan sebahagian wang yang kita ada, atau membuat pinjaman bank semata-mata untuk meningkatkan keadaan ekonomi, melalui beberapa cabang pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan... 


Pulangan dalam Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Saya percaya ramai rakyat Malaysia melaburkan wang mereka ke dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).. Ini berikutan pengagihan pendapatan yang dibayar oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB)  kepada para pelabur ASB pada tahun ini meningkat kepada RM9.38 bilion, berbanding hanya RM7.99 bilion pada tahun 2012.

Saya mendapat maklumat ini melalui petikan akhbar bertarikh 19 Disember 2013, iaitu ketika Dividen dan bonus tahunan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) di menara PNB, Kuala Lumpur.... 

Seperti biasa apabila Dividen + Bonus ASB diumumkan.. Kita akan dapat menyaksikan gambar dua orang tokoh penting dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (Pengerusi PNB) dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB) bersama angka dividen dan bonus yang akan diagihkan kepada para pelabur ASB disiarkan di dalam akhbar-akhbar serta media-media bercetak dan media-media elektronik yang lain..

Sumber : Klik Di Sini

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, Tahun ini ASNB memberikan dividen sebanyak 7.70 sen seunit berserta bonus sebanyak 1.00 sen seunit... Pada tahun lepas para pelabur mendapat dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit.. Ini menunjukkan dividen dan bonus ASB yang diperolehi pada pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lepas.... Atau dengan erti kata lain para pelabur mendapat jumlah pulangan pelaburan sebanyak 8.70 sen seunit berbanding tahun lepas sebanyak 8.90 sen seunit...

Berikut disertakan jadul dan graf pemberian Dividen dan Bonus ASB bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang... 

 Jadual pemberian Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1990-2003

 Graf pemberian Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2013

Berdasarkan jadual dan graf di atas, kita mendapati pulangan pelaburan ASB ini hanya berada pada satu level yang hampir sama pada setiap tahun.. Pulangan tertinggi yang pernah diperolehi oleh pelabur ialah 14.0 sen seunit iaitu pada tahun 1990 dan 1994.. Pada tahun-tahun yang lain, para pelabur hanya menikmati pulangan pelaburan pada kadar +10% setahun.. Tetapi yang menyedihkan dari tahun 2002 sehingga sekarang, boleh dikatakan semua pulangan pelaburan ASB kurang daripada 10%.....  

Keadaan ini sudah pastinya agak mengecewakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya, yang berharap supaya mendapat rezeki tambahan pada hujung tahun melalui pelaburan ASB... :(


Pulangan dalam Pelaburan Emas

Pelaburan kedua yang tidak kurang popularnya di Malaysia ialah pelaburan emas.. Pulangan dalam pelaburan emas ini ialah antara 15% - 50% setahun sekiranya anda tahu caranya.. 

Logam fizikal berharga ini terus diminati oleh para pelabur, walaupun prestasi harganya tidak lagi sehebat dalam tempoh 10 tahun dahulu, yang mana kita tengok harga emas melambung naik bermula dari sekitar tahun 2000 sehingga tahun 2012.. Kemudian menunjukkan penurunan pada tahun 2013..

Sumber : Klik Di Sini

Walaupun harga emas pada ketika ini telah jatuh, tetapi pakar-pakar dalam pelaburan emas di Malaysia seperti Tuan Azizi AliEncik Syukor Hashim , Encik Anuar A. Rahman, Encik Khairulnizam Ngadimon, Pokli PWM dan lain-lain terus optimis mengatakan harga emas akan naik semula pada tahun 2014..

Jadi, ini mungkin merupakan peluang terbaik untuk para pelabur menambahkan stok emas dalam simpanan mereka, kemudian pajakkan semula emas tersebut di mana-mana ejen Ar-Rahnu dan gunakan wang yang diperolehi melalui hasil pajakan emas dengan melaburkannya ke dalam instrumen pelaburan yang lain... Inilah antara idea bijak, yang telah dilakukan oleh para peniaga untuk memaksimumkan keuntungan pleaburan mereka.. 

Kalau nak tahu bagai mana caranya, saya syorkan anda berguru dengan pakar pelaburan emas seperti Tuan Azizi Ali dan Encik Syukor Hashim .. Kedua-dua pakar ini mempunyai pengalaman yang luas dalam pelaburan emas.. 


Pulangan dalam Pelaburan Hartanah

Pulangan dalam pelaburan hartanah lebih besar, jika nak dibandingkan dengan dua pelaburan yang telah kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan ASB dan Pelaburan emas.. 

Hartanah merupakan antara pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek sekiranya kita tahu caranya.. 

Terdapat 6 jenis pelaburan hartanah yang boleh kita lakukan iaitu:
  1. Kediaman (Rumah bertanah dan apartment/kondo)
  2. Resort, Hotel dan lain-lain
  3. Komersial (pejabat, pusat membeli-belah, lot kedai, pusat pameran)
  4. Hartanah Industri (Kilang dan Gudang)
  5. Tanah kosong
  6. Pertanian/Tanah Ladang atau Dusun

Walaubagaimanapun sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan hartanah, anda perlu membeli hartanah lelong atau rumah Subsale..



Melalui pembelian rumah Subsale atau rumah lelong, kemudian dijualkannya semula, boleh memberi keuntungan pelaburan antara 50% - 100% setahun..  

Satu portfolio pelaburan yang menarik.. 

Disebabkan itu tidak hairanlah Sifu Rumah Lelongboleh memiliki koleksi motorsikal berkuasa tinggi, kenderaan mewah dan homestay yang menarik melalui keuntungan yang telah beliau perolehi dalam pelaburan hartanah.. ;)


Pulangan Dalam Pelaburan Saham

Pelaburan saham merupakan pelaburan yang agak luar biasa.. Pelaburan saham dapat memberikan keuntungan yang lebih lumayan berbanding instrumen pelaburan lain.

Saya berikan anda contoh satu saham yang dibeli oleh seorang rakan baru-baru ini. Beliau telah membeli kaunter syarikat UMW Oil & Gas pada harga RM3.00 seunit pada 1 Nov 2013. Minimum saham yang boleh dibeli adalah 100 unit. Maka beliau perlu mengeluarkan kos pelaburan RM300 sahaja.

Baru-baru ini pada 19 Dis 2013 saham UMWOG tadi telah meningkat kepada RM4.11. Maka nilai saham yang dibeli dah menjadi RM411. Keuntungan lebih 37% dalam masa hanya 50 hari. Menarikkan!

Ok.. Itu contoh untuk pelaburan saham dalam tempoh yang singkat..

Saya berikan satu contoh lagi untuk pelaburan sahamdalam tempoh 3 tahun..  

Saham ini dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM0.285 seunit.. Pelabur membeli seribu unit pada harga RM285.00 

Sumber : Klik Di Sini

Pada bulan Nov 2013 baru-baru ini, harga saham melonjak naik pada harga RM2.72 seunit.. Pelabur telah menjual kesemua 1000 unit saham tersebut pada harga RM2435.00.. 

Modal yang dikeluarkan oleh pelabur pada tahun 2011 cuma RM285.00, kemudian beliau mendapat pulangan pelaburan pada tahun 2013 sebanyak RM2435.00.. Jadi, pelabur ini telah berjaya mendapat pulangan pelaburan sebanyak 854% dalam tempoh 3 tahun.. Atau 285% setahun... Menarik bukan? ;)

Nak tengok lebih banyak contoh lagi? Saya syorkan anda klik di sini

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia yang dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh anda labur. 

Dalam pelaburan saham ni, kita boleh mengalami kerugian kalau tak tahu caranya.. Dan boleh mengalami keuntungan yang kuar biasa sekiranya ada ILMU dan Mentor yang boleh membimbing kita.

Dekat mana nak dapatkan ILMU dan mentor dalampelaburan Saham?

Saya syorkan anda dapatkannya melalui link ini (Klik Di Sini)..


Rumusan dalam Pulangan Pelaburan

Setakat ini saya dah kongsikan 4 jenis pelaburan yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia untuk menambah sumber pendapatan iaitu:
  • Amanah Saham Bumiputra (ASB) >>> +10%  setahun
  • Pelaburan emas  >>> 15% - 50% setahun 
  • Pelaburan Hartanah >>> 50% - 100% setahun
  • Pelaburan Saham >>> 30% - 285% setahun

Setelah anda membaca entri ini, terpulang kepada anda untuk memilih pelaburan terbaik bagi tahun 2014.. Pilihan terletak di tangan anda, tiada sesiapa yang berkah memaksa anda untuk membuat keputusan.. 

Setakat ini saya telah pun mempunyai pelaburan ASB, Emas dan Hartanah.. Tetapi belum pernah menceburkan diri dalam pelaburan saham.. Jadi, pada tahun 2014 ini, saya bercadang untuk menerokai ilmu dan menimba pengalaman baru dalam Pelaburan Saham 

Mungkin saya akan menggunakan strategi memajak emas yang ada, kemudian gunakan wang tersebut untuk membeli saham.. In Shaa Allah semoga kita dapat meningkatkan ekonomi keluarga kita, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat naik pada ketika ini... 

Setelah Sekian Lama.. Akhirnya dapat juga rezeki Pertama dari Nuffnang..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Syukur Alhamdulillah...

Setelah hampir 4 tahun menunggu, akhirnya ada juga CPUV pertama dari Nuffnang menerjah masuk ke blog Coretan Anuar.. 


CPUV Pertama untuk Blog Coretan Anuar, setelah 4 tahun menunggu.. 


Sebenarnya sepanjang hampir 4 tahun bersama dengan nuffnang, Blog Coretan Anuar seakan di anak tirikan.. Blog saya yang pertama Sembang Hari2, selalu dapat CPUV, tetapi Blog Coretan Anuar sekali pun tidak pernah mendapat CPUV.. 

Sedangkan trafik Blog Coretan Anuar jauh lebih tinggi berbanding trafik blog Sembang Hari2 yang dah lama tidak berupdate.. Apabila blog tiada trafik, bagilah sebanyak mana CPUV pun tak ada faedahnya.. Tetap tak boleh dapat income yang lumayan macam rakan-rakan blogger yang lain seperti Red Mummy, Eyriqazz, Cik Epal, Shakiddo, Hanis Zalikha dan lain-lain.. 

Saya pernah menghantar aduan kepada pihak Nuffnang berkaitan dengan isu ini sebanyak dua kali.. Tapi sehingga sekarang tidak mendapat sebarang balasan.. 

Lepas tu saya pun diamkan sahaja isu ini.. Saya beranggapan, sekiranya ada rezeki saya dengan Nuffnang, saya terima, kalau tiada rezeki pun tak apalah.. Mungkin rezeki saya ada di tempat lain...

Apabila berjaya mendapat satu CPUV dari Nuffnang ni, rasa bertambah bersemangat pula nak upadate blog... hehehe..

Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberikan satu CPUV kepada blog Coretan Anuar.. Semoga boleh bagi lebih banyak CPUV pada masa akan datang... ;)

Koleksi Luahan Hati dan perasaan kepada Nuffnang:

Trafik semalam setelah 4 hari tak update blog

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi rasa malas nak update blog.. Mood kemalasan masih ada setelah bercuti update blog selama 4 hari, disebabkan ingin memberi sepenuh perhatian bersama keluarga... 

Tapi... Apabila terpandang gambar dekat bawah ni, pada ruangan trafik blog saya, tiba-tiba semangat nak menulis blog kembali pulih... Hari ni terus update 3 entri sekali gus termasuk entri ini... hehehe.. 

Bilangan Pageview pada 24 Disember 2013..


Kali terakhir saya update blog pada 20 Disember 2013.. Tapi tak sangka ada juga pembaca yang sudi menerjah ke blog saya semalam walaupun tiada entri baru... Bukan setakat sorang dua, tapi sampai 4 angka bilangannya... 

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada anda semua.. Lain kali datanglah ke blog ini selalu... ;)

WW : Ultraman Dewasa menyerah kalah..

Baby Naila Semakin Tembam...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap kali kami bertemu dengan ahli keluarga dan Saudara mara, mereka akan memperkatakan Baby Naila semakin tembam.. 


Bagi kami yang biasa melihat Baby Naila tidak terasa sangat perubahannya... Tetapi bagi mereka yang berjumpa baby Naila dua minggu sekali atau sebulan sekali, rasa terkejut dengan perbuahan baby Naila.. Terutamanya pada bahagian pipi yang kelihatan semakin menggebu... ;)

"Macam ada Baking Powder dekat pipi Baby Naila"Kata mereka..

"Kak Su letak baja apa dekat pipi Naila ni?" adik ipar saya menyoal..

"Kak Su letak Baking Powder.. hehehe" Jawab isteri saya..


Baby Naila Puteri Pertama dalam keluarga kami..

Baby Naila kini berumur lebih 2 bulan..


Baby Naila semakin tembam.. Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamduluillah... Melihat perkembangan Baby Naila.. Semoga Baby Naila terus menggebu, supaya tiada masalah tak cukup berat badan macam Haikal (anak pertama) dan Adam (Anak Kedua)..

Saya, Isteri, Haikal, Adam dan Baby Naila..

Sehingga sekarang anak saya Haikal dan Adam kena pergi ke klinik kerajaan pada setiap bulan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menimbang berat badan, disebabkan masalah tak cukup berat badan.. Dan setiap tiga bulan sekali, mereka perlu berjumpa dengan pegawai zat makanan untuk mendengar "ceramah" cara nak menaikkan berat badan mereka... Lama juga masa yang diperuntukkan untuk mendengar ceramah, naik letih dibuatnya... 

Setakat ini saya dah laksanakan apa yang disuruh, tetapi berat badan anak-anak saya tetap juga berada di bawah paras tak cukup berat badan... Nak buat macam mana isteri saya kurus melidi, dan saya pula adalah tembam sikit berbanding sebelum ini.. hehehe...

Semoga baby Naila tidak mengikut jejak langkah seperti isteri saya, dan abang-abangnya.. Tetapi ikutlah jejak saya yang semakin menggebu... ;)

Promosi : Website Shopping Cart dengan domain anda sendiri pada Harga RM249

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak balik dari menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia-Blogrrr, isteri saya dah tak sabar nak memulakan perniagaan online sendiri, supaya boleh mendapatkan geran Get Malaysia Business Online (GMBO) bernilai RM1,000 secara PERCUMA.. 

Dengan wang tunai RM1,000 yang diperolehi nanti, boleh digunakan untuk membeli peralatan Quilling yang masih belum mencukupi, supaya dapat memudahkan urusan perniagaan beliau..

Begitu terujanya isteri saya, apabila mendengar Geran Perniagaan Online atau Get Malaysia Business Online (GMBO) ini dilanjutkan sehingga dana RM50 juta yang diperuntukkan untuk geran tersebut habis digunakan.. 

Sebelum ini saya tak nak apply geran ini, sebab saya risau nak daftar perniagaan yang merupakan antara syarat wajib untuk memohon geran tersebut.. Maklumlah saya dan isteri merupakan kakitangan kerajaan, risau sekiranya kami terpaksa membayar cukai pendapatan yang banyak disebabkan ada menjalankan perniagaan.. 

Tetapi apabila dah berjumpa dengan orang kuat Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) iaitu Encik Gero Azrul (Presiden PUIM) dan Encik Muaz Hadi (Usahawan Internet PUIM) semasa menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia-Blogrrr, tiba-tiba terbuka hati saya nak memohon geran tersebut.. 

Ini disebabkan, Menurut Encik Gero Azrul, setakat ini baru beberapa belas ribu rakyat Malaysia yang memohon geran Get Malaysia Business Online (GMBO).. Jadi, masih berbaki lebih daripada 30,000 geran yang belum dipohon..   

Setakat nak harapkan menunggu orang lain memohon geran tersebut sehingga habis, tanpa sebarang ikhtiar, saya rasa belum tentu geran tersebut habis dipohon... Jadi kalau saya juga memohon, sekurang-kurangnya dah tambah satu lagi permohonan.. Itu bisikan hati kecil saya pada ketika ini... 



Sebenarnya banyak PKS (perusahaan kecil sederhana) yang terdapat di Malaysia ni.. Tapi kenapa mereka tidak menggunakan peluang yang ada untuk memohon geran tersebut.. RM1,000 banyak tu... 

Kos yang perlu dikeluarkan untuk usahawan kecil membeli domain dan menempah sebuah laman web perniagaan bukannya mahal.. Habis banyak pun dalam RM400-RM500 sahaja.. Baki wang selebihnya boleh digunakan untuk menambahkan modal perniagaan.. 

Oklah.. Berbalik semula kepada keinginan isteri saya untuk memulakan perniagaan internet sendiri dan langkah seterusnya memohon geran Get Malaysia Business Online (GMBO) ..  

Pada minggu ni saya pun mulalah membuat survey untuk mencari Domain murah, dan laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat Shopping Cart pada harga yang berpatutan... 

Cari punya cari, terjumpalah dengan laman web Shoppingcart.my.. Harga tempahan bagi sebuah Shopping Cart dekat laman web ini cuma RM299.00 sahaja termasuk dengan domain (.com / .net / .org) dan Hosting  secara PERCUMA.. 

Tetapi kalau nak beli domain lain seperti domain.my, domain.com.my, domain.net.my kena bayar tambahan antara RM50-RM70.00 sahaja..


Harga Promosi Tempahan Shopping Cart pada Minggu Ini

Berita baiknya.. Pada minggu ini, laman web Shoppingcart.my memberikan harga promosi .. Anda boleh membuat tempahan laman web Shopping cart anda sendiri pada harga promosi RM249.00 sahaja..

Sumber : Klik Di Sini

Saya pun kurang pasti berapa lama tempoh promosi ini akan diadakan.. Tapi yang pasti, harga promosi tersebut berlangsung sepanjang minggu ini.. Kemungkinan pada minggu depan harga tempahan Shopping Cart akan kembali kepada harga asal.. 

Berita Baik yang Kedua... Anda boleh membuat tempahan Shopping cart dengan 2 kali bayaran.. bayaran permulaan cuma RM100 sahaja, kemudian anda boleh membayar baki RM149 selepas website anda disiapkan..

Dengan adanya website shopping cart, isteri boleh menjual semua design Quilling yang dihasilkan secara online dan menerima bayaran secara online. Lebih mudah diuruskan berbanding sebelum ini... 

Website shopping cart ini lengkap dengan sistem admin seperti :

  • Pelbagai pilihan bahasa
  • Unlimited produk dan kategori
  • Set utk Promotion & Special price untuk pelanggan tertentu
  • Pelbagai matawang (auto update rate terkini setiap 30 minit)
  • Tempahan online dan anda uruskan tempahan juga dengan mudah
  • Sistem pembayaran online, kad kredit Paypal, Maybank, CIMB & semua bank
  • pengiraan kos pos laju secara automatik,
  • Pelbagai template boleh anda tukar pada bila-bila masa
Laman web yang telah ditempah akan disiapkan dalam masa 24 hingga 48 jam.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan contoh laman web yang telah dihasilkan boleh dilihat di sini (Klik Di Sini) 



Viewing all 1127 articles
Browse latest View live