Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

10 Entri Popular Blog Coretan Anuar Bulan Ogos 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Kerana dengan izin Allah S.W.T saya masih terus diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dalam bulan yang ke 9 di tahun 2013... 

Peluang untuk bernafas merupakan rezekiyang tidak terhingga kurniaan Allah kepada setiap hambanya... Dengan peluang ini, kita dapat menikmati keindahan alam ciptaannya , disamping dapat menjalani kehidupan bahagia bersama insan-insan tersayang dalam hidup kita... 

Oh... Alangkah indahnya bagi mereka yang tahu mensyukuri nikmat tersebut.... ;)

Dalam kesempatan yang ada, kita juga dituntut untuk berusaha bagi melakar kejayaan demi kejayaan dalam hidup kita... Bermula daripada sekecil-kecil kejayaan sehinggalah sebesar-besar kejayaan yang mampu kita kecapi... Semoga kita semua berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan... In Shaa Allah...

Syukur Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi berpeluang untuk melihat perkembangan blog Coretan Anuar yang semakin positif... Saban hari Alexa Rank Blog Coretan Anuar semakin mengecil... Sebelum ini tidak pernah terfikir pun, satu hari nanti blog picisan ini mampu mencapai Alexa Rank di bawah 200K seperti sekarang...


Alexa Rank terkini Blog Coretan Anuar

Keadaan ini pastinya tidak akan berlaku tanpa sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan blogger yang rajin berkunjung ke blog ini untuk membaca entri, meninggalkan komen, klik like Facebook, Goggle+, Menjadi Follower blog ini, menyertai Contest yang dianjurkan, memberi Backlink dan sebagainya... Terima kasih kepada rakan-rakan semua... Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila... 

Baiklah... Berbalik kepada tujuan utama entri ini dihasilkan ialah untuk menyenaraikan 10 Entri Popular Blog Coretan Anuar bagi bulan Ogos 2013...  seperti yang telah dilakukan oleh tuan Denaihati dan rakan-rakan blogger lain... 

"Amalan yang baik kita lakukan, amalan yang buruk kita tinggalkan"

Senarai 10 Entri Popular Blog Coretan Anuar Bulan Ogos 2013:

  1. Koleksi SMS Ucapan Hari Raya Aidilfitri (Klik Di Sini)  (Kesukaan Rakyat Malaysia)
  2. Logo 49 Geng Kongsi Gelap Di Malaysia (Klik Di Sini)(Berita Hot)
  3. WW : Betulker ada Skandal dekat KFC? (Berita Hot)
  4. Hobi Terbaru Isteri Saya : Cantik tak? (Bahagian 13) (Promosi Bakat Isteri)
  5. Adakah IC/Kad Pengenalan anda sudah diaktifkan? (Klik Di Sini) (Kemudahan Untuk Rakyat Malaysia)
  6. Isu Tentang PTPTN, CCRIS dan Pinjaman Peribadi (Klik Di Sini) (Info Pengurusan Kewangan)
  7. Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal (Klik Di Sini) (Info tentang kekeluargaan)
  8. Poligami dan Alam Perkahwinan Berdasarkan pandanganku (Klik Di Sini) (Info tentang kekeluargaan)
  9. 18th Fira Roboworld Cup Congress 2013 (Klik Di Sini)(Pertandingan Dan Teknologi)
  10. Semakin Ramai Pakar Pemasaran Facebook Muncul Sejak Akhir-akhir ini (Klik Di Sini) (Strategi Pemasaran)

Nice Area blog saya macam rojak... Macam-macam ada.. Apa saja yang terlintas di fikiran saya, saya akan kongsikannya di blog ini... Tak sangka betul dalam senarai di atas terdapat beberapa entri tentang kekeluargaan menjadi pilihan pengunjung blog Coretan Anuar...  Perkara ini mungkin berlaku  disebabkan debaran menantikan kelahiran cahaya mata ke tiga, disamping corak penulisan blog ini yang agak "Bersopan santun"... Sesuatu untuk nice area bercorak kekeluargaan... ;)

Simbolik Status Kehidupan (Sila Pilih Satu)


Semoga satu hari nanti, saya mempunyai banyak masa lapang supaya boleh memberikan komitmen dan mempunyai mood untuk menulis entri tentang kekeluargaan di blog Infokeluarga.net ... Sama-samalah kita doakan yer... TQ..

P/s : Blog Infokeluarga(dot)net telah wujud sejak Disember 2011 dengan menggunakan Domain dan Hosting sendiri.. Tetapi setakat ini masih belum mempunyai sebarang entri, disebabkan belum ada mood untuk membangunkan blog tersebut... ;) 


WW : Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta?

$
0
0

Tapi tolong jangan cuba lakukannya... 

Ini merupakan sebahagian gambar-gambar yang telah dihantar oleh rakan-rakan saya menerusi WhatsApp tentang cadangan (gurauan) untuk menjimatkan minyak kereta...;)


Gam jarum meter minyak pada Fuel Level... ;)


Jangan tanggalkan Pam Minyak... ;)

Sekadar gurauan semata-mata... Jangan marah yer... Jom tengok ceritaKampung Semarah Padi untuk meredakan perasaan marah disebabkan kenaikan harga minyak... 

P/s: Biarlah harga minyak naik, jangan tekanan darah pula yang naik..  ;)

Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada setiap hari Rabu... seperti biasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, saya akan singgah di Pekan Rabu untuk membeli juadah makan malam...

Maklumlah suami dan isteri sama-sama bekerja, jadi ada kalanya tak larat nak masak makan malam... Nak memudahkan kerja, beli sahaja sedikit lauk dan kemudian masak nasi... Habis cerita..  Dapat menjimatkan masa memasak dan dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan mengunjungi surau di hadapan rumah saya.. ;)

Sampai sahaja di Pekan Rabu, saya terjumpa dengan rakan sekerja di Politeknik, tetapi bekerja di Jabatan akademik yang berlainan... Pada ketika itu, beliau telah selesai berbelanja dan sedang menghidupkan enjin kereta untuk memandu pulang ke rumah...


Anuar : "Assalamualaikum... Encik Nizam, dah selesai memborong ker?"

Encik Nizam : "Waalaikumsalam... Tak boleh nak memborong sekarang ni, kena berjimat cermat sebab harga minyak dah mahal dah"

Anuar : "Kena catu sedikit Budget lah macam ni"

Encik Nizam : "Macam tulah nampak gayanya.. hehehe"

Sambil berlalu pergi, dalam hati saya berbisik... Sekarang ni semua orang terus memperkatakan tentang kenaikan harga minyak... Dekat Office, Dekat Facebook, Dekat WhatsApp, masih rancak membincangkan tentang kenaikan harga minyak.. Lepas ni mungkin produk-produk penjimatan minyak yang terbukti berkesan akan laris di jual di pasaran... Atau nak lebih jimat lagi, tukar kereta anda menggunakan bahan api NGV.. Confirm boleh jimat kos penggunaan bahan api... 

Apabila mengenangkan keadaan ini, nampak gayanya saya kena berusaha dengan lebih gigih lagi supaya tidak perlu mencatu makanan kami seharian semata-mata untuk menampung kos kenaikan harga minya kereta... Diharap ada rezeki tambahan melalui JomNiaga atau JobDirumah macam Encik Titan... 

Apabila rezeki bertambah, In Shaa Allah tak akan terasa sangat dengan bahang kenaikan harga minyak yang sedang melanda negara pada ketika ini... Itulah azam saya... Terus berfikiran positif dengan menjadikan kenaikan harga minyak sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya pada masa akan datang... 

Ok... Berbalik semula cerita di Pasar Rabu.... 

Antara makanan yang biasa kami beli di Pasar Rabu ialah Ayam Goreng... Biasanya Ayam Goreng ni saya beli pada harga RM5.50 seketul... Cukuplah untuk hidangan makan malam kami 4 beranak, ditambah dengan beberapa makanan pelengkap yang lain...

Ayam Goreng.. Dulu RM5.50 seketul, kini RM6.00 seketul

Anuar :"Abang, beli ayam Goreng satu"

Penjual : "Ok, dah siap"

Anuar :"Berapa harganya?"

Penjual : "RM6.00"

Setelah membayar harga yang ditetapkan, saya pun berlalu pergi sambil berbisik di dalam hati... "Tak sangka.. besar betul kesan kenaikan harga minyak"... Ayam goreng yang sebelum ini berharga RM5.50 seketul telah bertukar menjadi RM6.00 seketul... Nampak gayanya lepas ni semakin tinggilah kadar inflasi di negara kita... 

Ya.. Betul.. Kesan kenaikan harga minyak akan mempengaruhi penjual untuk menaikkan barang dagangan mereka... Mungkin ada sebahagian daripada mereka (peniaga) sengaja mengambil kesempatan... Atau ada juga sebahagian peniaga "terpaksa menaikkan harga" , disebabkan kos bahan mentah yang mereka perolehi daripada pembekal semakin meningkat... 

Jadi, sukar untuk kita membuat tuduhan atau andaian yang tidak berasas... Jadi, apabila ada peniaga yang menaikkan harga barang, terima sajalah... kalau nak juga beli barang tu , terus bayar...  kalau rasa mahal, tak usah beli...  

Antara andaian yang dapat saya buat, kenapa harga Ayam Goreng tersebut meningkat sebanyak 50 sen

"Pembekal menggunakan minyak kereta untuk menghantar barang kepada peniaga..  peniaga juga menggunakan minyak kereta untuk membawa barang dagangan ke Pasar Rabu... Apabila harga petrol naik, kos pengangkutan pastinya akan bertambah.. Dan pembeli yang perlu menanggung kos kenaikan harga petrol tersebut... "

Tak kisahlah kereta jenis apa yang dinaiki oleh Pembekal dan peniaga... Tetapi kos harga minyak untuk perniagaan, tetap perlu di bayar oleh pembeli...  Itulah hakikatnya..


Senarai Anggaran Harga Minyak Bagi Setiap Tangki Penuh Kereta...

Apabila mengenangkan keadaan ini, saya juga perlu berusaha mencari dana bagi menampung kos kenaikan harga minyak kereta saya... Maklumlah saya ni bukan seorang peniaga... saya hanya bekerja makan gaji sahaja... Cukup bulan saya hanya menerima gaji daripada majikan, dan hanya akan mendapat kenaikan gaji setahun sekali...

Antara inisiatif yang dapat saya lakukan untuk menambahkan pendapatan ialah melalui perniagaan Tanpa Modal...  Jom kita beramai-ramai berniaga tanpa modal dengan Kos Perniagaan PERCUMA dengan mendaftar di laman web berikut:

P/s: Daripada terus merintih tentang kenaikan harga minyak dan mengharap subsidi kerajaan, lebih baik kita berusaha untuk memajukan diri sendiri.. Ingat, rezeki datangnya daripada Allah S.W.T, dan bukan daripada belas ikhsan sesama manusia...

Affiliate Summit Bulan September 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Baru sahaja saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat, yang sama-sama berusaha mengubah taraf kehidupan dengan menyertai Affiliate Junction... Dengan projek terbaiknya iaitu program MyKad Smart Shopper... 

Mat : "Anuar, Hang nak beli tak tiket ASKL (Affiliate Summit Kuala Lumpur)?"

Anuar : "Aku tak tahu lagilah Mat boleh pergi ke tak.., sebab masa tu aku nak hantar adik aku pergi sambung belajar"

Mat : "Ok Takper.. Aku cuma nak bagi tahu.. Kalau hang nak beli, elok beli pada hari ni.. Sebab hari ni last day boleh dapat tiket murah" 

Anuar :"Ok.. Nanti kalau aku rasa boleh pergi aku rojer-rojer hang"

Mat :"Ok..."



Ya.. Betul... hari ni merupakan hari terakhir tiket ASKL untuk bulan September di jual murah pada harga RM60 sahaja (Early Bird)... Selepas itu harga tiket akan dijual pada harga RM80 sehingga 12 September 2013.. dan pada harga biasa (RM100) sehingga 19 Ogos 2013.. 

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan tiket ASKL bagi bulan September pada harga RM60 boleh hubungi saya sebelum jam 12.00 tengah malam ini.. 

Anda boleh hubungi saya menerusi no. Tel 016-5425547 atau email nuargto@gmail.com

Semoga dengan kehadiran anda ke Affiliate Summit dapat membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang program MyKad Smart Shopper... ;)

Antara Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dan Program Didik Berita Harian?

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok akan berlangsung Konvensyen Usahawan Muslim 2013yang akan diadakan seperti butiran berikut: 
  • Nama Program : Konvesyen Usahawan Muslim 2013
  • Tempat : Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
  • Tarikh :  7 September 2013 (Sabtu)
  • Masa :  9.00 pagi – 6.00 petang
  • Laman Web  : www.KonvensyenUsahawanMuslim.com




Sebelum ini saya telah menyertai Contest yang diadakan untuk mempromosikan Konvensyen ini... Hasil daripada menyertai Contest tersebut, saya telah berjaya mendapatkan 2 tiket PERCUMA yang bernilai RM150 untuk setiap tiket.. 2 tiket PERCUMA ini saya perolehi melalui dua entri penyertaan yang telah saya hasilkan iaitu:


Gambar di bawah menunjukkan salah satu email yang saya terima daripada pihak penganjur meminta saya mengesahkan kehadiran ke konvensyen ini.. 



Semasa mendapat jemputan tu saya gembira sangat... bolehlah saya melihat tokoh-tokoh usahawan Islam secara Live... Terutamanya Chef Li, salah seorang usahawan muslim yang saya minati.. Selain daripada Chef Li saya juga berpeluang untuk bertemu dengan tokoh-tokoh usahawan Islam yang lain seperti berikut:
  • Ustaz Pahrol Mohamad Juoi – Penceramah Bebas
  • Datuk Nadzim Johan – Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd.
  • Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan – Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.
  • Dato’ Husammudin Yaacub – CEO Kumpulan Media Karangkraf
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) – Mentor Jutawan Senyap (Seronok membaca buku-buku tulisan beliau)



Tetapi apa nak buat... Hajat dihati tidak kesampaian... Pada ketika itu, saya terlibat dalam penganjuran Seminar SPM Berita Harian yang ditaja oleh Pihak Tabung Haji... 




Bak lirik lagu yang didendangkan oleh Amir Ukays dalam lagunya bertajuk "Di sana Menanti Di Sini Menunggu"... Ternyata sukar untuk saya membuat keputusan pada mulanya... Memilih Antara Konvensyen Usahawan Muslim 2013 atau Program Didik Berita Harian? .. 

Tetapi setelah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk mengenangkan pengorbanan rakan-rakan sekerja semasa menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian sebelum ini... Saya terpaksa melupakan keinginan untuk menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim 2013

Mungkin belum sampai masanya untuk saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan blogger yang berpeluang menghadiri konvensyen tersebut... Semoga pihak penganjur dapat menganjurkan lagi konvensyen seumpama ini pada masa akan datang... Supaya saya berpeluang untuk menyertainya... In Shaa Allah... 

Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bahagian 18)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah satu lagi design Quilling tempahan pelanggan yang berjaya isteri saya siapkan... Nampaknya isteri saya mula berjaya mempunyai kerjaya dari rumah selain daripada kerja hakiki di pejabat... Tahniah Isteriku..

Pelanggan kali ini ialah seorang wanita yang telah menempah design Quilling untuk dihadiahkan kepada suami tersayang... Dan yang menariknya ini merupakan pelanggan paling jauh yang kami terima dari Mukah, Sarawak (Tempat kerja lama saya dan isteri)






Syukur Alhamdulillah... Kerana pelanggan isteri saya berpuas hati dengan design yang telah dihasilkan... Dan terima kasih saya ucapkan kepada Pos Malaysia kerana telah menghantar Design Quilling ini dengan baik kepada pelanggan isteri saya... ;)



P/s: Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


Hobi Terbaru Isteri Saya... Cantik Tak? (Bahagian 19)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... satu lagi design Quilling tempahan pelanggan yang berjaya isteri saya siapkan... Nampaknya kerjaya dari rumah yang telah isteri saya usahakan sebelum ini telah pun membuahkan hasil... 

Pelanggan kali ini juga seorang wanita yang telah menempah design Quilling untuk... sempena menyambut hari jadi si dia..... (saya tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang pemberian tersebut)... Tetapi saya doakan si dia yang menerima design Quilling ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


Syukur Alhamdulillah... Kerana pelanggan isteri saya berpuas hati dengan design yang telah dihasilkan... Dan terima kasih saya ucapkan kepada Pos Malaysia kerana telah menghantar Design Quilling ini dengan baik kepada pelanggan isteri saya... ;)



P/s: Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


60 Vespa bernilai RM528K untuk dimenangi dalam tempoh 60 hari..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ada Berita baik untuk pengguna DiGi... 60 Vespa bernilai RM528K untuk dimenangi dalam tempoh 60 hari.. Jadi, jom kita beramai-ramai jadi pengguna DiGi... ;)

Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca keratan Akhbar harian di bawah yang bertajuk "60 Vespa nanti Pelanggan DiGi"


Kempen "60 Vespa dalam 60 hari" ini telah berlangsung pada 2 September lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober 2013..
Dalam kempen ini, Syarikat DiGi Telecommunication Sdn Bhd (DiGi) menyediakan 60 buah motor Vespa yang setiap satunya bernilai RM8,800..  Hadiah-hadiah ini akan dimenangi oleh seorang pemenang pada setiap hari, sehinggalah cukup 60 pemenang untuk 60 hari...

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Contest ini, anda bolehlah mengunjungi DiGi Centre yang berhampiran dengan lokasi anda...

P/s : Jangan lupa juga untuk menyertai Contest Menangi Pakej Percutian Percuma ke Bali untuk 2 orang (klik di sini)

PSIS Memenangi Tempat ke 3 dan ke 4 Dalam 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Pasukan Robot Soccer PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) kerana telah berjaya memenangi tempat ke 3 dan ke 4 Dalam Kategori SIMUROSOT dan tempat ke 3 dalam kategori MERLIN MIRUSOT pada kejohanan 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013....  

Pasukan Robot Soccer PSIS bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Y.Bhg. Dato' Haji Mohlis Jaafar selepas menerima hadiah yang dimenangi.. 


Pasukan Robot Soccer PSIS menerima hadiah yang dimenangi.. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Y.Bhg. Dato' Haji Mohlis Jaafar

Untuk makluman anda... Pada kejohanan 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013 pada kali ini, PSIS menyertai 3 daripada 7 kategori yang dipertandingan... Kategori yang disertai oleh PSIS dan pencapaian untuk setiap kategori adalah seperti berikut:

1) MERLIN MIROSOT ANTARA POLITEKNIK (PERTANDINGAN ROBOT SOCCER UNTUK ROBOT BERODA DUA)
PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA

2) SIMUROSOT (PERTANDINGAN SIMULATION ROBOT SOCCER)
PENCAPAIAN : TEMPAT KE 3 DAN KE 4 (DARIPADA 30 PENYERTAAN DALAM DAN LUAR NEGARA)

3) HUROSOT (ROBOT BERKAKI 2 )
PENCAPAIAN : PENYERTAAN PERTAMA DALAM EDISI FIRA 2013 DAN PENGALAMAN PERTAMA MENYERTAI SAINGAN INI
KATEGORI YANG DISERTAI :       
 1. SPRINT
 2. BASKETBALL
 3. MARATHON
 4. PENALTY KICK

Ternyata penyertaan Pertama pasukan PSIS dalam kejohanan ini membuahkan hasil... Tak sia-sia mereka menimba ilmu di beberapa pertandingan dalam Malaysia sebelum ini, sejak 3 tahun yang lalu... Dah hari ini mereka mula menuai hasilnya... ;)

Berikut merupakan gambar kenangan pasukan Robot Soccer PSIS di sekitar kejohanan tersebut...  

Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS


Bergambar kenangan bersama Pengarah,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, dan staf pentadbiran PSIS

Bergambar kenangan bersama Pengarah,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pegawai Perhubungan Awam dan staf pentadbiran PSIS

Bergambar kenangan bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS

Macam retis pula mereka ni, asyik bergambar sahaja... hehehe

Bagi mereka yang tidak mengenali pasukan Robot Soccer PSIS, mungkin tiada apa-apa kelebihan yang kita nampak pada diri mereka.. 

Tetapi pada hakikatnya mereka telah membanggakan negara dan PSIS khususnya kerana berjaya memenangi tempat ke 3 dan ke 4 acara SIMUROSOT dalam 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013.. 

Kategori SIMUROSOT pada kali ini disertai oleh 41 buah negara.. Dalam persaingan tersebut, kedua-dua Pasukan PSIS berjaya menjuarai kumpulan masing-masing, sebelum kedua-duanya dikalahkan oleh pasukan dari negara China yang berpengalaman selama 14 tahun.. Dan bergelar Johan Dunia sehingga kini.  

Pada peringkat separuh akhir, kedua-dua pasukan dari negara China seakan-akan cuba membalas dendam kepada pasukan kerdil dari Malaysia (PSIS)... Sebelum melangkah ke separuh akhir, salah satu daripada pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan ke 3 dari negara China, dengan mata kemenangan 2-0...

Dan pada separuh akhir, kedua-dua pasukan PSIS di belasah oleh pasukan dari negara China dengan mata kemenangan 13-0 dan 4-1... huhuhu.. Masakan sebuah pasukan kerdil yang hanya mempunyai pengalaman 3 tahun mampu menumbangkan gergasi Asia dan dunia dalam bidang ini...

Untuk keputusan penuh.. In Shaa Allah saya akan update pada lain kali, sekiranya ada kesempatan.... Jom layan gambar-gambar lain sekitar kejohanan ini... ;)












Semoga selepas ini, pasukan Robot Soccer PSIS lebih berjaya lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah..  ;)


Pertandingan Photojournalism Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kepakaran merakamkan gambar, ini mungkin satu berita baik buat anda...

Kementeria Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara sedang menganjurkan Pertandingan Photojournalism Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2013..

Pertandingan ini telah diadakan bermula pada 1 Ogos 2013 dan akan berakhir pada 15 September 2013...

Hadiah Pertandingan ini sangat lumayan.. Pemenang pertama akan memenangi RM3000, Tempat Kedua RM2000 dan tempat ke-3 RM1000...


Jadi, kepada jurugambar sekalian... Apa tunggu lagi... Gunakan kamera anda untuk beraksi, bagi merakamkan gambar-gambar terbaik untuk memenangi pertandingan ini...

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini, saya syorkan anda klik pada gambar di bawah, atau klik pada sumber pautan yang di berikan...

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran merakam gambar seperti saya, tetapi mempunyai sebuah blog sendiri... Saya syorkan anda menyertai satu lagi Contest yang akan berakhir pada 15 September ini... Untuk maklumat lanjut tentang Contest tersebut, saya syorkan anda klik di sini.. 

Pemenang Rasmi Contest SEO MYKad Smart Shopper

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang dijanjikan dalam entri ini... Pada hari ini bersamaan 9 September 2013, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemenang rasmi bagi Contest SEO MyKad Smart Shopper ... 


"Ada macam gaya pengumuman tarikh mula berpuasa di bulan Ramadhan, hari raya Aidiladha dan Hari Raya Aidil Fitri oleh mohor besar raja-raja tak??... hehehe... Bergurau sahaja..."



Berikut diumumkan senarai Pemenang Rasmi Contest SEO MyKad Smart Shopper:
  1. http://hakaluka.blogspot.com/2013/07/MyKad-Smart-Shopper.html (Memenangi wang tunai RM500)
  2. http://www.hitseo.my/mykad-smart-shopper/ (Memenangi wang tunai RM300)
  3. http://blog.asiacube.com/mykad-smart-shopper-review.html (Memenangi wang tunai RM200)
  4. http://www.akma.my/mykad-smart-shopper/ (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  5. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/08/mykad-smart-shopper.html (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  6. http://www.broblogger.net/2013/07/mykad-smart-shopper-mssp.html (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  7. http://dululainsekaranglain.com/online-jobs/mykad-smart-shopper-program-enjoy-discount-through-mykad (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  8. http://agendasemasa.com/mykad-smart-shopper (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  9. http://www.jomkongsistory.com/2013/08/mykad-smart-shopper.html (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
  10. http://www.kertasmerah.my/2013/08/mykad-smart-shopper-wujudkan-nilai.html (Memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM50)
Hajat dihati untuk melihat ada peserta yang berjaya berada di Page pertama Google tidak kesampaian... Jadi, keputusan senarai pemenang Contest SEO MyKad Smart Shopper sama seperti senarai keputusan 10 pemenang tidak rasmi, yang pernah saya nyatakan dalam entri ini...

Semua pemenang boleh menghubungi saya menerusi email nuargto@gmail.com dengan memberikan nombor akaun bank, nama penuh dan nombor telefon untuk menuntut hadiah yang dimenangi... 
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi memberi sokongan kepada Contest ini... Terutamanya para peserta yang sudi mengambil bahagian, untuk menulis entri tentang contest ini di blog anda semua... Terima kasih banyak-banyak yer... ;)"
Kepada yang tidak berjaya jangan berkecil hati... Menang dan kalah adat pertandingan...  Walaubagaimanapun ada hadiah yang disediakan untuk semua peserta iaitu:

Buku Discover MyKad Smart Shopper..

Dalam buku ini mengandungi beberapa info tentang Program MyKad Smart Shopper seperti penerangan tentang program ini, senarai Merchant yang telah mengambil bahagian sehingga Jun 2013, senarai reward yang disediakan dan cara untuk menuntut Reward... 

Muka Hadapan Buku Discover..

Muka Belakang Buku Discover..

Sedikit penerangan tentang Program MyKad Smart Shopper ada terdapat dalam buku ini..

Antara Kedai yang menarik Perhatian... Jakel Bukit Piatu, Melaka

Bengkel dan Aksesori penjagaan kereta pun ada..


D'Junction Cafe menawarkan Diskaun sebanyak 20%

Ada pusat rawatan kecantikan menawarkan diskaun sebayak 30%


Pusat rawatan, Kedai Cermin Mata, Kedai Buku, Kedai makan dan sebagainya..

Di Bahagian Belakang buku ini ada senarai Reward yang boleh di tebus...

Di saat harga Petrol sedang naik, anda mungkin memerlukan senarai kedai yang membolehkan anda mendapatkan harga Diskaun dan Point ketika berbelanja... 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Buku Discover MyKad Smart Shopper ini secara PERCUMA, anda perlu mengaktifkan MyKad terlebih dahulu.. Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA.. Untuk mengatifkan MyKad, Anda cuma perlu  sms/emel butiran tersebut kepada saya:

1. Nama Penuh
2. Nombor KP
3. No Tel.
4. Alamat
5. E-mail

menerusi :
- No. Hp: 016-5425547
- emel: nuargto@gmail.com

Saya boleh memberi jaminan maklumat yang anda berikan adalah rahsia... Ini disebabkan saya merupakan salah seorang ajen rasmi bagi program MyKad Smart Shopper...   This is My Business Card... 



Anda juga mungkin meminati:


WW: Alpaht untuk dijual pada harga RM40K.. Mahal ke?

$
0
0
Alpaht untuk dijual pada harga RM40K.. Mahal ke?





Inilah strategi yang telah digunakan oleh rakan lama saya untuk mengaktifkan semula Group WhatsApp kami yang mula sepi... ;)

P/s: Tidak salah untuk kita bergurau senda sekiranya berniat untuk mengembalikan semula hubungan silaturrahim... ;)


Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya pada 7 September 2013, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian di Dewan Syarahan Utama, PSIS... 


Seminar SPM Didik Berita Harian pada kali ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji, melalui program Kelab TAHA... Terima kasih diucapkan kepada pihak Tabung Haji kerana sudi menaja sepenuhnya seminar SPM Berita Harian ini, untuk tajaan seramai 280 orang peserta di sekitar Daerah Sabak Bernam... 

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Didik Berita Harian kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan program Didik Didik Berita Harian bagi Daerah Sabak Bernam, Selangor ... 

Pada tahun ini, Alhamdulillah...  kami mendapat tawaran yang lengkap untuk menganjurkan program didik Berita Harian bagi ketiga-tiga peringkat peperiksaan iaitu:
Walaubagaimanapun kami terpaksa menolak tawaran untuk menganjurkan klinik PMR Didik Berita Harian, disebabkan tarikh yang ditawarkan kepada kami untuk menganjurkan program tersebut jatuh pada 31 Ogos 2013... iaitu tarikh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan... Pada ketika itu, kebanyakan staf kami memanfaatkan masa tersebut untuk bercuti bersama keluarga.... Jadi, saya memohon maaf kepada pihak Berita Hari kerana kami terpaksa menolak tawaran tersebut... Diharap permohonan maaf kami diterima...    

Kemudian pada minggu berikutnya (7 September) pula mendapat tawaran untuk menganjurkan seminar SPM Didik Berita Harian... Jadi, rakan-rakan saya bersetuju untuk menganjurkan Seminar SPM Berita Harian.. Lagipun seminar ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Tabung haji, yang pastinya lebih memudahkan urusan kami.. ;)


Baiklah... Nak cerita sikit tentang pengalaman menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam...

Bermula pada jam 6.20 pagi saya bertolak dari rumah saya menuju ke PSIS.. Semasa saya sampai di PSIS, 3 buah bas telah pun menunggu, dan 2 buah bas telah pun bergerak ke destinasi yang dituju untuk mengambil para peserta seminar ini... Terdapat 5 sekolah Menengah di sekitar Daerah Sabak Bernam yang menyertai seminar ini iaitu Sekolah Sungai Haji Dorani (41 Pelajar), SMK Tengku Ampuan Jemaah (26 Pelajar), SMK Sungai Besar (86 Pelajar), SMK Batu 38 (38 Pelajar) dan SAM Mohammadiah (65 Pelajar)... 

Saya bersama dua orang rakan dan dua orang pelajar ditugaskan untuk mengambil peserta dari  SMK Sungai Besar dengan menaiki dua buah bas... Sebuah bas milik Politeknik (PSIS) dan sebuah bas lagi milik Istitut Perakaunan Negara (IPN)


Pertama kali saya sampai di SMK Sungai Besar.. Walaupun dah lebih 2 tahun menetap di Sabak Bernam..

Memerhati para peserta menaiki bas.. 

Kedua-dua bas ini dipenuhi penumpang sehingga kesemua "konduktor" bas terpaksa berdiri...

Pada asalnya jangkaan bilangan peserta adalah sermai 280 orang.. Tetapi bilangan peserta yang datang cuma 227 orang... Tetapi program tetap diteruskan dengan jayanya... 

Jadual Seminar SPM Didik Berita Harian anjuran Kelab TAHA, Tabung Haji..

Saya sempat berada di dalam dewan ketika Seminar Bahasa Melayu diadakan.. Selepas itu, macam Chipsmore... Sekejap ada, sekejap tiada... 

Para peserta sedang tekun mendengar seminar yang disampaikan oleh Guru pakar Bahasa Melayu...

Antara ilmu yang berjaya saya perolehi melalui guru pakar Bahasa Melayu ini ialah:

1) Gunakan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian kita
2) Bahasa SMS merosakkan martabat Bahasa Melayu (Nasib baiklah penceramah ini tidak pernah membaca blog saya)
3) Jangan gunakan ayat ringkas sewaktu bercakap... Contohnya... 
  •      Pelajar : "Cikgu, Tandas"
  •      Cikgu   : "Ya"
  •    (Disebabkan terlalu banyak dialog tersebut digunakan di dalam kelas, silap hari bulan, cikgu betul-betul jadi tandas)

4) Banyak ayat Dalam Surat Khabar yang di kenal pasti mempunyai kesalahan dari segi Tatabahasa
5) Dan lain-lain

Sekiranya ada sesiapa berminat nak dapatkan senarai tajuk karangan SPM yang disyorkan  untuk diulangkaji oleh penceramah seminar ini, bolehlah menghubungi saya... ada 15 tajuk kesemuanya... Pada tahun lepas, beliau mengesyorkan para peserta seminar membuat ulangkaji terhadap 16 tajuk... 3 daripadanya keluar dalam peperiksaan SPM sebenar... ;)

Acara Perasmian dan Penutup diadakan pada pukul 4.30 Petang..

Semasa menganjurkan Klinik UPSR Didik UPSR Berita Harian sebelum ini, saya kena duduk di kerusi hadapan bersama VIP yang hadir... Masa tu maklumlah saya kena jadi ketua untuk program tersebut... Jadi, kenalah berprotokol sedikit, sehingga majlis selesai...  

Tapi untuk seminar SPM pada kali ini, saya kena turun pangkat sikit.. Saya tidak perlu lagi berprotokol di dalam dewan... Bolehlah duduk dekat mana-mana tempat yang saya suka... Snap gambar di sana sini dan boleh bergerak ke mana-mana sahaja yang saya suka... I like it... ;)

Tuan haji Ghazali, Pengurus Tabung Haji Sungai Besar memberikan ucapan... 

Slot Promosi kemasukan ke Politeknik yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

Selain itu turut diadakan juga Pertunjukan daripada pasukan Robot Soccer PSIS yang telah memenangi tempat ke 3 dan ke 4 Dalam 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013..

Nantikan gambar saya bersama pasukan Robot Soccer PSIS dalam akhbar Berita Harian.. ;)


Video persembahan pasukan Robot Soccer PSIS dalam majlis penutup Seminar SPM Didik Berita Harian 


Gimik penyampaian Sijil kepada para peserta oleh Robot Soccer... dan penyampaian Sijil oleh VIP..

Sekitar pada jam 6.00 petang, tamatlah sudah Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS... Semua peserta kelihatan gembira datang ke PSIS disebabkan dapat naik bas, mendapat input yang pastinya bermanfaat daripada 3 orang pakar dalam peperiksaan SPM, dapat melihat persembahan Robot Soccer, dapat melihat MC (Juruacara Majlis) terbaik kami yang telah mengendalikan majlis penutup dengan jayanya, dan lain-lain...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
Sekiranya ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati..

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T... Dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...

Selepas selesai program, para peserta dihantar pulang ke sekolah masing-masing dengan menaiki 5 buah bas... Seperti pagi tadi, tugas terakhir saya menghantar pelajar ke SMK Sungai Besar....  

Bas sudah menunggu untuk membawa peserta pulang ke sekolah masing-masing... 

Tamatlah sudah program bersama Didik Berita Harian untuk tahun ini... Untuk tahun hadapan, In Shaa Allah sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk menganjurkan program-program bersama Didik Berita Harian...  Kami berharap program ini dapat diselitkan ke dalam takwim aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam, supaya lebih memudahkan urusan kami, guru besar, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar... Dengan cara ini secara tidak langsung dapat memudahkan para pelajar (calon-calon peperiksaan) untuk menyertai program ini... ;)

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini...

Antara Qurban Dan Aqiqah?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Begitu pantas masa berlalu... Seperti baru semalam kita menyambut Hari Raya Aidilfitri... Tak lama lagi kita dah nak menyambut Hari Raya Qurban pula.. Hari raya Qurban pada tahun ini dijangka jatuh pada 15 Oktober 2013...

Kepada sesiapa yang berhajat untuk melaksanakan Ibadah Qurban atau Aqiqah, waktu ni merupakan masa yang paling sesuai untuk menyertai mana-mana kumpulan di masjid, surau atau organisasi tertentu yang ada mengadakan program Qurban...



Di Politeknik Sultan Idris Shah umpamanya... Kita juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program Qurban & Aqiqah... Satu bahagian lembu RM450.. Harga tersebut mungkin agak mahal, jika hendak dibandingan dengan harga bagi 1 bahagian lembu yang ditawarkan oleh laman web EQurban.com.. Untuk maklumat lanjut tentang harga 1 bahagian lembu yang ditawarkan oleh syarikan EQurban, saya syorkan anda klik di sini..


Bagi saya dalam beribadah, bukan mahal atau murah ukurannya. . Tetapi keikhlasan dalam menunaikan ibadah. . Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ibadah Qurban yang telah dilaksanakan oleh nabi Ibrahim A.s untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu nabi Ismail A.S.. Begitu besar pengorbanan yang perlu dilakukan oleh nabi Ibrahim pada ketika itu untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T.. dan pada hari kejadian dengan izin Allah S.W.T tempat nabi Ismail telah digantikan dengan kibas.. Itulah titik permulaannya ibadah Qurban sehinggalah sekarang. .

Jadi, kepada yang berkemampuan eloklah kita laksanakan ibadah Qurban ini. .kata orang semasa tengah ada rezeki, dan semoga rezeki kita semakin bertambah disebabkan dengan melaksanakan ibadah Qurban, secara tidak langsung kita juga turut bersedekah. . Orang yang rajin bersedekah semakin murah rezekinya.. In Shaa Allah. .

Pada tahun ini saya dan isteri dah berniat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak ke 3 kami yang dijangka akan lahir pada 13 Oktober 2013. .

Syukur Alhamdulillah. . Duit telah pun diserahkan kepada ayah mertua saya untuk menyertai ibadah Aqiqah di Qariah Ayah mertua saya di Menglembu atau Pusing, Perak... . Kenapa di sana? 

Mengikut perancangan kami, isteri saya akan melahirkan anak ke 3 kami di Hospital Al Ridzuan Ipoh, dan akan berpantang di rumah ayah mertua saya,  di Pusing Perak.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. .

Tetapi, sekiranya anak ke 3 saya belum lahir lagi pada ketika itu, saya niatkan Ibadah Aqiqah tersebut dijadikan Ibadah Qurban. . Semoga ibadah kami diterima Allah S.W.T... In Shaa Allah. .


Alexa Rank Terbaik Blog Coretan Anuar?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. .

Di saat kesibukan melanda. . Saya memang tidak sempat nak update blog..  Hajat di hati untuk melihat Page rank blog Coretan Anuar terus jatuh menjunam  sehingga di bawah 100K sebelum berakhir tahun 2013. ..

Tetapi kalau begini keadaannya, saya pun tak pasti samada impian tersebut mampu menjadi kenyataan. ..



Alexa rank sekarang berada pada takuk 144K. . Mungkin ini alexa rank terbaik blog coretananuar.com sebelum ia membesar semula, dek kerana jarang mengupdate blog..

Harapnya saya dapat juga mencuri masa untuk update blog selepas ini. .



Draft yang ada dalam simpanan hanya tinggal draf setelah sekian lama. . Sehingga ada cerita yang sepatutnya segar macam pisang panas, telah pun layu menjadi cerita lapuk. .

Bila agaknya ada masa yang sesuai untuk saya menambahkan "perencah tambahan" kepada draft-draft tersebut sebelum boleh dihidangkan untuk tatapan pembaca blog ini..

Hanya masa yang akan menentukan segalanya. .. hanya masa juga yang akan menentukan masa depan blog ini..

P/s : Bila agaknya saya berpeluang jadi blogger berjaya seperti penulis kitab Teknik seo merah jambu. .

Tanam Benih Dahulu, Tuai hasil Kemudian

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

"Tanam Benih Dahulu, Tuai hasil Kemudian"

Inilah rumusan yang dapat saya katakan, kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Blog... 

Menulis Blog seumpama kita mengusahakan sebidang Tanah

Menulis blog seumpama kita sedang mengusahakan sebidang tanah... Kita perlu bersusah payah menanam benih terlebih dahulu, kemudian barulah boleh menuai hasilnya pada kemudian hari... 

Sumber : Klik Di Sini


Cuba bezanya... Hasil rezeki melalui blog, kadang cepat dan kadang lambat... Kalau kita menanam pokok, contohnya pokok buah rambutan.. Pada hari ni kita tanam, 2 atau tiga tahun kemudian barulah kita boleh menuai hasilnya... 

Tapi benih yang kita tanam melalui blog, ada masanya hari ni kita tanam, hari ni juga kita dapat merasa hasilnya... Ada masanya seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, setahun, dua tahun dan sebagainya barulah kita boleh menuai hasilnya... Walaupun lambat, satu hari nanti kita tetap juga akan berjaya menuai hasilnya... 

Kalau tak percaya boleh bertanya kepada Encik Titan, penulis Kitab Teknik SEO Merah Jambu.. Boleh dikatakan hampir setiap hari beliau berjaya menjana pendapatan melalui laman web Job Di Rumah.. Setiap kali beliau berjaya mendapat komisyen melalui Job Di Rumah, beliau akan update rezeki tersebut di blog beliau... Untuk betul, kalau boleh dapat rezeki harian menerusi blog seperti itu...

Inilah pengalaman yang dapat saya kongsikan setelah terlibat selama 3 tahun dalam penulisan blog... 

Ada diantara entri blog saya yang telah membuahkan hasil secara serta merta... Tetapi ada juga entri blog saya yang tulis, membuahkan hasil memakan masa berminggu, berbulan malah bertahun... 

Bagi saya semua itu tidak kisah.. Yang penting kita perlu berusaha "menanam benih" mulai dari sekarang.. Kemudian kita tunggu untuk menuai hasilnya pada kemudian hari... 

Kenapa tak Percaya??

Kalau tak percaya, saya boleh tunjukkan buktinya... Beberapa Entri yang pernah saya tulis sebelum ini, telah membuahkan hasil pada hari ini... 

Contohnya... Seperti dalam gambar di bawah:


Sumber Rezeki :Klik Di Sini

Saya memperolehi sumber rezeki ini pada 14 September 2013 (4 hari yang lalu)... Rezeki ini saya perolehi melalui entri yang saya tulis pada tahun lepas berjudul Al-Quran Digital Model Terbaru Di Pasaran (Klik Di Sini) 

Walaupun entri ini telah diterbitkan pada 30 Nov 2012 (Hampir setahun), tetapi saya masih berjaya menikmati hasilnya sehingga kini... Syukur Alhamdulillah...  

Contoh Kedua... Rezeki yang berjaya saya perolehi melalui laman web Rahsia Dobi pada 11 September 2013 (4 hari lepas)..

Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Rezeki ini saya perolehi melalui hasil Benih yang telah saya tanam di Blog Discount Hari2 pada Tahun 2010, dalam entri berjudul Panduan Bisnes Kedai Dobi (Klik Di Sini)

Walaupun entri tersebut telah diterbitkan hampir tiga tahun yang lalu, tetapi baru kini saya berjaya menuai hasilnya... Syukur Alhamdulillah...

Contoh Ketiga... Tengok pada gambar di bawah...

Sumber Rezeki : Klik Di Sini


Rezeki yang berjaya saya perolehi pada 30 Ogos 2013 melalui entri yang saya tulis pada 16 Oktober 2012.. Untuk membaca entri tersebut, saya syorkan anda klik di sini



Contoh seterusnya... 

Maaf.. Tiada lagi contoh yang bersesuaian dengan topik yang kita bincangkan... Kebanyakannya hari ini promosi, tak lama kemudian ada rezeki yang menyusul melalui usaha promosi tersebut... Syukur Alhamdulillah...  

Sebagai motivasi kepada kita semua... janganlah bertangguh untuk memulakan sesuatu... lebih-lebih lagi dalam keadaan harga Minyak tengah naik ni... Eloklah kita usahakan sesuatu bermula dari sekarang untuk mencari pendapatan sampingan... Sekurang-kurangnya boleh gunakan rezeki tersebut untuk menampung kenaikan harga minyak... 

Nak mulakan aktiviti "bercucuk tanam" di internet pada hari ini, bukan kena keluar modal pun... Anda boleh mulakannya secara PERCUMA melalui pautan berikut:



p/s: Lebih baik anda mulakan langkah pertama sekarang juga untuk menanam benih, sebelum anda boleh menuai hasilnya pada kemudian hari... ;) 

Aktiviti Menarik pada 22 dan 23 September 2013...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu ni ada dua aktiviti menarik yang melibatkan aktiviti Blog dan juga program MyKad Smart Shopper (MSSP)...

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan masa, jemputlah join salah satu daripada dua event tersebut.. Setidak-tidaknya dapatlah juga sedikit ilmu, tentang cara untuk menjana pendapatan tambahan...   Lebih-lebih lagi di saat harga minyak tengah naik pada ketika ini.. bila harga minyak naik, harga barang pun beransur-ansur akan naik.. sudah pasti kita perlukan side income untuk menyeimbangkan keadaan ekonomi semasa....

1) Affiliate Summit KL bulan September 2013

Affiliate Summit KL bulan September 2013 akan diadakan pada 21 September 2013 di Nouvelle Hotel, Sg. Besi... 

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut tentang program MyKad Smart Shopper (MSSP), anda bolehlah menyertai Seminar ini... Dalam seminar ini nanti, anda berpeluang untuk bertemu dengan individu-individu yang telah menjadi nadi atau tulang belakang kepada kejayaan program ini... 

Sehingga kini program MyKad Smart Shopper (MSSP) telah pun memasuki fasa ke 2, dan bakal memasuki fasa ke 3 pada tahun hadapan (2014).... Jom kita menjadi sebahagian daripada golongan terawal yang berjaya mendapat manfaat melalui aplikasi ke 50 MyKad.... ;)

2) Belajar Buat Duit Bersama Akademi Denaihati

Belajar Buat Duit Bersama Akademi Denaihati akan diadakan pada 21 September 2013 untuk Junior Class dan 22 September 2013 untuk Master Class.. Wordpress Junior & Master class anjuran Denaihati Network ini akan diadakan di :

Akademi Denaihati
No 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor 

Sumber : Klik Di Sini

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar buat blog dengan menggunakan platform Wordpress, saya syorkan anda menyertai kelas ini... Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelas buat  blog dengan WordPress, saya syorkan anda klik di sini..

Saya memang berminat untuk menyertai kelas ini, supaya berpeluang untuk menuntut ilmu penulisan blog daripada blogger-blogger terkenal di Malaysia... Tetapi apakan daya, sehingga kini masa masih lagi tidak mengizinkan...  

Ketika berlangsungnya kedua-dua event ini, saya terpaksa terbang ke Sarawak bersama keluarga untuk menghantar adik menyambung pengajian di UNIMAS... Dah lama tak menjejakkan kaki ke Sarawak, tak sangka kali ni dapat peluang pergi ke Sarawak, walaupun tanpa di rancang.. ;)

Terbang ke Sarawak pada hari Sabtu jam 2 .05 petang dengan menaiki Air Asia...



Pulang dari Sarawak dengan menaiki Malindo Air, pada hari Isnin (23 September 2013) pada jam 9.45 pagi... 



Syukur Alhamdulillah... Dapat peluang menaiki dua syarikat penerbangan dalam satu masa... Bolehlah saya kongsikan pengalaman menaiki kedua-dua pesawat ini nanti.. 

P/s: Agak sibuk sejak akhir-akhir ini... Terlalu banyak perkara yang nak di kejar....

WW: PSIS menang Pertandingan Bola Sepak Robot

$
0
0
PSIS menang Pertandingan Bola Sepak Robot


Jemputlah baca... Jimat masa saya untuk menulis pada setiap hari Rabu... ;)

PELANJUTAN WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SERTA HOTLINE PTPTN SEMPENA TARIKH AKHIR PEMBERIAN INSENTIF DISKAUN 20% BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012, peminjam PTPTNyang membuat penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan PTPTN sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013 layak untuk mendapat diskaun 20% atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan dilakukan.

Bagi memudahkan para peminjam PTPTN melaksanakan bayaran balik pembiayaan dan menikmati pemberian insentif diskaun 20 peratus sekiranya menyelesaikan hutang secara sekali gus selewat-lewatnya pada 30 September 2013, waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter untuk semua Pejabat PTPTN Negeri dan One Stop Center KL Sentral akan dilanjutkan mulai 21 September 2013 hingga 30 September 2013. Sementara itu, perkhidmatan kaunter di mana-mana Pejabat Cawangan PTPTN di UTC adalah kekal seperti biasa.

Waktu operasi perkhidmatan kaunter PTPTN yang baru adalah seperti berikut:

Tarikh:
21 – 30 September 2013

Waktu Operasi :  

Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 6.00 petang
(Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.00 pagi - 6.00 petang

Talian Hotline
8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)

9.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Sumber : Klik Di Sini

P/s: Kepada sesiapa yang nak dapatkan Insentif Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN, bolehlah membayarnya dengan kadar segera sebelum 30 September 2013... 

Berbudi kepada Tanah, Inilah hasilnya... Syukur Alhamdulillah.....

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semenjak isteri saya berpantang (melahirkan anak ke 3) dan tinggal di rumah mertua saya... Rutin harian kehidupan saya agak berbeza berbanding sebelum ini... Maklumlah dapat baby baru... Dalam masa yang sama dua orang hero saya juga sentiasa memerlukan perhatian... ;)

Sebagai penjawat awam, bila isteri bersalin suami dapat cuti seminggu... Kemudian tak cukup dengan itu, saya tambah lagi dua hari cuti pada hari Isnin (14 Oktober) dan Rabu (16 Oktober) untuk menyambut perayaan AidilAdha sekaligus buat majlis kenduri Akikah Assyifatu Naila (Anak ke 3)... Kata orang sambil menyelam minum air... Dah alang-alang buat ibadahKorban dan Akikah, terus buat kenduri Akikah sekali... 

Seronok juga bercuti kali ni... Bila rasa bosan, sekali sekala boleh melawat kebun ayah mertua saya, yang sedang mempunyai banyak hasil pada ketika ini... Antara hasil tanaman yang sedang menjadi ialah buah Cempedak Nangka, Buah Cempedak, Buah Nangka, Aneka jenis mempelam, Pisang, Rambutan (Baru berputik), kelapa dan sayur-sayuran seperti serai, Cili, Terung dan sebagainya...

 Buah Cempedak Nangka


Buah Cempedak 

 Buah Nangka



 Buah Cempedak


Buah Mempelam Apple... 

 Buah mempelam yang telah habis dikutip daripada salah satu pokok...

Murah rezekiayah mertua sayapada ketika ini... Mungkin rezekidapat cucu yang ke 5, yang kebetulan mempunyai tarikh lahir yang sama seperti beliau... ;)

Sekiranya ada penyewa Pak Ya Homestaypada ketika ini, In Shaa Allah mereka tidak akan meninggalkan Pak Ya Homestay dengan tangan kosong.. Pasti ada rezeki kurniaan Allah yang akan dikongsikan kepada mereka... Inilah yang dikatakan konsep berkongsi rezeki dengan tetamu... Setiap tetamu yang datang kepada kita membawa rezeki tertentu, oleh itu layanilah setiap tetamu kita dengan sebaik mungkin... ;)

Selain itu, dekat Kebun ini juga ayah mertua saya ada buat kolam ternakan ikan kecil-kecilan... Antara jenis ikan yang dibela di kolam ini ialah ikan Keli, Haruan, Puyu, dan Talapiah... Dulu ayah mertua saya pernah memasukkan ikan Kap di kolam ini... Tapi habis mati semuanya kena makan biawak dan sebahagiannya terlepas ke lombong sewaktu air kolam melimpah suatu masa dahulu...

Aktiviti menjala ikan di Kolam ternakan ikan Atuk..

  Antara hasil tangkapan yang diperolehi..

 Adam dan Haikal (Anak sulung dan Kedua) keseronokan melihat hasil tangkapan atuk..

Ikan keli yang berjaya ditangkap

 Ikan Talapiah dan Ikan Puyu yang berjaya ditangkap..

Inilah antara aktiviti saya 'menjaga' isteri berpantang di rumah mertua... Yang berpantang isteri saya, jadi saya memerlukan sesuatu untuk memanfaatkan masa yang ada, selain daripada menjaga anak-anak dan isteri... ;)

Tahniah diucapkan kepada atuk yang terus dimurahkan rezeki... Betul kata orang, taka rugi kita berbudi kepada tanah... 


P/S: Doakan semoga kami juga dimurahkan rezeki supaya mampu membeli sebuah lagi rumah dan juga perlindungan takaful (Insuran + Simpanan) sebagai pelaburan masa depan untuk seorang lagi anak kami... In Shaa Allah...



Viewing all 1127 articles
Browse latest View live