Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

3 Tips Murah Rezeki di Bulan Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri blog saya sebelum ini, saya ada kongsikan tentang cara Membeli Secara Onlie Tanpa Perlu Menggunakan Duit Sendiri!.

Anda dah ke belum entri tersebut.. Kalau belum baca saya syorkan anda mambacanya dengan klik Di Sini.

Kenapa saya syorkan anda membaca entri tersebut?

Saya rasa entri tersebut akan dapat memberi banyak manfaat kepada anda.. Terutamanya dekat nak raya ni.. Banyak nak pakai duit.. Semoga melalui entri tersebut, akan dapat membantu anda untuk mengurangkan perbelanjaan. Nanti, bolehlah bagi duit raya lebih sikit dekat anak-anak buah!

Oklah.. Untuk entri kali ni saya nak kongsikan 3 Tips di Murahkan Rezeki.. Semoga kita dapat sama-sama amalkan untuk kebaikan kita bersama...



3 TIPS MURAH REZEKI


1# TIP REZEKI 1 : BANGUN DI AWAL PAGI

Bangun awal pagi dapat memberikan kevergasan tubuh badan dan kecerdasan otak kepada kita. Apabila kita menggunakan daya pemikiran pada awal pagi, kita akan berjaya menghasilkan idea-idea yang menarik.. Sangat sesuai dengan keperluan saya sebagai seorang ahli akademik dan penulis blog secara Part Time..


Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani)

Berdasarkan Hadis Nabi di atas, sekiranya kita memulakan aktiviti pada awal pagi untuk mencari rezeki, In Shaa Allah ia akan membawa keberkatan dan kejayaan.. Hadis ini turut disokong oleh satu Hadis yang lain seperti berikut..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)

Jadi, sempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.. Saya syorkan supaya kita tak payah sambung tidur selepas sahur.. Tunggu waktu masuk azan Subuh.. Kemudian solat Subuh..

Selepas solat Subuh luangkan masa sebentar untuk membaca Al-Quran.. Dapat baca dalam 4 muka surat pun jadilah... Selepas itu, mulakan kerja anda... In Shaa Allah, anda akan sentiasa dimurahkan rezeki..


2# TIP REZEKI 2 : BANYAK BERSEDEKAH

Dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W banyak menekankan tentang keperluan bersedekah.. Contohnya Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 245 yang bermaksud


"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.”(Surah al-Baqarah, Ayat 245 ).

Kepada pembaca tegar blog saya, tentu anda masih teringat lagi tentang CEO eQurban iaitu Tuan Haji Masrukhin yang mempunyai sifat suka bersedekah.. Terutamanya untuk membangunkan Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh dan membantu umat-umat Islam di Kemboja. Sekiranya anda tertinggal membaca entri tersebut, saya syorkan anda membacanya DI SINI

Disebabkan sifat beliau yang suka bersedekah, pada hari ini nama syarikat beliau eQurban Resources Sdn Bhd semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia.. Malah Indonesia, Kemboja, Thailand, Filiphina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan, dan Mongolia. 

Lebih menarik lagi, Syarikat eQurban Resources Sdn Bhd merupakan antara NGO terawal yang telah menyumbangkan dana untuk membangunkan sebuah sekolah untuk masyarakat Islam di Kemboja.. Sebelum jejak langkah tersebut diikuti oleh NGO-NGO lain dari Malaysia dan dari negara-negara yang lain.    

Inilah kelebihan orang yang suka bersedekah.. Seperti yang telah dinyatakan dalam satu Hadis Nabi Muhammad S.A.W. 

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”(H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Hadis ini turut diperkuatkan lagi dengan isi kandungan Al-Quran dalam Surah Al-Hadid, ayat 18 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”(Surah Al Hadid, Ayat 18)

Jadi, sempena Bulan Ramadhan ini.. Marilah kita sama-sama bersedekah.. Sekiranya kita masih belum lagi melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak kita, eloklah kita segera melakukannya. Tak perlulah nak tunggu sampai Hari Raya Qurban, baru kita nak buat Aqiqah.. Pada bulan Ramadhan pun kita masih boleh melaksanakan Ibadah Aqiqah.

Anda boleh melaksanakan Ibadah Aqiqaah menerusi Laman Web eQurban.com. Ibadah Aqiqah tersebut akan dilaksanakan di Kemboja, untuk memberi makanan berbuka Puasa kepada masyarakat Islam yang hidup dalam kesusahan. In Shaa Allah, akan mendapat ganjaran pahala melaksanakan Ibadah Aqiqah, dan dalam masa yang sama dapat juga pahala memberi makan berbuka puasa kepada orang-orang fakir miskin.    

Rasulullah bersabda: "Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)


3# TIP REZEKI 3 : BERTAWAKAL SEPENUH HATI

Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(Surah At-Thalaq, Ayat 3)

Ayat Al-Quran ini turut diperkuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Alhamdulillah...

Mudah-mudahan anda dapat praktikan tips mudah ini dan memperolehi rezeki berlipat kali ganda hasil kebaikan yang anda lakukan..

Selamat menyambut Nuzul Quran. Semoga terus Ghairah untuk mengerjakan amal kebaikan menjelang 10 malam terkahir Ramadhan.. In Shaa Allah, lebih banyak ganjaran pahala menanti kita selepas ini.. 



Promosi Terhebat Ilmu Pelaburan Hartanah (Dalam Tempoh 67 Jam Sahaja)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ni seawal jam 5.50 pagi, saya mendapat satu email yang menggembirakan daripada DSR Publishing.

Apabila saya buka email tersebut, macam tak percaya pula dengan tawaran yang diberikan. ;)


"The Best Of DSR Collection akan dibuka jualannya pada 4.30AM 6 Julai sehingga 11.50PM, 8 Julai 2015."


Jualan hanya dibuka selama 67 jam sahaja.

The Best Of DSR Collection mengandungi:
✔ DVD Rahsia Empayar Hartanah
✔ DVD Saya Genius Duit
✔ DVD Kaya Dan Bebas Dengan Hartanah
✔ DVD Pembiayaan Semula
✔ eBook Jejak Pelabur Hartanah
✔ eBook Pelabur Hartanah Genius
✔ eBook Ilmu Duit
✔ eBook Tanya Banker

Lebih menarik lagi, pakej ini turut disertakan bersama dengan Program DSR Online University:

Pakej yang Terdapat Dalam Program DSR Online University:
✔ DSR Online Tutorial (akses1 bulan)
✔ Pembiayaan Semula Hartanah
✔ Bahagia Sesudah Derita
✔ 13 Documen Penting Pelaburan Hartanah


Sumber : Klik Di Sini

Harga Jualan sebenar untuk keseluruhan pakej ini ialah RM1045.50.

Tetapi, ada tawaran Istimewa yang diberikan oleh DSR PublishingAnda boleh mendapatkan pakej ini pada harga RM397 sahaja!

Tawaran ini hanya dibuka bermula pada 6 hingga 8 Julai 2015 sahaja.

Jualan Promosi ini akan tamat pada 8 Julai 2015, tepat jam 11.50PM. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Promosi Terhebat ini.. saya syorkan anda KLIK DI SINI.

Buat Duit Raya Di Mudah.my

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk entri ini, rasanya boleh bikin panas! Terutamanya untuk kakitangan kerajaan yang bakal menerima hujan dalam minggu ini, dan kemudian disusuli oleh kemarau yang panjang.

Besar Cabarannya! 

Bukan senang nak mengawal aliran tunai dengan baik, terutamanya pada musim perayaan. Semuanya nak kena pakai duit! Kesilapan dalam mengurus perbelanjaan, akan menyebabkan tak cukup duit untuk menunggu gaji yang seterusnya.

Jadi, sementara tengah ada hujan 2 kali ini, eloklah merancang sesuatu. Cuba gunakan duit yang ada sekarang ni untuk menjana duit tambahan. Salah satu caranya adalah dengan menjalankan perniagaan.

Bukannya nak berniaga besar-besar. Berniaga kecil-kecilan cukuplah. 

Contohnya, beli barang secara borong atau barangan terpakai yang unik dekat laman-laman web terkenal seperti Ebay, AliBaba, AliExpress atau Taobao.com. Kemudian jualkannya semula di laman web Mudah.my untuk pasaran Malaysia. 

Bukan semua rakyat Malaysia berani membeli barangan secara online menerusi laman web Luar negara. Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia berani membeli barang secara Online di laman web Mudah.my dan facebook. Jadi, Ini merupakan peluang terbaik untuk anda membantu orang lain, dalam masa yang sama mendapat sedikit keuntungan daripada pertolongan tersebut. Pahala dapat, untung pun dapat. In Shaa Allah.

Contoh 1 : Menjual Barangan Koleksi


Contohnya, seorang rakan saya membeli sebuah jam koleksi daripada seorang penjual di e-bay.com dengan harga RM1000. Kemudian setelah barang tersebut diperolehi, beliau mengambil gambar jam tersebut, dan mengedit gambar tersebut dan mengiklankannya dengan sangat menarik. Iklan yang dihasilkan menjadikan jam tersebut kelihatan sangat menarik dan eklusif. Seterusnya beliau menjualkannya kembali di laman web lain dengan harga RM1,600. Beliau berjaya menjual jam tersebut dalam masa 1 minggu selepas ianya diiklankan. Malah pernah juga terdapat beberapa barangan lain yang berjaya dijual dalam masa 1 hari sebaik sahaja ianya diiklankan. Sungguh menguntungkan.

Untuk berjaya dalam teknik ini, anda perlu mengenal pasti barang-barang yang kuantitinya sedikit di pasaran tetapi mempunyai permintaan yang tinggi. Berbaloi ke atas wang anda sekiranya anda membuat pembelian barang-barang tersebut kerana harganya akan menjadi semakin mahal dari masa ke semasa. Antara barang-barang yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti senarai berikut:
  • Jam Koleksi
  • Barang-barang antik
  • Kereta koleksi (bukan kereta biasa)
  • Seramik antik
  • Permaidani
  • Barang kemas, lukisan atau batu antik.
  • Setem, wang syiling atau wang kertas lama


Kebanyakan barang-barang dalam senarai ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Terdapat orang-orang tertentu dari kalangan golongan berada yang meminati barang-barang tersebut. Golongan ini biasanya tiada masalah ke atas wang mereka. Dan mereka cuba untuk mencari barang yang unik dan istimewa untuk dimiliki bagi memenuhi kepuasan mereka. 

Semakin sukar barang-barang tersebut didapai semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh sebuah lukisan yang berusia ratusan tahun seperti lukisan potret Monalisa. Potret tersebut boleh dijual sehingga nilai satu billion ringgit disebabkan hasil lukisannya yang menarik dan terlalu sukar untuk didapati (Hanya ada satu sahaja yang asli). Tetapi contoh yang saya beri ini tidaklah realistik untuk anda laksanakan. Cukuplah sekadar contoh sahaja.

Jadi ada beberapa barang dalam senarai di atas yang boleh anda ’survey’ di talian internet untuk dibeli dan dijualkan semula. Selain itu anda juga boleh mencari barang-barang terpakai yang masih elok samada di rumah ayah anda, rumah sanak saudara atau rumah atuk anda. Cuba cari barang-barang antik dan iklankan barangan tersebut di portal perniagaan percuma seperti e-bay.com, atau Mudah.my. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. 

Contoh 2 : Menjual barangan Terpakai yang tidak lagi diperlukan


Seorang rakan saya pernah menjual piring hitam lagu Elvis Pallesly yang dijumpai semasa mengemas rumah yang baru dibeli.

Pada mulanya beliau berhasrat untuk membuang barang tersebut disebabkan beliau tiada pemain piring hitam. Tetapi atas nasihat seorang rakan yang lain, beliau telah mengiklankan barang tersebut dalam e-bay.com. Dalam masa 2 minggu ianya diiklankan, ada pembeli dari luar negara berminat untuk membeli piring hitam tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, rakan saya dengan senang hati menjual barang tersebut. Lihat! Tanpa mengeluarkan sebarang modal, rakan saya telah mendapat wang dengan mudah.

Walaupun secara asasnya, anda perlu menjual barang dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran semasa menjual di laman web pengiklanan percuma seperti e-bay, lelong dan mudah.my. Namun bagi kes-kes menjual barang-barang tertentu seperti yang dibincangkan di atas anda boleh menjualnya dengan harga yang mahal tetapi berbaloi untuk wang pembeli.

Untuk melipat gandakan kejayaan anda dalam teknik ini, anda juga perlu menimba ilmu bagaimana untuk memasarkan barangan anda sehingga ianya terjual. Jadi, sekiranya anda berminat saya syorkan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik pemasaran yang betul untuk meraih keuntungan semasa menjual di laman web Mudah.my. Selamat mencuba..

Kenapa saya Syorkan anda mengiklankan Perniagaan di laman web Mudah.my?


Sumber : mudah.my

Anda perlu mengikalankan perniagaan anda di Mudah.my kerana laman web ini:
  • Mempunyai 5.2 juta pengunjung setiap bulan. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia, yang gemar membeli barang secara Online.
  • Mempunyai 1,894,986 iklan sehingga kini (pada masa terakhir saya melayari laman web Mudah.my) dan pastinya ia akan bertambah dari masa ke semasa.


Selain itu, terdapat beberapa sebab lagi kenapa anda perlu berniaga di laman web Mudah.my. Antaranya:

#1. Tidak perlu bina website 

Ramai yang putus asa untuk berbisnes secara online kerana tidak tahu membina website. Kos untuk mengupah syarikat pereka website untuk membinanya pula boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi di Mudah.my, anda tidak perlu runsing tentang isu itu. 

Anda tidak perlu pening kepada untuk menghadap HTML (Hyper Text Markup Language) iaitu bahasa programming yang digunakan untuk membuat website. Anda juga tidak perlu belajar menggunakan perisian membina website seperti Dreamweaver dan Frontpage. Jika anda langsung tidak mempunyai kemahiran IT, masa yang anda ambil untuk membina website mungkin memakan masa berbulan lamanya. 

Di Mudah.my anda dapat menjimatkan masa dan kos anda.

#2. Tidak perlu beli nama domain. 

Nama domain atau domain name umpama nama bisnes anda di internet. Setiap nama domain adalah berbeza. Tidak ada satu pun nama domain akan serupa. Nama domain yang selalu digunakan di Malaysia adalah .com, .com.my dan .my. 

Nama domain bukannya percuma dan perlu dibeli. Harganya pula dalam lingkungan RM30 sehingga RM100. Anda perlu membayarnya setahun sekali. Tetapi di Mudah.my, anda boleh mendapat nama domain secara percuma. Apabila anda membuka akaun Pro Niaga, anda akan diminta untuk mendaftarkan nama domain Pro Niaga anda. Contoh nama domain Pro Niaga adalah: 

1. www.mudah.my/ayamserama 
2. www.mudah.my/kuihraya 
3. www.mudah.my/goldbeauty 
4. www.mudah.my/superhealth 
5. www.mudah.my/rymfurniture 

Berikut merupakan beberapa step yang perlu anda lakukan, untuk mendaftarkan nama Domain Pro Niaga anda :

a. Layari laman web mudah.my

b. Klik pada Button "Log In PRO Niaga" 

Sumber : mudah.my

c. Isikan Maklumat Yang Diperlukan
Sumber : mudah.my

d. Isikan Semua Maklumat yang diperlukan, termasuk URL Perniagaan Anda di Mudah.my, seperti dalam gambar di bawah
Sumber : mudah.my

e. Untuk langkah yang seterusnya, saya syorkan anda tonton video yang telah disediakan oleh Pakar Mudah.my (Klik Banner di Bawah)


Sumber : Klik Di Sini

#3. Tidak perlukan modal 

Secara amnya anda tidak perlu bayar kepada Mudah.my untuk beriklan. Cuma beberapa kategori sahaja yang memerlukan bayaran minimum. Anda juga hanya perlu bayar untuk menggunakan Premium Service. 

Namun bagi kebanyakan kategori anda boleh meletakkan iklan secara percuma sahaja. Atas sebab inilah ramai peniaga yang menggunakan Mudah.my untuk mengiklankan produk dan servis mereka. Jikapun memerlukan pembayaran, pulangannya amat berbaloi kerana ramai pelawat yang bersedia untuk menjadi pelanggan. Dengan 5.2 juta pelawat sebulan di Mudah.my, potensinya amat besar! 


#4. Tidak perlu mencari pelawat 

Di Mudah.my, anda telah disediakan dengan 5.2 juta pelawat setiap bulan. Anda hanya perlu menawarkan sesuatu yang diingini oleh pelawat ini. Tawarkan produk dan servis yang sentiasa mendapat permintaan ramai. 

Di Mudah.my sendiri anda boleh selidik produk dan servis apa yang mendapat sambutan hangat daripada pelawat. Dengan maklumat tersebut, anda dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan anda. 

Ok.. Sekarang nampak, kelebihan mengiklankan perniagaan anda di Laman Web Mudah.my?

Ianya dapat diumpamakan seperti menabur makanan ikan ke dalam kolam yang telah dipenuhi ikan. Apabila anda tabur sahaja makanan, ikan akan berebut menyambar makanan tersebut.

Sekiranya anda nak lebih power, nak lebih bagus menjual di mudah.my, jangan main redah aje.

Kena belajar dahulu.

Dan kalau nak belajar daripada yang pakar, saya syorkan anda klik pada banner di bawah.  Selamat mencuba. Good Luck! 

Sumber : Klik Di Sini

Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semasa menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger pada bulan Jun yang lalu, saya berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada Tuan Aqif Azizan , yang lebih dikenali sebagai pakar CopyWriting dan Penulis Jutawan di Malaysia. Tuan Aqif Azizan berjaya menjadikan hasil penulisan beliau menerusi blog, laman web, buku, ebook, dan media sosial sebagai sumber pendapatan utama beliau.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau telah banyak bekerjasama dengan individu-individu terkenal seperti Dr Azizan Osman (Pakar Motivasi yang telah membantu ramai usahawan di Malaysia), Puan Ainon Mohd (Pengasas Syarikat PTS), Encik Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia), Adly Mokhtar (Pengasas Flarebiz Network Sdn Bhd), Hasbul 'Aqill (Pengasas Majalah Niaga), Gero Azrul (Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia), Ammar Zahar (Usahawan Internet) dan lain-lain termasuk syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan luar negara.

Kejayaan terkini beliau dalam bidang penulisan Blog ialah beliau berjaya menjual sebuah blog kepada sebuah syarikat di US pada harga 6 angka Dollar US... Apabila ditukar ke duit Malaysia, beliau hanya mampu tersenyum melihat sejumlah wang yang cukup besar dalam akaun bank beliau.. Berminat untuk mengenali Tuan Aqif Azizan dengan lebih lanjut? Saya syorkan anda KLIK DI SINI

Perkongsian Kejayaan Tuan Aqif Azizan telah menaikkan semangat Ramai Penulis Blog termasuk saya


Sejarah Penglibatan saya dalm dunia penulisan Blog...

Saya mula menulis blog pada 15 Disember 2009... iaitu beberapa hari sebelum anak kedua saya (Adam) dilahirkan.

Hmmm... Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun rupanya saya menceburkan diri dalam bidang penulisan blog... Bidang yang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi banyak juga cabarannya... 

Semasa saya mula berjinak-jinak menulis blog, saya mempunyai 2 tujuan utama iaitu:

Siapa sangka... Daripada 2 tujuan tersebut, telah menjadikan saya terus aktif dalam penulisan blog sehingga ke hari ini.. 

In Shaa Allah, selagi terdaya, saya akan terus menulis blog selagi hayat dikandung badan... Itu pun mengikut kemampuan masa yang saya ada..
..
...
...
Sekarang... Setelah mendengar perkongsian kejayaan tuan Aqif Azizan, Sudah sampai masanya untuk memandang lebih jauh kehadapan.. membawa misi yang berbeza.. Inilah masanya untuk berfikir di luar kotak demi untuk mencapai Misi yang baru dalam pernulisan blog iaitu:

"Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat"

Misi : Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat

Untuk mencapai misi ini, bukannya mudah... Boleh jadi bahan ketawa orang ramai kalau tak kena gayanya... 

Hahahaha.... Hahaha... Hahaha...

Hah.. Kan dah kena gelak dek orang ramai... Siapa suruh meletakkan misi tinggi melangit... 

Ahhh... Peduli apa orang nak kata... Ini misi saya... Untuk blog-blog saya... Jangan terus membuat andaian melulu, sebelum membaca entri ini sehingga habis...

Misi : Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat


Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan akhirat ini ada 3 peringkat, iaitu: 
  1. Peringkat Pertama : Misi Untuk Menjadi Jutawan Perkataan
  2. Peringkat Kedua : Misi Untuk Menjadi Jutawan di dunia
  3. Peringkat ketiga : Misi Untuk Menjadi Jutawan di Akhirat

Tidak semestinya saya akan berjaya mencapai ke tiga-tiga peringkat tersebut. Tapi Aim saya, peringkat Pertama mesti saya boleh capai..


Peringkat Pertama : Misi Untuk Menjadi Jutawan Perkataan

Bukan susah pun nak jadi jutawan perkataan, bagi sebuah blog yang dah berumur lebih 4 tahun macam blog saya ni.. 

Setakat ni blog saya dah ada lebih 1000 entri yang telah diterbitkan.

Terdapat Lebih 1000 entri yang telah diterbitkan di blog Coretan Anuar.

Saya akui penulisan saya tidak konsisten.. Ada masa saya rajin, saya akan menulis panjang berjela sehingga boleh capai 1000 patak perkataan.. Kalau tengah malas, kadang tak sampai pun 300 patah perkataan.. 


Sumber : Klik Di Sini


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Hahaha... Seronok membaca komen diaorang yang keletihan bila membaca entri saya yang panjang lebar...

Katakanlah purata bilangan perkataan yang saya hasilkan untuk satu entri adalah 500 patak perkataan..

Untuk 1000 entri, saya sudah mempunyai 500,000 bilangan patah perkataan.. Nak dapatkan 1 juta patah perkataan, saya perlu menulis sekurang-kurangnya 2000 entri.. 

Ataupun nak cepat cukupkan 1 juta patah perkataan, saya perlu menulis lebih banyak entri-entri yang mempunyai 1000 patak perkataan.... Tentu keletihan pembaca-pembaca blog saya membaca entri-entri saya yang seterusnya selepas ini....  

Lepas ni lebih banyak komen seumpama ini yang akan saya terima.. ;)

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sebenarnya tulis entri panjang-panjang ni bagus... Ada kelebihannya yang tersendiri.. Kalau korang masuk Contest, entri yang panjang biasanya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjadi pemenang... 

Itu pendapat saya... Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan pendapat saya.. 


Peringkat Kedua : Misi Untuk Menjadi Jutawan Di Dunia

Hmmm.. Peringkat kedua ni sebenarnya agak susah untuk dicapai..

Tapi kalau Cikgu TitanTuan Aqif AzizanBro Reez Luv, Ammar Zahar dan ramai lagi boleh dapat income yang konsisten setiap bulan melalui penulisan blog... Takkan kita tak boleh buat? Betul tak?

Saya yakin semua orang boleh melakukannya... Cuma kena rajin berusaha, rajin belajar dan sanggup bersabar sehingga misi tersebut berjaya menjadi kenyataan...

Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk bersabar?

Hanya Allah sahaja yang tahu... Sebab rezeki merupakan ketentuan Allah S.W.t..

Kita hanya mampu merancang dan berusaha... Selebihnya terserah kepada Allah S.W.T..

Sekarang ni yang penting, selesaikan dulu peringkat PERTAMA.. Bila Peringkat Pertama dah selesai, In Shaa Allah peringkat kedua akan menyusul satu hari nanti... 


Peringkat Ke tiga : Misi Untuk Menjadi Jutawan Di Akhirat.

Peringkat ke tiga nampak macam senang... Tapi mungkin tak semudah seperti yang kita sangka..

Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan sejauh mana hasil penulisan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain...

Sejauh mana nasihat yang kita berikan berguna kepada orang lain?

Sejauh mana perkongsian hasil penulisan kita dapat dijadikan rujukan kepada orang lain? 


Sumber : Klik Di Sini

Kalau betul dengan caranya... In Shaa Allah, setiap perkongsian kita dapat menjadi pahala dan sebagai bekalan kita di akhirat nanti...

Tetapi kalau sebaliknya, kita terpaksa menjawab di hari pengadilan nanti...

Bagi saya, apa yang penting... Kita usahakan yang terbaik mengikut kemampuan kita...

Kalau kita nak berdakwah.. Belum tentu kita mampu bercakap di khalayak ramai seperti seorang Ustaz... Sebab kita tidak mempunyai ilmu dan kepakaran tersebut...

Namun begitu harus diingat...  sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berdakwah... Walaupun cuma sepotong ayat...

Jadi, melalui blog dapat menjadi salah satu platform untuk kita berdakwah melalui penulisan... Secara tidak langsung kepada para pembaca blog kita.... 

Antara contoh usaha Dakwah yang pernah saya lakukan menerusi blog ini adalah seperti berikut:

Oklah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Sempena keberkatan Bulan Ramadhan ini, saya memohon kepada anda supaya mendoakan saya supaya berjaya menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat...

Terutamanya dapat berjayajadi jutawan di peringkat satu dan tiga pun jadilah... Saya benar-benar berharap semoga ianya dapat menjadi kenyataan... In Shaa Allah... Doakan ye... ;)

Kelas Persediaan MUET di PSIS dan Malam Lailatul Qadar

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari yang ke 26 kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Ini bermaksud tinggal tak sampai seminggu lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Begitu pantas masa berlalu. Pasti ada yang rasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Terutamanya kepada mereka yang rajin beribadah, rajin buat solat sunat, rajin membaca Al-Quran, Rajin pergi Solat terawikh. Golongan-golongan ini pasti akan rasa sedih, apabila Ramadhan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi.



Malam Lailatul Qadar


Malam ni merupakan malam yang ke 27 Ramadhan.. Salah satu malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.. Merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

Kerana berkemungkinan adanya Malam lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ada ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T bagi mereka yang berjaya menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amal Ibadah.

Semoga kita berjaya menjadi salah seorang daripada insan yang terpilih untuk menghayati Malam lailatul Qadar pada tahun ini. dan semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T pada malam tersebut. In Shaa Allah.

Klik Di Sini untuk mengetahui kelebihan Malam lailatul Qadar


Ujian Speaking dan Bertulis MUET 2015


Ujian Speaking MUET untuk Sesi Julai 2015 telah diadakan pada 15, 16, 22, 23, 24 dan 25 Jun 2015. Dah lepas dah. Diharapkan calon yang telah menduduki exam tersebut berjaya menjawab soalan dengan baik, dan lulus dengan cemerlang.

Tarikh exam bertulis MUET bagi sesi Julai 2015 akan diadakan pada 1 Ogos 2015. Tentu calon berasa lega, sebab jawab Ujian MUET selepas raya. Masa tu dah puas makan kuih raya. 

Rendang, Lemang, Dodol, ketupat tentu semua dah habis masa tu.. Lega no.. Boleh Fokus untuk menduduki Ujian Bertulis MUET 2015.  

Good Luck ye semua.. Jawab elok-elok supaya dapat lulus dengan cemerlang.

Kelas Persediaan MUET di PSIS


Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kami ada menganjurkan Kelas Persediaan MUET, untuk membantu calon-calon membuat persediaan sebelum menduduki ujian tersebut.



Sasaran peserta kelas persediaan ini ialah calon-calon yang akan menduduki Ujian MUET bagi sesi November 2015.

Tarikh tutup pendaftaran untuk mengikuti Kelas ini ialah pada 27 Julai 2015.. Iaitu pada hari yang sama sebelum Kelas Persediaan MUET di PSIS bermula.

Untuk urusan pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera pada banner di atas.

Tarikh Ujian MUET Sesi November 2015


Merujuk kepada Kalendar MUET 2015, Tarikh Ujian Speaking MUET untuk sesi November 2015, akan diadakan pada 7, 8, 9, 10, 14 dan 15 September 2015.  

Kemudian diikuti Ujian Bertulis MUET Sesi November 2015 yang akan diadakan pada 7 November 2015. Tarikh siri Ujian MUET terakhir bagi tahun 2015. 



Panduan MUET 2015 


Sekiranya anda tidak dapat untuk menghadiri Kelas Persediaan MUET yang kaim anjurkan di PSIS, saya syorkan anda mendapatkan sebuah panduan MUET yang disediakan di laman web PanduanMUET.com

Ramai calon Peperiksaan MUET sebelum ini telah mendapatkan rujukan tersebut. Dan mereka berpuas hati dengan isi kandungannya..

Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET 2015
Isi Kandungan Ebook Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET
Sumber : Klik Di Sini


Saya doakan semoga calon-calon Ujian MUET 2015 dapat membuat persediaan dengan secukupnya, berpandukan rujukan yang tepat. Dan seterusnya berjaya lulus dengan cemerlang. Good Luck!!




P/s : Jangan lupa Qiamulail malam nanti. Manalah tahu ada rezeki, dapat berdoa di malam Lailatul Qadar. Dan doa anda untuk lulus Ujian MUET dimakbulkan. In Shaa Allah.

Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lama lagi dah nak raya.

Pada hari raya pertama di kampung saya, Biasanya akan diadakan aktiviti "Baraan". 

"Baraan" merupakan istilah dalam bahasa Jawa untuk Aktiviti mengunjungi rumah jiran tetangga dalam satu kumpulan.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Sunat Aidilfitri, kaum lelaki akan bergerak dalam satu kumpulan untuk mengunjungi rumah jiran tetangga. Tetapi bukan semua rumah jiran tetangga yang akan mereka kunjungi. Kalau nak singgah semua rumah dalam satu kampung, memang tak sempat.

Jadi, ada syarat yang ditetapkan.. Iaitu sekurang-kurangnya ada seorang wakil yang menyertai aktiviti "baraan', sebelum rumah mereka tersenarai untuk dikunjungi. 


Kebiasaannya, tuan rumah akan buat menu istimewa untuk menyajikan tetamu yang berkunjung ke rumah mereka.

Kalau tahun lepas mereka hidangkan Soto kepada tetamu, tahun ini mereka akan cuba buat menu yang lain.. Mungkin Mee Rebus Udang, Laksa, Mee Kari, Nasi Ayam dan sebagainya.

Setiap rumah pasti akan cuba membuat kelainan. Kejutan kecil untuk jiran-jiran yang akan mengunjungi rumah mereka. 

Maklumlah raya kan setahun sekali. Jadi, mereka cuba gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk menghidangkan menu istimewa kepada jiran-jiran mereka.

Tetapi...

Bila dah setiap tahun bertukar menu, sampai dah tak ada idea nak cari menu yang baru..

Erk.. Nak cari menu apa ya tahun ni?

Bila dah buntu sangat tak ada idea, mulalah membuat carian Google..

Cari punya cari.... Alhamdulillah dapat...

Ni sekadar cadangan saya jer... Sekiranya anda juga sedang mencari menu istimewa untuk hidangan Aidilfitri...

Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri..

Panduan Memasak Nasi Arab Ayam
Sumber : Klik Di Sini

Nak belajar buat Nasi Arab Ayam, bolehlah kunjungi laman web milik Puan Aini Nurrasyidah menerusi pautan berikut : masaknasiarab.com

Beliau ada menghasilkan sebuah Panduan Memasak Nasi Arab dalam bentuk Video dan Ebook.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panduan memasak Nasi Arab Ayam tersebut, saya syorkan anda klik pada banner di bawah:
Panduan Memasak Nasi Arab Ayam

P/S: Kalau dah masak Nasi Arab Ayam nanti, jangan lupa ajak emak mertua makan sekali ye ;)


Info Berkaitan:

Solat Mesti On time, Full Time dan kalau boleh buat Overtime

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni saya nak kongsikan sedikit Mutiara Kata, daripada Pusat Islam di tempat saya bekerja..

Solat Mesti On time, Full Time dan kalau boleh buat Overtime

"Solat Bukan Kerja Part Time
Solat Bukan Sometime

Solat Bukan No Time

Solat Mesti Full Time
SOlat Mesti On Time
Kalau Boleh buat OverTime
Sebab MATI boleh saja ANYTIME."

Semoga selepas ini kita dapat memperbaiki amal Ibadah kita, terutama di penghujung Ramadhan.. In Shaa Allah dengan melaksanakan amal kebaikan (termasuk kesempurnaan Solat) bermula pada bulan Ramadhan ini, akan dapat diteruskan pada bulan-bulan yang lain. In Shaa Allah.

Anggaplah kehadiran Ramadhan pada kali ini sebagai pembawa hidayah kepada kita... Untuk merubah diri kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dan lebih sempurna berbanding sebelum ini.


WW : Download Ebook PERCUMA, Sekarang!

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni hari Rabu terakhir pada bulan Ramadhan tahun ini..

Jadi, saya tak berhajat nak menulis panjang lebar..

Cukuplah sekadar ingin memberi peluang kepada rakan-rakan untuk Download Ebook PERCUMA..



Serius! Ianya PERCUMA sahaja.. 

Aggaplah, ianya merupakan hadiah daripada saya, sempena kehadiran satu Syawal..

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Ampun Maaf Zahir dan Batin.. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta berhati-hati di jalan raya

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni, merupakan Hari Raya ke 5.. Baru sempat nak Update blog.. Ni pun tak dapat nak tulis panjang-panjang.. Sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan... 

Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin... dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami Muhamad Anuar Marsib, Norsuzana Zakaria, Muhamad Amsyarhadi Haikal, Muhamad Adam Danial dan Assyifatu Naila.




Raya tahun ni tak ada gambar keluarga.. Cuma sempat berselfie dalam kereta.. Itupun hasil kerja isteri saya, sewaktu saya sedang memandu nak pergi beraya..

Selfie Hari Raya Pertama : Dalam perjalanan ke Bagan Datoh, Perak


Selfie Hari Raya Kedua : Dalam perjalanan ke Pusing, Perak

Kami mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan atau kesilapan yang telah kami lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan.

Secara peribadi, saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa juga yang mengenali saya , menerusi beberapa akaun jaring sosial yang saya miliki seperti: 

Di musim perayaan ini.. hampir setiap hari, ada sahaja berita kematian yang dilaporkan oleh pihak media... Al Fatihah buat semua mangsa yang beragama islam. .. Semoga roh-roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Berdasarkan analisis yang dibuat oleh pakar.. Antara faktor yg menyebabkan statistik kemalangan meningkat di musim perayaan ini, adalah berikutan peningkatan bilangan pengguna jalan raya, sebanyak 3 kali ganda..

Harapan saya semoga kita sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya.. pandu cermat, jiwa selamat..

Ok.. Jumpa lagi di lain waktu...

Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T. In Shaa Allah..



7 sebab Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di Legoland Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekiranya anda masih ingat lagi... Pada awal bulan Jun yang lalu, saya ada bawa keluarga bercuti ke Legoland Malaysia.. 

Semasa percutian tersebut, kami sekeluarga telah menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja.

Tentu ada yang tertanya-tanya.. Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di LegolandSedangkan Legoland terletak di Nusajaya, Johor, Malaysia. Jauh dari Parit Raja tu..


Baiklah ini penjelasan saya..

1. Saya lebih selesa menginap di Parit Raja dengan suasana Kampung, berbanding menginap di Johor Bharu dengan suasana Bandar. Lagipun saya rindu sangat dengan Parit Raja. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat saya menuntut ilmu selama 6 tahun setengah.

Semasa saya menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja, saya sempat menziarahi kawan-kawan lama semasa belajar dulu yang tinggal di Batu Pahat dan Parit Raja.  


Homestay Hj Esmon Parit Raja

Homestay Hj Esmon Parit Raja, Rumah Moden yang terletak di kwasan kampung

Ruangan Parking Homestay Hj Esmon Parit Raja



2. Sebelum bercuti ke Parit Raja, saya menghadiri Kursus Catur (MCF National Arbiter's Seminar 2015 + Swiss Manager Pairing System Course) selama 3 hari di Merlimau Melaka. Banyak baju kotor yang perlu di basuh. Kebetulan kami tahu di Homestay Hj Esmon Parit Raja, ada mesin basuh. Jadi kami tak lepaskan peluang mencuci semua baju kotor di homestay tersebut, ketika kami pergi bercuti ke Legoland Malaysia. Jimat kos, tak perlu pergi hantar ke kedai Dobi.


Mesin basuh yang disediakan di Homestay Hj Esmon Parit Raja

Tuan pergi Legoland, ketika baju-baju ini di jemur di ampaian

3. Anak-anak saya suka tinggal di Homestay Hj Esmon Parit Raja, sebab dekat Homestay ini ada sediakan sebuah komputer yang lengkap dengan kemudahan WiFi.. Walaupun saya ada bawa notebook, dan boleh menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan.. Tetapi anak-anak lebih tertarik menggunakan komputer milik Homestay Hj Esmon Parit Raja..


Bukan senang nak suruh Adam ni duduk diam.. Mujur ada komputer dekat Homestay Hj Esmon Parit Raja..

4. Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan Televisyen, Astro, Set sofa (nak tidur dekat sini pun boleh), Karpert, Komputer dan WiFi.

Keadaan ruang Tamu Homestay ini pada awalnya.

Sekembalinya saya dari membeli makanan, lain pula jadinya.. huhuhu


5. 3 Bilik tidur (Queen Size) yang cukup selesa untuk kami sekeluarga. Siap adik ipar saya yang sedang belajar di UTHM pun boleh join kami sekali ;)


3 Bilik yang dilengkapi dengan katil Queen Size pada setiap bilik di Homestay Hj Esmon Parit Raja


6. Homestay ini turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Peti Ais (2 pintu), Dapur, cerek, pinggan mangkuk, meja makan dan sebagainya. Selesa untuk kami sekeluarga makan dekat rumah. Jimat kos, tak perlu pergi ke kedai makan.


Peti Ais 2 pintu, Dapur Gas, Cerek dan pinggan mangkuk turut disediakan di Homestay Hj Esmon Parit Raja

Meja makan pun ada

7. Sewa yang dikenakan kepada kami sangat berpatutan bagi sebuah homestay 3 bilik tidur yang turut dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, dapur, mesin basuh, wifi dan sebagainya. Tapi harga yang kami dapat ni harga promosi, sebab kami sewa selama 3 malam. Kalau sewa satu malam jer, tak dapat harga murah macam ni.


Resit Sewa Homestay Hj Esmon Parit Raja selama 3 malam. Ok Tak harga ni?

Secara keseluruhannya, kami sekeluarga rasa puas hati menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja, Ketika kami pergi Bercuti di Legoland Malaysia. Walaupun kedudukannya agak jauh daripada Legoland, tetapi keseluruhan matlamat percutian kami pada kali ini tercapai.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Homestay Hj Esmon Parit Raja, saya syorkan anda menghubungi pemilik Homestay ini melalui maklumat-maklumat berikut:



Bercuti Di Legoland Malaysia : Water Park

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersambung lagi tentang cerita Percutian Kami ke Legoland Malaysia pada bulan Jun yang lalu.

Sekirany anda pergi bercuti ke Legoland, salah satu tempat yang mesti anda kunjungi ialah Water Park.. Rasa rugi kalau dah sampai ke Legoland, tapi tak masuk ke Water Park.


Legoland Malaysia : Water Park

Walaupun Water Park dekat Legoland, mungkin tidak sehebat di Sunway Lagoon.. Tetapi ia sudah cukup memadai bagi saya dan anak-anak yang Takut kepada ketinggian (gayat) secara semula jadi. Kalau dah Extream sangat, mungkin kena fikir 2-3 juga nak mencuba.. Tapi, So far semua  permainan air dekat Legoland ni, saya masih berani nak main.. ;)




Pengunjung yang tinggal dekat Hotel Legoland, lagi best.. Water Park terletak betul-betul di sebelah hotel yang mereka tinggal.. Turun jer Hotel, boleh terus main air... Tapi sebelum tu, kena pastikan anda mempunyai past Masuk ke water park terlebih dahulu... hehehe.. 
Pemandangan Water Park dan Legoland Hotel..

Bagi pengunjung yang membeli tiket Combo (Theme Park & Water Park), biasanya petugas yang menjual tiket akan mengesyorkan supaya masuk ke Water Park terlebih dahulu sebelum masuk ke Theme Park.. Sebab Water Park akan ditutup sebaik sahaja hujan turun atau ada petir..

Berdasarkan pengalaman saya pula... Masuk dekat mana-mana pun sama jer... Semua permainan Out Door yang terletak di Theme Park juga akan ditutup sekiranya hujan turun.. Jadi, kalau hujan turun, dua-dua tempat pun tak dapat main.. Baik Theme Park, mahupun water Park... Cuma kalau nak main juga, bolehlah main Indoor Game yang terdapat di Theme Park...

Ok.. Balik semula kepada aktiviti menarik yang terdapat di Water Park, Legoland Malaysia..


Apa yang menarik terdapat di Water Park Legoland Malaysia.


1. Joker Soaker 
Tumpuan utama Joker Soaker, adalah baldi gergasi yang terletak di atas bumbung bersebelahan dengan patung Joker, serta beberapa papan gelongsor air dengan pelbagai ketinggian.. 



Baldi gergasi yang terletak di atas bumbung bersebelahan dengan patung Joker menjadi tumpuan utama pengunjung di Joker Soaker.


Terdapat beberapa papan gelongsor air dengan pelbagai ketinggian terdapat di Joker Soaker.

Ramai orang suka menunggu baldi gergasi tersebut dipenuhi air... 

Kemudian... 




Apabila Air dicurahkan ke bawah.. Mereka dapat merasai kenikmatan keseronokan "mandi air Baldi Gergasi" tersebut ;)


2. Build-A-Raft River 
Tempat yang paling menyeronokkan untuk anak-anak saya..





Di sini, para pengunjung dapat "berenang" di bawa arus mengelilingi Joaker Soaker dan Imagination Station. Anda boleh menggunakan pelampung dan Life Jacket yang disediakan untuk mengumpul bongkah-bongkah lego yang hanyut di bawa arus, disamping menikmati pelbagai pemandangan menarik yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. 

Adam dan haikal (berada di atas pelampung) sedang berpaut di tebing supaya tidak hanyut di bawa arus.



Antara pemandangan yang terdapat di Build-A-Raft River 



3. Imagination Station 
Bahagian ni saya tak masuk.. Sebab kesuntukan masa.. Lagipun anak-anak saya lebih berminat  bermain di Build-A-Raft River, berbanding Imagination Station..



4. Brick Blaster 
Kali Pertama pergi ke Legoland pada tahun lepas, tak ada orang nak temankan saya bermain di brick Blaster. Nak main dekat Brick Blaster ni tak boleh sorang-sorang.. kena ada Partner, sekurang-kurangnya 3 orang... 

Kali ni syukur Alhamdulillah... Adik-adik ipar saya sudi menemani saya... Dapat hilangkan kempunan nak main Brick Blaster.. ;) 




5. Lego Slide Racers
Dalam banyak-banyak permainan gelongsor air yang terdapat di Water Park, Legoland Malaysia.. Saya rasa Lego Slide Racers ni yang paling mendebarkan sekali.. Bagi pendapat saya lah.. pendapat orang lain tentu berbeza dengan pendapat saya..


Saya rasa agak berdebar pada mulanya nak mengelongsor macam Superman (Baring di atas "Mat" dengan Kepala berada di hadapan)... Tapi bila dah berada di dalam terowong, rasa sedikit lega.. Mujur pula saya memilih terowong berwarna biru. Keadaan jadi gelap-gelita bila berada di dalam terowong tersebut... Cuma, bila dah keluar dari terowong, rasa berdebar semula... Tapi masa tu, perasaan berdebar sudah dapat diatasi oleh perasaan seronok...hehehe

Selain Brick Blaster dan Lego Slide Racers, terdapat beberapa permainan gelongsor air lagi yang dapat memberi keseronokan kepada para pengunjung... Iaitu:   

6. Splash 'N' Swirl 




7. Twin Chasers 
8. Wave Rider 
9. Tidal Tube 
10. Red Rush




Maaf, sebab tak dapat nak snap gambar secara detail tentang permainan-permainan gelongsor air yang lain.. Sebab saya tak bawa kamera atau Smart Phone semasa sedang bermain di kawasan-kawasan tersebut..

11. LEGO® Wave Pool
Smart Phone saya dan adik-adik ipar saya berada di bawah jagaan isteri saya, yang sedang menemani anak-anak kami "berkelah" di LEGO® Wave Pool..




Reaksi anak-anak kami ketika Berkelah di LEGO® Wave Pool.. 

Haikal, anak sulung saya..

Haikal, Naila dan Adam.. Comey jer duduk bertiga macam ni.. ;)


Oklah... Setakat ini sahaja, coretan saya untuk kali ini.. 

Jangan lupa nantikan 2 siri yang seterusnya, tentang Percutian kami ke Legoland Malaysia... ;)

Info Berkaitan:



Turunkan Berat Badan Selepas Raya Dengan Program FIT 30

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Musim perayaan Aidilfitri di Malaysia diraikan dengan cukup meriah. Setiap minggu, ada sahaja orang buat Open House.

Sekiranya orang tak buat Open House secara rasmi sekalipun, kebanyakan rumah bersedia menerima tetamu. Ada sahaja kuih raya yang disediakan di atas meja, untuk hidangan tetamu yang hadir beraya di rumah mereka.

Disebabkan itu, jangan terkejutlah sekiranya rata-rata berat badan rakyat Malaysia boleh meningkat selepas 7 hari kita berada di Bulan Syawal.. ;)

Kalau tak percaya, boleh timbang berat badan anda sekarang!

Ini satu hakikat yang semua orang perlu terima..

Masalah ini dah berlarutan sejak sekian lama.. Statistik telah pun dibuat, sejak dari dulu sehingga sekarang..

Daripada menteri kesihatan kita Datuk Seri Liow, dan kini telah bertukar kepada  Datuk Seri S. Subramaniam.. Tetapi masalah kegemukan di Malaysia masih belum dapat diselesaikan lagi.. 

Lihat sahaja, antara tajuk keratan Akhbar yang berkaitan dengan masalah kegemukan di Malaysia..


Tahun 2008 : 10 juta rakyat Malaysia Gemuk..

Tahun 2012 : 16.8 juta Rakyat Obesiti


Keratan Akhbar tahun 2012, tentang masalah kegemukan di Malaysia 

Tahun 2012 : Malaysia negara Orang Gemuk..

Tahun 2015 : ???? Gemuk

Masalah kegemukan di Malaysia terus berlarutan.. Sehingga negara kita dinobatkan sebagai negara yang paling gemuk di Asia Tenggara dan indeks tersebut dijangka akan meningkat saban tahun.

Dianggarkan 45% kaum lelaki dan hampir separuh dari kaum wanita di negara ini diklasifikasikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan ataupun obes.

Malah, ramai kanak-kanak di negara kita sudah bergelar obes apabila kajian mendapati peningkatan dari 10% sedekad lalu kepada 14% pada 2008, yang meninggikan lagi risiko diabetes, darah tinggi dan banyak lagi penyakit yang berpunca dari obesiti.


Malaysia dinobatkan sebagai negara palig gemuk di Asia Tenggara

Bagi pendapat saya.. Masalah kegemukan di Malaysia berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak peka untuk mengawal tabiat pemakanan dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. 

Sememangnya kita akui, hidup di Malaysia ni mewah dengan makanan. Ini berikutan kadar kemiskinan/kelaparan dalam kalangan rakyat di negara kita lebih sedikit, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia, Vietnam, Myanmar dan lain-lain sehingga timbul pula masalah yang lain... Iaitu masalah "kegemukan terlampau" 

Sebenarnya saya juga tidak terlepas daripada mengalami masalah yang sama.. 


Perut semakin membesar, mengalahkan isteri saya semasa mengandung 5 bulan.. 

Cukup 9 bulan mengandung, perut isteri saya kempis semula.. Tetapi perut saya masih kekal seperti sedia kala... Malah ada kalanya saiznya semakin bertambah besar... huhuhu

Perbezaan diantara saya dan isteri, selepas kami dikurniakan anak yang ke 3 

Bila perut dah semakin membesar @ Boroi, mulalah satu persatu seluar tidak muat untuk dipakai.. Bermacam-macam masalah mula timbul pada seluar-seluar lama saya. 

Ada seluar yang dah koyak dekat celah kangkang.. Ada seluar yang dah tercabut pada pencangkuk seluar.. Ada seluar yang dah rosak dekat zip seluar.. Ada seluar yang jahitannya dah merekah pada bahagian peha.. Dan sebagainya.. 


Disebabkan gagal mengawal diet pemakanan dengan baik.. Kini saya terpaksa membeli seluar yang lain, disebabkan kebanyakan seluar lama sudah tidak muat untuk dipakai...  huhuhu.. Duit lagi..

Perbezaan diantara saya dan isteri, ketika usia kandungan anak kami yang ke 4 hampir 4 bulan.


In Shaa Allah, lagi 5 bulan kami akan mendapat seorang lagi cahayamata (Anak ke 4). Harap perut saya dapat kembali langsing seperti perut isteri saya selepas melahirkan anak yang ke 4 nanti.. Itu harapan saya... Dan kini saya sedang berusaha untuk merealisasikan harapan tersebut.. ;)

Adakah anda juga mempunyai keinginan untuk menurunkan Berat badan seperti saya? Terutamanya selepas raya ni..

Sekiranya anda bermina.. Anda boleh cuba Turunkan Berat Badan Selepas Raya Dengan Program FIT 30

Program Fit 30 ini dikendalikan oleh Dr Hidayat (Klik Di Sini). Seorang pakar yang telah membantu ramai rakyat Malaysia untuk menurunkan berat badan, melalui Program Fit 30. 


Sekiranya sebelum ini, anda pernah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan.. Tetapi, tidak berhasil.. 

Saya syorkan kepada anda supaya menyertaiProgram Fit 30 yang dikendalikan oleh Dr Hidayat. 

Sebelum menyertai Program Fit 30 kelolaan Dr Hidayat, terdapat pelbagai soalan yang sering diajukan kepada beliau.. Antaranya:

1. ADAKAH SENAMAN PERUT BOLEH MENGEMPISKAN PERUT?

  • Doktor, saya nak kempiskan perut senaman perut apa yang perlu saya buat?
  • Doktor saya nak buang lemak dekat belakang lengan saja. Senaman apa yang perlu saya buat?
  • Saya nak buang lemak punggung senaman apa yang perlu saya buat?
  • Adakah kita boleh spot tempat-tempat untuk membuang lemak? 
  • Bagaimana sebenarnya badan kita membuang lemak?


2. BAGAIMANA KURANGKAN RASA LAPAR KETIKA BERDIET?


3. BAGAIMANA UNTUK MENCARI MASA MELAKUKAN DIET DAN SENAMAN?

  • Apa yang perlu dilakukan supaya anda mempunyai masa yang terluang untuk melakukan senaman dan juga diet?
4. ADAKAH ATKINS DIET BERKESAN MENURUNKAN BERAT BADAN?

5. DAN LAIN-LAIN

Sumber : Klik Di Sini

Berminat, untuk mengetahui jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, saya syorkan anda Klik Di Sini


Jom Turunkan Berat Badan Selepas Raya Dengan Program FIT 30 bersama Dr Hidayat!


Dengan meyertai Program Fit 30 bersama Dr Hidayat dengan kos yang sangat berpatutan, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:


PANDUAN SENAMAN FIT30 
Di dalam panduan ini anda akan mendapat jadual program FIT30 selama 30 hari dan senaman-senaman yang perlu anda lakukan untuk di dalam Program FIT30.
Program senaman ini akan menjadi lebih mudah dengan jadual yang Dr Hidayat berikan.

DIET DAN NUTRITION DALAM PROGRAM FIT30
Di dalam bahagian ini anda akan berikan 5 Formula Diet di dalam Program FIT30. Setiap program diet mempunyai 5 formula yang perlu anda pegang untuk anda turunkan berat. Anda amalkan 5 formula ini, anda akan menurunkan berat badan jauh lebih pantas!

20 VIDEO SENAMAN HARDCORE!
20 contoh video ini adalah kunci kepada anda untuk menurunkan berat! Dr Hidayat akan mengajar anda satu persatu bagaimana untuk melakukan senaman tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Fit 30 Bersama Dr Hidayat, saya syorkan anda klik pada gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini




Bercuti Di Legoland Malaysia : Star Wars Miniland

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersambung lagi cerita Percutian kami ke Legoland Malaysia.

Kali ni tentang tempat yang sangat ingin dilawati oleh Haikal dan Adam.. iaitu Star Wars Miniland

Semasa kami pergi ke Legoland Malaysia pada tahun lepas, Star Wars Miniland ni belum ada lagi.. Masa tu baru ada tapak jer..

Jdi, bila iklan Star Wars Miniland ni keluar dekat TV... Adam dan Haikal dah tak sabar nak pergi ke sana... 

Adam dan Haikal bergambar bersama Replika  Watak Darth Vader


Adam dan Haikal bergambar bersama Replika watak C3PO

Semasa berada di bangunan Star Wars Miniland.. Kami disajikan dengan Movie pendek Star Wars Lego.. Ala-ala tengok wayang.. ;)



Dua orang anak saya iaitu Adam dan Haikal begitu seronok menonton mini Movie Star Wars tersebut... Anak saya yang ke 3 Naila pula, mula buat perangai... Terpaksa saya berdiri sambil mendukung Naila... Huhuhu..

Selepas selesai menonton wayang pendek "Star Wars Lego", kami berjalan menyusuri Star Wars Miniland... Terdapat banyak replika-replika menarik watak-watak Star Wars yang dihsilkan dengan binaan Lego dipamerkan di sini..

Jom tengok sebahagian gambar yang sempat saya ambil sepanjang berada di Star Wars Miniland..


Clone Turbo Tank diperbuat daripada 10,180 bricks, memiliki berat mencecah 44kg dan mengambil masa selama 350 jam untuk menyiapkannya.


Pesawat Millenium Falcon
merupakan model LEGO yang paling sukar untuk disiapkan. Diperbuat daripada 15,000 LEGO bricks, berat model ini mencecah 37kg, berukuran 1.8m panjang dan 1.3m lebar.














Serangan AT-AT Walker








Christophsis





Imperial Shuttle










Bergambar kenangan bersama orang yang memakai Costume  Watak Darth Vader

Syukur Alhamdulillah.. Berjaya memenuhi keinginan anak-anak saya untuk memasuki Star Wars Miniland di Legoland Malaysia..

Saat paling mendebarkan ialah sebaik sahaja di bahagian terakhir Star Wars Miniland.. Sebelum keluar dari bangunan ni ada kawasan menjual pelbagai LEGO Star Wars... Betul-betul sama macam binaan LEGO yang dipamerkan... Mujur pula anak-anak saya dapat dipujuk pada kali ini... Kalau tak tentu melayang duit saya, dalam nilai yang agak besar... huhuhu... 

Bagaimana SIMKAD PERCUMA ini dapat jimatkan bil telefon saya di musim perayaan?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Musim perayaan pada kali ini benar-benar menguji kesabaran kami sekeluarga. Maklumlah budget kali ni berkurangan berbanding raya-raya sebelum ini.

Tahun ini tak dapat bonus separuh gaji seperti tahun lepas.. Walaubagaimanapun masih tetap bersyukur, sebab dapat duit saguhati sebanyak RM500 dari kerajaan.

Jadi, bila budget raya sedikit, kenalah kawal sedikit perbelanjaan. Termasuk juga berusaha menjimatkan bil telefon (Line DiGi) yang telah saya pakai sejak tahun 2006 lagi.

Bil telefon DiGi saya ni kalau nak diikutkan takderlah mahal sangat. Bil wajib bayar sebulan cuma RM28 sahaja sebulan, sekiranya tidak menggunakan Data Plan (internet) dan sekadar membuat panggilan mengikut Kredit PERCUMA yang diberikan. 

Tetapi, biasanya purata penggunaan bil telefon saya sebulan sekitar RM60 hingga RM90 sebulan. Dan setakat ini saya  sedang berusaha untuk untuk menjimatkan bil telefon tersebut...

Kalau boleh satu hari nanti, saya tak nak lagi bayar bil telefon tiap-tiap bulan... Tahu pakai jer... Tapi, langsung tak nak bayar... Boleh tak macam tu?



Al-Kisahnya... Bagaimana saya boleh mendapatkan SIMKAD PERCUMA..


Pada 2 bulan yang lepas, puan isteri teringin nak pakai Smart Phone baru.. 

Seperti biasa, bila puan isteri tukar Smart Phone baru, saya akan beli Smartphone yang sedang beliau pakai pada harga Second Hand..   Kemudian, beliau akan menggunakan hasil jualan tersebut dan seterusnya menambah baki duit yang masih belum mencukupi untuk membeli Smartphone baru yang beliau inginkan..

Memandangkan Hand Phone HTC hitam saya masih boleh digunakan lagi... Jadi, kini saya terpaksa memakai 2 Smart Phone dalam satu masa..


Apabila dah ada dua Smart Phone.. Kena pula cari satu lagi Simkad untuk membolehkan saya menggunakan kedua-dua Smartphone tersebut dalam satu masa.. 

Masa ni, mulalah berfikir.. Nak pakai Simkad apa yer, yang boleh menjimatkan bil telefon saya.. 

Bil telefon DiGi yang saya gunakan sekarang ni, boleh saya jimatkan penggunaannya sehingga RM28 sebulan.. Ini bermaksud, saya hanya boleh gunakan Simkad kedua dengan komitmen tidak melebihi RM60 setiap bulan ..

Jadi, mula buat Survey.. Tentang Simkad apa yang paling sesuai untuk digunakan pada Smart Phone kedua saya?
..
..

Sewaktu pencarian saya masih belum lagi menemui jawapannya... Saya mendapat satu email yang menggembirakan, daripada seorang usahawan Internet tempatan yang dikenali sebagai Tuan Boon Lee..

Syukur Alhamdulillah.. 

Dalam salah satu cabaran Affiliate Projek 500 Emelmatik yang saya sertai, saya berjaya menyumbangkan lebih daripada 100 List.. Dan hasilnya, boleh tengok dalam gambar di bawah:


Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Kemudian pada siri email yang lain, Tuan Boon Lee  telah mempromosikan SimKad Best Mobile kepada saya.. 

Setelah membuat pertimbangan dengan beberapa Simkad lain yang terdapat di pasaran .. seperti Celcom, Maxis, UMobile, Clixster, RedOne, Tone Excel, Onexox dan sebagainya.. 

Akhirnya, hati ini telah terpaut untuk memilih Simkad Best Mobile.. Dengan harapan, satu hari nanti saya akan dapat dapat menjimatkan bil telefon saya pada setiap bulan, menerusi komisyen Topup dan jualan Simkad Best Mobile.

Lagipun, saya berjaya memiliki Simkad Best Mobile ini secara PERCUMA setelah "menggembalikan semula" komisyen Affiliate yang telah saya perolehi daripada Tuan Boon Lee menerusi Projek 500 Emelmatik yang beliau kendalikan. 

Jadi, tak perlulah saya keluarkan duit sendiri untuk mendapatkan Simkad baru.. Dah ada penjimatan di situ.. ;)



Sumber : Klik Di Sini



Disamping itu, terdapat 
KELEBIHAN lain yang disediakan oleh BEST Mobile .. Iaitu :
  • Peluang Jana Pendapatan PASIF (dengan menggunakan 2 link affiliate yang disediakan di laman web faststart.my)
  • Kadar tempatan LEBIH MURAH
  • Kadar IDD LEBIH MURAH
  • Peluang untuk mendapatkan wang tunai RM15k dan RM25k
  • Peluang untuk mendapatkan Kereta Toyota Camry, Vios, Honda City
  • Peluang untuk mendapatkan Jongkong Emas
  • Peluang untuk mendapatkan Smartphone
  • Peluang untuk mendapatkan Camera SLR
  • Peluang untuk memenangi Hadiah Bonanza RM 1juta 
  • Peluang untuk mendapatkan Pembiayaan Kereta RM1500
  • Peluang untuk mendapatkan Pembiayaan Rumah RM800
  • Peluang untuk mendapatkan Pakej Pelancongan 
  • Peluang untuk mendapatkan Pakej Umrah dan Ziarah
  • Potongan Zakat 2.5% 
  • PA Insuran Islamik Takaful RM100k ( cover dari umur 12-65 tahun dan cover penunggang motorsikal)

Cara nak Jimatkan bil telefon  di musim perayaan Bersama Best Mobile!


Ini cara saya.. Rezeki saya.. 

Saya tak suruh orang lain tiru cara saya..

Apa yang perlu saya lakukan ialah dengan mempromosikan 2 link affiliate sahaja, iaitu:

1) Promosikan Link Affiliate ini (Klik Di Sini) kepada lebih 30 juta rakyat Malaysia yang masih belum menjadi pengguna Simkad Best Mobile.
Sumber : Klik Di Sini

2) Promosikan Link Affiliate ini (Klik Di Sini) kepada lebih 100 ribu pengguna Best Mobile, yang masih belum menggunakan sistem pemasaran dan Sistem Autoresponder yang disediakan di laman web faststart.my


Setakat ini baru terdapat seramai 3486 (3.25%) pengguna Best Mobile, yang telah menggunakan servis di laman web Farstart.my..  Daripada jumlah pengguna Best Mobile seramai 107,281 (Data yang saya terima pada 28 Jun 2015)..

Itu sahaja 2 perkara yang perlu saya lakukan.. Perkara yang selebihnya saya serahkan kepada Tuan Boon Lee untuk berurusan dengan bakal pelanggan saya.. 

Hasilnya setakat ini masih belum lagi memberangsangkan...


Sumber : Klik Di Sini


Tetapi sudah menampakkan hasil untuk membolehkan saya menjimatkan bil telefon saya ... Terutamanya di musim perayaan ini... Syukur Alhamdulillah...

Itu belum lagi termasuk komisyen-komisyen lain seperti berikut:

KOMISYEN Top Up peribadi RM15 - RM59.90
Komisyen penajaan RM15/org
Komisyen topup :
L1 : 6%
L2 : 4%
L3 : 11%

KOMISYEN Top Up peribadi RM 60 ke atas
Komisyen penajaan RM20/org
Komisyen topup :
L1 : 11%
L2 : 4%
L3 : 15%

KOMISYEN Top Up peribadi RM80
Level 1 : 12.5%
Level 2 : 5.5%
Level 3 : 16.5%
Level 4 - Infiniti : 1.5%
Insentif group : 1.5%

Ok.. Sekian sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini.. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda.. Terutamanya, untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini... 

Jumpa lagi di lain waktu, dengan info yang lain pula... Terima kasih kerana sudi membaca..  Bye Bye.. ;)

Homestay Murah di Merlimau Melaka (Ayah Soh Homestay)

$
0
0
Homestay Murah di Merlimau Melaka (Ayah So Homestay). Lokasi Homestay terletak di No JC 1362, Jalan Bestari 4, Taman Merlimau Bestari, 77300 Merlimau, Melaka. 

Jenis rumah Town (tingkat bawah), 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tetapi satu bilik tidur digunakan sebagai Stor.. Jadi, hanya bilik tidur sahaja yang disediakan kepada penyewa.

Kawasan Berhampiran Ayah Soh Homestay @ Homestay Murah di Merlimau Melaka :


  • Berdekatan dengan Politeknik Merlimau Melaka
  • Berdekatan dengan UiTM Jasin, Melaka
  • 20 minit ke bandar Muar
  • 10 minit ke ikan bakar Serkam
  • 15 minit ke ikan bakar Umbai
  • 30 minit ke bandar Melaka


Kemudahan Yang Disediakan di Ayah Soh Homestay @ Homestay Murah di Merlimau Melaka:

Garaj berbumbung dan berpagar 


  • Garaj berbumbung dan berpagar
  • Sofa klasik untuk 7 orang
  • Meja kopi
  • Set TV
  • Astro Njoi
  • Karpet buluh
  • Karpet ABC untuk hiburan anak-anak


Ruang tamu yang selesa turut dilengkapi dengan TV+Astro Njoi dan Set tempat duduk 


2 bilik tidur dengan kemudahan 2 bilik air

Homestay Ayah Soh dilengkapi dengan kelengkapan rehat seperti berikut:
  • 1x Katil saiz Queen
  • 1x Katil Single
  • 1x Tilam tambahan
  • 2x Almari dan penyangkut baju
  • 2x Tandas 
  • Toileteries
  • Bantal dan selimut
  • Sejadah

Ruang bilik tidur yang cukup selesa untuk penginapan seisi keluarga

Homestay Ayah Soh @ Homestay Murah di Merlimau Melaka, turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

  • Peti sejuk
  • Periuk nasi
  • Pemanas air
  • Dapur gas
  • Kuali dan periuk
  • Senduk
  • Blender
  • Pinggan mangkuk
  • Cawan dan teko
  • Kopi dan teh
  • Garam, gula dan kunyit

Turut dilengkapi dengan dapur gas untuk memasak, blender, periuk, kuali, rice cooker, dan sebagainya.

Para penyewa dibenarkan untuk memasak. Jadi secara tidak langsung dapat juga menjimatkan kos perjalanan anda ketika berkunjung ke Merlimau, Melaka. 



Kemudahan Sekitar Ayah Soh Homestay @ Homestay Murah di Merlimau Melaka

  • Masjid
  • Kentucy Fried Chicken (KFC)
  • Kedai serbaneka 24 jam
  • Kedai runcit
  • Medan selera
  • Restoran dan kedai makan
  • Kedai mamak 24 jam
  • ATM

Ayah Soh Homestay @ Homestay Murah di Merlimau Melaka  sesuai untuk aktiviti keluarga seperti :

  • Bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat percutian menarik di sekitar kawasan Merlimau dan Jasin, Melaka
  • Melawat kawan/ahli keluarga
  • Menghantar anak, adik atau saudara mara untuk menyambung pengajian di politeknik, UiTM, MRSM dan Lain-lain. 
  • Ingin melancong di tempat-tempat menarik di sekitar negeri Melaka. 
  • Tempat persinggahan mempelai untuk rombongan pengantin dan sebagainya..

Kadar Homestay:
  • RM120 untuk 1 malam
  • Penyewa muslim sahaja yang dibenarkan.

Bayaran deposit sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan. Hanya tempahan yang telah dibayar deposit di anggap “confirmed”.

Waktu Operasi:
  • Check-in : 2.00 p.m
  • Check-Out : 12.00 p.m

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pemilik  Ayah Soh Homestay @ Homestay Murah di Merlimau Melaka :

Menu Terbaru Di Perkenalkan Di Restoran Pak Ya Nasi Pandan

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua.. Restoran Pak Ya Nasi Pandan telah beroperasi semula pada hari Ahad, 26 Julai 2015 yang lalu... Setelah bercuti panjang selama lebih sebulan, untuk menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Berita baik untuk semua para pelanggan kami..

Kini, terdapat menu baru diperkenalkan di Restoran Pak Ya Nasi Pandan...... iaitu Western Food..

Syukur Alhamdulillah, menu tersebut telah mendapat tempat di hati para pelanggan kami...

Untuk pengetahuan semua.. menu baru ini, merupakan antara menu yang dicadangkan oleh beberapa orang pelanggan kami..

Berikut merupakan gambar-gambar Western Food yang boleh didapati di Restoran Pak Ya Nasi Pandan.

Set A : Grill Chicken Chop

Set B : Grill Cheezy Chicken Chop

Set C : Special Grill Chicken Chop

Berikut pula merupakan senarai menu Terbaru dan harga Set Western Food yang terdapat di Restoran Pak Ya Nasi Pandan.

 Senarai Menu Terbaru dan harga Set Western Food yang terdapat di Restoran Pak Ya Nasi Pandan

Kesemua maklumat ini, telah pun saya kongsikan di Google Map untuk tujuan Promosi.. Dan In Shaa Allah, selepas ini saya akan kongsikannya di jaringan Sosial Restoran Pak Ya Nasi Pandan yang lain..

1. Fanpage : https://www.facebook.com/PakYaNasiPandanBatuGajah
2. Blog : Restoran Pak Ya Nasi Pandan
3. Google Map : Restoran Pak Ya Nasi Pandan


Mai lah singgah ke Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Batu Gajah Perdana, Perak.. Kini Western Food pun ada.. ;)

Info Berkaitan:

Surat Rasmi Pertama yang saya terima daripada KPTM.. Syukur Alhamdulillah...

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sejak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) diwujudkan dan berkuatkuasa pada 29 Julai yang lalu..  Ini kali pertama saya dapat surat rasmi daripada Bahagian Sukan, KPTM..



Syukur Alhamdulillah... Surat lantikan/panggilan sebagai atlet telah pun saya terima... 

Sekarang ni, tinggal lagi menunggu samada mendapat pelepasan daripada pihak majikan ataupun saya terpaksa ambil cuti rehat untuk menyertai kejohanan ini...

Doakan yang terbaik untuk diri saya... ;)

Info Berkaitan:




Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

KlikJer.com merupakan laman web yang tidak asing lagi kepada usahawan internet tempatan, blogger full time, dan blogger Part Time seperti saya..

Setiap bulan, ada sahaja usahawan internet tempatan atau blogger yang mendapat rezeki secara online menerusi laman web ini.. Sehinggakan ada seorang Top Affiliate Klikjer.comtelah membongkarkan rahsia kerjayaan beliau, menjana pendapatan lumayan menerusi laman web ini.

Top Affiliate yang saya maksudkan ialah Bro Reezluv yang telah menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Klikjer yang boleh anda perolehi menerusi laman web RahsiaKlikJer.com

Rahsia Klikjer.com padat dengan testimoni kejayaan penulis, yang telah berjaya mengungguli top 10 klikjer.com selama beberapa bulan berturut-turut... memang hebat seyyyy... kalau tak percaya, boleh klik pada laman web di atas... dan anda boleh saksikan sendiri hasilnya...


Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com

Syukur Alhamdulillah, pada dua hari lepas, saya juga ada  mendapat duit raya daripada  KlikJer.com . Dapatlah juga tumpang merasai kegembiraan dapat komisyen, seperti rakan-rakan blogger yang lain.. ;)

Pemberitahuan melalui email daripada Admin Klikjer.com

Pemberitahuan pembayaran Komisyen melalui email daripada Maybank2u.com

Walaupun duit raya yang saya dapat, taklah sebanyak mana.. Tapi, boleh juga digunakan untuk menampung keperluan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri... Syukur Alhamdulillah, di atas setiap rezeki kurniaan Allah S.W.T ...

Walaubagaimanapun, nama saya masih belum layak untuk berada dalam senarai dalam carta Top 10 Affiliate Klikjer.com untuk bulan Julai 2015..

Bukan senang ye nak masuk dalam Carta Top 10 ni... Mungkin komisyen yang dia orang dapat pada bulan ni antara 3 hingga 4 angka.... Tahniah diucapkan kepada mereka... 



Disamping Carta Affiliate Klikjer.com, Admin Klikjer.com juga ada mengeluarkan Carta Top 10 Ebook Klikjer.com untuk bulan Julai 2015..

Melalui carta Top 10 ini, secara tidak langsung dapat memberi hint kepada kita... tentang produk apa yang paling laris di jual di laman web Klikjer.com sepanjang bulan Julai 2015..

CARTA TOP 10 EBOOK @ KLIKJER.COM JULAI 2015
-------------------------------------------------------------
Kedudukan carta adalah berdasarkan bilangan unit yang terjual.
1. RahsiaTaobao.com oleh Nigel J. W. Ong
2. SistemSaham.com oleh Khairul Arifin Selamat
3. PikatLelaki.com oleh Dr HM tuah
4. RahsiaRumahLelong.com oleh Tarmizi Jusoh
5. PanduanMuet.com oleh Allahyarhamah Norehan Mohd Nooh
6. BisnesBurger.com oleh Afiq Rusly
7. TipsKereta.com oleh Nigel J. W. Ong
8. RahsiaKambing.com oleh Farid Sulaiman
9. RahsiaUnitTrust.com oleh Khairul Arifin Selamat
10. RahsiaSolat.com oleh Ustaz Hasnan

Jadi, lepas ni bolehlah kita sama-sama cuba mempromosikan 10 ebook yang tersenarai di atas... Manalah tahu ada rezeki kita pula selepas ini, dapat masuk dalam carta Top 10 Affiliate Klikjer.com pada bulan depan... Siapa tahu kan?

Tuah Ayam nampak di kaki, 
tuah manusia siapa yang tahu, 
Kalau kita tak cuba lagi, 
Macamana kita nak tahu...


Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan melalui laman web KlikJer.com, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya?.

Saya syorkan anda dapatkan ebook berjudul Rahsia Klikjer, yang boleh anda perolehi di laman web RahsiaKlikJer.com 

Selamat Mencuba ;)... 

Pengalaman Membeli Keperluan Projek Pelajar secara Online di Laman Web Cytron.com.my

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

cytron.com.my merupakan laman web yang tidak asing lagi kepada saya, rakan-rakan sekerja saya di JKE PSIS dan juga sebahagian pelajar-pelajar kami yang pernah membeli keperluan projek pelajar menerusi laman web tersebut.


Sumber : cytron.com.my


Berdasarkan pengalaman saya membeli secara Online di laman web cytron.com.my, secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan... 
  • Membeli barang (komponen elektronik/board elektronik/peralatan elektrik) secara Online di laman web Cytron.con.my lebih murah berbanding membeli secara Offline di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
  • Kos penghantaran Percuma! (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Barang (komponen elektronik/board elektronik/peralatan elektrik) dihantar dalam tempoh masa 24 jam sebaik sahaja bayaran diterima...
  • Panggilan telefon dijawab dengan pantas..
  • Email yang pernah saya hantar juga di jawab dengan cepat oleh salah seorang kakitangan Cytron.com.my.
  • Berdasarkan pengalaman saya menghubungi mereka untuk memaklumkan tentang bilangan barang (komponen elektronik/board elektronik/peralatan elektrik) yang ingin saya beli di laman web Cytron tidak mencukupi... mereka mengemaskini laman web tersebut dengan cepat untuk memudahkan urusan kita... Tanpa membuatkan kita menunggu terlalu lama...


Senang cerita servis yang diberikan oleh laman web Cytron.com.my memang Tip Top... Disebabkan itu, saya berasa sangat selesa ketika membeli secara online di laman web ini...

Berikut merupakan contoh-contoh pembelian yang pernah saya lakukan di laman web Cytron.com.my



Membeli USB ICSP PIC Programmer ,  40 pins PIC Start-Up Kit Combo 1 dan Batteri 9V pada 6 Mac 2015


Membeli PCB Stand (Screw & Nut) 15mm pada 6 Mac 2015 dengan menggunakan Reward Point yang saya kumpul...



Syukur Alhamdulillah... dengan membeli keperluan Projek Pelajar secara online di laman web Cytron.com.my telah memudahkan urusan saya... Hari ni saya order, dalam tempoh 2 hari saya dah berjaya dapat komponen yang saya order..

Disebabkan itu, saya ingin mengesyorkan kepada rakan-rakan untuk membeli keperluan projek pelajar secara online menerusi laman web tersebut... Barang(komponen elektronik/board elektronik/peralatan elektrik) apa yang ingin anda beli? (Sila klik dalam senarai di bawah:

  1. USB ICSP PIC Programmer
  2. AVR USBASP Programmer
  3. ICSP Programmer Socket
  4. 16-bit or 32-bit PIC Start-Up Kit
  5. 18 Pins PIC Start-up Kit
  6. 28 Pins PIC Start-up Kit
  7. 40 Pins dsPIC Start-Up Kit
  8. 40 pins PIC Start-Up Kit
  9. 40 pins PIC Start-Up Kit Combo 1
  10. 40 pins PIC Start-Up Kit Combo 2
  11. IC PIC 16F887
  12. IC PIC16F84A
  13. IC PIC16F877A
  14. IC PIC18F4520
  15. Arduino Due
  16. Arduino Fio - Main Board
  17. Arduino Leonardo-Main Board
  18. Arduino Mega 2560 R3-Main Board
  19. Arduino Mobile Robot
  20. Arduino Mega ADK-Main Board
  21. Arduino Nano Main Board
  22. Arduino Pro Mini 328 - 5V/16MHz
  23. Arduino Uno Rev3-Main Board
  24. chipKIT Uno32 Development Board
  25. Experiment Kit for Arduino UNO
  26. AVR USBASP Programmer
  27. Analog Joystick
  28. Cytron Bluetooth Module
  29. Cytron XBee Shield
  30. XBEE PRO STARTER KIT
  31. XBEE STARTER KIT
  32. XBee Starter Kit without module
  33. Xbee Wi-Fi Wire Antena
  34. Combustible Gas Sensor
  35. Hydrogen Gas Sensor
  36. Natural Gas Sensor
  37. Reading Gas Humidity
  38. Breakout LCD(8x2)
  39. Display Real Time Clock (RTC) on LCD
  40. LCD (2x16)- Blue Backlight
  41. Atlys Spartan-6 FPGA Development Kit
  42. Digilent Basys2 100k FPGA Board
  43. Nexys 3 Spartan - 6 FPGA Board
  44. Nexys 4 Artix - 7 FPGA Board
  45. 10Amp DC Motor Driver
  46. 320 x 240 TFT Touchscreen Module - Pi2
  47. Contact-less Infrared Thermopile Sensor
  48. 120W DC Brush Motor 15:1
  49. 120W DC Brush Motor 30:1
  50. 120W DC Brush Motor 3:1
  51. 120W DC Brush Motor 6:1
  52. 150:1 Micro Metal Gearmotor
  53. 298:1 Micro Metal Gearmotor
  54. 2A Stepper Motor Driver
  55. 2Amp Motor Driver Shield
  56. 30:1 Micro Metal Gearmotor
  57. 30A DC Motor Driver
  58. 350W Electric Scooter Motor
  59. 3V Miniature Brush Motor w/o Gear
  60. 4 Channel Motor Driver
  61. 40W DC Brush Motor 10:1
  62. 40W DC Brush Motor 30:1
  63. 40W DC Brush Motor 5:1
  64. 450W Electric Scooter Motor with Gear
  65. AmpFlow E30-400 Motor With Sprocket
  66. AmpFlow EF30-400 Motor with Speed Reduce
  67. Makeblock Robot Gripper
  68. Starter Robot Kit - Blue (Bluetooth)
  69. Ultimate Robot Kit - Blue
  70. 2WD Mobile Robot Kit (NEXUS)
  71. 3-in-1 Solar Robot Kit
  72. 4WD 58mm Omni Wheel Arduino Robot Kit
  73. 4WD 60mm Mecanum Wheel Arduino Robot Kit
  74. 5 Inches Robot Wheel With 10mm Key Hub
  75. 5 Inches Robot Wheel With 15mm Key Hub
  76. 6-in-1 Solar Powered Robot
  77. Advance Mobile Robot Controller
  78. Aluminium Robot Chassis Complete Set
  79. Arduino Mobile Robot
  80. Educational Mobile Robot 2.0
  81. Mini Mobile Robot Controller
  82. Mini Mobile Robot Controller COMBO 1
  83. Multifunction Mobile Robot
  84. Multifunction Mobile Robot Rev2
  85. Contact-less Infrared Thermopile Sensor
  86. Numicro ARM Cortex-M0 Training Kit


*Semua komponen elektronik/peralatan elektrik/mekanikal di atas, boleh diperolehi menerusi laman web Cytron... Hmmm... Banyak tak?

Sekiranya anda juga mempunyai pengalaman membeli keperluan Projek Pelajar secara online di Laman Web Cytron.com.my... Bolehlah kongsikan pengalaman anda i ruangan komen di bawah... 

Semoga perkongsian anda dapat memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukannya... TQVM..

PROMOSI HEBAT : Dapatkan Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional secara PERCUMA

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejatera..


PROMOSI HEBAT : Beli 2 Dapat 5 (3 PERCUMA)....

Memang hebat tawaran yang diberikan oleh Puan Salmawati, untuk pembelian ebook beliau yang dijual di laman web www.panduanbajukurung.com



Pada mulanya pasti ramai yang tak percaya dengan tawaran tersebut.. Termasuklah saya sendiri... hehehe.. ;)

Maklumlah... Beli 2 ebook, dapat Percuma 3 ebook... Jarang orang buat promosi gila-gila macam ni... Kalau beli 2 ebook, percuma 1 ebook memang biasa orang buat... Kalau beli 2, percuma 2 pun masih ada lagi orang buat.....

Tapi, kalau beli 2 Percuma 3 ni memang jarang sangat orang buat.... SERIUS!!

Disebabkan tidak percaya denga tawaran tersebut, saya telah pun membalas email yang dihantar oleh Puan Salmawati kepada saya...

Hasil maklum balas yang saya terima adalah seperti berikut.....



Hmmm.... Nampaknya memang betul... 

Malah dah ada pembeli yang telah berjaya mendapatkan 5 ebook, setelah membeli 2 ebook di laman web www.panduanbajukurung.com dalam tempoh promosi hebat ini diadakan.

Jadi, kepada anda yang berminat nak belajar menjahit, eloklah beli ebook daripada Puan Salmawati sekarang... Sementara Promosi masih ada...

Untuk makluman anda, Promosi Hebat ini akan berakhir pada hari ini (11 Ogos 2015) sehingga jam 12.00 malam...

Kalau anda tak berminat nak beli ebook ni pun tak apa... Anda boleh dapatkan Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional secara PERCUMA..

Sumber : Klik Di Sini


Tutorial Untuk mendapatkan Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional secara PERCUMA

Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Klik Laman web -->> www.panduanbajukurung.com
2) Scrol Tetikus ke bawah, dan klik pada link Pembelian
3) Klik pada Link yang terdapat dalam jadual seperti di bawah
Sumber : Klik Di Sini

4) Sekarang, anda akan di bawah ke page yang membolehkan anda memuat turun kesemua 7 Bahagian Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional

  1. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part1 : Teknik Menjahit Baju)
  2. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part2 : Teknik Menjahit kain Susun)
  3. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part3 : Teknik Menjahit Leher)
  4. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part4 : Teknik Menjahit Pinggang Kain)
  5. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part5 : Teknik Menjahit Poket)
  6. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part6 : Teknik memotong Kain)
  7. Ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional (Part7 : Teknik Menjahit Span bahu)

Semoga info yang saya kongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda... Sekarang anda dah boleh cuba menjahit baju kurung sendiri di Rumah... Good Luck!

Sekiranya anda berjaya mendapatkan ebook Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional percuma yang saya kongsikan, boleh tinggalkan komen di ruangan yang disediakan...

Semoga komen positif yang anda berikan, dapat memberi manfaat kepada orang lain.. TQ
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live