Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all 1127 articles
Browse latest View live

Karnival Wanita 1 Wilayah

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Karnival Wanita 1 Wilayah dengan temanya 

"Selembut Wajah, Seindah Akhlak" 

Karnival ini akan diadakan seperti butiran berikut:

  •     Tarikh      :       11 Mei 2013 (Sabtu)
  •     Masa        :       8.00 pagi - 10.00 malam
  •     Tempat    :       Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Terdapat pelbagai program menarik diadakan sempena berlangsungnya Karnival ini. Antaranya ialah: 
  • Sembang Santai bersama personaliti terkenal : Wardina Saffiyah
  • Forum Keluarga berjudul "Kunantimu Di Pintu Syurga" : oleh beberapa orang panel yang diundang khas
  • Kupasan topik Penampilan Imej Muslimah oleh pakar perunding imej bertauliah 
  • Pelbagai pertandingan termasuk Pertandingan Memasak, Menghias Model Cilik, Gubahan Hantaran, Dekorasi Kek, Kuiz Muslimat Cakna dan Pertandingan Mewarna.




Sehubungan itu, anda dijemput untuk hadir ke program ini. Dan jangan lupa untuk mengajak ahli keluarga, rakan-rakan, dan kenalan yang mempunyai kelapangan masa untuk turut sama memeriahkan karnival ini. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia di talian 03-88842602 atau layari laman sesawang JAWI di http://www.jawi.gov.my 

Wanita hiasan Dunia, 
menjadi penyeri walau di mana,
Berbudi pekerti amalan mulia, 
Setiap yang memandang pasti terpesona

Lembut bicara sopan gayanya,
Sempurna aurat citarasa muslimah,
Al-Quran dibaca penghias jiwa,
Inilah ikon wanita solehah



Peluang Jana Pendapatan Dengan Kad Pengenalan

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada zaman sekarang ni, terdapat bermacam-macam cara untuk menjana pendapatan sampingan.. Ada sahaja Strategi Tambah Wang Saku yang boleh kita laksanakan.. Cuma yang berbeza mungkin dari segi cara dan modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan tersebut.. 

Dalam ebook Mencari Sumber Pendapatan di Internet, saya ada kongsikan beberapa cara yang dapat kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan seperti: 
  1. Mengambil upah menjahit pakaian
  2. Menjaga anak-anak jiran tetangga
  3. Membuat Kuih-muih dan menjualkannya kepada pengusaha kantin, gerai atau kedai makan
  4. Mengambil tempahan kek
  5. Membuka Kedai Runcit Di Rumah
  6. Penulis Artikel atau Rencana dan menghantarkannya kepada majalah/laman web/blog
  7. Menjadi Ejen MLM
  8. Menjadi Ejen Jualan Insurans
  9. Membuka Kelas Jahitan
  10. Membuka Kelas Masakan
  11. Menjadi Pengajar Sambilan di Pusat-pusat Tuisyen
  12. Menjalankan Perniagaan Gaya Pos
  13. Mengambil Upah Membangunkan Laman Web
  14. Mengambil Upah membuat grafik atau designer
  15. Menternak Ikan
  16. Berkebun secara kecil-kecilan
  17. Menjadi jurugambar di majlis-majlis pernikahan dan kenduri kendara
  18. Menanam Cendawan
  19. Mengambil Upah Menulis Surat
  20. Membuka Cyber Cafe di Rumah
  21. Mengambil upah sebagai Penterjemah bahasa
  22. Melukis Plan Bangunan
  23. Menjadi Stokis jualan Telefon Pra bayar
  24. Menjadi Agen Dropship untuk pelbagai jenis perniagaan
  25. Berniaga Tanpa Modal
  26. Menjadi agen promosi 
  27. Mengambil upah membaiki Komputer Rosak
  28. Mengambil upah menggunting rambut
  29. Mengambil Upah memotong rumput
  30. Mengambil upah mencuci kereta
  31. mengambil upah mengemas rumah 
  32. Menjalankan Perniagaan Internet
  33. Dan Lain-lain Lagi
Kalau nak dikirakan terlalu banyak kerja "part time" yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pendapatan sampingan.. Cuma kita yang perlu berusaha mencari peluang tersebut... Dalam masa yang sama kita perlu mempunyai kemahiran yang dapat memuaskan hati pelanggan kita... Apabila seorang pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan/servis yang kita berikan, selepas itu Insya Allah semakin ramai pelanggan akan mencari kita.. 

Hmmm.. Kerja part time yang saya senaraikan di atas mungkin dah biasa kita dengar... 

Jadi, pada kali ini, saya nak berkongsi sedikit info tentang kerja part time lain yang mungkin tak ramai lagi orang dengar... Disebabkan teknologi ini masih belum digunakan secara menyeluruh di negara kita... 

Contohnya Peluang Jana Pendapatan Dengan Kad Pengenalan... 

Sehingga kini, saya percaya tidak ramai yang tahu... Kad pengenalan boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun dalam urusan jual beli di mana-mana kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian... Program ini dikenali sebagai Mykad Smart Shopper Programme (MSSP) yang diperkenalkan pada tahun 2010...

Setakat ini, hanya terdapat beberapa kedai sahaja yang telah mengambil bahagian.. dan hanya kira-kira 100,000 pengguna di seluruh negara yang telah mendaftarkan kad pengenalan mereka untuk menyertai program ini... Bagi membolehkan mereka mendapatkan diskaun di mana-mana kedai yang telah mengambil bahagian... 

Walaupun cuma 100,000 pengguna yang telah mendaftar, tetapi dah ada beberapa rakan pemasaran yang telah mendapatkan hasil yang agak lumayan melalui program ini... Maklumlah setiap kali pemilik kad pengenalan berdaftar dalam program ini membeli barang di kedai yang mengambil bahagian, rakan pemasaran akan mendapat komisyen sebanyak 1%... 

Katakan anda menjadi rakan pemasaran (Affiliate).. Dan terdapat 10,000 orang pengguna kad pengenalan berdaftar di bawah anda.. Setiap seorang menggunakan kad pengenalan berbelanja dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan. Komisyen yang akan diperolehi oleh rakan pemasaran adalah seperti berikut:


Komisyen Bulanan Rakan pemasaran = 10,000 X RM100  X (1/100) = RM10,000.00 


Ini berdasarkan sebahagian pendapatan yang diperolehi daripada 10,000 pengguna berdaftar dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100.00.. Adakah memadai  berbelanja sekadar RM100.00 sebulan... Tentu tidak bukan? Tentu setiap orang akan berbelanja lebih daripada itu... 

 Dalam masa yang sama saya juga percaya pengguna berdaftar untuk program ini akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa disebabkan pendaftaran adalah percuma... Ditambah pula dengan kelebihan yang bakal diperolehi oleh pengguna berdaftar yang mana boleh mendapatkan diskaun sebanyak 5% setiap kali membeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian...

Mari kita lihat apakah kebaikan program ini kepada semua pihak:

  • Rakan pemasaran (Affiliate) : Mendapat komisyen sebanyak 1% daripada pengguna berdaftar (Customer Referral Incentive), mendapat komisyen 1% daripada hasil jualan bagi setiap kedai/pasaraya yang kita daftarkan dalam program ini (Merchant Referral Incentive), dan lain-lain komisyen yang disediakan oleh syarikat sekiranya dapat menarik rakan pemasaran untuk menyertai program ini
  • Kedai/pasaraya yang mengambil bahagian : Dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung ke kedai mereka (Katakan sebelum menyertai program ini bilangan pengunjung seramai 10000 orang sebulan, dengan menyertai program ini, bilangan pengunjung akan bertambah dengan bantuan rakan pemasaran dan aplikasi melalui Smartphone)
  • Pengguna berdaftar : Mendaftar secara percuma dan dapat menggunakan kad pengenalan untuk membolehkan mereka mendapatkan diskaun sebanyak 5% di kedai-kedai yang mengambil bahagian (Katakan sebelum ini kita berbelanja sebanyak RM100, dengan menyertai program ini mereka dapat berjimat sebanyak RM5.00)

Win-win Situation untuk semua pihak yang menyertai program ini.. Berminat untuk mengetahui kelebihan menyertai Mykad Smart Shopper Programme (MSSP) (Klik Di Sini)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Mykad Smart Shopper Programme (MSSP), saya menjemput anda untuk membaca keratan akhbar berikut:




Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi rakan saya menerusi butiran seperti berikut: 


  • Muhammad Khairi
  • sms/call/Whatsapp : 0195678410
  • Web : www.aj.my

P/s: Setakat ini saya difahamkan rakan pemasaran telah mencecah hampir 6000 orang. Ini bermakna tinggal lebih kurang 4000 orang sahaja rakan pemasaran diperlukan sebelum program ini dipromosikan secara besar-besaran menerusi media cetak dan media elektronik.. 

Hadiah Terbesar Untuk Isteriku Sempena Hari Ibu... ;)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada minggu ini saya dan isteri mengambil cuti selama 3 hari untuk meluangkan masa cuti-cuti Malaysia bersama keluarga..

Maklumlah semenjak dua menjak ini terlalu sibuk dengan urusan kerja... Sampai tak ada masa nak bawak anak jalan-jalan... Jadi kami dah nekad, sebaik sahaja selesai "key-in" markah peperiksaan akhir pelajar, kami nak ambil cuti beberapa hari... Bagi memenuhi permintaan anak-anak kami dan isteri tercinta yang sedang mengandung 3 bulan...  

Hajat Adam  : Nak tidur dekat rumah hotel, nak tengok gajah dekat zoo Taiping, nak naik keretapi dekat zoo, nak makan durian (kebetulan pula pada ketika ini bukan musim durian)

Hajat Haikal : Nak tidur dekat rumah hotel, nak naik keretapi dekat zoo, nak jumpa Khalisha

Permintaan Isteri : Nak petik buah Strawberry dekat Camron Highland, Nak petik buah Apple.. 

Kebetulan pula pada 12 Mei merupakan hari Ibu, jadi apa salahnya berseronok pergi jalan-jalan seisi keluarga, tentu berbunga hati Ibu Adam dan Haikal @ isteri saya... ;) 

Antara tempat yang sempat kami kunjungi dalam percutian pada kali ini ialah Kuala Gula Sanctuary Resort, Zoo Taiping dan Cameron Highland

Tetapi dalam entri kali ini, kita bercerita tentang Nostalgia menarik semasa kami berada di Cameron Highland.. Jom layan gambar-gambar tersebut:

Adam tersipu-sipu malu bergambar sambil memetik Strawberry..

Penangan Abang Manis : Jom ramai-ramai kita tembak Strawberry itu..


Penangan Abang Manis : Strawberry ditangan kanan mu, Strawberry di tangan kiriku, aku tak tahu mana yang dapat kuberikan padamu.... 


Saat-saat Bahagia bersama isteri dan anak-anak 

Meh sini Abang pula suapkan..


Penangan Abang Manis : Hadiah terbesar untuk isteriku sempena Hari Ibu.. hehehe

Peace... 

Baru lepas mengira berapa ekor ikan di dalam kolam..

Adam dan Haikal di Ladang Teh Boh Cameron Highland

Seronok betul, bila dapat melihat kegembiraan di wajah isteri dan anak-anak dapat bercuti ke Cameron Highland... Lebih-lebih lagi apabila mereka berpeluang memetik Strawberry sendiri pada harga yang berpatutan iaitu sebanyak RM40.00 untuk 1kg + 100g percuma + boleh makan beberapa biji semasa memetik..

Disebabkan terlalu seronok, haikal sampai tak boleh nak berhenti daripada memetik Strawberry... 

Hmmm... Kenangan manis ini mungkin antara "hadiah terbesar" untuk isteri ku sempena hari Ibu... 



Promosi Air Asia 13-19 Mei 2013 : All In Fare From RM29!

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asiamengadakan promosi lagi... Promosi pada kali ini menawarkan harga serendah RM29 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macau, Bintulu, Yangon, Kunming, Yogyakarta, Phnom Penh, Shenzhen, Johor Bahru dan lain-lain destinasi pilihan anda (All-In Fair one way)  klik di sini




Tempoh tempahan : 13-19 Mei 2013

Tempoh penerbangan : 1 Ogos - 15 Disember 2013

Kepada rakan-rakan yang mempunyai perancangan untuk cuti-cuti Malaysia ke destinasi-destinasi menarik dengan menaiki kapal terbang, eloklah membuat tempahan sekarang.. Sementara harga promosi masih ada..  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi ini, sila klik di sini

Sumber : Klik Di Sini

Promosi Fly, Shop & Celebrate dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi pilihan anda seperti Bangkok, Bangalore, Hat Yai, Solo, Yogyakarta, Johor Bahru, Ho Chi Minh City, Singapore dan lain-lain juga pada harga serendah RM29.. Pastinya lebih wang tunai di tangan anda untuk melancong sambil berbelanja..  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi ini, sila klik di sini

Kesemua harga promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat.. Biasanya siapa yang pantas bertindak dia yang dapat... Siapa yang lambat bertindak, terpaksalah beli tiket harga mahal... Inilah prinsip yang perlu dikuasai oleh pembeli tiket kapal terbang tegar... 

Selamat mencuba, manalah tahu masih ada rezeki dapat beli tiket kapal terbang murah... Good Luck ;)

P/s : Dah lama tak naik kapal terbang semenajak dapat berpindah dari Mukah ke Semenanjung..

Cuti-Cuti Malaysia di Kuala Gula Sanctuary Resort (Bah. 2)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti-cuti Malaysia di Blog Coretan Anuar di teruskan lagi... Sekiranya anda masih ingat lagi, sebelum ini saya pernah menulis tentang Kuala Gula Sanctuari Resortyang merupakan salah satu destinasi percutian menarik yang terletak di kawasan Kuala Kurau, Taiping..  Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca entri tersebut saya syorkan anda klik di sini


Destinasi percutian kami pada kali ini ialah di Kuala Gula Sanctuary Resort.. Destinasi ini dipilih oleh ayah mertua saya yang suka memancing... Jadi sambil beliau membawa kami berjalan-jalan seisi keluarga, dalam masa yang sama dapatlah beliau menggunakan kesempatan tersebut memancing ikan... 

Saya dan isteri pun rasa seronok sahaja... Disebabkan anak-anak kami (Adam dan Haikal) juga seronok berada di sini kerana dapat tidur dekat rumah hotel, dapat tengok atuk memancing, boleh pergi zoo Taiping, dan boleh naik keretapi dekat zoo Taiping... ;)

Memandangkan ini kali kedua kami datang ke sini... Jadi target saya pada kali ini ialah untuk memerhatikan matahari terbit dari tempat penginapan kami di samping buat BBQ.. 

Nak tahu gambaran percutian kami ke Kuala Gula Sanctuari Resort  pada kali ini, jom layan gambar-gambar berikut:

Ayah mertua saya memancing di belakang rumah kediaman yang kami sewa

Di seberang sungai terdapat sangkar ikan dan tempat sekawan burung singgah pada musim-musim tertentu


Terdapat jeti dan bot sewa disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk memancing ikan atau pergi "bersiar-siar" di kawasan ini klik di sini

Pemandangan yang indah..

Kegigihan seorang pemancing ikan..


Menemani ayah mertua memancing ikan sekitar pukul 5 pagi


Adam turut menemani atuk memancing ikan sekitar pukul 5 pagi..

menanti terbit Fajar.. dan Solat Subuh..

Ikan terlepas dan fajar mula terbit..

Cahaya semakin terang..

Dan semakin terang..

Sang Suria mula memancarkan cahayanya... Indah sungguh alam ciptaan yang maha ESA

Di sebelah malam pula kami ber BBQ... Maklumlah sekali sekala dapat berkumpul seisi keluarga... Jadi bolehlah layan BBQ, sebab ramai boleh tolong jaga ayam... 

Ayam dan Ikan menjadi menu utama BBQ pada kali ini.. 

Ayam dah hampir masak dan ikan baru mula dipanggang.. 

Tukar strategi guna Aluminium Foil untuk mengelakkan kulit ikan hangus terbakar

Inilah hasil ikan bakar guna Aluminium Foil... Sambal dekat dalam ikan tak tumpah keluar.. 

Aktiviti memanggang ayam diteruskan sehingga habis..


Banyak betul makanan yang kami masak pada kali ini... Sehingga tidak tergamak nak beli Ketam Lembutdekat Restoran Terapung Kuala Gula yang terletak bersebelahan dengan resort penginapan kami.. Takut membazir pula nanti..

Kesudahannya makanan yang kami masak pada malam tu memang betul-betul tak habis.. Kami terpaksa perangatkannya untuk sarapan pagi dan makan tengahari... Itupun tak habis juga, sehingga terpaksa di bawa balik... 

P/s : Selepas itu kami pergi ke zoo Taiping dan keesokan harinya ke Cameron Highland pula..

Big Apple : Kesan Jenama ke atas harga barang

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semasa saya pergi bawa anak-anak dan anak saudara pergi jalan-jalan di Kinta City Ipoh... Tiba-tiba anak kedua saya, Adam teringin nak beli Big Apple.. Jadi saya pun bawalah mereka makan Big Apple yang terletak dalam Food Court berhampiran dengan panggung wayang...

Disebabkan terlalu Excited dengan "Donut warna-warni Colour Pink", saya turuti kehendak mereka untuk makan di situ juga... Bila dah makan, macam biasalah tekak mereka mula rasa haus... Kebetulan pula mereka melihat air mineral Big Apple yang tersusun rapi dalam sebuah peti ais yang mudah mereka capai... 

Tanpa menunggu lama anak pertama saya Haikal dan anak saudara saya Khalisha terus pergi ke peti ais tersebut dan mengambil sorang satu air mineral... Saya pun tak kisahlah, nama pun budak-budak... Bila mereka meminta saya membukakan penutup botol mineral tersebut disebabkan kehausan, saya menuruti sahaja kemahuan mereka.. Sambil memberi isyarat kepada Cashier bertugas, selepas ini saya bayar!! 


Setelah selesai menyuapkan donut kepada anak kedua saya dan membasuh mulut dan tangan mereka, saya pun pergilah ke Cashier untuk membayar harga air mineral tersebut... 

Terkejut saya dibuatnya apabila cashier memberikan resit bayaran... RM6.40 untuk dua botol Air mineral 500ml.. Saya tanya Cashier tersebut, berapa harga sebotol air mineral ni.. Cashier tersebut bagi tahu harga sebotol air mineral Big Apple ialar RM3.20.. huhuhu..  


Disebabkan air pun dah diminum sebahagiannya, saya pun bayar jerlah... Fuhhh, terkena saya pada hari tersebut...

Sedangkan air mineral yang dijual di sebelah sinki tempat saya membasuh tangan tu cuma RM1.60 satu... Bila saya cek isipadu air mineral tersebut, saya dapati isipadunya sama sahaja.. Ini bermakna harga Air Mineral Big Apple dua kali ganda harga air mineral biasa...

Penjenamaan terhadap perniagaan telah menjadikan Air mineral Big Apple dijual pada harga 2 kali ganda, sedangkan rasa air tersebut sama sahaja.. 

Dan harga air mineral Big Apple ini ternyata jauh lebih mahal berbanding harga minyak yang dijual di Malaysia pada ketika ini :

  • Ron 95  :  RM1.90/liter
  • Ron 97  :  RM2.90/liter
  • Diesel    :  RM1.80/liter
Inilah yang akan berlaku sekiranya jenama perniagaan kita mula dikenali.. Perkara yang sama juga berlaku kepada jenama-jenama perniagaan lain seperti KFC, Pizza Hut, McDonald, Adidas, Nike, Timberland, Polo dan sebagainya... Mereka boleh meletakkan harga yang jauh lebih mahal terhadap produk yang mereka jual, tanpa ada sebarang bantahan...

Selain daripada penjenamaan terhadap produk, ia juga turut diguna pakai melalui kepakaran seseorang.. Semakin pakar seseorang dalam sesuatu bidang sehingga bergelar ikon, semakin mahal bayaran di atas kepakaran mereka.. Contohnya rahsia kejayaan ikon-ikon terkenal di Malaysia bagi sesuatu bidang seperti:

Mereka adalah ikon kejayaan rakyat Malaysia pada ketika ini... Dan kita boleh mengikut jejak langkah mereka untuk berjaya dalam bidang-bidang yang kita ceburi... 

P/s: Patutlah ramai usahawan yang berjaya sanggup membuat pelaburan yang besar untuk memastikan jenama perniagaan mereka dikenali ramai..


Pengalaman di Saman Oleh Seorang Anggota Polis Wanita

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada awal bulan Mac yang lalu, saya telah disaman oleh seorang anggota polis wanita... Cantik juga anggota polis tersebut... Orang Kelantan, Comey, kurus dan tinggi... Tapi tak sempat pun nak berkenalan atau bertanya khabar..  Dah kena saman lah katakan.. Berdebar juga menanti berapa harga saman yang perlu saya bayar?


Sekadar Gambar Hiasan, Sumber : Klik di sini

Kesalahan yang telah saya lakukan?

Tak perlulah saya ceritakan apa kesalahan trafik yang telah saya lakukan.. Cuma terdapat unsur tolak ansur pada ketika itu. Mujur pula saya kena bayar saman cuma RM70 bukan RM300 seperti kebiasaan saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik... 

Daripada sehari ke sehari nak bayar saman asyik lupa sahaja.. Sehingga betul-betul nak sampai Due date barulah saya berkesempatan untuk membayar saman tersebut di IPD Sabak Bernam.. 

Resit bayaran Saman.

Syukur Alhamdulillah... Selesai bayar Saman..

P/S : Entri ini merupakan salah satu entri yang tidak sempat saya publish pada bulan April yang lalu.. 

Trik Bergambar dengan Strawberry raksaksa di Cameron Highland

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entri ini dihasilkan bagi menguraikan persoalan tentang gambar bersama Strawberry raksaksa yang diambil di Cameron Highland bagi menjawab persoalan beberapa kenalan setelah mereka membaca entri ini

Ada kenalan yang mengatakan Strawberry ini bukan strawberry sebenar.. Tapi sebaliknya Strawberry tipu atau kami menggunakan replika Strawberry semasa gambar tersebut diambil.. hehehe



Saya menyuap Strawberry raksaksa kepada isteri

Kami menembak Strawberry raksaksa yang terdapat di atas tapak tangan adik ipar saya

Saya dan adik ipar saya masing-masing memegang sebiji buah Strawberry raksaksa

Sebenarnya gambar strawberry raksaksa ini adalah gambar strawberry sebenar yang baru di petik di ladang Strawberry.. Cuma gambar-gambar di atas diambil dengan menggunakan Trik..

Triknya ialah "Abang Manis" tukang tangkap gambar memegang strawberry yang diletakkan berhampiran dengan lensa Kamera.. Kemudian beliau menyuruh kami buat possing tertentu supaya kelihatan strawberry yang terdapat pada beliau sepadan dengan gambar yang ditangkap.. 

Itu sahaja trik mudah yang digunakan oleh "Abang Manis" bagi menampakkan gambar tersebut kelihatan menarik... ;)

Tips membeli Tiket Zoo pada harga diskaun sebanyak 50%

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah tak anda pergi ke zoo? Biasanya anda pergi ke zoo dengan siapa? Adakah anda pergi ke zoo berseorangan diri?, atau dengan buah hati kesayangan anda? atau dengan ahli keluarga anda?

Berdasarkan pemerhatian saya, tiada orang pergi ke zoo berseorangan diri... Biasanya mereka akan pergi ke zoo dengan rakan-rakan (Sekiranya mengikuti rombongan sekolah)...

Pergi ke zoo dengan rakan sekerja? Mustahil melainkan rakan sekerja tersebut adalah buah hati anda... Jarang sekali orang pergi ke zoo bersama rakan-rakan sejantina.... Disebabkan itu jarang kita tengok sekumpulan remaja pergi ke zoo.. betul tak?


Dan bila kita pergi ke zoo ni...  kebiasanya kita akan pergi dalam kuantiti keluarga yang agak ramai, barulah seronok tengok kelibat binatang-binatang dekat sana...

Tapi harga tiket untuk masuk ke zoo ni pun boleh tahan mahalnya... Sebagai contoh harga tiket masuk ke zoo Taiping adalah:
  • RM12.00 untuk orang dewasa
  • RM8.00 untuk kanak-kanak

Kalau sekali masuk ada 4 dewasa dan 4 kanak-kanak, dah kena bayar sebanyak RM80.00 (RM48 + RM32)... Fuhh.. Mahal tu sekali masuk zoo dah kena bayar RM80.00..

Tapi nak tak nak kena masuk juga.. Sebab anak-anak merengek hari-hari nak pergi zoo, nak naik keretapi percuma dekat Zoo Taiping... Sebagai emak ayah, tak larat juga bila hari-hari mendengar rengekan anak-anak yang suka pergi ke zoo..

Sekadar berkongsi info...

Sebenarnya kita dapat menjimatkan bayaran masuk ke zoo dengan membeli tiket pada harga diskaun sebanyak 50%... Daripada bayar RM80 kepada RM40.00 sahaja..  Walaupun nilainya sebanyak RM40, tapi penjimatan yang besar juga tu... 



Caranya mudah sahaja... Anda perlu mencari rakan atau kenalan yang mempunyai alamat tempatan tertera pada kad pengenalan mereka..

Sebagai contoh macam dekat zoo taiping ini, anda perlu mencari rakan atau kenalan yang mempunyai no. kad pengenalan (08 untuk negeri Perak) dan alamat Taiping tertera pada kad pengenalan mereka..

Anda minta bantuan rakan anda untuk membeli tiket masuk ke zoo pada harga diskaun sebanyak 50%..

Sekiranya saya tiada rakan atau kenalan yang mempunyai kad pengenalan berlamatkan taiping, apa yang perlu saya lakukan?

Hmmmm.. Masalah ini juga yang telah kami alami sebelum ini... Saya ada seorang adik ipar yang bekerja di ADTECH, Taiping... Tetapi alamat pada kad pengenalan beliau, alamat rumah ayah mertua saya di Pusing, Perak.. Jadi, Kad pengenalan beliau tidak dapat digunakan untuk membeli tiket separuh harga...

Mujur pula saya mempunyai seorang lagi adik ipar yang bijak.. Adik ipar saya yang seorang lagi ni pandai bab tawar menawar ni..

Beliau telah menggunakan kepakaran tersebut untuk mendapatkan tiket masuk zoo pada harga diskaun 50% walaupun kami tiada kad pengenalan orang Taiping...

Apa yang telah adik Ipar saya lakukan?   


Dekat depan kaunter pembelian tiket masuk ke zoo negara ada sebuah kedai menjual cenderamata.. Peniaga di kedai tersebut terdiri daripada berberapa orang wanita.. 

Kami masuk ke kedai tersebut dan tawar menawar dalam membeli cenderamata.. Sambil tawar menawar, cubalah minta bantuan pekedai tersebut untuk membelikan tiket harga diskaun... Setakat ini Alhamdulillah, dah dua kali kami berjaya membeli tiket harga murah dengan bantuan salah seorang peniaga di kedai tersebut...

Tapi, saya minta tolong... Kalau anda nak gunakan trik ini, tolong jangan ceritakan dekat akak tersebut, anda mendapat info ini dari blog saya... TQ.. 


P/s: Info ini mungkin boleh diguna pakai di Tempat-tempat yang meletakkan bayaran masuk yang berbeza diantara warganegara Malaysia dan Pelancong asing, macam dekat zoo Taiping ini..

Tips Berniaga Tanpa Modal : Cara dapat Duit Melalui PPL

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan satu lagi Tips Perniagaan tanpa modalyang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja samada anda seorang suri rumahtangga sepenuh masa, pelajar IPT, pelajar sekolah, penjawat awam, pekerja swasta, buruh binaan, petani, nelayan, penulis buku, penulis blog, peniaga kedai runcit, usahawan dan sebagainya.. 

Ya.. Sesiapa sahaja boleh melaksanakan perniagaan ini... Dengan syarat anda boleh menggunakan komputer dan boleh melayari internet... Memadai memiliki sekurang-kurangnya akaun Facebook... 

Perniagaan tanpa modal yang ingin saya kongsikan pada kali ini dikenali sebagai Pay Per Lead, atau singkatannya adalah PPL. 


Melalui Pay Per Lead (PPL), kita akan menerima komisyen daripada pemilik laman web untuk setiap emel yang mendaftar ke dalam sistem Autoresponder yang di pasang di laman web mereka, hasil daripada promosi yang kita lakukan. Terdapat 4 perkara yang perlu ada dalam proses ini iaitu:

  1. Laman web (Squezze page)
  2. Sistem Autoresponder yang berfungsi untuk mengumpul senarai email sebelum pelancaran sesuatu produk
  3. Hadiah untuk pengunjung laman web berupa ebook, video, audio PERCUMA
  4. Ejen Pemasaran (Affiliater) yang akan mendapat bayaran untuk menghantar setiap pelanggan yang berjaya memuat turun hadiah percuma yang disediakan

Sebagai contoh saya seorang usahawan internet... Saya memerlukan 5000 senarai email sebelum melancarkan produk terbaru saya.. Jadi, untuk mengumpul 5000 senarai email tersebut saya memerlukan bantuan Squeeze Page (Laman web) dan Ejen pemasaran (Affiliater).. 

Di Laman web tersebut biasanya terdapat hadiah yang disediakan untuk pengunjung.. Hadiah tersebut mungkin berupa ebook, Video atau Audio percuma yang disediakan kepada pengunjung dengan syarat mereka mendaftar masuk nama dan email mereka.. 

Peranan anda di sini ialah sebagai Ejen Pemasaran.. Tugas ejen pemasaran (Affiliater) ialah mengajak orang ramai untuk mengunjungi laman web pemilik produk bagi memuat turun hadiah yang disediakan..  Ejen pemasaran yang menghantar pengunjung ke laman web (Squeeze Page), biasanya akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 hingga RM2.00 untuk setiap email yang mendaftar.. Bayaran ini biasanya ditetapkan oleh pemilik laman web..  Anda hanya akan mengetahui berapa bayaran yang ditetapkan, setelah anda mendaftar masuk menjadi seorang ejen pemasaran.

Setakat ini saya telah menyertai beberapa cabaran PPL.. Dan hasilnya ada yang memuaskan, ada yang setakat cukup makan, dan ada pula yang langsung tidak mendapat bayaran.. Ini semua bergantung kepada usaha yang kita lakukan.. Antara contoh PPL yang boleh anda sertai pada ketika ini ialah:

1) Jom Niaga


Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM2.00 untuk setiap ejen yang berdaftar hasil daripada promosi yang telah anda lakukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Jom Niaga, saya syorkan anda Klik Di Sini

2) Panduan Melebatkan Rambut

Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 untuk setiap orang yang memuat turun ebook ini secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 10 orang yang berjaya memuat turun ebook ini secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM1.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk 3 Top Affiliate (3 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen + RM100
  2. Komisyen + RM50
  3. Komisyen + RM30
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laman web Panduan Melebatkan Rambut, saya syorkan anda Klik Di Sini


3) Pakar SMS

 
Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.50 untuk setiap orang yang memuat turun  secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 50 orang yang berjaya memuat turun secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM25.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk Top 10 Affiliate (10 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen Affiliate + Sony X Peria Z Terbaru bernilai RM 2,250 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  2. Komisyen Affiliate + Samsung Galaxy Note 2 Terbaru Bernilai RM 1,950 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  3. Komisyen Affiliate + Samsung Tab 2 7.0 Terbaru RM 1,000 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  4. Komisyen Affiliate + Beg Laptop Comel + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Bengkel SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 40 sale)
  5. Komisyen Affiliate + Power Bank Gempak + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri
  6. (Minima 30 sale)
  7. Hingga Top 10: Komisyen Affiliate + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri
  8. (Minima 10 sale)
Nota : Top 10 Affiliate dikira berdasarkan PPL dan juga hasil jualan keseluruhan produk yang dipasarkan di laman web ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laman web ini, saya syorkan anda Klik Di Sini


3) Info tentang Alam Rumah Tangga 

Nota : Jangan layari laman web ini sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun atau belum berumah tangga!!!


Sumber : Klik Di Sini


Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 untuk setiap orang yang memuat turun ebook ini secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 10 orang yang berjaya memuat turun ebook ini secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM1.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk 7 Top Affiliate (7 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen + komisyen + Handphone BlackBerry Curve 9320 ATAU SONY Xperia Sola ATAU iPod Touch 16GB
  2. Komisyen + MP3 Player Apple iPod Shuffle
  3. Komisyen + Handphone Nokia X1-01
  4. Komisyen + Handphone Samsung E1080
  5. Komisyen + RM50
  6. Komisyen + RM30
  7. Komisyen + RM10
  8. Tempat ke 8 dan seterusnya hanya akan mendapat komisyen. 
Hadiah istimewa: Pemenang akan pilih secara rawak seorang daripada semua ahli affiliate (kecuali tempat pertama sehingga ke-4) untuk menerima saguhati berupa Handphone BlackBerry Curve 9320 ATAU SONY Xperia Sola ATAU iPod Touch 16GB dengan syarat anda membawa sekurang-kurangnya 20 download (RM2 komisyen). Jadi semua ahli berpeluang memenangi hadiah.

Kesemua cabaran PPL ini mempunyai tempoh tertentu.. Biasanya selama 1-3 bulan atau sekiranya jumlah senarai email yang mereka perlukan telah tercapai. Contohnya sekiranya pemilik laman web mahu mengumpul sebanyak 5000 senarai email. Jadi, setelah mereka berjaya mencapai sasaran tersebut secara automatik cabaran PPL ini akan berakhir.. Jadi, setiap ejen pemasaran perlu lekas bertindak untuk merebut peluang keemasan ini..   

Sebelum ini saya juga pernah menulis beberapa entri tentang perniagaan tanpa modal.. Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca entri-entri tersebut, saya syorkan anda layari pautan-pautan di bawah:
  • Berminat berniaga barangan berunsurkan Islam? Tanpa modal, 100% PERCUMA (Klik Di Sini)
  • Tak sangka boleh dapat no.41 pada tahun 2012 melalui perniagaan tanpa modal (klik di sini)
  • Harga Emas Jatuh : Peluang terbaik untuk membeli emas tanpa modal (klik di sini)
  • Mulakan Perniagaan tanpa modal selepas raya (Klik Di Sini)
  • Kedudukan terkini Top 10 Affiliate Pelaburan emas tanpa modal (klik Di Sini)
  • Jana Pendapatan 5 Angka dengan menjadi super Affiliate (klik Di Sini)
  • Pelaburan Hartanah Tanpa Modal mengungguli top 10 Vendor Jomniaga (klik di sini)

Selamat Hari Guru 2013 : "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru seluruh Malaysia.. Dan setiap tahun kita pastinya akan menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan yang tidak terhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru di Malaysia. 


Jasa seorang guru begitu besar kepada diri kita...  Walaupun guru tersebut hanya mengajar  kita A,B,C dan mengira 1,2,3.. Tanpa ilmu yang di ajar oleh mereka, belum tentu kita dapat mencapai apa yang ada pada diri kita sekarang ini.. Cuba kita sama-sama renungkan..

Disebabkan itu, kita harus mengucapkan terima kasih kepada mereka... Terima kasih Cikgu.. Tanpamu siapalah aku.. ;)

Tidak kiralah mereka merupakan guru sekolah Tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah pondok dan pensyarah-pensyarah IPT.. Asal sahaja profesion mereka mengajar, mereka layak untuk digelar guru dan layak menerima ucapan Selamat hari Guru daripada seluruh rakyat Malaysia.. 


"SELAMAT HARI GURU, CIKGU... 
HALALKANLAH SEGALA ILMU YANG TELAH ENGKAU CURAHKAN KEPADAKU,
MAAFKANLAH KESALAHANKU SEANDAINYA AKU PERNAH MENYAKITI HATIMU,
JASA DAN PENGORBANANMU DISANJUNG TINGGI
AKAN KUKENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..

SELAMAT HARI GURU, CIKGU...
TERIMA KASIH KERANA BERSABAR MENDIDIK AKU SELAMA INI,
SEHINGGA MENJADIKAN AKU SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA KEPADA KELUARGA, AGAMA BANGSA DAN NEGARA...  
TANPAMU SIAPALAH AKU..

AKU BUKANLAAH SEORANG SENIMAN YANG PANDAI BERMADAH,
AKU JUGA BUKANLAH SEORANG PEMUZIK YANG PANDAI MENULIS PUISI,
TETAPI JAUH DISUDUT HATIKU,
AKU PERLU MELAFAZKAN KALIMAH INDAH INI..
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DI ATAS JASAMU MENDIDIKKU..
SELAMAT HARI GURU.... CIKGU..."


Tema Sambutan Hari Guru 2013 : 


"Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"


Tema sambutan Hari Guru pada tahun 2013 ialah "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda".             

Dalam konteks tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, 1 Aspirasi membawa maksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan:
  • Kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, 
  • Kesaksamaan untuk semua pelajar tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi, 
  • Memupuk perpaduan dan memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 

Manakala 1 Agenda pula membawa maksud semua guru perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan, yang mempunyai satu agenda atau tugas utama dalam melahirkan pelajar yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Sememangnya diakui semakin besar cabaran menjadi seorang guru ini.. Lebih-lebih lagi dalam era teknologi ini, yang mana segala maklumat berada di hujung jari.. Tugas dan pernanan seorang guru perlu seiring dengan kecanggihan teknologi tersebut, supaya tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman.. 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua rakyat Malaysia yang bertugas sebagai seorang pendidik.. Terutamanya isteri dan ayah mertua saya.. Antara guru yang paling saya hormati dan saya sayangi..

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru sekolah lama dan pensyarah-pensyarah di tempat saya belajar iaitu:

1) Sekolah Kebangsaan Kayan, Lekir, Setiawan, Perak (1988-1990)
2) Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg. Gajah, Perak (1991)
3) Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah, Perak (1992-1993)
4) Sekolah Menengah Dato' Seri Maharajalela, Kg. Gajah, Perak (1994-1996)
5) Sekolah Menengah Teknik Sri Manjung, Manjung, Perak (1997-1998)
6) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (Kini UTHM) (1999-2005)

Puisi ini ditujukan khas buat anda semua..

"Cantik seorang guru kerana kejernihan wajah,
Manis seorang guru kerana senyuman indah,
Ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebatnya seorang guru kerana kesabaran hakiki,
dan Mulia seorang guru kerana keikhlasannya yang indah..
Selamat hari Guru.. ;)"


WW : Jauhi Perhimpunan Haram

$
0
0
Sekeping gambar yang dapat memberikan penerangan dengan jelas..

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Program Cuti Sekolah Untuk Calon UPSR 2013

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entri ini ditujukan khas kepada calon-calon UPSR 2013.. Jadi sekiranya anda mempunyai anak, adik beradik atau saudara mara yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2013, anda bolehlah memaklumkan info ini kepada mereka... Semoga info ini dpat memberi manfaat kepada kita semua..

Pada bulan Jun ini, kami akan menganjurkan klinik UPSR Didik Berita Harian. Klinik UPSR ini akan diadakan berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh dan Hari :  8 & 9 Jun 2013  (Sabtu & Ahad)
Masa                :  8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat            :  Dewan Syarahan Utama PSIS
Yuran Penyertaan : RM130.00/peserta

Klinik Didik Berita harian ini dianjurkan bersama oleh Politeknik Sultan Idris Shah, Didik Berita Harian dan PPD Daerah Sabak Bernam, Selangor.



Dalam klinik ini para peserta akan mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR secara berkesan bagi subjek:
  1. Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan)
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains

Elemen motivasi diterapkan mengikut subjek. Jadi, selepas mengikuti klinik ini para peserta akan lebih bermotivasi untuk belajar melalui pendekatan yang digunakan oleh para penceramah mengikut subjek.

Penceramah bagi subjek ini didatangkan khas oleh pihak Berita Harian yang terdiri daripada guru-guru pakar dalam setiap subjek. Klinik Didik UPSR Berita Harian telah berjaya membantu peserta-peserta sebelum ini mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, sehingga menjadikan Klinik UPSR ini terus mendapat sambutan di seluruh negara. 

Selain mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan, para peserta klinik ini juga akan mendapat:
  • Sijil Penyertaan
  • Kerta Kerja (Diberikan dalam aktiviti yang dijalankan)
  • Percuma Langganan Portal Pendidikan Guru.net.my selama 3 bulan (Bernilai RM60)
  • Makan dan minum sebanyak 3 kali sehari

Tempat adalah terhad. Pendaftaran dibuka sehingga 24 Mei 2013

Untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui no. talian seperti berikut:

Anuar    : 016-5425547
Hafiz    : 013-3240050
Pejabat : 03-32806331 
Blog      : http://jke-psis.blogspot.com




Harga Emas Jatuh Lagi... Tapi sayangnya duit gaji belum masuk lagi..

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada hari ini harga emas dunia jatuh lagi... Graf harga emas 30 hari menunjukkan harga emas semakin jatuh.. Sebenarnya Inilah masa terbaik untuk menambah stok simpanan emas untuk pelaburan.. 



Tapi sayangnya duit gaji belum masuk lagi... Khamis minggu depan baru dapat gaji... Rujuk Jadual pembayaran gaji tahun 2013 (Klik di sini)

Siapa yang tengah ada modal sekarang ni eloklah lock harga emas.. Sementara harga emas tengah murah...  1 gram cuma RM133.44.. Bukannya senang nak dapat harga emas murah macam ni...



Tapi kalau nak beli emas dengan mengharapkan duit gaji macam saya ni... Kenalah tunggu gaji masuk, baru boleh beli emas... 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan emas, saya syorkan anda membaca entri-entri terdahulu yang terdapat di blog ini: 

DiGi WWWOW Awards 2013 kembali lagi.. Betul ker ramai blogger nak boikot?

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

DiGi WWWOW Awards 2013 kembali lagi.. Dengar cerita ramai blogger nak boikot daripada menyertai pertandingan ini... Terutamanya bloggeer bumiputra.. Sebabnya mereka kurang berpuas hati dengan cara pemilihan pemenang yang dilakukan oleh pihak penganjur... 

Bagi blogger kerdil macam saya ni, tiada maknanya saya nak boikot pertandingan besar macam ni.. Bukannya dapat apa-apa faedah pun... Kalau saya join pun belum tentu boleh menang... Kehadiran saya menyertai pertandingan besar seperti ini sekadar untuk memeriahkan pertandingan... Disamping dapat meluaskan sedikit jaringan dalam kalangan rakan blogger yang turut menyertai pertandingan ini...




DiGi WWWOW Awards mula diperkenalkan pada tahun 2011.. Sehingga kini dah masuk tahun ke 3 pertandingan ini diadakan...  Biasanya hadiah yang disediakan untuk pemenang pertandingan ini mengikut kategori memang lumayan... Disebabkan pertandingan ini ditaja oleh Syarikat komunikasi terkenal DiGi dan beberapa syarikat besar lain yang turut menjadi penaja seperti Yahoo!, Mudah.my, Lowyat.net, Says.my, MSN, Google, Astro dan sebagainya... Disebabkan itu tidak hairanlah sekiranya iklan DiGi WWWOW awards ini sering keluar dekat televisyen terutamanya dalam siaran ASTRO..  

Pada tahun lepas terdapat 16 kategori yang dipertandingkan.. Dan hadiah bagi setiap kategori ditaja oleh syarikat-syarikat yang ada perkaitan dengan kategori tersebut.. 16 Kategori yang saya maksudkan ialah:
  1. Nuffnang Blogger of the Year
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  5. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  6. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  7. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  8. Samsung App of the Year Award
  9. DiGi WWWOW People's Choice Award
  10. The Best of The Best – The DiGi WWWOW Of The Year
  11. Lowyat.NET Fave Tech Head
  12. Says.my Online Shop of the Year
  13. Innity Funniest Video of The Year
  14. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  15. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  16. inMobi Mobile Short Film of The Year
Untuk DiGi WWWOW Awards 2013 belum tahu lagi kategori apa yang dipertandingkan... Rasanya dah ada.. Cuma belum sempat nak menggogle bagi mencari maklumat... Bila dah ada senarai kategori nanti, baru boleh buat keputusan nak masuk bertanding dalam kategori mana... 

Pengalaman pertama kali menyertai pertandingan ini pada tahun lepas memang menyeronokkan... Bukannya senang nak minta orang tolong 'Vote' kita.. Walaubagaimanapun terpaksa juga tebalkan muka minta tolong orang 'vote' blog ini menerusi media sosial Facebook.. Nasib baiklah sekadar minta tolong di "mukabuku" dan tidak bersua muka sebenar.. Jadi, dapatlah kurangkan  sedikit perasaan malu tersebut.. ;)

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog ini dan rakan-rakan di facebook yang sudi 'vote' blog Coretan Anuar dalam pertandingan  DiGi WWWOW Awards 2012.. Kalau sudi, jangan lupa 'vote' blog ini buat kedua kalinya, apabila DiGi WWWOW Awards 2013 kembali tidak lama lagi...

Sekiranya anda ketinggalan untuk mengikuti pengalaman blog Coretan Anuar bertanding dalam DiGi WWWOW Awards 2012, saya syorkan anda klik pada pautan-pautan di bawah:




Semakan Tawaran Kemasukkan Ke IPTA/Politeknik Premier 2013/2014 Secara Online

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini ada yang bertanya kepada saya bila keputusan kemasukan ke Politeknik akan keluar? Saya hanya mampu menjawab kepada yang bertanya... Keputusan kemasukan ke Politeknik akan keluar pada pertengahan bulan Mei.. Sebenarnya saya sendiri pun kurang pasti tentang tarikh yang tepat...

Cuma yang saya tahu sekarang ni pelajar politeknik sedang bercuti dan mereka akan kembali semula untuk meneruskan pengajian di politeknik pada pertengahan bulan Jun.. 

Malam tadi semasa sedang online, tiba-tiba saya terjumpa info tentang Semakan Online tawaran kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier..

Semakan Online tawaran kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf, boleh mula dilakukan bermula pada pukul 12 tenghari ini.





Semakan Boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah :-

1) Semakan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Melalui SMS
    UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 15888

2) Semakan juga boleh dibuat melalui talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, 
    talian am 03-88706755/6766.

3) Semakan melalui laman web seperti berikut:-

Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran serta mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPT mulai 18 Mei.

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA/Politeknik Premier sebelum atau pada 24 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi IPTA atau JPP,KPT.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 24 Mei dan boleh kemukakan permohonan melalui http://upu.mohe.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun ini.

P/S: Sekiranya anda mendapat tawaran masuk ke Politeknik Sultan Idris Shah, saya mengucapkan Selamat Datang... Selamat menyambung pengajian dan semoga dapat menjadi pelajar yang cemerlang...  



Homestay Di Melaka (Diskaun 50%)

$
0
0
Homestay di Melaka untuk disewa.. lokasi homestay terletak di Taman Seri Mangga, Melaka Tengah. 

Kawasan Berhampiran Homestay:
  • 8.3 km ke Bandar Hilir 
  • 5.3 km ke Pantai Klebang, 
  • 13 km ke Ayer Keroh ( Zoo Melaka, Melaka Wonderland, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, dll) 



Kemudahan yang di Sediakan :

4 unit bilik tidur dengan dua bilik Berhawa dingin (ada aircond). 

2 bilik ada katil Queen Size 


2 bilik ada katil singgle, 
1 bilik ada katil double decker

Lengkap dengan kemudahan lain seperti:

Ruang Tamu yang selesa



Ruang makan

dan tempat untuk beristirehat bersama keluarga


Peti sejuk dan mesin basuh pun ada disediakan..

Para penyewa dibenarkan untuk memasak...teapi halal food sahaja. Keutamaan diberikan untuk penyewa beragama Islam..





Sesuai untuk aktiviti keluarga seperti:
  • Bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat percutian menarik di Melaka
  • Melawat kawan/ahli keluarga
  • Tempat persinggahan mempelai untuk rombongan pengantin
  • dan sebagainya..

Kadar sewa RM200/malam, 
Diskaun sebanyak 25% kadar sewa untuk malam yang ke dua
dan diskaun sebanyak 50% untuk sewa bagi malam yang ke 3 dan seterusnya..

Sekiranya berminat, boleh hubungi:
- Norzilah (0196514040), atau
- Zaidi (0196524040). 

Kejatuhan Emas Dunia paling teruk dalam tempoh 2 tahun?

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Harga emas dunia terus menunjukkan penurunan... Berdasarkan maklumat yang saya baca di ruangan ekonomi Berita Harian, keadaan ini telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur  di peringkat antarabangsa telah beralih arah kepada pelaburan saham... Mungkin mereka mempunyai justifikasi tersendiri untuk meraih lebih banyak keuntungan melalui pelaburan saham..

Itu cara pelabur-pelabur profesional mempelbagaikan pelaburan mereka.. Untuk pelabur amatur macam kita ni, mungkin modal yang kita ada tidak sebesar mereka.. Jadi, ukurlah baju pada badan sendiri.. Atau cuba pelajari cabang-cabang pelaburan sebelum mengambil keputusan untuk melabur... 


Graf harga emas 30 hari menunjukkan harga emas semakin jatuh.. Berdasarkan prinsip pelaburan emas, bila harga emas semakin jatuh, merupakan masa terbaik untuk membeli emas..  




Duharap harga emas terus jatuh sampai hari Khamis minggu depan.. Disebabkan kakitangan kerajaan akan dapat gaji pada ketika itu... Rujuk Jadual pembayaran gaji tahun 2013 (Klik di sini)

Bagi sesiapa yang tengah ada modal sekarang ni eloklah lock harga emas.. Sementara harga emas tengah murah...  1 gram cuma sekitar RM132.. 



Berdasarkan pemerhatian saya terhadap graf harga emas dunia untuk tempoh 5 tahun, Kejatuhan harga emas pada hari ini merupakan kejatuhan tertinggi dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini... Mungkinkah harga emas akan semakin jatuh lagi seperti yang pernah diceritakan oleh seorang tokey emas berbangsa Cina.. Sumber : Klik Di Sini


Kejatuhan Harga Emas paling teruk dalam tempoh 2 tahun (May 2011-May 2013)

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan emas, saya syorkan anda membaca entri-entri terdahulu yang terdapat di blog ini: 

Tawaran Iklan PERCUMA di Blog Coretan Anuar : TERHAD kepada 10 entri sahaja

$
0
0
Syukur ALhamdulillah.. 

Trafik blog Corteananuar.com kembali pulih... Walaupun sekadar mendapat sekitar 1k pageview sehari dan 30k page view sebulan, tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang ada... 



Kepada sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan secara PERCUMA di blog ini, boleh hubungi saya menerusi email  nuargto@gmail.com 

Buat masa ini tawaran pengiklanan PERCUMA TERHAD kepada 10 entri sahaja.. Siapa cepat dia dapat.


Iklan yang akan diterima adalah berkisarkan tentang Homestay, rumah sewa, perniagaan barangan fizikal, pakaian, destinasi percutian menarik, makanan, emas dan lain-lain tertakluk kepada penilaian saya. Iklan yang confirm tidak diterima ialah iklan berbentuk skim cepat kaya, MLM, saham, dan yang sewaktu dengannya.

Berikut antara beberapa entri pengiklanan PERCUMA yang pernah saya hasilkan:

1) Homestay Di Melaka (Diskaun sehingga 50%)
http://www.coretananuar.com/2013/05/homestay-di-melaka.html

2) Program cuti sekolah untuk calon UPSR 2013:
http://www.coretananuar.com/2013/05/program-cuti-sekolah-untuk-calon-upsr.html

3) Peluang jana pendapatan dengan kad pengenalan :
http://www.coretananuar.com/2013/05/peluang-jana-pendapatan-dengan-kad.html

4) Cara jana pendapatan melalui Blog:
http://www.coretananuar.com/2013/04/cara-nak-jana-pendapatan-melalui-blog.html

5) Peluang mendapatkan RM1,000 secara PERCUMA melalui GMBO: Terhad kepada 50,000 permohonan terawal sahaja:
http://www.coretananuar.com/2013/04/peluang-mendapatkan-rm1000-secara.html

6) Larian 10K Untukmu GAZA :
http://www.coretananuar.com/2013/03/larian-10k-untukmu-gaza.html

7) Jam Takwim Solat Digital Untuk Panduan Umat Islam:
http://www.coretananuar.com/2013/03/jam-takwim-solat-digital-untuk-panduan.html

8) Jom belajar Loghat Perak : Jadikan kamus Perak sebagai rujukan:
http://www.coretananuar.com/2013/02/jom-belajar-loghat-perak-jadikan-kamus.html

9) Sasaran 100K like Fanpage Alumni Politeknik Malaysia:
http://www.coretananuar.com/2013/02/sasaran-100k-like-fanpage-alumni.html

10) Novel Terbaru : Abah, Adik nak kahwin!
http://www.coretananuar.com/2013/02/novel-terbaru-abah-adik-nak-kahwin.html

11) Kek Lapis Sarawak:
http://www.coretananuar.com/2013/02/kek-lapis-sarawak.html

12) Dan banyak lagi...


Kelebihan meletakkan iklan di blog Coretan Anuar:

1) Trafik blog sekitar 1k sehari dan 30k sebulan (Pageview)

2) Unik Visitor melebihi 500 sehari

3) Kebanyakan trafik blog datang melalui hasil carian Google (SEO):

4) Mempunyai kemahiran SEO:

5) Pernah memenangi tempat kedua dalam cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati (Contest SEO paling hot bagi tahun 2012):

6) Pernah menjadi penulis jemputan di blog pelaburan Hartanah Terkenal:

7) Pernah mendapat sponsor Post daripada syarikat PETRONAS:

8) Pernah meganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular selama 2 tahun berturut-turut:

9) Pernah menulis 2 buah ebook untuk diberikan secara PERCUMA kepada pengunjung blog Coretan Anuar:

10) Telah menghasilkan 7 buah blog setakat ini:

Memadailah dengan 10 perkara yang telah saya senaraikan di atas untuk memberikan keyakinan kepada anda, tidak rugi sekiranya anda meletakkan iklan PERCUMA anda di Blog Coretan Anuar..

Seperti yang saya nyatakan di atas, tawaran ini TERHAD hanya untuk 10 iklan PERCUMA sahaja, sekiranya berminat boleh hubungi saya dengan kadar segera dengan menghantar maklumat pengiklanan yang ingin anda iklankan di blog Coretan Anuar menerusi email :  nuargto@gmail.com 

Semoga dengan pengiklanan secara PERCUMA yang ditawarkan, akan dapat membantu anda mempromosikan perniagaan anda menerusi blog dan jughasil "Carian Google".. Insya Allah... 

Jawatan Kosong Jurubahasa Gred L17 : Tarikh Tutup 26 Mei 2013

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini ada satu berita baik untuk rakan-rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan... 

Peluang untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bekerja di sektor Kerajaan, berikutan terdapat 49 kekosongan jawatan sebagai Jurubahasa Gred L17.. 

Berikut disertakan sedikit maklumat yang perlu anda tahu tentang jawatan Jurubahasa Gred L17 ini:

Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:

  • Gaji Minimum -  RM930.44
  • Gaji Maksimum - RM3,093.10
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM95.00

Syarat Lantikan:

(i) Jurubahasa Melayu

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut; [ Gaji Permulaan : RM930.44 ] atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ]


(ii) Jurubahasa selain daripada Jurubahasa Melayu

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;[ Gaji Permulaan P1 : RM930.44 ] atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,381.63 ] atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; [ Gaji Permulaan P1 : RM1,381.63 ] dan
  • lulus Ujian Lisan bahasa / dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

Deskripsi Tugas:
Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.

Tarikh Tutup permohonan : 26 Mei 2013 (Ahad) jam 11.59 malam

Sumber : klik di sini

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari kerja, eloklah mencuba nasib untuk memohon kerja kosong di sektor kerajaan ini.. 

Walaupun gaji bekerja di sektor kerajaan tidaklah sebanyak mana, tetapi ramai yang mengimpikan untuk bekerja di sektor awam. Ini disebabkan terdapat beberapa kelebihan yang disediakan untuk penjawat awam, yang mungkin tidak terdapat pada pekerjaan di sesetengah syarikat swasta.. Antara kelebihan - kelebihan yang disediakan kepada pekerja kerajaan ialah:

1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 56-60 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Jadi sementara ada peluang, eloklah memohon.. Manalah tahu ada rezeki anda terpilih untuk bekerja sebagai Jurubahasa Gred L17.. Good Luck!!


Viewing all 1127 articles
Browse latest View live