Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127

Majlis Doa Selamat dan Aktiviti Menaman Rock Melon

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

Bersambung lagi tentang Projek Menanam Rock Melon di PSIS hasil kerjasama diantara Kelab Keusahawanan PSIS, FAMA dan Konsultan dari Syarikat Teras Maju Resources.

Sebelum ni kami telah membuatLawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin dan kami juga dah belajar cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg. Sekarang ni tiba saat yang ditunggu-tunggu oleh semua Peserta projek Rock Melon PSIS iaitu aktiviti menanap Pokok Rock melon ke dalam Polibag secara keseluruhan. 

Untuk memberkati lagi Projek Rock Melon di PSIS, kami telah mengadakan Majlis Doa Selamat sebelum aktiviti menanam Rock Melon secara keseluruhan dilakukan.


Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman Rock Melon

Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman Rock Melon

Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman Rock Melon turut dihadiri oleh Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff, Ustaz Mohd Farid Bin Dawam (Pengerusi Kelab Kebajikan Staf PSIS juga selaku memimpin bacaan doa), En. Mohamad Fauzi B. Che Pa selaku pengurus Projek ini, Puan Mastura dan Encik Zawawi Syarikat Teras Maju Resources.


Puan Pengarah PSIS, Pengurus Projek Rock Melon PSIS, dan Pengerusi Kelab Kebajikan Staf PSIS

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengurus Projek Rock Melon di PSIS, En. Mohamad Fauzi B. Che Pa

Kata-kata aluan daripada Pengurus Projek Rock Melon di PSIS, En. Mohamad Fauzi B. Che Pa

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff


Ucapan daripada Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff


Para peserta tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah PSIS

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farid Bin Dawam.

Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farid Bin Dawam

Selepas selesai Bacaan Doa Selamat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para peserta program ini iaitu aktiviti Menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag secara keseluruhan.

Anak-anak pokok Rock Melon dalam Tray Semaian beumur 7 hari

Puan Mastura dari Syarikat Teras Maju Resources memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara nak menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag

Dengan berhati-hati para peserta mengeluarkan anak pokok Rock Melon dari Tray Semaian

dan tanam...


Keceriaan jelas terpancar di wajah-wajah para peserta.... In Shaa Allah, buah Rock Melon nanti akan jadi manis.. semanis wajah orang-orang yang menanamnya... ;)

Pengarah PSIS juga turut mengambil bahagian untuk menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag.

Selepas selesai menanam pokok-pokok Rock Melon ke dalam Polybag, kami belajar pula cara membancuh baja untuk disalurkan kepada setiap Polybag

Sekali lagi para peserta mendengar penerangan daripada Puan Mastura..
Encik Fauzi sedang menyukat nilai tahap kealkalian air dengan menggunakan meter PH

Seterusnya Test Run kuantiti air yang disalurkan ke setiap Polybag..

Polybag dipilih secara rawak oleh 12 orang pelajar..

Polybag dipilih secara rawak oleh 12 orang pelajar..
Pen Dripper dimasukkan ke dalam botol air mineral untuk mengetahui berapa ml air yang keluar dalam masa 1 minit..

Setelah itu, laras kok pada tangki baja untuk mendapatkan kuantiti air dalam 10ml/minit.

Alhamdulillah... Selesai sudah Majlis Doa Selamat dan Aktiviti Menaman Rock Melon... Selepas ini kerja kami hanya perlu memantau perkembangan rock melon, sekali sekala kena Spray pokok rock melon untuk memastikan tiada serangga yang makan daun-daun pokok dan sebagainya..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127

Trending Articles