Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41

$
0
0
Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan Gred E41 akan dilaksanakan pada 6 Februari 2015, merupakan peperiksaan online pertama pada tahun 2015 yang dilaksanakan oleh pihak SPA. 

Ini merupakan berita baik kepada graduan yang pernah memohon jawatan tersebut secara online melalui laman web SPA

Sekiranya anda pernah memohon jawatan Pegawai Perangkawan Gred E41 sebelum ini, saya syorkan kepada anda supaya membuat semakan peperiksaan menerusi link di bawah :



Sistem Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41


Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam mula diperkenalkan pada tahun lepas. Tujuan pihak SPA mengadakan peperiksaan Online, bagi menggantikan peperiksaan bertulis adalah untuk mempercepatkan proses peperiksaan dan juga untuk mengurangkan kos mengadakan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam. 

Melalui peperiksaan online, pihak SPA dapat menjimatkan kos mencetak kertas soalan peperiksaan, menyewa dewan, upah penjaga peperiksaan dan juga upah menyemak kertas soalan. Semua kos ini semakin meningkat disebabkan bilangan calon yang memohon untuk memasuki perkhidmtaan awam semakin meningkat dari masa ke semasa. 

Melalui peperiksaan memasuki perkhidmatan awam  secara online, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara. Disamping itu, keputusan peperiksaan dan juga laporan boleh disiapkan dengan cepat, melalui sistem peperiksaan online yang dibangunkan oleh pihak SPA. 

Seperti rekod peperiksaan online yang lepas, Calon boleh mendapat keputusan peperiksaan dalam tempoh tak sampai satu minggu, berbanding sistem peperiksaan manual sebelum ini dimana ia mengambil masa selama hampir 6 bulan untuk mendapat keputusan.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41


Berdasarkan format peperiksaan SPA terkini yang diadakan pada tahun lepas, penilaian melibatkan 3 seksyen sahaja iaitu seksyen pengetahuan am, daya penyelesaian masalah dan juga ujian personaliti diri, Psikometrik.

Tiada lagi soalan esei dilaksanakan seperti dalam format peperiksaan bertulis!

Seksyen A melibatkan pengetahuan Am mengenai Sosio-Demografi dan ekonomi Malaysia.

Seksyen ini bertujuan untuk menguji pengetahuan calon berkenaan senario sosio-demografi & ekonomi Malaysia dan global. Calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara berkaitan dengan statistik, ekonomi, sosial, kewangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan isu-isu semasa. Soalan-soalan adalah bercirikan pengetahuan am yang perlu diketahui oleh calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon perlu peka kepada perkembangan semasa melalui media masa dan bahan bacaan yang lain.

Seksyen B melibatkan daya penyelesaian masalah 

Dalam seksyen ini, calaon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan dengan menggunakan:

  1. Kemahiran Logik
  2. Kemahiran Menginterpretasi data
  3. dan Konsep-konsep Matematik.


Saya ada menyediakan sebuah ebook yang mengandungi Contoh-contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41. 

Sumber : Klik Di Sini
Contoh Soalan Peperiksaan Online Perangkawan E41 akan dapat membantu calon membuat persiapan lengkap dan terperinci.

Don't Judge the book, by its cover ok!! Berminat nak dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41, sila klik pada link yang terdapat di bawah gambar ebook di atas.

Semoga Contoh-contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41 yang terdapat dalam ebook tersebut dapat membantu anda untuk membuat latihan, sebelum menduduki peperiksaan sebenar pada 6 Februari 2015 (Jumaat).

Akhir kata. Good Luck saya ucapkan kepada semua calon Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan E41. Semoga berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut, dan seterusnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai seorang Pegawai Perangkawan Gred E41

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127