Quantcast
Channel: Coretan Anuar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127

Salam Maulidur Rasul (1441H / 2019M)

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
..
..
Hari ini 12 bulan Rabiulawal 1441 H
merupakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad S.A.W...
Rasulullah yang sangat kita sayangi...
Rasulullah yang sangat kita cintai..
..
Kekasih Allah yang sangat mencintai umatnya...
Sewaktu masih hidup, baginda Rasulullah S.A.W
telah banyak menitiskan air mata mengenangkan
nasib seluruh umatnya..
Termasuk kita semua, yang tergolong
dalam golongan umat akhir zaman..
..
..

“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?” 
(HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)

..
Sayang sungguh Rasulullah S.A.W kepada kita.
Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita.
Ketika membaca Al-Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis.
Betapa sayang Rasulullah S.A.W kepada kita.
..
..
Mari kita perbanyakkan selawat buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua kenalan, sahabat, saudara mara, follower dan semua umat Islam.
..
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(HR. Ibnu Hibban)



Perbanyakkanlah selawat keatas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W supaya kita semua dapat berdamping bersama Baginda di akhirat kelak..
In Shaa Allah..

Ikhlas daripada saya


Muhamad Anuar Marsib
www.myhomestay4u.net

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1127

Trending Articles